Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi saya ucapkan kepada para hakim dan

hadirin sekalian. Pada hari ini, saya ingin menyampaikan


cerita yang bertajuk ‘Musang dengan Kera’.
Seekor kera telah menari-nari di tengah-tengah
kumpulan binatang di dalam hutan. Melihat gelagatnya itu,
semua binatang telah sebulat suara memilihnya sebagai raja
segala binatang.
Musang berasa sakit hati. Tiba-tiba, ia terjumpa seketul
daging di dalam sebuah perangkap. Ia memanggil kera
tersebut. Ia menunjukkan daging itu dan berkata, “ Lihat aku
telah berjumpa tempat simpanan makanan tapi aku tidak
mahu membuat apa-apa. Aku tidak berniat untuk mengambil
daging itu,.” Kata musang itu.
Kera yang tamak itu pun dengan serta-merta mengambil
daging tersebut dan akhirnya dia terperangkap. Kera
menuduh musang sengaja mahu memerangkapnya.
“Wahai kera dengan akal kamu yang cetek ini, bolehkah
kamu menjadi raja kepada seluruh binatang di sini?” soal
musang.
Pengajaran cerita ini ialah “tanpa menggunakan akal
untuk berfikir, seseorang itu mudah diperdayakan”.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai