Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN
1.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan bagi


memproses data. Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses
pengaliran, penyebaran dan pemprosesan maklumat. Era globalisasi yang serba canggih ini
telah mengubah penggunaan komputer dan perisian bagi mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses ,memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu. Kepantasan dan kecanggihan ini juga membolehkan pengaksesan sesuatu maklumat
dapat dicapai secara mudah melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), email, aplikasi
WhatsApp, Facebook, Twitter, dan lain-lain menjadi lebih cepat. Maklumat yang diperolehi
boleh dimuat naik disimpan dalam pelbagai bentuk seperti imej, pdf, Microsoft word dan
sebagainya. Maklumat ini juga boleh dipindah dan dikongsi kepada sesiapa yang berkenaan.

Teknologi maklumat sangat penting serta mendatangkan banyak kelebihan dalam


bidang pendidikan, pengeluaran, perdagangan, perhubungan dan pekerjaan. Teknologi
maklumat dalam bidang pendidikan digunakan sebagai sistem maklumat di sekolah rendah,
menengah dan institusi pengajian tinggi. Pejabat di institusi pengajian menggunakan
komputer untuk kerja administratif seperti surat mesyuarat, menyimpan pangkalan data yang
mengandungi butiran pelajar dalam peperiksaan, mencetak borang, kertas ujian dan
sebagainya. Pelajar juga boleh belajar dengan komputer menggunakan bahan yang disediakan
oleh guru. Pembelajaran berpandukan komputer (PBK) ada dipasaran dan bermutu telah
mempertingkatkan minat kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu dengan lebih menarik
serta mudah difahami.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menggariskan tiga dasar utama Teknologi


Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan. Tiga dasar utama itu adalah pertama literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kedua mengutamakan peranan dan fungsi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi sebagai kurikulum dan alat Pengajaran dan Pembelajaran.
Manakala, dasar ketiga pula, penggunaan TMK untuk meningkatkan produktiviti.
KESIMPULAN

Perubahan dalam Pendidikan negara memerlukan komitmen tinggi para pendidik


dalam memastikan transformsi berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran Kemajuan
teknologi Revolusi Industri 4.0 akan terus memberikan kesan dalam kehidupan manusia akan
datang dan perubahan ini tidak dapat dielakkan. Kesedaran dan penegetahuan tentang
Revolusi Industri 4.0 masih di tahap yang sederhana. Manakala, manfaat penerapan RI 4.0
dalam system pembelajaran dibuktikan di negara-negara lain pada era modenisasi ini. Lebih-
lebih lagi, pensyarah dan pelajar harus mengetahui dan mengalikasikan RI 4.0 pada masa kini
kerana kajian menunjukkan ini dapat meningkatkan kualiti dan piawai pembelajaran.

Justeru, pendidik generasi kini harus mengintegrasi teknologi Pendidikan untuk


meningkatkan keberkesanan PdPc dan selain itu juga, perlu mengenal pasti pelbagai
teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru. Begitu juga, kesediaan
Pembelajaran Aad ke-21 yang memberi kesan secara langsung kepada pelbagai bidang.
Sebagai warga pendidik, mereka perlu mengadaptasi kaedah baharu pengajaran selari dengan
perkembangan pantas teknologi demi menyediakan generasi yang mempunyai daya kreativiti
dan inovasi, seterusnya mampu bersaing di peringkat global. Pada waktu yang sama, ibu bapa
dan masyarakat umum juga tahu dan menggalakkan lagi proses PdPc diteruskan secara
konsisten dan sentiasa dibuat penambahbaikan selari dengan keperluan pendidikan semasa.

Anda mungkin juga menyukai