Anda di halaman 1dari 10

4.

0 ISU, CABARAN DAN CADANGAN DALAM KERJAYA GURU MENGIKUT


PERINGKAT GRED

4.1 PERINGKAT GRED 41 – Pelaksana (Peringkat beraspirasi)

4.1.1 Tugas Umum Guru Gred 41

Guru baharu yang berada di peringkat ini merupakan pelaksana


pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid. Peringkat ini juga
merupakan peringkat novis kepada guru baharu untuk menguasai pelbagai
bidang khususnya dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Tugas yang
dilaksanakan pula adalah dengan penyeliaan dan bimbingan. Secara amnya,
seorang guru wajib untuk menyampaikan kandungan kurikulum di dalam bilik
darjah melalui pelbagai kaedah pedagogi yang melibatkan murid dan
mengaplikasikan teknik penilaian untuk menunjukkan murid telah mencapai
hasil pembelajaran. Dari Aspek Komuniti Pembelajaran Profesional, guru
dikehendaki menyumbang pada peningkatan PdP dengan membantu
melaksanakan penyelidikan tindakan yang berkaitan dengan amalan PdP.
Kemampuan untuk mengusahakan jalinan kolaboratif dengan pihak ibu bapa,
komuniti dalam dan luar sekolah perlu ditekankan di samping melibatkan diri
dalam Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) yang digariskan oleh
KPM.

4.1.2 Isu dan Cabaran

Isu dan cabaran utama Ketika dalam Gred 41 adalah guru novis akan
berhadapan dengan masalah kekurangan guru di sekolah bagi subjek-subjek
tertentu. Susulan daripada masalah ini, guru baharu akan mengajar subjek
yang bukan dalam opsyen atau bidang kepakaran mereka (Zahanim dan
Qurratu, 2018). Kesediaan guru dengan bidang yang diperlukan masih ada
tahap yang rendah walaupun bilangan guru yang dikeluarkan semakin
meningkat. Guru novis menghadapi masalah ini sedikit sebanyak akan
menghadapi kesan negative dari aspek kesediaan guru dalam mengajar,
penguasaan kandungan pembelajaran dan pedagogi serta keyakinan guru
sebagai agen pemudahcaraan kepada murid.
4.1.3 Cadangan

Sebagai platform kepada guru baharu untuk meningkatkan kemahiran


pengetahuan yang mendalam tentang selok belok pengajaran dan
pemudahcaraan yang dilaksanakan, program pementoran dijadikan Langkah
menangani permasalahan yang dihadapi oleh guru novis ini sebagaimana yang
telah ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Impaknya,
guru novis akan lebih menguasai kaedah PdPc yang sistematik dan menepati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dikuasai oleh guru walaupun perlu
mengajar suhek yang berada di luar ruang lingkup kemahirannya, hasil
daripada bimbingan guru yang lebih berpengalaman. Maka, kepercayaan
murid, serta ibu bapa terhadap tanggungjawab guru dalam mendidik pelajar
tidak akan berkurangan kerana guru yang menguasai pedagogi serta
kandungan pembelajaran yang baik akan membantu meningkatkan motivasi
murid. Ini adalah bertepatan dalam Perundangan Kerjaya Guru seperti yang
termaktub dalam Kod Etika Keguruan yang menyatakan bahawa guru
tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang
ramai terhadap profrsion perguruan. Ini bermaksud, setiap tindak tanduk guru
akan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar.

4.2 PERINGKAT GRED 44 (Guru Cemerlang) – Penggerak (Peringkat


Beraspirasi)

4.2.1 Tugas Umum Guru Gred 44

Pada peringkat ini, guru sudah mula untuk memberikan khidmat


bimbingan dan permentoran kepada guru-guru baharu tidak kira di peringkat
dalaman sekolah mahupun peringkat kuar sekolah khasnya kepada guruguru
yang berprestasi rendah. Ia adalah sedikit berbeza dengan peringkat guru DG
41. Guru DG 44 lebih arif tentang selok belok PdPc dan mengetahui teknik
pedagogi yang lebih berkesan. Pada peringkat ini juga, guru DG 44 lebih
berpengalaman dalam melaksanakan kajian tindakan hasil daripada pengalaman
kajian tindakan yang telah dilaksanakan olehnya dengan bantuan guru lama.
Oleh itu, guru akan lebih arif tentang pemilihan metodologi kajian serta fokus
dalam usaha menyelesaikan masalah yang timbul. Ini adalah bagi menyokong
kepelbagaian murid di dalam kelas di samping membantu murid
mempertingkatkan aspek sosialisasi dalam diri mereka. Kajian tindakan yang
dilaksanakan oleh guru pada peringkat ini adalah lebih bersifat kendiri.

4.2.2 Isu dan cabaran

Dalam bidang pendidikan, isu yang kerap timbul adalah dari aspek
sumbangan guru cemerlang kepada warga sekolah itu sendiri. Apabila hal ini
diutarakan kepada guru cemerlang, alasan yang diberikan adalah tiada arahan
atau surat dari pihak atasan mengenai peranan mereka secara khusus di
sekolah. Maka, tiada apa apa tindakan yang diambil oleh guru-guru
cemerlang. Ini adalah bertepatan dengan penyataan oleh Khaliza, Hasani dan
Abu Said (2016) yang menyatakan masih terdapat guru cemerlang yang belum
lagi merasakan dapat menyumbangkan sesuatu sama ada kepada rakan guru
ataupun pihak sekolah sendiri. Rentetan daripada permasalahan ini bukan
sahaja merugikan kerajaan yang telah mengeluarkan wang khas untuk guru
cemerlang, serta proses untuk menganugerahi guru yang ada sebagai guru
cemerlang, ia juga memberikan kerugian kepada pihak sekolah itu sendiri
kerana kemahiran dan kelebihan serta ilmu pengetahuan yang adal pada guru
cemerlang tersebut tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi
kepentingan seluruh warga sekolah.

4.2.3 Cadangan

sebagai seorang guru cemerlang yang profesional, perlulah bersikap


proaktif dan berkeinginan untuk sentiasa memberi dan menyumbang. Perkara
ini adalah termaktub dalam perundangan iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) yang terkandung dalam
Peraturan-peraturan dan tatatertib secara umum menyatakan dalam perkara
4(2), guru oerlu cekap dan sentiasa berusaha (Warta Kerajaan P.U (A) 395
(Pindaan 2002). Ini bermakna, walaupun guru cemerlang belum menerima
arahan dari pihak yang berkaitan, namun guru cemerlang yang berkualiti perlu
berada di barisan hadapan sekolah dalam usaha membantu membangun dan
meningkatkan prestasi sekolah. Guru Cemerlang boleh mengadakan Sesi
Perkongsian dalam pelbagai medium dan pendekatan melalui Komuniti
Pembelajaran Profesional yang menekankan kepada aspek pedagogi dan
perkongsian teknik dalam PdPc.

4.3 PERINGKAT GRED 48 (Guru Cemerlang) – Pembimbing dan Mentor


(Peringkat Kompeten)

4.3.1 Tugas Umum Guru Gred 48

Tugas guru sebagai Guru Cemerlang pada tahap Gred DG48 adalah
sedikit berbeza daripada guru Cemerlang Gred DG44. Pada peringkat ini, guru
cemerlang mempunyai kecenderungan untuk bergiat aktif dalam Komuniti
Pembangunan Profesional melalui bimbingan dan menjadi pemudahcara
dalam pembangunan profesionalisme bukan sahaja kepada guru baharu tetapi
juga kepada rakan sejawat yang lain. Selain itu, guru cemerlang pada gred ini
berkebolehan untuk merangka panduan pelaksanaan Pdp melalui penghasilan
buku panduan dalam melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh penghasilan
modul pembelajaran amali dalam subjek RBT untuk membantu murid yang
lemah dalam menguasai topik reka Bentuk yang memerlukan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Guru pada peringkat ini juga berperanan sebagai
peneraju kepada pelaksanaan penyelidikan dalam kalangan rakan sekerja
untuk penambahbaikan PdPc di dalam kelas.

4.3.2 Isu dan cabaran

Abdul Malik (2015), menyatakan bahawa bebanan tugas yang berat,


tidak menyempurnakan tugas, dimarahi oleh majikan akan menyebabkan
seseorang itu mendapat “stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh
mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang,
agresif, fikiran menjadi berstruktur dan hilang daya konsentrasi. Ini juga akan
menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat serta tidak bermotivasi
dalam menjalankan tugasnya. Sebagai seorang guru cemerlang khasnya pada
gred DG48 ini, guru sentiasa mengalami kekangan masa untuk melalukan
pelbagai tugas sampingan selain mengajar termasuklah menjalankan
paperwork, tugas-tugas perkeranian, hal ehwal murid serta terpaksa
mengahdiri bengkelbengkel dan kursus yang dirancang oleh Jabatan
Pendidikan Negeri atau Kementerian dari masa ke masa. Ini juga akan
menjadikan kajian tindakan yang dilaksanakan oleh guru akan tergendala dan
mengambil masa yang lama. Masalah yang berlanjutan ini akan menjadikan
guru berasa bosan dengan kerjaya guru sedikit sebanyak.

4.3.3 Cadangan

Bagi menangani masalah ini, guru haruslah bijak mencari alternatif


lain dalam meneruskan kajian tindakan mereka. Guru boleh menjalankan
kajian tindakan secara berkumpulan bersama guru-guru lain yang berada di
bawah jabatan yang sama. Ini adalah satu langkah yang efektif kerana
memudahkan penulisan refleksi di mana guru dapat berbincang sesama
sendiri. Fasa merancang dan pemerhatian juga turut mudah dilaksanakan
kerana hasil perbincangan bersama dan penggabung jalinan idea – idea yang
pelbagai dalam usaha untuk menambah baik PdPc di sekolah. Hal ini juga
seiring dengan tugas utama guru cemerlang pada Gred 48 yang menjadi
peneraju kepada pelaksanaan penyelidikan dalam kalangan rakan sekerja.

4.4 PERINGKAT GRED 52 (Guru Penolong Kanan – Pentadbiran dan


Akademik – peneraju Perubahan (Peringkat profisien)

4.4.1 Tugas Umum Guru Gred 52

Pemimpin yang berkarisma adalah mereka yang mempunyai kualiti


istimewa atau luar biasa (Weber, 1947). Dalam bidang kepimpinan, antara
aspek yang ditekankan dalam tugas Guru Penolong Kanan ini adalah
membantu Guru Besar dalam membangunkan standard kualiti pentadbiran
sekolah dan berusaha mencipta suasana yang bermotivasi dan professional dan
mampu memberi penyampaian yang baik di dalam kelas. Dalam konteks,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, selain daripada melakukan
tugas-tugas hakiki seorang Guru Penolong Kanan juga bertindak dalam
menyelaraskan program-program pembangunan diri bukan sahaja di peringkat
guru-guru baharu, guru lain bahkan juga pembangunan pembelajaran murid di
sekolah. Ini kerana, pemimpin berkarisma sentiasa mempamerkan
kemampuannya untuk menyelesaikan masalah atau mengharungi sesuatu
krisis dengan Berjaya. Oleh hal yang demikian, amat penting untuk Guru
Penolong Kanan itu mempunyai pengalaman yang jitu mengenai program-
program yang dapat membantu meningkatkan dan kompetensi guru-guru di
sekolah.
4.4.2 Isu dan Cabaran

Fidler (1997) menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan


mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara,
terutama dalam memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada
organisasi. Namun, cabaran yang sering dihadapi oleh Guru Penolong Kanan
adalah guru-guru kurang mematuhi arahan serta kurang disegani oleh para
guru. Ini kerana Singh dan Ahmad (2008) menyatakan bahawa salah satu
cabaran utama yang bakal dihadapi oleh pemimpin sekolah adalah
ketidakpatuhan atau ketidakselesaan guru kepada arahan pemimpin di sekolah.
Terdapat pelbagai faktor dalaman oleh guru itu sendiri yang menjadikan
mereka bersikap tidak patuh kepada arahan pemimpin, Sebagai contoh, hal ini
berpunca daripada isu peribadi ataupun tidak selesa dengan kepimpinan
baharu yang dilantik di sekolah. Selain itu, faktor tahap pendidikan guru yang
lama adalah lebih tinggi berbanding pemimpin sekolah yang dilantik juga
menjadi salah satu punca kepada wujudnya sikap ini kepada pemimpin
sekolah. Bebanan tugas guru-guru yang melampau juga menjadikan para guru
bersikap acuh tidak acuh dalam menjalankan tugas. Hal ini akan menjadikan
kesefahaman antara pihak pentadbir dan guru-guru semakin berkurangan.

4.4.3 Cadangan

Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, seorang pemimpin perlu


bijak dalam menjalinkan hubungan bersama guru-guru untuk mewujudkan
nilai harmoni dalam kalangan guru itu sendiri sekaligus dapat memupuk
jalinan yang mesra dan positif. Kemahiran yang perlu ada pada GPK adalah
berkebolehan membuat keputusan menggunakan bukti dan data. Oleh itu,
pendekatan yang boleh digunakan oleh GPK adalah dengan menggunakan
pelbagai teknik dalam menarik minat guru-guru di sekolah sebagai contoh
taktik pujukan rasional yang boleh mempengaruhi orang bawahan dengan
menggunakan alasan-alasan yang logik atau data-data fakta untuk memberikan
pengaruh. Secara tidak langsung, para guru akan menyedari tentang
kepentingan bekerja secara berpasukan dan bekerjasama di bawah satu tampuk
kepimpinan bagi mencapai satu tujuan yang sama.

4.5 PERINGKAT GRED 54 (Guru Besar) – Pemikir Strategik

4.5.1 Tugas Umum Guru Gred 54

Menurut Reeves (2006) pembangunan profesionalisme adalah amat


penting untuk meningkatkan kecemerlangan dalam jangka Panjang.
Armstrong (2001) menyatakan Latihan adalah proses pembelajaran untuk
meningkatkan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran dan kompetensi terhadap
tugas yang dilakukan. Oleh itu, kemahiran profesionalisme pengurusan
sekolah dapat ditingkatkan melalui Latihan pembangunan yang berterusan.
Sehubungan dengan itu, guru besar novis perlu dilengkapi dengan Latihan
pembangunan professional yang mantap bagi meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan personality dalam mengurus dan memimpin sekolah dengan
berkesan (Abdul Shukor Abdullah, 2004; Peter,2008). Selain itu, sebagai guru
besar, penulis akan memfokuskan kepada kesaksamaan dan bersikap adil
kepada murid. Ini adalah penting supaya murid berasa penerimaan sekolah
adalah berada dalam tahap yang baik untuknya. Maka, tugas umum Guru
Besar pada peringkat ini adalah merangka dan menambah baik Prosedur
Standard Operasi (SOP) sekolah secara berterusan bagi memastikan kualiti
PdPc bersesuaian dengan tahap dan latar belakang demografi murid dari aspek
bangsa, kaum dan pendapatan ibu bapa murid.

4.5.2 Isu dan Cabaran

Perubahan pesat dalam arus reformasi Pendidikan yang melanda alam


Pendidikan kita masa kini tentunya menjadi cabaran kepada Guru Besar yang
baharu khususnya dalam memastikan tugas utama kepimpinan di sekolah
dapat dilaksanakan (Tang, 2004). Guru besar yang baharu terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan masalah hamper setiap hari dan ada kalanya
dating secara mendadak. Tuntutan tanggungjawab tugas pentadbir sekolah
menjadi semakin berat di samping harapan masyarakat atas kejayaan sesebuah
sekolah semakin meningkat (Neela Mehan & Amer Hamzah, 1998).
Masyarakat meletakkan terlalu banyak permintaan yang realistik dan
berkonflik dengan pihak sekolah yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak
zaman (Chan,2000). Tanpa Latihan dan sokongan mengakibatkan mereka
terpaksa bekerja keras sendirian. Akibatnya, mereka tersepit antara keperluan
memenuhi tanggungjawab yang besar dengan kekurangan pengetahuan dalam
bidang pengurusan professional yang diperlukan.

Isu yang kerap kita dengr dalam dunia kepengetuaan ialah terlalu
banyak kerja, terlalu banyak masa digunakan untuk pejabat, mesyuarat,
melayani kerenah pelajar, guru, pekerja, dan ibu bapa, mematuhi atur cara
pada peringkat komuniti, zon, daerah, negeri dan kebangsaan di luar sekolah
dan sebagainya hingga ada kalanya tugas yang dianggap ‘core’ termasuk
kepemimpinan pengajaran terpinggir. Kesibukan inilah yang menjadi antara
masalah besar yang dihadapi oleh guru besar sekolah (Sufaat, 2001).

4.5.3 Cadangan

Adalah diakui bahawa rata-rata guru besar sekolah yang baharu


dilantik tidak pernah mengikuti kursus prakepengetuaan sebagai persediaan
mereka untuk menjawat jawatan tersebut. Malah setelah memegang jawatan
tersebut didapati tidak ada satu system sokongan professional (mentoring)
yang formal yang dirancang untuk membantu pentadbiran sekolah yang baru
dilantik. Kebanyakan guru besar bersetuju bahawa Program Diploma
Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) merupakan satu
program yang bagus kerana dapat melatih guru besar. Bakal guru besar yang
dilatih sebelum dilantik dapat menyesuaikan diri mereka untuk menjawat
jawatan tersebut. Kecekapan dalam bidang pengurusan perlu berteraskan
segala kepakaran perguruan yang diperoleh daripada Latihan dan pengalaman
profesional. Institut Aminudidin Baki (IAB) dipertanggungjawabkan untuk
memberikn Latihan kepada bakal-bakal pentadbir sekolah (rujuk para 10.103
Rancangan Jangka Panjang Rancangan Malaysia Ketujuh).
4.6 PERINGKAT GRED KHAS C (Guru Besar Cemerlang) - Pemikir Strategik

4.6.1 Tugas Umum Guru Gred Khas C

Untuk menghadapi cabaran dalam alaf baru ini, guru besar cemerlang
selaku pemimpin sesebuah organisasi seharusnya berani menghadapi cabaran
dan membuat perubahan serta melakukan inovasi di dalam pendidikan dengan
acuan sendiri di sekolah-sekolah yang ditadbir oleh mereka (Hallinger, 1994;
Hussien Mahmood, 1999). Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa budaya
kerja mengurus, seseorang guru besar dijadikan sebahagian daripada indikator
keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Peranan guru besar sebagai
‘the key factor in the survival of any scholl’s effectiveness’ (Roe & Drake,
1980) menjelaskan bahaw guru besar adalah orang yang dapat membawa
kemajuan kepada sekolah kerana beliau berkuasa dan mempunyai pengaruh
dalam menentukan hala tuju sekolah. Seorang pemimpin yang berkesan sentiasa
mengamalkan budaya kerja cemerlang, pengupayaan, dan memikirkan sesuatu
‘di luar kebiasaan’ serta kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk
mewujudkan keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif (Abdul Ghani,
2002).

4.6.2 Isu dan Cabaran

Perubahan pesat dalam arus reformasi pendidikan yang melanda alam


pendidikan kita masa kini tentunya menjadi cabaran kepada guru besar
cemerlang. Perubahan drastik dalam dasar kurikulum sekolah dari yang
berbentuk tradsisional kepada yang berbentuk lebih moden misalnya seperti
yang diperlukan dalam KSSM/KSSR. Hal ini sudah tentunya memerlukan
juga perubahan yang radikal dalam aspek pengurusan di sekolah khasnya
dalam pengurusan profesional. Hakikat bahawa guru besar cemerlang
bertanggungjawab untuk menentukan ‘tone’ sekolah, suasana pengajaran dan
pembelajaran, tahap dan kualiti profesionalisme guru, semangat kekitaan, dan
rasa tanggungjawab terhadap perkembangan murid.
4.6.3 Cadangan

Bagi guru besar cemerlang perlu menyokong yang menggalakkan


pembelajaran guru dan perkongsian ilmu. Pemimpin organisasi yang ideal
perlu menyediakan program latihan dan pembangunan yang dapat memenuhi
keperluan guru serta menyediakan bahan rujukan yang mencukupi dan terkini
untuk guru menjalankan PdPc di sekolah. Saranan ini bertepatan dengan
Abdul Ghani (2009) supaya pemimpin dapat membudayakan guru sebagai
penyelidik. Amalan ini juga didapati selaras dengan amalan membentuk
pekerja berilmu (James 2003), pembangunan modal intelek dalam organisasi
(Phillips, 2003) dan perkongsian ilmu dengan sumber luar (Brandt 2003).
Selain itu, guru besar cemerlang harus menunjukkan berfikiran terbuka
terhadap kritikan. Kritikan yang membina adalah maklum balas yang baik
untuk membuat refleksi dan melakukan penambahbaikan. Menurut Lakomski
(2001), pemimpin cemerlang harus dapat mengakui kekurangan kepakaran
mereka dalam hal tertentu. Guru besar harus mempunyai tahap kesabaran
tinggi dan bersikap profesional semasa menerima kritikan. Oleh itu, setiap
masalah yang dihadapi di sekolah perlu dibincangkan bersama dengan warga
sekolah supaya kecemerlangan sekolah dapat dicapai (Hord, 2009).

Anda mungkin juga menyukai