Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR SEREMBAN.

KERTAS CADANGAN

PERLAKSANAAN SCHOOL ENTERPRISE DAN PROGRAM TRAINEESHIP .

1.0 RASIONAL

Perlaksanaan School Enterprise dalam kalangan sekolah teknik telah di wujudkan untuk
membantu guru dan pelajar meluaskan lagi skop penglibatan mereka dalam bidang
kusahawanan.BPTV telah mengedarkan satu pekeliling yang mewajibkan sekolah
mengadakan program Traineeship pada tahun 2010. Sekolah mengambil langkah proaktif
dalam menjayakan program yang di cadangkan oleh pihak BPTV.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang dapat di capai dapam perlaksanaan School Enterprise adalah :

2.1 Membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar dan guru


2.2 Menggunakan kepakaran dalam untuk di komersialkan.
2.3 Meningkatkan pencapaian sekolah dalam membina rangkaian perniagaan .

3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

3.1 Kandungan Pakej

Pakej yang di tawarkan adalah berasaskan produk dan perkhidmatan. Semua unit boleh
mencadangkan pakej tersebut dalam masa 2 minggu dari tarikh mesyuarat diadakan.
Kandungan pakej yang di tawarkan hendaklah di kemukakan dalam jawatankuasa induk
untuk persetujuan dan kelulusan , sebelum di promosi atau di pasarkan kepada pelanggan.

3.1.1 Pakej ICT


a. Aplikasi komputer

Menawarkan kursus berkaitan dengan seperti software MS- Excell


Microsft Advanced , Ironcad dan lain-lain perisian.

b. Laman Web dan Blog

Menawarkan kursus Laman web dan pembikinan blog serta aplikasi yang berkaitan.

3.1.2 Pakej Sains dan Teknologi

a. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik


b. Kejuruteraaan Mekanikal
c. Kejuruteraan Awam

Tenaga pakar daripada Guru Cemerlang dan ahli panitia serta pelajar jurusan
kejuruteraan akan di gembelingkan dalam mengeluarkan produk atau meberi khidmat
latihan kepada orang luar.

3.2.3 Unit Kemahiran Soft Skill


a. Motivasi dan Bimbingan Kaunseling
b. Konsultansi

Kepakaran dalan latihan berkaitan dengan kaunseling dan motivasi pelajar termasuklah
teknik dan seminar menjawab soalan.
Lain-lain permintaaan terhadap pakej luar dari yang di berikan diatas adalah dibawah
penyeliaan bahagian konsultansi.

Semua unit akan menyediakan pakej dalam melaksanakan program School


Enterprise.Ketiga-tiga unit diagihkan mengikut kepakaran bidang masing-masing. Setiap
bahagian akan di bantu oleh 4 orang guru yang berada di bawah seliaan penyelaras masing-
masing. Tawaran pakej yang di sediakan merujuk kepada kos yang telah dibincangkan dalam
mesyuarat induk dan dalam dalam unit masing-masing.Segala kos yang berkaitan akan di
uruskan oleh unit dan guru perkhidmatan dan jualan. Tenaga kepakaran akan di bekalkan
oleh guru pakar dalam bidang masing-masing.

Setiap unit akan mengemukakan cadangan program yang di tawarkan serta Pakej yang
disediakan. Masa perlaksanaan adalah mengikut ketetapan pihak penganjur. Permintaan
pelanggan dalam kursus yang di tawarkan akan di bincang bersama dalam unit berkenaan.

3.2 Prasarana Dan Kemudahan

Pihak sekolah akan menyediakan tempat dan juga kemudahan yang di perlukan oleh peserta
kursus. Borang penyertaan kursus dan sijil penghargaan dan juga dokumen yang berkaitan
dengan kursus.

Penyelaras setiap bahagian akan menyediakan tenaga pengajar dan juga fasilitator yang
berkaitan dengan kursus yang ditawarkan. Segala keperluan akan diuruskan oleh unit
pemasaran.

Pihak Pemasaran adalah bertindak sebagai badan penyelaras yang akan membantu
membuat anggaran ,perbelanjaan dan bayaran yang berkaitan dengan kursus yang di
tawarkan. Yuran kursus dan bayaran kepada Fasilitator dan tenga kepakaran akan di
uruskan oleh pihak koperasi. Walaubagaimanapun setiap Unit hendaklah mengemukakan
kos dan budget yang di perlukan bagi tujuan perlaksanaan kursus.

3.3 Promosi

Pemasaran kursus akan di uruskan oleh koperasi. Setiap unit mengemukan pakej yang di
tawarkan dan koperasi akan menghebahkannya ke semua saluran samada melalui laman
web/ email/ surat khabar atau radio.

3.4 Sasaran

Terbuka kepada semua warga sekolah , staf sokongan, guru dan masyarakat
setempat.Penyertaan peserta dari sekolah –sekolah Negeri Sembilan dan juga sekolah
Teknik seluruh Malaysia.

3.5 Jangkawaktu Kursus

Masa kursus bergantung kepada Pakej yang di tawarkan


Ø Separuh hari
Ø Satu hari penuh
Ø Lebih 2/3 hari untuk kursus intensif

Mengikut keperluan kursus yang di tawarkan.

3.6 Tenaga Pengajar

Ø Guru Cemerlang
Ø Guru Rekacipta dan Inovasi
Ø Guru ICT

3.7 Belanjawan

Semua belanjawan hendaklah di masukkan dalam proposal dan penyelaras unit akan
berbincang dengan unit perkhidmatan . Bendahari akan bertanggungjawab menyimpan
dokumen berkaitan dengan perbelanjaan dan pendapatan . Penyelaras akan menyelaras
semua budget yang di sediakan oleh unit.

4.0 PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN

Penyelaras setiap bahagian akan memantau semua aktiviti yang di laksanakan bermula dari
tawaran kursus, perlaksanaan,laporan dan juga penghargaan kepada pihak berkenaan.

Pengerusi ,timbalan pengerusi dan naib pengerusi perlulah memastikan semua procedur
yang di jalankan tidak melanggar etika dan peraturan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai