Anda di halaman 1dari 8

ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI

SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS


143

ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG


KURANG UPAYA DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

Masitah Taib PhD, Alijah Ujang PhD


Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
masitah@ipgkik.edu.my

ABSTRAK

Tawaran kemasukan Orang Kurang Upaya (OKU) menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan
Guru (IPG) bertujuan memperkasakan golongan tersebut dalam profesion perguruan. Kini bilangan
guru pelatih OKU di IPG semakin bertambah semenjak pengambilan secara laluan khas diperkenalkan
mulai Jun 2019. Menyedari tuntutan keperluan sokongan khusus kepada guru pelatih OKU secara
laluan khas, maka kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang berkaitan dengan
mereka. Kajian kes ini dilaksanakan di IPG kampus Ilmu Khas (IPGKIK) melibatkan seramai 16 orang
guru pelatih OKU laluan khas, dan pensyarah Program Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).
Pengumpulan data kajian adalah secara temu bual, soal selidik berbentuk soalan terbuka dan
pemerhatian. Data dianalisis secara kualitatif untuk menghasilkan tema-tema. Dapatan kajian
menunjukkan cabaran dan tekanan yang dialami oleh pensyarah adalah dari aspek penyampaian
pengajaran, bahan sokongan mengajar, dan guru pelatih yang mengalami tekanan dalam pelajaran.
Cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih pula adalah berkaitan kemudahan infrastruktur yang terhad
dan kurang selesa. Isu praktikum dan penempatan ke sekolah selepas tamat pengajian sedang
diperingkat perbincangan. Kajian ini memberi implikasi kepada pelaksanaan Dasar Inklusif OKU di IPG.

Kata Kunci: Isu, Cabaran, Latihan Perguruan, Orang Kurang Upaya (OKU)

ABSTRACT

The offer of admission for disabled persons (OKU) to undergo teacher training at the Institute of Teacher
Education (IPG) aims to empower them in the teaching profession. Currently, the number of disabled
trainee teachers in IPG has increased since the introduction of special routes admission which has been
introduced since June 2019. This study was conducted to acknowledge and identify the challenges and
special support needed by these disabled trainee teachers who were granted admission via the special
route. This case study was conducted at the IPG Special Education (IPGKIK) campus involving 16
disabled trainee teachers who were granted admission via the special route and lecturers in the
Undergraduate Program (PPISMP). The data collection of the study consists of interview, open ended
questionairs, and observation. The data were qualitatively analysed to generate themes. The findings
show the challenges and struggles experienced by some lecturers from the aspects of delivering lesson
contents, teaching support materials or resources, and handling trainee teachers who are experiencing
tense moments during the lessons. The challenge faced by these trainee teachers with special needs is
mostly related with the limited infrastructure and less comfortable. The issues of practicum and
placement after graduation are under discussion. This study signifies the implimentation of OKU Inclusion
Policy in the IPG.

Key words : Issues, Challenges, Teacher Training, Disabled

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
144

PENGENALAN

Tawaran kemasukan guru pelatih dalam kalangan OKU di IPG bertujuan untuk memperkasa
golongan tersebut dalam profesion perguruan. Proses pengambilan calon guru pelatih OKU
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke IPG bagi mengikuti Pra Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) adalah melalui laluan perdana. Kaedah ini sama seperti
pengambilan calon guru dalam kalangan murid aliran perdana lepasan SPM. Kelayakan calon
berdasarkan syarat akademik gred cemerlang dalam mana-mana lima mata pelajaran di
peringkat SPM, sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Sejarah serta memenuhi syarat bidang pengkhususan yang dipohon.
Kelayakan syarat umum adalah wargenegara Malaysia, umur tidak melebihi 22 tahun pada
sesi kemasukan tahun yang dipohon, sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks
ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Bil.2/2017), boleh mengurus diri, aktif dalam kokurikulum dan berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
Guru pelatih OKU yang berjaya dalam permohonan kemasukan ke IPG telah melalui
beberapa ujian dan saringan seperti Ujian Kecedasan Calon Guru (UKCG), Ujian Kecergasan
Fizikal (UKF) dan Temuduga Calon Guru (TCG). Mereka merupakan individu yang telah dinilai
berdasarkan minta, bakat dan potensi dalam bidang perguruan. Kesemua guru pelatih OKU dan
bukan OKU wajib mengikuti pengajian PPISMP selama 2 semester terlebih dahulu dengan jaya
sebelum meneruskan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 8 semester.
Guru pelatih OKU yang berjaya diterima masuk ke IPG menjalani latihan perguruan
berdasarkan kurikulum, pentaksiran, dan aktiviti kokurikulum yang sama dengan guru pelatih
bukan OKU tanpa mengurangkan hak-hak OKU dan akses pembelajaran yang tidak terhad.
Mereka ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan atau Pendidikan Khas Masalah Pendengaran berdasarkan kategori
ketidakupayaan yang dialami. IPG kampus Ilmu Khas (IPGKIK) selaku kampus kebitaraan bagi
kedua-dua bidang tersebut telah melatih ramai guru-guru pelatih OKU di peringkat sijil, diploma
dan ijazah sarjana muda signifikan dengan kepakaran tenaga pengajar yang ada dan
kelengkapan bahan sokongan belajar semenjak tahun 1960an lagi.
Pendekatan belajar guru pelatih OKU bersama-sama dengan guru pelatih bukan OKU
dalam satu kelas yang sama atau persekitaran kampus yang sama dikenali sebagai pendidikan
inklusif. Pendidikan Inklusif memberi manfaat bukan sahaja kepada guru pelatih OKU tetapi
juga kepada guru pelatih bukan OKU khususnya dari aspek perhubungan sosial yang positif
(KPM 2018), aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai, amalan nilai-nilai
positif, penggunaan bahan pengajaran yang efektif, dan pengurangan stigma pelabelan
(Ramandeep Kaur Sidhu, 2017; Lipca, Khouri & Shecter-Lemer, 2019).
Stigma pelabelan berlaku kerana masyarakat kurang kesedaran dan kurang
pengetahuan tentang OKU (Hasnah Toran et al, 2010). Hal ini akhirnya membawa kepada
pengasingan dan peminggiran golongan OKU dalam masyarakat (Ferlis Bullare@Bahari,
Lineker ak Takom, Jasmine Adela Mutang, Laila Wati Madlan, Mohd Dahlan A. Malek, &
Rosnah Ismail, 2016) yang berkaitan dimensi kemesraan dalam Teori Penerimaan-Penolakan
Interpersonal (TPPI). TPPI merupakan teori berasaskan bukti mengenai perkembangan hidup
dan sosialisasi yang bermatlamat untuk menjangka dan menerangkan sebab dan korelasi
penerimaan dan penolakan interpersonal seseorang (Rohner, 2004). Dimensi kemesraan dalam
TPPI menumpukan pada tingkah laku fizikal, verbal dan simbolik yang digunakan oleh individu
untuk menyatakan keprihatinan atau kurang peduli terhadap orang lain.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
145

PENYATAAN MASALAH

Mulai tahun 2019, kemasukan guru pelatih OKU ke IPG boleh melalui laluan perdana atau
laluan khas. Bagi kemasukan laluan khas, guru pelatih OKU perlu mempunyai sekurang-
kurangnya gred kepujian dalam mana-mana enam mata pelajaran di peringkat SPM termasuk
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Sejarah
(Mohd Akmal Shafiq Tino Mohd Idham Daniel, 2019). Guru pelatih OKU laluan khas boleh
memilih bidang pengkhususan tertakluk kepada kelayakan syarat bidang mengikut mata
pelajaran yang dikuasai semasa SPM.
Jadual 1 menunjukkan maklumat guru pelatih OKU laluan khas yang telah mendaftar di
IPGKIK pada Julai 2019. Berdasarkan maklumat pada pada jadual 1, kajian ini mengenal pasti
terdapat pertambahan dari segi bilangan guru pelatih OKU, pertambahan kategori
ketidakupayaan, dan pertambahan bilangan bidang pengkhususan yang ditawarkan berbanding
bilangan guru pelatih OKU yang jauh lebih rendah pada tahun-tahun sebelumnya.

Jadual 1:
Maklumat guru pelatih OKU laluan khas PPISMP ambilan Jun 2019
Bilangan guru pelatih OKU laluan khas yang mendaftar Jumlah
(16 orang)
Bilangan mengikut jantina Perempuan 9
Lelaki 7
Bilangan mengikut Pengajian Bahasa Melayu 10
pengkhususan TESL 3
Pendidikan Seni Visual 2
Pendidikan Islam 1

Bilangan mengikut kategori i) Ketidakupayaan penglihatan :


OKU a. Buta 1
b. Penglihatan Terhad 8
ii) Ketidakupayaan pendengaran 1
iii) Ketidakupayaan fizikal 2
iv) Masalah pembelajaran 4

Kelayakan syarat akademik, kepelbagaian kategori ketidakupayaan dan pemilihan


bidang pengkhususan bukan pendidikan khas merupakan faktor-faktor yang boleh memberi
cabaran dalam pembelajaran dan kehidupan guru pelatih OKU laluan khas di kampus. Banyak
kajian menunjukkan tenaga pengajar berhadapan cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran
(pdp) OKU (Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar, 2018; Raja Nur Fakhriah Raja Zainal
Badri, & Aizan Sofia Amin, 2018; Isave, 2017). Kajian oleh Hashir Ahammed (2018) mendapati
guru berhadapan dengan cabaran menyediaan bahan sokongan pengajaran dan struktur
kurikulum, strategi pedagogi, limitasi masa, eskpektasi ibu bapa, dan cabaran berkaitan diri
murid seperti tingkah laku bermasalah, motivasi, keyakinan diri, masalah emosi. Selain itu,
terdapat pelbagai halangan dan cabaran lain yang perlu ditempuh oleh pelajar OKU di hampir
setiap institut pengajian tinggi dalam soal pembelajaran dan aktiviti luar pembelajaran di
sepanjang pengajian di IPT (Hazlin Falina Rosli & Safura Ahmad Sabri, 2017). Antara halangan
yang terpaksa dihadapi oleh pelajar OKU adalah halangan daripada segi persekitaran fizikal di
kawasan IPT, proses kemasukan di institut pengajian tinggi, akses pembelajaran, pergantungan
kepada rakan (Hasnah Toran, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, & Norasuzaini
Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
146

Sujak, 2009), tahap kesedaran yang rendah di kalangan pengurusan dalam menyediakan
kemudahan mesra OKU di IPT dan fasiliti OKU berada dalam tahap kekurangan dan perlu
dibaiki (Hazlin Falina Rosli & Safura Ahmad Sabri, 2017).
Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif melaksanakan kajian ini untuk meneroka
pengalaman guru pelatih OKU laluan khas menjalani latihan perguruan diperingkat pra ijazah
dan pensyarah yang turut terlibat mengajar mereka. Kajian ini diharap dapat membantu
mengenal pasti isu dan cabaran berkaitan guru pelatih OKU laluan khas serta kaedah
mengatasi yang boleh membantu mereka menjalani latihan perguruan dengan baik dan jaya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman mencabar guru pelatih OKU laluan khas dan
pensyarah yang terlibat dengan dengan program PPISMP. Objektif kajian ini adalah untuk;
i. mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih OKU laluan khas dan
pensyarah.
ii. mengenal pasti strategi mengatasi cabaran berkaitan guru pelatih OKU laluan khas di
IPG.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan kajian berikut;


i. Apakah isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih OKU laluan khas dan
pensyarah?
ii. Bagaimana strategi mengatasi cabaran yang dihadapi berkaitan guru pelatih OKU laluan
khas di IPG?

METODOLOGI

Kajian kes ini berfokus kepada pengalaman 16 orang guru pelatih OKU laluan khas yang telah
mendaftar di IPGKIK bagi mengikuti program PPISM pada Jun 2019. Kajian ini juga melibatkan
lima orang pensyarah yang mengajar guru pelatih OKU laluan khas yang dipilih secara
persampelan bertujuan. IPGKIK dipilih sebagai lokasi kajian kerana kampus tersebut
menerima kemasukan paling ramai guru pelatih OKU laluan khas mulai Jun 2019.
Kaedah pengumpulan data yang diguna dalam kajian ini adalah soal selidik berbentuk
soalan terbuka diberi kepada kesemua guru pelatih OKU laluan khas manakala pemerhatian
dilaksanakan kepada sebahagian daripada mereka. Kajian ini juga menemu bual lima orang
pensyarah berkaitan pengalaman mencabar mengajar guru pelatih OKU laluan khas.
Pengumpulan data secara tringulasi ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
data kajian (Cresswell, 2014). Data dianalisis secara kualitatif iaitu mengekod, mengkategori
dan membina tema (Cresswell, 2014). Data dipersembahkan dalam bentuk naratif.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
147

DAPATAN KAJIAN

Infrastruktur Terhad Dan Kurang Selesa


Tema ini merupakan dapatan kajian berkaitan cabaran guru pelatih OKU Laluan Khas di
IPGKIK. Tema ini dihasilkan berdasarkan pemerhatian di asrama dan soal selidik berbentuk
soalan terbuka oleh guru pelatih OKU laluan khas. Infrastruktur yang terhad dan kurang selesa
yang dikenal pasti adalah;
i) Ruang bilik asrama yang padat dan sempit. Kondisi itu berlaku kerana pertambahan
kemasukan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 yang ramai menyebabkan mereka terpaksa
tinggal tiga orang sebilik. Hal ini semestinya tidak selesa kerana kapastiti sebenar bagi sebuah
bilik adalah dua orang.
ii) Bekalan Air Sering Terputus. Situasi ini menyebabkan mereka kurang selesa tinggal di
asrama kerana kadang kala tidak dapat mengurus diri dengan sempurna sehingga memberi
kesan tidak selesa untuk belajar di dalam kelas.
iii) Pencapaian Internet Lemah. Pencapaian internet yang lemah di asrama telah menyukarkan
mereka untuk mencari sumber rujukan bagi menyempurnakan tugasan akademik
iv) Risiko mobiliti. Ketiadaan laluan pejalan kaki yang khusus boleh memberi risiko khususnya
kepada guru pelatih OKU ketidakupayaan penglihatan semasa berjalan ke tempat kuliah jika
cuaca buruk dan bergerak secara sendirian.
Kajian ini mendapati tiada cara untuk mengatasi cabaran tinggal di asrama yang padat dan
kurang selesa kerana ia adalah ketetapan yang wajib dipatuhi oleh mereka. Bagi mengatasi
masalah capaian internet, mereka terpaksa mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa
untuk membeli talian internet sendiri. Mereka juga perlu berusaha mencari sumber air seperti
surau atau jabatan-jabatan akaedmik. Guru pelatih ketidakupayaan penglihatan terpaksa
bergantung kepada pertolongan rakan untuk mengatasi cabaran risiko mobiliti. Kajian ini
mendapati amalan bantu membantu dipraktikkan dalam kehidupan semua guru pelatih di
IPGKIK.

Penyampaian Pelajaran Yang Mencabar


Tema ini adalah dapatan kajian berkaitan cabaran pensyarah yang mengajar guru pelatih OKU
laluan khas di IPGKIK berdasarkan temu bual seperti berikut;
P1 : “….SG OKU tidak boleh menumpukan perhatian untuk tempoh masa sederhana sekali
pun….” (TSL1054)

P2: “….Bagi yg buta hanya dpt dengar saja penjelasan secara lisan. Mrk tdk berpeluang
memahami kuliah dgn lebih mudah yg disampaikan secara lisan dan penerangan melalui
visual/rajah” (BMM1054)

P3: “…….Pelajar ADHD sukar memberikan tumpuan semasa sessi PdP, namun sering dapat
memberi idea yang bernas berkaitan content knowledge. Pelajar masaalah penglihatan pula
belajar seperti pelajar lain, namun salah seorang daripadanya tidak dapat memandang skrin
terlalu lama” (TSL1044)

P4: “....Mengambil masa yang lama untuk menyampaikan pengetahuan matematik” (GSA1072)

P5 : “...OKU Rabun: mempastikan mereka nampak bahan yang digunakan untuk mengajar dan
bahan bacaan yang digunakan sesuai untuk mereka. Ketika PKP, mereka kurang dapat
mengikuti kerja atas talian yang ditunjukkan dan dibuat bersama-sama dengan pelajar secara
live. OKU ADHD: Tiada cabaran” (TSL1064)
Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
148

Bahan Sokongan Mengajar yang Khusus


Tema ini adalah dapatan kajian berkaitan cabaran pensyarah yang mengajar guru pelatih OKU
laluan khas di IPGKIK berdasarkan temu bual seperti berikut;
P1: “..........................bahan bacaan perlu ringkas dan mudah” (TSL1054)

P3 : “....Bahan sokongan adalah seperti pelajar lain. Untuk masalah penglihatan, bahan yg lebih
besar kadangkala digunakan, semua bahan sokongan perlu diberi lebih awal supaya pelajar
OKU dapat membaca” (TSL1044)
P5: “…Bagi yang masalah penglihatan, pelajar diberi rujukan kepada bahan audio sekiranya
ada” (TSL1064)
P4: “...Pencahayaan bilik yang kurang sesuai menyebabkan paparan pada skrin kurang jelas,
Bahan pdp ekstra perlu disediakan, misalnya jadual skor z digital atau enlarge, interaksi
bersemuka tambahan diperlukan,” (GSA1072)
P2: “...Mereka perlu dibantu oleh rakan-rakan kelas untuk memahamkan bahan yang
disediakan kerana bahan pdp bukan dalam bentuk braille” (BMM1054).

Guru Pelatih Mengalami Tekanan


P1: “….. ADHD - ada mood, cara pemakaian yang tidak kemas. Kadang dia stress kerana
sukar untuk faham especially content yang abstrak, kalau dia banyak tanya tu maknanya tidak
faham. Kita kena terangkan guna word yang paling mudah la......” (TSL1054)
P3: “ ….ada seorang pelajar masalah penglihatan kadang-kadang tidak selesa kerana dia kata
rabunnya dah makin teruk” (TSL1044)
Strategi-strategi untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pensyarah adalah mengadakan
sesi perkongsian ilmu oleh pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pendidikan Khas.

Isu Praktikum dan Penempatan di Sekolah


Tema dapatan kajian ini dikenal pasti apabila beberapa orang pensyarah mengutarakannya
semasa sesi perkongsian ilmu dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Khas. Kedua-dua isu
yang dikenal pasti itu dijangka berlaku kerana guru pelatih OKU laluan khas bukan
pengkhususan dalam bidang Pendidikan Khas. Ciri-ciri ketidakupayaan yang alami boleh
menjadi isu jika mereka menjalani praktikum atau penempatan di sekolah aliran perdana.
Berikutan itu, beberapa sesi perbincangan telah dilalukan oleh pengurusan tertinggi IPGKIK
dengan pengurusan tertinggi Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Bahagian Pendidikan Khas.
Dapatan daripada perbincangan-perbincangan tersebut, seramai enam orang guru pelatih OKU
laluan khas kategori masalah penglihatan telah dibenarkan menukar bidang pengkhususan
kepada bidang pendidikan khas mulai semester satu program PISMP.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Dapatan kajian yang menunjukkan guru pelatih menghadapi cabaran berkaitan infrasturktur dan
fasiliti terhad serta kurang selesa merupakan dapatan yang sama juga dialami oleh mahasiswa
OKU institusi-institusi pengajian tinggi lain (Raja Nur Fakhriah Raja Zainal Badri dan Aizan Sofia
Amin, 2018).. Begitu juga cabaran pensyarah dari aspek pengajaran dan pembelajaran, bahan
sokongan mengajar, kurikulum, motivasi, tingkah laku juga dikenal pasti dalam banyak kajian
lain (Hashir Ahammed, 2018)
Sememangnya tidak dinafikan, memiliki ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi
fizikal, mental, intektual atau pancaindera merupakan cabaran besar kepada golongan Orang
Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
149

Kurang Upaya (OKU) menjalani kehidupan. Tambahan lagi, stigma pelabelan (Muhamad Nadhir
Abdul Nasir & Rosila Bee Mohd Hussain, 2016), sikap negatif dan diskriminasi yang masih
wujud dalam kalangan masyarakat sehingga kini (Hasnah Toran, Tajul Arifin Muhamad, Mohd
Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Nur Hazwani Hamzah, 2010; Hazlin Falina, Wan
Aminah Wan Mahmud, & Maizatul Haizan Mahbob, 2017). Stigma masyarakat terhadap OKU
mempunyai kesan yang besar kepada OKU sendiri dalam pelbagai aspek seperti
kesejahteraan, harga diri, persepsi kendiri, identifikasi kumpulan, motivasi, pekerjaan, dan
interaksi sosial (Levin dan Van Laar, 2006).
Dapatan-dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa masyarakat masih kurang
prihatin terhadap kebajikan kepada golongan OKU khususnyan dalam bidang pendidikan.
Kemasukan guru pelatih OKU secara laluan khas dengan syarat kelayakan akademik yang
rendah perlu dikaji semula. Sebagai komuniti IPG yang cakna dengan keperluan dan kebajikan
OKU, seharusnya infrastruktur, bidang pengkhususan, kebajikan siswa guru OKU perlu diambil
perhatian sebelum kemasukan mereka ke IPG. Kesediaan, pengetahuan dan kemahiran
pensyarah untuk mengajar guru pelatih tersebut juga perlu diperkukuhkan supaya IPG lebih
bersedia untuk melaksanakan Dasar Inklusif OKU di IPG kampus secara berstruktur dan
komprehensif. Tujuh perkara yang perlu diambil perhatian seperti yang termaktub dalam Garis
Panduan Dasar Inklusif OKU di IPT adalah i) menyediakan insftrastruktur mesra OKU, ii)
mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi semua kategori
ketidakupayaan, iii) mewujudkan persekitaran berasaskan kasih sayang, hormat menghormati
dan kegembiraan, iv) menyedikan persekitaran kehidupan yang kondusif, v) mewujudkan
budaya komuniti yang prihatin dan peduli OKU, vi) memeastikan penglibatan OKU secara
inklusif dalam semua aktiviti dalam dan luar kampus, dan vii) menyediakan program
pembangunan kerjaya OKU (KPM, 2019).
Pendekatan berasaskan hak atau right based dan juga perlindungan merupakan
jaminan kepada kepentingan dan kesejahteraan OKU. Justeru itu, beberapa dasar yang
berkaitan OKU diperkenalkan mulai tahun 2010. Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak
dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat (Jabatan Kebajikan
Masyakarat, 2020). Dasar OKU mengutamakan nilai hak kemanusiaan seperti kemuliaan,
kehormatan dan kebebasan bagi memboleh mereka hidup berdikari.

RUJUKAN

Cresswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods


Approachs (4th ed.) Sage Publications Ltd.

