Anda di halaman 1dari 28

Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT

Stesen 2: Samaran Bijak

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT

Stesen 2:
Samaran Bijak

1
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 2:
Samaran Bijak
(Naskhah Guru)

2
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
BAHAN KEM EKSPLORASI KBAT
STESEN 2: SAMARAN BIJAK

PANDUAN GURU
ASAS PERTIMBANGAN – KERANGKA KERJA TIMSS 2023
Biologi
Kepelbagaian, Variasi sebagai Menyedari bahawa variasi dalam ciri
Adaptasi dan asas pemilihan fizikal dan tingkah laku dalam
Pemilihan Semula semula jadi kalangan individu dalam populasi
Jadi memberikan beberapa individu
kelebihan untuk terus hidup dan
mewariskan ciri-ciri mereka kepada
anak-anak mereka.
Ekosistem Aliran tenaga Mengenal pasti dan menyediakan
dalam ekosistem contoh pengeluar, pengguna dan
pengurai; membina atau mentafsir
gambar rajah siratan makanan.
Huraikan aliran tenaga dalam
ekosistem (contoh tenaga mengalir
daripada pengeluar kepada
pengguna, dan hanya sebahagian
kecil tenaga yang dihantar dari satu
tahap ke tahap seterusnya); membina
atau mentafsir piramid tenaga.
Hubungan antara Huraikan dan berikan contoh
populasi persaingan antara populasi atau
organisma dalam organisma dalam ekosistem.
ekosistem Huraikan dan berikan contoh
pemangsaan dalam ekosistem.
Faktor yang Huraikan faktor yang mempengaruhi
mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dan haiwan;

1
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
saiz populasi mengenal pasti faktor yang
dalam ekosistem mengehadkan saiz populasi (contoh
penyakit, pemangsa, sumber
makanan, kemarau, persaingan).
Ramalkan bagaimana perubahan
dalam ekosistem (contoh perubahan
dalam bekalan air, pengenalan
populasi baharu, pemburuan,
penghijrahan) boleh menjejaskan
sumber yang ada, dan dengan itu
keseimbangan antara populasi.

2
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

RINGKASAN AKTIVITI
Aktiviti Tajuk Objektif Pemetaan Tempoh
1. Piramid Mengetahui kesan Sains
Haiwan terhadap benda hidup jika Tingkatan 2
perubahan berlaku pada (Ekosistem) (15 minit)

sesuatu populasi haiwan.

2. Kepupusan Memahami kesan terhadap Sains


sesuatu populasi haiwan Tingkatan 2
jika perubahan berlaku (Ekosistem)
(15 minit)
pada pemangsa atau
mangsa.

3. Graf Naik Menganalisis dan Sains


Turun menghasilkan graf Tingkatan 2
berkaitan hubungan (Ekosistem) (15 minit)

mangsa dan pemangsa.

4. Penyamaran Mengetahui bahawa Sains


haiwan menyamar untuk Tingkatan 2 (15 minit)
kemandirian hidup. (Ekosistem)

5. Rumusan (10 minit)

3
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

Bahan yang diperlukan untuk mengendalikan aktiviti


(Penyediaan bahan adalah untuk untuk anggaran 20 orang; 5 orang satu kumpulan)

Aktiviti Bahan
PIRAMID HAIWAN 10 cawan kertas
4 gambar tumbuhan atau pokok - saiz kecil
(dicetak atau dilukis sendiri oleh murid)
3 gambar pengguna primer - saiz kecil (dicetak
atau dilukis sendiri oleh murid)
2 gambar pengguna sekunder - saiz kecil
(dicetak atau dilukis sendiri oleh murid)
1 pengguna tertier - saiz kecil (dicetak atau
dilukis sendiri oleh murid)
1 unit gam/1 papan blue tack
KEPUPUSAN 1 set penyepit kain dengan 4 warna berbeza
(contoh: 1 penyepit kain kuning, 4 penyepit kain
biru, 8 penyepit kain merah dan 12 penyepit
kain hijau, lebihan penyepit kain boleh
diletakkan bersama-sama sebagai abm
tambahan)
4 keping kertas warna/kertas A4 (digunting
kecil)
1 Gunting
1 pen penanda (marker pen)
GRAF NAIK TURUN 8 keping kertas graf
8 keping kertas transparensi
1 pen penanda merah (red marker pen)
1 pen penanda biru (blue marker pen)
PENYAMARAN 4 set gambar haiwan penyamar
1 pen penanda merah (red marker pen)
Pencetak berwarna

4
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH GURU
AKTIVITI 1: PIRAMID HAIWAN
PENGENALAN
Rantai makanan ialah hubungan makanan antara benda hidup dalam sesuatu habitat.
Semua rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau sebagai pengeluar. Tumbuhan
hijau tidak makan untuk mendapatkan tenaga. Tumbuhan memperoleh tenaga daripada
cahaya matahari untuk mensintesis makanannya sendiri. Haiwan adalah pengguna
dalam sesuatu rantai makanan. Haiwan makan haiwan lain atau tumbuhan untuk
memperoleh tenaga. Sesuatu rantai makanan boleh disusun secara lurus. Siratan
makanan adalah merupakan gabungan daripada beberapa rantai makanan.

LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Sediakan 10 cawan kertas, 4 gambar tumbuhan atau pokok, 3 gambar pengguna


primer, 2 gambar pengguna sekunder, 1 gambar pengguna tertier dan gam atau
blue tack.
1) Murid diminta menampal gambar haiwan pada 10 cawan kertas menggunakan
gam atau blue tack.
2) Murid diminta untuk menyusun cawan kertas tersebut dengan meletakkan
pengeluar pada kedudukan paling bawah, pengguna primer di baris kedua dan
seterusnya sehingga terbentuk piramid.
3) Murid diminta untuk memberikan penerangan secara lisan mengenai aktiviti yang
telah dibuat dan membuat perkaitan dengan rantai makanan dan siratan makanan.
Murid juga boleh memberikan contoh beberapa rantai makanan yang terbentuk.
4) Murid diminta untuk membuat pemerhatian terhadap cawan kertas tersebut dan
menjelaskan secara lisan atau bertulis, apakah yang akan terjadi apabila salah
satu cawan ditarik dari piramid tersebut.

5
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH GURU
AKTIVITI 2: KEPUPUSAN
PENGENALAN
Sikap manusia yang rakus dan tidak bertimbang rasa menjadi salah satu punca utama
berlakunya kepupusan hidupan liar. Antaranya ialah pembukaan tanah secara besar-
besaran untuk tujuan pertanian, perdagangan dan pembangunan industri. Banyak
kawasan hutan di negara kita telah dibuka untuk tujuan penanaman seperti minyak
kelapa sawit yang merupakan salah satu sumber ekonomi Malaysia yang utama.

Selain itu, pembangunan yang tidak terancang dan aktiviti pembalakan haram seperti
menebang pokok yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran contohnya Pokok Jati dan
Pokok Cengal di Hutan Hujan Tropika menyebabkan banyak haiwan kehilangan habitat.
Apabila haiwan kehilangan habitat, mereka akan kehilangan sumber makanan dan
perlindungan yang menjadi faktor utama kelangsungan hidup.

Tambahan pula, aktiviti pembakaran yang sering melanda Sumatera turut menjadi faktor
banyak haiwan yang terancam. Keadaan semakin meruncing apabila spesis binatang
hutan seperti rusa sambar, harimau belang, seladang dan beruang matahari lambat
membiak dan melahirkan anak dengan jumlah yang terlalu sedikit dalam masa setahun.
Fenomena ini turut memberi kesan terhadap perkembangan populasi binatang
berkenaan sehingga boleh mengakibatkan kepupusan.

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan turut menjadi faktor berlakunya
kemusnahan spesis binatang. Kebanyakan pemburu haram mengeksploitasi situasi ini
dengan memburu binatang yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan apabila dijual
di pasaran gelap. Banyak binatang telah diburu dan dibunuh seperti badak Sumatera
untuk mendapatkan tanduknya.

Keadaan pencemaran yang tidak terkawal juga menyebabkan kepupusan kehidupan


akuatik seperti ikan lumba-lumba yang semakin pupus disebabkan oleh pencemaran air
seperti tumpahan minyak di laut. Kejadian ini juga disebabkan oleh kegiatan manusia

6
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
yang tidak bertanggungjawab mengotorkan air laut dengan membuang sampah sehingga
menyebabkan kematian banyak haiwan akuatik. Setiap hari, berjuta-juta plastic yang
telah digunakan manusia dibuang ke tapak pelupusan sampah atau hanyut ke laut.

Selain itu, apabila sesuatu populasi mengalami kekurangan variasi gen, mereka akan
mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan perubahan alam. Variasi genetik
penting bagi sesuatu spesis untuk mengekalkan keupayaan mereka berinteraksi dalam
pelbagai keadaan. Aktiviti kemanusiaan seperti memburu dan menangkap hidupan darat
dan akuatik memberi kesan pada keseimbangan populasi spesis dengan menjadikan
jumlah populasi semakin berkurang. Kekurangan populasi membawa maksud semakin
kurang pasangan yang berpotensi untuk membiak dan melahirkan offspring. Oleh itu,
apabila sesuatu populasi spesis semakin berkurang, maka variasi generik juga semakin
berkurang.

LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Sediakan 1 penyepit kain kuning, 4 penyepit kain biru, 8 penyepit kain merah dan
12 penyepit kain hijau (bilangan penyepit kain boleh ditambah atau dikurangkan).
2) Analogi penyepit hijau adalah pengeluar, penyepit merah adalah pengguna
primer, penyepit biru adalah pengguna sekunder dan penyepit kuning adalah
pengguna tertier.
3) Murid diminta untuk menamakan 4 jenis organisma hidup yang bersesuaian
dengan analogi tersebut dan labelkan pada penyepit (murid sepatutnya
membentuk rantai makanan)

Aktiviti A
4) Murid diberikan satu situasi baharu di mana berlakunya pemburuan secara
berleluasa, kematian berkumpulan atau berlaku migrasi dalam kalangan
sekumpulan haiwan (penyepit biru).
5) Murid diminta membuat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai
makanan tersebut dan menjelaskan secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan.

7
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

Aktiviti B
6) Jumlah penyepit bagi setiap warna dikembalikan kepada asal sebelum memberi
situasi baharu.
7) Murid kemudian diberikan situasi tambahan dengan menunjukkan pertambahan
bilangan penyepit kain merah.
8) Murid diminta membuat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai
makanan tersebut dan menjelaskan secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan.

8
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH GURU
AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN
PENGENALAN
Interaksi mangsa-pemangsa merupakan interaksi di antara organisma yang memburu
dan menangkap organisma lain sebagai makanan. Burung hantu adalah contoh
pemangsa yang memakan tikus (mangsa). Interaksi ini membantu mengawal populasi
organisma dalam ekosistem serta dapat mengekalkan keseimbangan alam.

Dalam keadaan sumber makanan yang mencukupi, populasi mangsa meningkat


menyebabkan peningkatan populasi pemangsa. Apabila populasi pemangsa meningkat,
populasi mangsa berkurang. Apabila populasi mangsa berkurang populasi pemangsa
turut berkurang kerana kekurangan makanan.

Apabila bilangan pemangsa berkurang, bilangan mangsa bertambah kerana kurang


dimakan oleh pemangsa. Saiz populasi mangsa dan pemangsa mempunyai satu kitaran
dan akan turun naik dalam satu julat populasi tertentu.

Oleh itu saiz populasi pemangsa dan mangsa kekal seimbang.

LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Sediakan kertas graf, kertas transparensi, pen penanda


2) Pecahkan kumpulan murid kepada 2 kumpulan kecil. Kumpulan A akan
melakukan aktiviti C manakala kumpulan B akan melakukan aktiviti D
serentak.

Aktiviti C
3) Murid diminta untuk melakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat
yang diberikan dalam jadual (populasi mangsa/arnab).
4) Murid memindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi.

9
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

Aktiviti D
3) Murid diminta untuk melakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat
yang diberikan dalam jadual (populasi pemangsa/musang).
4) Murid memindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi.

5) Dalam kumpulan yang besar, murid diminta menerangkan secara lisan mengenai
graf yang telah dihasilkan kepada rakan yang lain dalam kumpulan.
6) Graf pada kertas transparensi dalam aktiviti C ditindih/diletakkan di atas graf
transparensi aktiviti D.
7) Murid diminta untuk menerangkan kejadian yang berlaku secara saintifik secara
bertulis dalam 50 patah perkataan terhadap analisis graf yang dibuat. Penerangan
boleh dibuat berdasarkan perkara berikut: hubungan pemangsa dan mangsa,
persaingan, kawalan biologi, atau lain-lain yang sesuai.

Contoh graf:

10
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH GURU
AKTIVITI 4: PENYAMARAN
PENGENALAN
Penyamaran, juga dipanggil camourflage, ialah mekanisme pertahanan atau taktik yang
digunakan oleh organisma hidup untuk menyamarkan penampilan mereka, biasanya
untuk menyatu dengan keadaan persekitaran mereka. Organisma menggunakan
penyamaran untuk menutup fizikal, identiti dan pergerakan mereka.

Penyamaran spesies juga dipengaruhi oleh tingkah laku atau ciri pemangsanya. Jika
pemangsa buta warna, contohnya, spesies mangsa tidak perlu memadankan warna
persekitarannya. Singa, pemangsa utama zebra adalah buta warna. Penyamaran hitam-
putih Zebra (mangsa) tidak perlu menyatu dengan habitat mereka, yang berwarna
keemasan di Afrika tengah disebebkan keadaan buta warna yang dialami oleh singa
(pemangsa).

LANGKAH PELAKSANAAN:

1) Sediakan cetakan gambar haiwan dan pen penanda


2) Murid diminta memerhatikan gambar yang diberikan dan mengenal pasti apa yang
dapat diperhatikan di dalam gambar tersebut secara lisan atau bertulis.
3) Murid diminta untuk melakar bulatan pada gambar haiwan yang menyamar di
dalam gambar tersebut.
4) Murid diminta untuk menerangkan mengapakah ciri-ciri penyamaran penting
kepada haiwan secara bertulis dalam tidak lebih 50 patah perkataan.

11
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 2:
Samaran Bijak
(Naskhah Murid)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH MURID
AKTIVITI 1: PIRAMID HAIWAN

1) Tampal gambar organisma yang disediakan atau telah dilukis oleh murid pada 10
cawan kertas menggunakan gam atau blue tack.
2) Susun cawan kertas tersebut dengan meletakkan pengeluar pada kedudukan
paling bawah, pengguna primer di baris kedua dan seterusnya sehingga terbentuk
piramid.
3) Terangkan secara lisan mengenai aktiviti yang telah dibuat dan buat perkaitan
antara rantai makanan dan siratan makanan.
4) Berikan beberapa contoh beberapa rantai makanan yang boleh dibentuk.
5) Buat pemerhatian terhadap cawan kertas tersebut dan jelaskan secara lisan atau
bertulis, apakah yang akan terjadi apabila salah satu cawan ditarik dari piramid
tersebut.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH MURID
AKTIVITI 2: KEPUPUSAN

1) Sediakan 1 penyepit kain kuning, 4 penyepit kain biru, 8 penyepit kain merah dan
12 penyepit kain hijau.
2) Analogi penyepit hijau adalah pengeluar, penyepit merah adalah pengguna
primer, penyepit biru adalah pengguna sekunder dan penyepit kuning adalah
pengguna tertier.
3) Namakan 4 jenis organisma hidup yang bersesuaian dengan analogi tersebut dan
labelkan pada penyepit.

