Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KANTIN BERSIH, CERIA DAN BERINFORMASI

SK PUSAT BANDAR PUCHONG (2)

1.0. PENDAHULUAN

Kantin sekolah memainkan peranan yang penting dalam penyediaan pemakanan


yang berkhasiat kepada murid. Oleh itu, kantin di sekolah adalah sumber utama kepada
murid untuk mendapatkan makanan semasa waktu persekolahan. Sehubungan itu,
kantin sekolah juga merupakan suatu tempat yang penting dalam mendidik,
menyampaikan ilmu dan perkongsian pengalaman selain bilik darjah. Justeru itu, di sini
juga murid membina pengetahuan, sikap dan amalan tentang makanan dan pemakanan
yang sihat, kepentingan kebersihan serta tingkah laku sosial dan amalan-amalan murni
yang lain. Oleh yang demikian, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan
motivasi kepada murid tentang tanggungjawab menjaga kebersihan, bekerjasama
menceriakan kantin, menghargai kemudahan yang disediakan dan berusaha menjadikan
kantin sebagai tempat yang penuh dengan pelbagai maklumat dan informasi serta
kondusif.

2.0. RASIONAL

Program ini diharapkan akan dapat mempamerkan suasana kantin yang ceria, bersih
dan bermaklumat bagi melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab, berdisiplin dan
mengamalkan nilai-nilai murni dari aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Di
samping itu, dapat menanam dalam diri murid rasa bersyukur, berterima kasih dan
menghargai kemudahan yang disediakan kerana mempunyai kantin yang kondusif.

3.0. MATLAMAT

Memastikan kawasan kantin berada dalam keadaan bersih, ceria serta lengkap
dengan maklumat pembelajaran. Di samping itu, dapat membina rasa tanggungjawab
dan bekerjasama menjaga kebersihan, keceriaan, menghargai kemudahan yang
disediakan serta memupuk semangat satu Malaysia.

4.0. OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan mutu keceriaan dan kebersihan kantin sekolah dari segi fizikal.
2. Melatih pelajar mematuhi peraturan kantin dan mendisiplinkan mereka ketika berada
di kantin.
3. Memperlengkapkan kantin sekolah dengan pelbagai kemudahan supaya kantin
kondusif.
4. Mempertingkatkan daya pemikiran dan infomasi murid dengan maklumat yang
berguna dan berfaedah.

5.0. SASARAN

Semua murid Sk Pusat Bandar Puchong 2 dan guru-guru.


6.0. TEMPAT

Kantin sekolah.

7.0. TARIKH

Sepanjang tahun.

8.0. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : En. Abdul Rahim bin Shahuddin

NAIB PENGERUSI 1 : En. Shahizamzami bin Bagad

NAIB PENGERUSI 2 : En. Zaidi bin Zakariya

PENYELARAS KANTIN : Pn. Nooraisyah bt Mohd Rasdi

SETIAUSAHA : Pn. NurulHuda bt Saad

AHLI JAWATANKUASA : 1) Pn. Loga Devi


PELAKSANA 2) Pn. Salina bt Yahya (pengusaha kantin)
3) En. Disham bin Nazri (pengusaha kantin)

9.0. AKTIVITI

1. Kerja-kerja menambahbaik info di meja makan murid dan papan kenyataan di kantin.
2. Kerja-kerja menambahbaik sudut bercerita di kantin.

10.0. ANGARAN PERBELANJAAN

BIL BAHAN/ITEM BILANGA HARGA PERUNCIT JUMLAH


N
1. Kain skirting 5 meter RM12 x 5 meter RM60.00
2. Kertas warna 2 rim RM10 x 2 set RM20.00
3. Bunga hiasan 3 pasu RM50 x 3 pasu RM150.00
4. Pagar 4 buah RM5 x 4 buah RM20.00
5. Banner 1 keping RM50 x 1 keping RM50.00
JUMLAH : RM300.00
11..0. SUMBER KEWANGAN

1) Sumbangan pihak PIBG


2) Sumbangan pihak kantin

16.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan akan meningkatkan mutu pengurusan kantin sekolah melalui satu
jawatankuasa yang akan memantau keadaan kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih,
ceria dan kondusif untuk kegunaan warga sekolah.

Disediakan oleh :

……………………..
(PN.NOORAISYAH BT MOHD RASDI)
Penyelaras Unit Kantin

Disemak oleh :

………………………
(PN HANIZAWATI BT NOOR MOHAMED
GPK Hal Ehwal Murid SKPBP (2)

Disahkan oleh :

………………………
(EN ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)
Guru Besar SKPBP (2)

Anda mungkin juga menyukai