Anda di halaman 1dari 55

BORANG PENGESAHAN STATUS PROJEK TAHUN AKHIR

JUDUL: VIDEO INFOGRAFIK: KOTA BAITULMAQDIS MENURUT PERSPEKTIF AGAMA


ISLAM,YAHUDI DAN KRISTIAN.
SESI PENGAJIAN: SESI I 2022/2023
NAMA PELAJAR: ARIF ZULFIKRI BIN ABDUL HALIM

Mengaku membenarkan FYP (Projek Tahun Akhir) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Projek Tahun Akhir ini adalah milik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
2. Perpustakaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dibenarkan membuat Salinan
bertujuan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat Salinan Projek Tahun Akhir ini sebagai bahan pertukaran
antara Institusi Pengajian Tinggi.
4. **Sila tanda ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdajah Keselamatan


RAHSIA atau kepentingan Malaysia yang termaktub
di dalam AKTA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh


organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD

------------------------------ ----------------------------- ------------------------------


(Tanda Tangan Penulis) (Tanda Tangan Penyelia) (Tanda Tanda Penyelia)
Arif Zulfikri bin Abdul Halim Dr Nurhanisah Binte Senin Dr Siti Zaharah bt Mohid
Penulis Ijazah Sarjana Muda Penyelia Jabatan Dakwah Penyelia Jabatan Multimedia,
Usuluddin dengan Multimedia, dan Usuluddin, Fakulti Sains dan Teknologi
Semester 7, Fakulti Pengajian dan Makumat, KUIS.
Sesi I 2022/2023. Peradaban Islam, KUIS.

PENGAKUAN

Saya mengakui bahawasanya projek tahun akhir ini merupakan hasil kerja saya sendiri kecuali dan
ringkasan tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.
PENGHARGAAN

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

Segala puji bagi Allah SWT, Yang Maha Pemurah lagi Maha Menghasihani, selawat dan salam
keatas Baginda Nabi Muhammad SAW, para sahabatnya, para tabi’in dan mereka yang
menurut jalan-Nya dengan ilmu serta iman. Akhirnya, dengan izin Allah SWT dapat juga
pengkaji menyiapkan projek tahun akhir iaitu infografik yang bertajuk Kota Baitulmaqdis
Menurut Perspektif Agama Islam, Yahudi dan Kristian.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr Nurhanisah Binte Senin selaku
penyelia daripada Jabatan Dakwah dan Usuluddin dan juga Dr Siti Zaharah Binti Mohid selaku
penyelia daripada Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat yang banyak memberi tunjuk ajar
serta bimbingan dalam menyiapkan projek tahun akhir 2 ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang
telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar kepada saya secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan serta kata-kata
semangat kepada saya dan membiayai pembelajaran sehingga terhasilnya projek ini.
Harapan saya agar projek tahun akhir ini mampu memberi maanfaat walaupun sedikit
kepada masyarakat di luar sana. Akhir kata, andai ada kesilapan dalam projek ini, saya
dahulukan dengan ribuan kemaafan dan semoga Allah SWT mengampuninya.

Wassalam.

Arif Zulfikri bin Abdul Halim


Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Multimedia
Jabatan Dakwah Dan Usuluddin
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Semester 7
ABSTRAK

VIDEO INFOGRAFIK: KOTA BAITULMAQDIS MENURUT PERSPEKTIF AGAMA


ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI

Arif Zulfikri bin Abdul Halim1


Dr Nurhanisah Binte Senin2
Dr Siti Zaharah binti Mohid3

Baitulmaqdis ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan
Ibukota terbesar bagi Negara Palestin. Baitulmaqdis memainkan peranan penting bagi Agama
Islam, Agama Kristian, dan juga Agama Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama
Kristian dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama
Islam. Oleh yang demikian, bagi mencapai objektif, kajian ini akan dianalisis dan dikaji bagi
membandingkan kefahaman dan kepercayaan antara masyarakat penganut agama Islam, agama
Yahudi dan agama Kristian serta mengesahkan fakta bahawasanya Kota Baitulmaqdis adalah
milik umat Islam. Hasil kajian mendapati, isu tuntutan terhadap Kota Baitulmaqdis oleh
penganut Agama Islam, Kristian dan Yahudi di dunia ini seharusnya ditangani dengan bijak.
Perkara ini harus diselami oleh pihak berautoriti dengan memahami maksud tersurat dan tersirat
terhadap tuntutan ini. Umat Islam semestinya mempertahankan Kota Baitulmaqdis kerana kota
itu juga merangkumi pertahanan Akidah Umat Islam. Semoga dengan penghasilan video
infografik yang bertajuk ‘Kota Baitulmaqdis Menurut Perspektif Agama Islam, Kristian dan
Yahudi’ ini dapat memberikan kefahaman yang jelas berkenaan tajuk berkaitan sekaligus
memberi manfaat kepada orang ramai diluar sana.

Kata Kunci: Kota Baitulmaqdis, Islam, Kristian, Yahudi, Video infografik

1
Arif Zulfikri bin Abdul Halim, Pelajar Semester 6, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
2
Dr Nurhanisah Binte Senin, Ketua Jabatan Dakwah Usuluddin, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti
Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
3
Dr Siti Zaharah binti Mohid, Timbalan Dekan (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) Fakulti Sains dan
Teknologi Matlumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
BAB 1

PENGENALAN PROJEK

1.1 PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan tentang latar belakang projek dan pernyataan masalah.
Seterusnya perbincangan ini diikuti dengan objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian.
Projek ini adalah berkaitan dengan isu Kota Baitulmaqdis yang sering menjadi pertikaian di
bawah tajuk Kota Baitulmaqdis Menurut Perspektif Agama Islam, Yahudi dan Kristian. Projek
ini adalah berbentuk ilmiah yang akan menghuraikan pendapat agama masing-masing mengenai
Baitulmaqdis yang akan dipaparkan dalam bentuk Video Infografik.

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK


Baitulmaqdis atau Jerusalem (menurut Bahasa Ibrani: Yerushaláyim) ataupun Al-Quds
ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan Ibukota dan Bandar
raya terbesar bagi Negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB). Baitulmaqdis memainkan peranan penting bagi Agama Islam, Agama Kristian, dan juga
Agama Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian dan serta Agama Yahudi
dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam Agama Islam.

Menurut pengkaji Barat, Baitulmaqdis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s
menakluk Baitulmaqdis daripada masyarakat yang bernama Jebusite (sebuah suku kaum
daripada bangsa Kan‘an). Nabi Daud a.s kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini
dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmaqdis kemudian dikatakan diperintah oleh
Nabi Sulaiman a.s. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s telah membina sebuah kuil
yang diberi nama Kuil Sulaiman (Temple of Solomon).4

Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitulmaqdis daripada orang
Yahudi. Nebuchadnezzar II, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmaqdis dan
memusnahkan Kuil Sulaiman. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada
Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi
4
Tajuk: Sejarah Baitulmaqdis, Ustaz Mohd Hanif B. Hj. Ismail, Terbitan: Hijjaz Records Publishing, Tahun Terbitan:
2017
membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmaqdis dan membina semula kuil mereka. Kuil
Kedua kemudiannya dibina oleh Herod Si Agung tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke
tangan Rom.5

Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmaqdis memberontak.


Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan Kuil Kedua
orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai
Tembok Barat. Selepas pemberontakan tersebut, orang Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi
dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya
Baitulmaqdis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang
kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya
dipatahkan tentera Rom. Baitulmaqdis dinamakan semula menjadi Aelia Capitolina.6

Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmaqdis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini
menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, Maharaja Byzantine iaitu
Constantine I membina Baitulmaqdis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Gereja
Makam Suci pada tahun 335 masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki
Baitulmaqdis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun
629.

Walaupun Al-Quran tidak menyebut mengenai nama "Baitulmaqdis"7 secara spesifik.


Namun menurut hadis sahih, adalah di Baitulmaqdis bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah naik
ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj melalui kota itu yang kemudiannya ditawan oleh
angkatan tentera Islam pada tahun 638 Masihi. Sayidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi
ke Baitulmaqdis untuk menerima penyerahan Baitulmaqdis kepada kerajaan Islam. Beliau
seterusnya ditawarkan untuk solat di dalam Gereja Makam Suci tetapi menolaknya dan
sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjid Al-Aqsa. Beliau mendapati tempat itu terlalu
kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah
masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al-Aqsa.

5
Alquds : History, Religion and Politics, Prof. Dr Abd Al Fattah El-Awaisi dan Prof. Dr Muhittin Ataman, SETA
Publications 51, 2019, Turki.
6
Penerbitan Buku-Buku Berkaitan Palestin Yang Diterbitkan Di Malaysia Dan Indonesia (Books Publication Related
to Palestine Published in Malaysia and Indonesia) Oleh Mohd Roslan Mohd Nor dan Nang Nashirah Binti Nik
Dahalan, Universiti Malaya, 2015, Malaysia.
7
Adapun di Dalam Surah Al Maidah : ayat 21 disebut sebagai Tanah Suci – meujuk kepada Baitulmaqdis serta Surah
Al Isra’ : ayat 1 sebagai Masjid Al Aqsa serta Surah Al Anbiya’ : ayat 71 sebagai negeri yang telah Kami berkahinya.
Enam tahun kemudian, Kubah Al-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah
batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w berdiri sebelum naik ke syurga semasa
peristiwa Israk Mikraj. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan
kerajaan Umaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmaqdis
berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmaqdis pada ketika itu merupakan tanah yang
paling subur di Palestin.

Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun
semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau
mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini
menyebabkan berlakunya Perang Salib. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk
Baitulmaqdis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni
Muslim dan Yahudi.

Baitulmaqdis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Jerusalem. Kerajaan ini kekal
sehingga tahun 1291. Baitulmaqdis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayyubi pada tahun 1187.
Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmaqdis tidak kira sama ada
Kristian, Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitulmaqdis jatuh kembali ke tangan orang
Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.8

Pada tahun 1517, Baitulmaqdis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman al-
Qanuni membina semula tembok Baitulmaqdis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.
Kerajaan Turki Uthmaniyyah memerintah baitulmaqdis dan sebahagian besar Timur Tengah dari
tahun 1516 hingga 1917 Masihi. Setelah Perang Dunia Pertama, British mengambil alih
Baitulmaqdis yang merupakan sebahagian daripada Palestin. British mengawal kota tersebut dan
kawasan sekitarnya sehingga tahun 1948 sebelum bangsa Yahudi menubuhkan Negara haram
Israel.Sejak 1948, Baitulmaqdis terbahagi kepada dua bahagian dimana Israel menguasai
kawasan barat baitulmaqdis, manakala Jordan menguasai bahagian Timur. Selepas perang enam
hari Arab-Israel pada 1967, Israel mengambil alih seluruh baitulmaqdis.9

Rentetan daripada sejarah ringkas yang disimpulkan seperti di atas menunjukkan


bagaimana sejarah Kota Baitulmaqdis mempunyai kedudukan yang signifikan dalam

8
Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Pensyarah Kanan dan Ketua di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Sejarah Kejatuhan Palestin Dan Kewujudan Israel, Terbitan Universiti Malaya,
Malaysia.
9
https://iluminasi.com/bm/sejarah-awal-kota-baitulmaqdis-kepentingannya-kepada-islam-yahudi-kristian.html
perkembangan sejarah agama Yahudi, Kristian dan Islam. Justeru, projek ini bertujuan
membangunkan Video Infografik untuk memaparkan perspektif ketiga-tiga agama terhadap Kota
Baitulmaqdis.

1.3 PERNYATAAN MASALAH


Status Baitulmuqaddis tetap menjadi salah satu isu utama dalam konflik Israel-Palestin.
Ketika Perang Arab-Israel 1948, Baitulmaqdis Barat ialah antara kawasan-kawasan yang ditawan
dan kemudian diberikan hak kepada Israel sementara Baitulmaqdis Timur, termasuk Kota Lama,
ditawan dan kemudian diberikan hak kepada Jordan. Israel merebut Baitulmaqdis Timur dari
Jordan selama Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian dimasukkann ke Baitulmaqddis,
bersama dengan wilayah sekitar yang lain.

Rentetan daripada itu, sehingga ke hari ini pertikaian tersebut masih terjadi dan
menyebabkan peperangan demi peperangan berlaku sehingga melibatkan ramai nyawa yang
terkorban. Namun di sebalik konflik ini, Kerajaan Amerika Syarikat yang sepatutnya menjadi
orang tengah dilihat hanya mendiamkan diri dan hanya berpihak kepada Israel semata. Namun
ada juga dalam kalangan warga internet di negara kita seolah-olah tidak cakna terhadap isu ini
dan beranggapan bahawa Negara Palestin perlu menyerah kalah dan membenarkan Israel
bertapak dan menguasai seluruh bumi Palestin termasuklah memiliki Kota baitulmaqdis.
Sesungguhnya umat Islam di seluruh dunia amat sensitiviti terhadap isu konflik Israel-Palestin
terutamanya apabila melibatkan nyawa manusia dan juga soal pemilikan Kota baitulmaqdis. Hal
ini kerana Baitulmaqdis merupakan kiblat pertama umat Islam serta tempat ketiga paling suci
setelah Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk
mempertahankannya.

Oleh yang demikian, hasil kajian ini akan membandingkan kefahaman dan kepercayaan
anatar masyarakat penganut agama Islam, agama Yahudi dan agama Kristian serta mengesahkan
fakta bahawasanya Kota Baitulmaqdis adalah milik umat Islam. Video animasi 2D yang dibuat
adalah bertujuan untuk mempengaruh pemikiran umat Islam supaya lebih cakna dengan isu
konflik terutamanya melibatkan Kota Baitulmaqdis yang berada di Bumi Palestin.

1.4 OBJEKTIF
 Membincangkan sejarah ringkas Kota Baitulmaqdis
 Mengkaji kedudukan Kota Baitulmaqdis menurut pandangan agama Islam, Kristian dan
Yahudi.
 Mencipta suatu video Infografik: berkaitan dengan kedudukan Kota Baitulmaqdis
menurut perspektif Agama Islam, Yahudi dan Kristian.

1.5 SKOP PROJEK


 Projek ini hanya berfokuskan kepada perbincangan berkaitan isu pemilikan Kota
Baitulmaqdis dalam ajaran agama Islam, Yahudi dan Kristian dengan lebih terperinci.
 Projek ini dibangunkan dengan menggunakan kaedah Video Infografik dalam
memaparkan isu berkaitan Kota Baitulmaqdis.
 Sasaran projek ini adalah kepada masyarakat umum.

1.6 KEPENTINGAN PROJEK


 Sebagai panduan kepada masyarakat tentang status quo sebenar Kota Baitulmaqdis.
 Sebagai rujukan kepada masyarakat khususnya yang beragama Islam tentang kesedaran
dan kepekaan umat terhadap isu yang melanda di Baitulmaqdis.
 Sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan sumber bahan ilmiah dalam memahami
agama yang memiliki Kota Baitulmaqdis.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Bab ini membincangkan tentang kajian yang telah ada termasuklah buku dan video yang
berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian topik
kecil iaitu pengenalan bab, pengenalan tentang Baitulmaqdis, Kedudukan Baitulmaqdis menurut
pandangan agama Islam, Kristian dan Yahudi, definisi multimedia, definisi video Infografik,
ciri-ciri Infografik, jenis-jenis Infografik, perbandingan projek dan kesimpulan.

