Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD XII


(ICON-IMAD XII 2023)

Tarikh:

25-26 Julai 2023M/


7-8 Muharam 1445H

Anjuran:

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Malaysia


&
Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia
Faculty of Islamic Science, Prince of Songkla University (PSU), Thailand
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam

1
INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM IN MALAY WORLD XII (ICON-IMAD XII 2023)

1.0 Pendahuluan

Alam Melayu merupakan satu benua yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Alam
Melayu disebutkan juga dengan istilah ‘Nusantara’ adalah tidak asing lagi apabila didiami oleh
masyarakat dari berbilang agama, bangsa, adat istiadat dan kebudayaan yang telah
mempengaruhi kehidupan dalam masyarakat. Pengaruh Islam adalah antara yang dominan di
alam Melayu apabila hampir keseluruhan masyarakat Melayu beragama Islam sehingga Islam
dan Melayu itu meresap dalam jiwa orang Melayu dan mempengaruhi segala cara hidup dan
kebudayaannya. Rentetan itu, kajian terhadap Alam Melayu atau disebutkan Nusantara telah
mendapat tempat dalam kalangan penyelidik sama ada dari dalam Nusantara sendiri ataupun
daripada pihak luar.

Situasi penularan virus COVID-19 yang telah melanda seluruh dunia pada dua tahun
lepas iaitu antara tahun 2020 hingga awal tahun 2022, telah memberi kesan yang mendalam
dari semua sudut kehidupan manusia sama melibatkan kesan terhadap perubahan sosial,
perubahan aspek pelaksanaan ibadah, interaksi dan transaksi ekonomi sehingga kepada
kesan yang buruk seperti tekanan perasaan, peningkatan kes bunuh diri, keruntuhan institusi
keluarga dan sebagainya lagi.

Menyedari kepentingan dunia penyelidikan khususnya yang melibatkan agenda


masyarakat Nusantara ini, pihak Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
mengorak langkah untuk menganjurkan Seminar ICON-IMAD XII 2023 yang bertemakan
“Tradisi Islam Melayu Mendepani Krisis Kemanusiaan Serantau (Islam-MalayTradition Facing
the Regional Humanitarian Crisis)” dengan anjuran bersama dari Pasca Sarjana UIN Sunan
Gunung Djati, Bandung, Indonesia; Kolej Pengajian Islam, Prince of Songkla University,
Thailand, dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.

Dalam membincangkan krisis kemanusiaan serantau ini, amat penting untuk dilihat dari
pelbagai sudut dan aspek khususnya dari sudut penyelidikan. Ini kerana dengan berpaksikan
penyelidikan secara langsung atau tidak langsung setiap aspek akan diteliti oleh para pengkaji
mengikut bidang dan kepakaran masing-masing penyelidik. Jadi, hasil daripada penyelidikan
yang dilakukan tersebut akan dapat menjana idea, kerangka, modul, model atau apa-apa yang
munasabah yang dapat dijadikan sebagai panduan serta diaplikasikan dalam menghadapi dan
mendepani krisis kemanusiaan tersebut tersebut. Justeru, penganjuran ICON-IMAD XII 2023
dilihat amat tepat untuk merealisasikan satu perbincangan daripada kalangan penyelidik,
agensi atau mana-mana individu secara langsung atau tidak dalam membincangkan krisis
kemanusiaan yang dihadapi dalam dunia pada hari ini. Khususnya dalam kalangan kerjasama
serantau Alam Melayu ini di mana masing-masing mempunyai aspek penting yang boleh
diangkat dan dibentangkan bagi mencari penyelesaian bersama. Bahkan, wakil-wakil daripada
setiap negara juga boleh mengetengahkan cadangan dan pengamalan di setiap negara
melalui institusi masing-masing agar dapat dikongsi bersama untuk manfaat semua pihak.

Oleh sebab itu, diharapkan kerjasama yang telah lama dijalinkan ini boleh menjadi
salah satu medium yang penting bagi semua pihak berbincang, mencambahkan idea,
bertukar-tukar fikiran serta bersama-sama menetapkan satu hala tuju penyelesaian krisis

2
kemanusiaan sama ada dalam konteks menghadapinya atau sebagai satu persediaan bagi
mengelak daripada krisis yang lebih parah.

Justeru, persidangan kali ini adalah merupakan usaha daripada penganjuran sebelum
ini rentetan daripada kejayaan ICON-IMAD I yang diadakan di Bandung pada 19-22 November
2011, ICON-IMAD II yang diadakan di APIUM pada 2012, ICON-IMAD III yang diadakan di
Bandung pada 2013, dan ICON-IMAD IV yang diadakan di Klana Beach Resort Port Dickson
(Kompleks Baitul Hilal), Negeri Sembilan, Malaysia pada 19-21 September 2014; ICON-IMAD
V yang diadakan di Prince of Songkla University, Pattani, Thailand pada 12-14 September
2015; ICON-IMAD VI yang diadakan di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA, Brunei pada
20-22 September 2016 dan terakhir ICON-IMAD VII diadakan di Sumber Alam Resort, Garut
pada 18-21 September 2017, kemudian ICON-IMAD VIII pada 2-4 September 2018 bertempat
di Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia, ICON-IMAD IX pada 9 dan 21 Ogos 2019 yang
diadakan di Krabi Front Bay Resort, Krabi, Thailand, ICON-IMAD X pada 2-3 Jun 2021
bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Brunei yang diadakan secara
dalam talian (online) disebabkan oleh kekangan pergerakan kerana penularan Covid-19 dan
terakhir adalah ICON-IMAD XI pada 26-27 Oktober 2022 bertempat di Grand Asrilia Hotel,
Bandung, Indonesia.

2.0 Objektif Seminar

Seminar ini diadakan untuk mencapai beberapa objektif berikut:

1- Membincangkan bentuk-bentuk krisis kemanusiaan serantau khususnya di Alam


Melayu yang boleh menjadi aspek penting dalam penyelidikan semasa yang merentas
bidang.

2- Mengetengahkan hasil-hasil penyelidikan semasa dari pelbagai aspek dan bidang yang
mengambil kira Islam dan Melayu dalam mendepani dan menghadapi krisis
kemanusiaan serantau.

3- Mewujudkan jaringan akademik dan intelektual antara para ilmuan dalam bidang
pengajian Islam serata dunia bagi menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi agar
dapat bekerjasama dalam membincangkan dan mencari penyelesaian terhadap krisis
kemanusiaan serantau.

4- Mengenalpasti peluang dan ruang terkini untuk kajian dan penyelidikan berimpak tinggi
yang belum diterokai dalam bidang Pengajian Islam yang boleh dikaitkan dengan
pelbagai bidang pengajian yang lain dalam isu berkaitan dengan krisis kemanusian
serantau.

3.0 Tema

Tradisi Islam Melayu Mendepani Krisis Kemanusiaan Serantau


Islam-MalayTradition Facing the Regional Humanitarian Crisis

3
Tema ini akan dibincangkan lanjut dalam pelbagai aspek dan bidang yang lain yang mewakili
sub-tema berikut:
 Bidang Akidah dan Pemikiran Islam
 Bidang Sejarah dan Tamadun Islam
 Bidang Dakwah dan Pembangunan Insan
 Bidang al-Quran dan al-Hadith
 Bidang Usul al-Fiqh
 Bidang Pengurusan Islam
 Bidang Ekonomi Islam
 Bidang Siasah Syar‘iyyah
 Bidang Undang-undang dan Pentadbiran Islam
 Bidang Tarbiyah dan Pendidikan Islam
 Bidang Kewangan Islam dan Mualamat
 Bidang Islam dan Sains (Astronomi, Kajian Bintang Dll)
 Bidang Kajian Manuskrip Alam Melayu
 Bidang Halal
 Bidang Pengurusan Masjid dan Seni Bina Islam
 Bidang Agama, Media & Komunikasi

4.0 Tarikh

 25-26 Julai 2023M bersamaan dengan 7-8 Muharam 1445H (Selasa dan Rabu)

5.0 Tempat

Adya Hotel, Langkawi.

6.0 Penganjur

1. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Malaysia (Tuan Rumah)


2. Pascasarjana Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia
3. Faculty of Islamic Science, Prince of Songkla University (PSU), Thailand
4. Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam

7.0 Perasmi (Cadangan)

Menteri Besar Kedah.

8.0 Ucap Utama/Pembentangan Utama (Keynote Speaker)

Ucaputama dan Perasmian:

1. YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah


Mufti Wilayah Persekutuan.

Forum Bersama Perbincangan Tentang Mendepani Krisis Kemanusiaan

1. Prof. Dr. Mohd Fauzi Hamat


Pengarah, Akademi Pengajian Islam, UM.

4
2. Prof. Dr Supiana
Direktur, Pascasarjana, UIN SGD Bandung, Indonesia

3. Prof. Madya Dr. Muhammadroflee Waehama,


Dekan Faculty of Islamic Studies, Prince Songkla University, Pattani, Thailand.

4. Dr Hajah Rohayu @ Nurjannah Haji Dollah,


Dekan Fakulti Usuluddin, UNISSA, Brunei Darussalam

Pembentang Jemputan Khas (Keynote)

1. Prof. Madya Dr Ruzman Mohd Nor


Akademi Pengajian Islam, UM.

2. Prof. Agus (UIN Bandung)

9.0 Bahasa Pengantar (Kertas Kerja & Pembentangan)

Seminar ini menggunakan empat bahasa utama iaitu

1. Bahasa Melayu / Indonesia


2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Arab

11.0 Yuran Dan Pendaftaran

Pembentang USD200
Yuran adalah termasuk penyertaan dalam seminar, kertas kerja persidangan,
buku seminar, beg, tag seminar dan aksesori seminar kadar per-individu
sebagai pembentang.
Tidak termasuk penginapan dan kos makan malam rasmi.

USD450
Yuran adalah termasuk penyertaan dalam seminar, kertas kerja persidangan,
buku seminar, beg, tag seminar dan aksesori seminar kadar per-individu
sebagai pembentang.
Termasuk penginapan 2 malam (1 bilik double sharing) dan kos makan malam
rasmi.

Peserta USD100
Yuran adalah termasuk penyertaan dalam seminar, kertas kerja persidangan,
buku seminar, beg, tag seminar dan aksesori seminar kadar per-individu
sebagai pembentang.
Tidak termasuk penginapan dan kos makan malam rasmi.

12.0 Tarikh-Tarikh Penting

- Tarikh akhir mengemukakan abstrak (sebelum): 15 Mei 2023


- Tarikh kelulusan abstrak: 16-30 Mei 2023.

5
- Tarikh mengemukakan kertas kerja lengkap: 1 Jun 2023.
- Tarikh seminar: 25-26 Julai 2023

13.0 Sasaran Peserta Dan Jumlah

200 orang peserta yang terdiri daripada:

1- Ahli Akademik
2- Para Penyedilik
3- Wakil-wakil Institusi dan Agensi
4- Pertubuhan dan Persatuan Bukan Kerajaan
5- Pelajar Ijazah Tinggi
6- Individu yang berminat.

14.0 Kewangan Seminar

i- Perbelanjaan Perlu Ditanggung:

BIL. PERKARA: (RM)


1. Penginapan Delegasi UIN Bandung 3,500.00
[RM350 x 5 bilik x 2 mlm]
2. Penginapan Delegasi Price Songkla, Pattani 3,500.00
[RM350 x 5 bilik x 2 mlm]
3. Penginapan Delegasi UNISSA, Brunei 3,500.00
[RM350 x 5 bilik x 2 mlm]
4. Penginapan Dari APIUM dan Ahli Jawatankuasa Penganjur 5,600.00
[RM350 x 8 bilik x 2 mlm]
5. Penginapan Tetamu Jemputan Khas 700.00
[RM350 x 1 bilik x 2 mlm]
6. Pakej Konferen (Hotel) 50,000.00
 Dewan Persidangan Selari x 3
 Dewan Utama x 1
 Makan x 5 kali
 Kelengkapan- Sound system etc
[RM200 x 200 pax x 1 pakej]
7. Pengangkutan Tetamu (bas/kereta sewa/van) 3,000.00
[RM 1000 x 3 hari]
8. Pengangkutan AJK Penganjur 2,000.00
9. Honorarium pembentang jemputan x 1 orang 2,000.00
10. Percetakan Buku/Prosiding Konferen 8,000.00
[RM50 x 160 naskhah]
11. Banner [RM 200 x 5 keping] 1,000.00
12. Bunting [RM 50 x 10 keping] 500.00

6
13. Beg seminar [RM40 x 200 unit] 8,000.00

14. Buku Program/ Aturcara [RM12 x 200 unit] 2,400.00


15. Sijil Penyertaan [RM3 x 250 unit] 750.00
16. Kelengkapan Konferen dan Alat Tulis 1,000.00
17. Cenderatamata Khas Untuk Tetamu 1,000.00
[RM200 x 5 unit]
Jumlah besar: 94,450.00

ii- Sumber Dana dan Pendapatan:

Bil. Sumber Dana/Tajaan )RM(


1. Seed Money 20,000.00
2. Yuran Penyertaan 20,000.00
3. Tajaan Luar dari pelbagai agensi 54,450.00
Jumlah besar: 94,450.00

7
15.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

LIST OF EXECUTIVE COMMITTEE MEMBERS

Advisor : Prof. Dr. Mohd Fauzi Hamat


Director : Prof. Dr. Che Zarrina Sa’ari
Acting Director : Assoc. Prof. Dr. Khadher Ahmad
Secretary : Dr. Mohd Zaidi Daud
Treasure : Dr. Muhammad Ikhlas Rosele
Mrs. Hazuruainy binti Zulkiffly (Assistant Accountant)
:
TECHNICAL COMMITTEE :
Protokol : Dr. Mohamad Azrien Bin Mohamed Adnan (Ketua)
Prof. Dr Abdul Karim Ali
Dr Rushdi Ramli
Assoc. Prof. Dr Faizuri Bin Abd. Latif
Papers : Assoc. Prof. Dr. Khadher Ahmad (Ketua)
Dr. Muhammad Ikhlas Rosele
Mohammad Noorazlan Md Ismail
Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar
Hawwa Binti Abdul Mokti
Nurfarzana Binti Nizam

Conference Schelude : Prof Dr Mustaffa Abdullah (Ketua)


Dr. Muhammad Ikhlas Rosele
Dr. Mohamad Azrien Bin Mohamed Adnan
Muhammad Izzul Syahmi Bin Zulkepli
Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar
Suffian Haqiem Bin Nor Azelan
Registration : Assoc. Prof. Dr Monika @ Munirah Abd Razzak
(Ketua)
Assoc. Prof. Dr Norrodzoh Binti Hj Siren
Rahmah Safinaz Bt Ngspar
Siti Falihah Binti Yaakob
Sponsorship : Assoc. Prof. Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali
(Ketua)
Dr Mohd Zaidi Daud
Assoc. Prof.Dr Ishak Hj Suliaman
Assoc. Prof. Dr Kamaruzaman Bin Noordin

8
Dr Osman Rasip
Hawwa Binti Abdul Mokti
Nurfarzana Binti Nizam
Transportation & : Dr Muhammad Taqiuddin Mohamad (Ketua)
Communications
Dr Safwan Harun
Assoc. Prof. Dr Mohd Anuar Ramli
Dr. Mohamad Azrien Bin Mohamed Adnan
Hotels & Accommodation : Assoc. Prof. Dr. Mohd Saiful Anwar Nawawi (Ketua)
Dr Mahamatayuding Samah
Dr Mohd Hafiz Bin Jamaludin
Hasimah Chik
Nur Eliza Mohd Noor
Printing : Norwahizatul Binti Wahed (Ketua)
Siti Noor Farahin Binti M Fariddudin
Normarlina Binti Mohamad Lutpi
Special Duties : Muhammad Hazim Bin Mohd Azhar (Ketua)
Suffian Haqiem Bin Nor Azelan
Saiful Islam Bin Nor Mohd Zulkarnain
Muhammad Afifi Bin Abdul Hamid
Hawwa Binti Abdul Mokti
Nurfarzana Binti Nizam
Institutional Coordinator : Dr Taufiq Rahman (Indonesia)
: Dr Nurol Halimatulwara’ Binti Hj Mumin (Brunei)
Mr Yamudin Salaeh (Thailand)

16.0 PENUTUP

Semoga penganjuran seminar ini akan dapat berjalan dengan jayanya dan mendapat
kerjasama serta penyertaan daripada semua pihak. Bahkan, diharapkan objektif yang
ditetapkan juga dapat dicapai dengan jaya.

PROF. DR CHE ZARRINA SA’ARI


Pengarah ICON-IMAD XII 2023

Disediakan oleh:

PROF. MADYA DR. KHADHER BIN AHMAD


Sekretariat ICON-IMAD (APIUM, Malaysia)

Anda mungkin juga menyukai