Aktiviti A
4) Buat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai makanan jika
berlakunya pemburuan secara berleluasa, kematian berkumpulan atau berlaku
migrasi dalam kalangan sekumpulan haiwan (penyepit biru).
5) Jelaskan situasi yang berlaku secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan.

Aktiviti B
6) Jumlah penyepit bagi setiap warna dikembalikan kepada asal.
7) Murid kemudian diberikan situasi tambahan dengan menunjukkan pertambahan
bilangan penyepit kain merah.
8) Murid diminta membuat gambaran mental situasi yang akan berlaku pada rantai
makanan tersebut jika bilangan penyepit kain merah ditambah.
9) Jelaskan situasi yang berlaku secara bertulis tidak lebih 50 patah perkataan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH MURID
AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN

Aktiviti C
1) Lakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat yang diberikan dalam
jadual (populasi arnab).
2) Pindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi.
3) Terangkan secara lisan mengenai graf yang telah dihasilkan kepada rakan anda.

4) Tindihkan graf transparensi dalam Aktiviti C di atas graf transparensi dalam Aktiviti
D. Lihat gabungan graf yang terhasil.
5) Terangkan kejadian yang berlaku secara saintifik secara bertulis dalam 50 patah
perkataan terhadap analisis graf yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH MURID
AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN
Aktiviti C
Lakar satu graf garis menggunakan pen penanda berwarna biru berdasarkan maklumat
berikut:

Tahun Saiz populasi Arnab Sebab perubahan saiz


populasi Arnab

1905 20
1910 80
1915 75
1920 25
1925 140
1930 10
1935 70
1940 100
1945 20
1950 120
1955 20
1960 80
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH MURID
AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN

Aktiviti D
1) Lakar graf garis di atas kertas graf berdasarkan maklumat yang diberikan dalam
jadual (populasi musang).
2) Pindahkan graf yang dilukis ke atas kertas transparensi.
3) Terangkan secara lisan mengenai graf yang telah dihasilkan kepada rakan anda.

4) Tindihkan graf transparensi dalam Aktiviti C di atas graf transparensi dalam Aktiviti
D. Lihat gabungan graf yang terhasil.
5) Terangkan kejadian yang berlaku secara saintifik secara bertulis dalam 50 patah
perkataan terhadap analisis graf yang dibuat.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH MURID
AKTIVITI 3: GRAF NAIK TURUN
Aktiviti D
Lakar satu graf garis menggunakan pen penanda berwarna merah berdasarkan
maklumat berikut:

Tahun Saiz populasi Musang Sebab perubahan saiz


populasi Musang

1905 45
1910 10
1915 30
1920 5
1925 60
1930 10
1935 40
1940 10
1945 70
1950 30
1955 15
1960 40
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
NASKHAH MURID
AKTIVITI 4: PENYAMARAN

1) Perhatikan gambar yang diberikan dan kenal pasti apa yang dapat diperhatikan di
dalam gambar tersebut secara lisan.
2) Lakar bulatan pada gambar haiwan yang menyamar di dalam gambar tersebut.
3) Terangkan mengapakah ciri-ciri penyamaran penting kepada haiwan secara
bertulis dalam tidak lebih 30 patah perkataan.
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

BAHAN INTERVENSI
KEM EKSPLORASI KBAT
Stesen 2:
Samaran Bijak
(Lampiran)
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak
Bahan Intervensi Kem Eksplorasi KBAT
Stesen 2: Samaran Bijak

Anda mungkin juga menyukai