Ferlis Bullare@Bahari Lineker ak Takom Jasmine., Adela Mutang Laila Wati Madlan., Mohd
Dahlan A. Malek., & Rosnah Ismail. (2016). Model Ketidakupayaan Sosial-Perubatan Bagi
Orang Kurang Upaya Di Malaysia. Southeast Asia Psychology Journal Vol.4, (2016) 35-
48.

Hashir Ahammed (2018). Challenges Faced By Teachers While Teaching Learners With
Learning Disability. https://www.researchgate.net/publication/325380717.

Hasnah Toran., Tajul Arifin Muhamad., Mohd Hanafi Mohd Yasin., Mohd Mokhtar Tahar; & Nur
Hazwani Hamzah. (2010). Pengetahuan dan Sikap Rakan Sebaya Terhdap Pelajar
Kurang Upaya di Sebuah IPTA di Malaysia. AJTLHE. 2 (2), 22-34.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020
ISU DAN CABARAN LATIHAN PERGURUAN DALAM KALANGAN ORANG KURANG UPAYA DI
SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
150

Hasnah Toran., Mohd Hanafi Mohd Yasin., Mohd Mokhtar Tahar., & Norasuzaini Sujak. (2009).
Sokongan dan Halangan yang dihadapi Pelajar-Pelajar Kurang Upaya Di Sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Di Malaysia. AJTLHE, Vol1, (2) : 18-29.

Hazlin Falina., Wan Aminah Wan Mahmud., & Maizatul Haizan Mahbob. (2017). Realiti
Penerimaan Masyarakat Terhadap Orang Kelainan Upaya (OKU) di Malaysia dari
Perspektif Media. Prosiding The International Conference On Media And Communication
pada 20 – 22 November 2017. Marriot Putrajaya, Malaysia e-ISBN 978-983-2795-39-1

Isave, M. (2017). Challenges Faced by Students and Teachers in Inclusive Classroom.


International Journal of Research Culture Society, 1(9) : 1-40.

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2020). Prtal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. jkm.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Modul Latihan Pembangunan Profesional Guru
(Pendidikan Inklusif). Bahagian Pendidikan Khas.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang
Kurang Upaya Di Institusi Pendidikan Tinggi. KPM.

Levin , S., & Van Laar, C. ( 2006). Stigma and Group Inequality: Social Psychological
Perspectives. Lawrwnce Erlbaum Associates.

Lipka, O., Khouri, M., & Shecter-Lerner, M. (2019). University faculty Attitudes And Knowledge
About Learning Disabilities. Higher Education Research & Development.
https://doi.org/10.1080/07294360.2019.1695750

Mohd Akmal Shafiq Tino., & Mohd Idham Daniel. (2019, 2 April). Longgar Syarat kemasukan
Pelajar Pendidikan Khas ke IPG: BPK. Sinar Harian. Retrieved from
http://www.sinarharian.com.my/article/21408/EDISI/Johor/. 5 April 2020.

Muhamad Nadhir Abdul Nasir; & Rosila Bee Mohd Hussain. (2016). Kancah Stigme Dalam
Kalangan Mahasiwa Kurang Upaya di Sebuah Universiti Malaysia. SARJANA. 31 (2), 71 -
87.

Raja Nur Fakhriah Raja Zainal Badri., & Aizan Sofia Ami (2018). Isu dan Cabaran Pelajar
Kurang Upaya Penglihatan di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Psikologi Malaysia 32 (3) :
131-145.

Rohner, R. P. (2004). The parental "acceptance-rejection syndrome:" Universal correlates


of perceived rejection. American Psychologist, 59(8), 830-840.

Siti Fatimah Salleh., & Mustafa Che Omar. (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program
Pendidikan Inklusif Di Sekolah. Asian People Jurnal. 1 (2), 243 – 263.

Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, Institute of Teacher
Education Tuanku Bainun Campus, Penang, Malaysia, 17-18 November 2020

Anda mungkin juga menyukai