Anda di halaman 1dari 26

Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT

Stesen 5: Bumi Berputar

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 5:
Bumi Berputar

1
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 5:
Bumi Berputar
(Naskhah Guru)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
BAHAN KEM EKSPLORASI KBAT
STESEN 5: BUMI BERPUTAR

PANDUAN GURU
ASAS PERTIMBANGAN – KERANGKA KERJA TIMSS 2023
Sains Bumi
Bumi dalam Sistem Fenomena yang Terangkan kesan peredaran tahunan
Suria dan Alam boleh Bumi mengelilingi Matahari,
Semesta diperhatikan di memandangkan kecondongan
Bumi hasil paksinya (cth: musim berbeza, buruj
daripada berbeza kelihatan pada masa yang
pergerakan Bumi berbeza dalam setahun).
dan Bulan Menyedari bahawa pasang surut
disebabkan oleh tarikan graviti Bulan,
dan mengaitkan fasa Bulan dan
gerhana dengan kedudukan relatif
Bumi, Bulan dan Matahari.
Matahari, Membanding dan membezakan ciri
bintang, Bumi, fizikal Bumi dengan Bulan dan planet
Bulan, dan planet lain (cth: kehadiran dan komposisi
atmosfera, suhu permukaan purata,
kehadiran air, jisim, graviti, jarak dari
Matahari, tempoh revolusi dan
putaran, keupayaan untuk menyokong
kehidupan); menyedari bahawa daya
graviti mengekalkan planet dan bulan
dalam orbitnya.

1
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

RINGKASAN AKTIVITI
Aktiviti Tajuk Objektif Pemetaan Tempoh
1. Kejadian Memahami Geografi Tingkatan
Siang dan bagaimana putaran 2 (Pengaruh
Malam bumi menyebabkan Pergerakan Bumi (15 minit)
kejadian siang dan Terhadap Cuaca
malam. dan Iklim)
2. Kejadian Memahami Geografi Tingkatan
Pasang bagaimana putaran 2 (Pengaruh
Surut bumi menyebabkan Pergerakan Bumi (15 minit)
kejadian pasang Terhadap Cuaca
surut. dan Iklim)

3. Kejadian Memahami Geografi Tingkatan


Empat bagaimana peredaran 2 (Pengaruh
Musim bumi menyebabkan Pergerakan Bumi (15 minit)
kejadian empat Terhadap Cuaca
musim. dan Iklim)
4. Kejadian Memahami Geografi Tingkatan
Gerhana bagaimana peredaran 2 (Pengaruh
bumi menyebabkan Pergerakan Bumi (15 minit)
kejadian gerhana. Terhadap Cuaca
dan Iklim)
5. Rumusan (10 minit)

2
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

Bahan yang diperlukan untuk mengendalikan aktiviti


(Penyediaan bahan adalah untuk untuk anggaran 20 orang; 5 orang satu kumpulan)

Aktiviti Bahan
KEJADIAN SIANG DAN 1 glob
MALAM
1 lampu suluh
1 set pelekat berwarna
4 jam dinding atau jam loceng
4 kertas A4 (dipotong kecil)
KEJADIAN PASANG SURUT Komputer riba
4 belon
KEJADIAN 4 MUSIM 16 Kertas Warna (4 warna berbeza)
1 set pen penanda berwarna (sharpie)
1 gam air
1 glob
1 lampu suluh
1 set pelekat berwarna
1 gunting
KEJADIAN GERHANA 1 glob
1 lampu suluh
1 set pelekat berwarna
1 biji bola tenis

3
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH GURU
AKTIVITI 1: KEJADIAN SIANG DAN MALAM
PENGENALAN
PUTARAN BUMI
• Bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan sudut 23½° pada
satah tegak.
• Putaran bumi adalah dari arah barat ke timur atau mengikut arah lawan pusingan
jam.
• Satu putaran yang lengkap mengambil masa 24 jam atau satu hari.

KESAN-KESAN PUTARAN BUMI


• Kejadian siang dan malam
• Perbezaan waktu tempatan
• Pembiasan angin lazim
• Kejadian pasang surut

KEJADIAN SIANG DAN MALAM

PERBEZAAN WAKTU TEMPATAN


• Bumi mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360º).
• Dalam setiap jam, bumi akan berputar sebanyak 15º longitud atau 4 minit bagi
setiap 1º longitud.
• Kesan putaran bumi dalam tempoh 24 jam telah mewujudkan 24 zon waktu, iaitu
satu jam bagi setiap satu zon.
• Putaran bumi dari barat ke timur menyebabkan kawasan di timur Garisan Meridian
Pangkal menerima cahaya matahari terlebih dahulu berbanding dengan kawasan
di sebelah barat.

4
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
LANGKAH PELAKSANAAN:

Aktiviti A

1) Sediakan sebuah glob, lampu suluh dan pelekat berwarna.


2) Arahkan murid untuk memilih dua negara pilihan dan tampalkan pelekat berwarna
pada negara yang dipilih pada glob.
3) Murid diminta untuk memutarkan glob dari arah barat ke timur.
4) Matikan atau malapkan lampu serta halakan cahaya lampu suluh pada glob dan
perhatikan apa yang terjadi pada pelekat berwarna tersebut.
5) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut:
putaran bumi, perbezaan zon waktu antara negara, kejadian 24 jam, atau lain-lain
yang sesuai.

Aktiviti B

1) 4 orang murid diminta untuk memilih sebuah negara yang berbeza dari benua
yang berbeza. Tulis nama negara tersebut di atas kertas A4.
2) Setiap murid juga diberikan sebuah jam dinding atau jam loceng. Labelkan jam
tersebut menggunakan kertas A4 yang telah ditulis nama negara pilihan murid.
3) Murid diminta untuk menunjukkan waktu di negara tersebut dengan memutarkan
jarum pada jam tersebut apabila jam di Malaysia menunjukkan pukul 10 pagi, 3
petang dan 8 malam. (Murid boleh merujuk peta zon waktu yang dibekalkan).
4) Murid diminta untuk menganalisis perbezaan waktu di antara negara-negara yang
dipilih tersebut dan menerangkan perbezaan atau persamaan tersebut secara
lisan.

5
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH GURU
AKTIVITI 2: KEJADIAN PASANG SURUT
PENGENALAN
KEJADIAN PASANG SURUT
• Fenomena pasang surut berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam
disebabkan oleh tarikan graviti antara Bumi dengan bulan atau Bumi dengan
Matahari.
• Daya tarikan graviti bulan yang kuat akan menarik air laut di permukaan bumi yang
menghadap bulan.
• Kawasan B dan D akan mengalami peningkatan paras air laut atau terjadinya air
pasang.
• Pada masa yang sama, Kawasan A dan C akan mengalami air surut kerana air
laut tertarik ke kawasan B dan D.

DUA JENIS PASANG SURUT


• Air pasang besar berlaku apabila bulan, Bumi dan Matahari berada dalam satu
kedudukan garis lurus.
• Air pasang anak berlaku apabila bulan, Matahari dan Bumi berada pada sudut
tegak.

6
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Tayangkan video untuk tontonan murid:


https://www.youtube.com/watch?v=yL9C7VxKzg0&t=176s atau tunjukkan
gambar berkaitan kejadian pasang surut kepada murid.
2) Sediakan satu belon dan tiup sehingga kembung.
3) Arahkan murid untuk menekan sisi kiri dan kanan belon dan perhatikan apa yang
berlaku.
4) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik
terhadap pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan
perkara berikut: tarikan graviti bulan dan Bumi, perbezaan tekanan akibat
perbezaan tarikan graviti bulan, atau lain-lain yang sesuai.

7
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH GURU
AKTIVITI 3: KEJADIAN 4 MUSIM
PENGENALAN
PEREDARAN BUMI
• Bumi beredar mengelilingi mahatari mengikut arah lawan jam.
• Satu peredaran yang lengkap mengambil masa selama 365¼ hari atau satu
tahun.

KESAN-KESAN PEREDARAN BUMI


• Kejadian empat musim di kawasan beriklim sederhana
• Fenomena gerhana

KEJADIAN EMPAT MUSIM DI KAWASAN BERIKLIM SEDERHANA


Peredaran bumi mengelilingi matahari dan kecondongan paksi Bumi menyebabkan
kedudukan Matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim.

EKUINOKS MUSIM BUNGA (21 MAC)


• Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°).
• Hemisfera utara mengalami musim bunga dan hemisfera selatan mengalami
musim luruh.
• Hampir semua kawasan di permukaan Bumi mengalami tempoh siang dan malam
yang sama panjang.

SOLSTIS MUSIM PANAS (21 JUN)


• Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Sartan (23½°U).
• Hemisfera utara mengalami musim panas dan hemisfera selatan mengalami
musim sejuk.

8
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
SOLSTIS MUSIM PANAS (21 JUN)
• Kawasan di hemisfera selatan pula waktu malamnya lebih panjang berbanding
dengan waktu siang.
• Kutub Utara mengalami 24 jam siang, manakala Kutub Selatan mengalami 24 jam
malam (Mei – Oktober).

EKUINOKS MUSIM LURUH (23 SEPTEMBER)


• Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°).
• Hemisfera utara mengalami musim luruh dan hemisfera selatan mengalami musim
bunga.
• Hampir semua kawasan di permukaan Bumi mengalami tempoh siang dan malam
yang sama panjang.

SOLSTIS MUSIM SEJUK (22 DISEMBER)


• Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Jadi (23½°S).
• Hemisfera utara mengalami musim sejuk dan hemisfera selatan mengalami
musim panas.
• Waktu siang di kawasan hemisfera selatan lebih panjang berbanding dengan
waktu malam.

SOLSTIS MUSIM SEJUK (22 DISEMBER)


• Waktu malam di hemisfera utara lebih panjang berbanding dengan waktu siang.
• Kutub Selatan mengalami 24 jam siang manakala Kutub Utara mengalami 24 jam
malam (November – April).

9
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
LANGKAH PELAKSANAAN:

Aktiviti C

1) Murid memotong 4 bulatan pada 4 kertas berwarna yang berbeza.


2) Murid melukis 4 gambar tumbuhan yang berbeza mengikut warna kertas.
a. Putih/biru (musim sejuk): pokok dengan ranting sahaja
b. Hijau muda/warna bunga (musim bunga): pokok menunjukkan daun hijau,
berbunga lebat dan berbuah
c. Hijau tua (musim panas): pokok menunjukkan daun hijau tetapi tidak
sebanyak musim bunga.
d. Coklat/oren (musim luruh): pokok menunjukkan daun berwarna coklat dan
mula gugur.
3) Tampal belakang kertas tersebut antara satu sama lain (rujuk guru jika murid
tidak jelas mengenai arahan ini) mengikut urutan berikut:
i. Musim sejuk
ii. Musim bunga
iii. Musim panas
iv. Musim luruh
4) Murid diminta memerihalkan dan mencatatkan apa yang diperhatikan apabila
kertas tersebut dilekat menjadi satu.

Aktiviti D
1) Sediakan sebuah glob, lampu suluh dan pelekat berwarna.
2) Arahkan murid untuk memilih satu negara pilihan dan tampalkan pelekat berwarna
pada negara yang dipilih pada glob.
3) Murid diminta untuk memutarkan glob dari arah barat ke timur sambil beredar
mengeliling lampu suluh.
4) Matikan atau malapkan lampu serta halakan cahaya lampu suluh pada glob.
Perhatikan apa yang terjadi pada pelekat berwarna tersebut.

10
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

5) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut:
kedudukan bumi semasa 4 musim, jumlah keamatan cahaya yang diterima oleh
negara pada 4 kedudukan tertentu, atau lain-lain yang sesuai.

11
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH GURU
AKTIVITI 4: KEJADIAN GERHANA
PENGENALAN

FENOMENA GERHANA
• Gerhana bulan
• Gerhana matahari

GERHANA BULAN
• Fenomena ini berlaku apabila Matahari, Bumi dan bulan berada dalam satu
garisan lurus.
• Pada ketika ini, Bumi akan melindungi cahaya matahari daripada terpancar ke
bulan.
• Keadaan ini menyebabkan bulan akan ditutupi oleh bayang-bayang Bumi dan
menyebabkan berlakunya gerhana bulan.

GERHANA MATAHARI
• Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan menghalang cahaya
Matahari ke Bumi yang menyebabkan bayang-bayang bulan melindungi Bumi.
• Pada ketika ini, kedudukan Matahari, bulan dan Bumi berada dalam satu garisan
lurus.
• Gerhana Matahari tidak meliputi seluruh permukaan Bumi kerana bulan adalah
lebih kecil daripada Bumi.
• Gerhana penuh berlaku di zon umbra yang kecil, manakala gerhana separa
terjadi di zon penumbra yang lebih besar.

12
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Sediakan sebuah glob, lampu suluh dan bola tenis.


2) Arahkan murid untuk memilih satu negara pilihan mereka dan tampalkan pelekat
berwarna pada negara yang dipilih pada glob.
3) Pada masa sama, bola tenis (bulan) beredar mengelilingi glob.
4) Matikan atau malapkan lampu serta halakan cahaya lampu suluh pada glob dan
perhatikan apa yang terjadi pada pelekat berwarna tersebut.
5) Murid diminta berhenti semasa Bumi, bulan dan Matahari berada dalam satu garis
lurus.
6) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat. Penerangan boleh dibuat berdasarkan perkara berikut:
kedudukan Bumi, bulan dan Matahari, fenomena bayang-bayang atau lain-lain
yang sesuai.

13
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 5:
Bumi Berputar
(Naskhah Murid)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH MURID
AKTIVITI 1: KEJADIAN SIANG DAN MALAM
Aktiviti A

1) Sediakan sebuah glob, lampu suluh dan pelekat berwarna.


2) Pilih dua buah negara pilihan anda dan tampalkan pelekat berwarna yang berbeza
bagi setiap negara yang anda pilih pada glob.
3) Putar glob dari arah barat ke timur.
4) Matikan atau malapkan lampu serta halakan cahaya lampu suluh pada glob.
Perhatikan apa yang terjadi pada dua pelekat berwarna tersebut.
5) Terangkan secara bertulis (kurang 30 patah perkataan) mengenai kejadian yang
berlaku terhadap pemerhatian yang dibuat.

Aktiviti B

1) Pilih empat buah negara yang berbeza dari benua yang berbeza.
2) Labelkan jam dinding atau jam loceng menggunakan kertas A4 yang telah ditulis
nama negara pilihan anda.
3) Tunjukkan waktu di negara tersebut dengan memutarkan jarum pada jam dinding
atau jam loceng apabila jam di Malaysia menunjukkan pukul 10 pagi, 3 petang dan
8 malam. (rujuk peta zon waktu yang dibekalkan).
4) Analisis perbezaan waktu di antara negara-negara yang dipilih tersebut.
5) Terangkan perbezaan atau persamaan tersebut secara lisan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH MURID
AKTIVITI 2: KEJADIAN PASANG SURUT

1) Tonton video yang ditayangkan guru atau lihat gambar berkaitan kejadian
pasang surut.
2) Tiup sebuah belon sehingga kembung.
3) Tekan sisi kiri dan kanan belon tersebut dan perhatikan apa yang berlaku.
4) Terangkan secara bertulis (kurang 30 patah perkataan) mengenai kejadian yang
berlaku secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH MURID
AKTIVITI 3: KEJADIAN 4 MUSIM
Aktiviti C

1) Sediakan 4 keping kertas berwarna, gunting, gam dan pen penanda.


2) Potong 4 bulatan pada 4 jenis kertas berwarna yang berbeza.
3) Lukis 4 gambar tumbuhan yang berbeza mengikut warna kertas.
a. Putih/biru (musim sejuk): pokok dengan ranting sahaja.
b. Hijau muda/warna bunga (musim bunga): pokok menunjukkan daun hijau,
berbunga lebat dan berbuah.
c. Hijau tua (musim panas): pokok menunjukkan daun hijau tetapi tidak
sebanyak musim bunga.
d. Coklat/oren (musim luruh): pokok menunjukkan daun berwarna coklat dan
mula gugur.
4) Tampal belakang kertas tersebut antara satu sama lain (rujuk guru jika murid
tidak jelas mengenai arahan ini) mengikut urutan berikut:
i. Musim sejuk
ii. Musim bunga
iii. Musim panas
iv. Musim luruh
5) Perihalkan dan catat apa yang diperhatikan apabila kertas tersebut dilekat
menjadi satu produk.

Aktiviti D
6) Sediakan sebuah glob, lampu suluh dan pelekat berwarna.
7) Pilih satu negara dan tampalkan pelekat berwarna pada negara yang dipilih pada
glob.
8) Putar glob dari arah barat ke timur mengeliling lampu suluh.
9) Matikan atau malapkan lampu serta halakan cahaya lampu suluh pada glob.
10)Perhatikan apa yang terjadi pada pelekat berwarna tersebut.
11)Terangkan secara lisan mengenai kejadian yang berlaku secara saintifik terhadap
pemerhatian yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
NASKHAH MURID
AKTIVITI 4: KEJADIAN GERHANA

1) Sediakan sebuah glob, lampu suluh dan bola tenis.


2) Pilih satu negara pilihan dan tampalkan pelekat berwarna pada negara yang dipilih
pada glob.
3) Putarkan bola tenis mengelilingi glob.
4) Matikan atau malapkan lampu serta halakan cahaya lampu suluh pada glob dan
perhatikan apa yang terjadi pada pelekat berwarna tersebut.
5) Berhenti berputar sekiranya Bumi, bulan dan Matahari berada dalam satu garis
lurus.
6) Terangkan secara bertulis (kurang 30 patah perkataan) mengenai kejadian yang
berlaku secara saintifik terhadap pemerhatian yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 5:
Bumi Berputar
(Lampiran)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

10.00 pagi
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

3.00 petang
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

8.00 malam
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 5: Bumi Berputar

Anda mungkin juga menyukai