2.2 STATUS BAITULMAQDIS


Hari ini, status Baitulmuqaddis tetap menjadi salah satu isu utama dalam konflik Israel-
Palestin. Ketika Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis Barat ialah antara kawasan-kawasan
yang ditawan dan kemudian diilhakkan Israel sementara Baitulmuqaddis Timur, termasuk Kota
Lama, ditawan dan kemudian diilhakkan Jordan. Israel merebut Baitulmuqaddis Timur dari
Jordan selama Perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian dimasukkann ke Baitulmuqaddis,
bersama dengan wilayah sekitar yang lain. [Catatan 6] Salah satu undang-undang asas Israel,
Hukum Jerusalem 1980, merujuk Jerusalem sebagai ibu kota tak terbahagi Israel. Semua cabang
kerajaan Israel terletak di Baitulmuqaddis, termasuk Knesset (parlimen Israel), kediaman
Perdana Menteri (Beit Aghion) dan Presiden (Beit HaNassi) serta Mahkamah Agung.
Sungguhpun begitu, masyarakat antarabangsa menyifatkan pengilhakan itu sebagai haram dan
mengesahakan Baitulmuqaddis Timur sebagai wilayah Palestin ditakluki Israel.

 MENURUT AGAMA ISLAM

i. Tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj

Firman Allah SWT:

‫ْص ى الَّ ِذي بَ َار ْكنَ ا َح ْولَهُ لِنُ ِريَهُ ِم ْن آَيَاتِنَ ا‬ ِِ ِِ ِ ِِ


َ ‫َأس َرى بِ َع ْب ده ل َْياًل م َن ال َْم ْس جد ال‬
َ ‫ْح َر ِام ِإلَى ال َْم ْس جد اَأْلق‬
ِ
ْ ‫ُس ْب َحا َن الَّذي‬

‫َّخ ُذوا ِم ْن ُدونِي َوكِياًل‬


ِ ‫ْكتَاب وجعلْنَاهُ ُه ًدى لِبنِي ِإسراِئيل َأاَّل َتت‬
َ َْ َ
ِ
َ َ َ َ ‫وسى ال‬
ِ
َ ‫) َو َآَت ْينَا ُم‬1( ‫يع الْبَص ُير‬
ِ َّ ‫ِإنَّه ُهو‬
ُ ‫السم‬ َ
Maksudnya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami berikan kepada Musa Kitab (Taurat) dan
Kami jadikan Kitab Taurat itu petunjuk bagi Bani Israil (dengan firman), "Janganlah kamu
mengambil penolong selain Aku”. (Surah al-Isra’: 1-2)

Berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad SAW,
bersamaan 622 Masihi, ketika baginda berumur 52 tahun, setahun sebelum peristiwa Hijrah dari
Mekah ke Madinah. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu malam di mana baginda kembali
semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil
Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin kini, sebelum diangkat dari bumi ke langit
ke-7.10

ii. Kiblat Pertama Umat Islam

Seperti yang kita ketahui, sebelum Ka'bah umat Islam melaksanakan ibadah solat ke arah
Baitulmaqdis atau Masjid Al-Aqsa selama 16 bulan. Namun Rasulullah SAW sendiri lebih
menyukai kiblat ke arah Ka'bah dan kerana itu Rasulullah SAW sering berdoa. 11 Allah SWT
berfirman:

‫ك َش ط َْر ال َْم ْس ِج ِد‬ ٰ ‫َّك قِ ْبلَ ةً َت ْر‬


َ ‫ضٮ َهاۖ   َف َو ِّل َو ْج َه‬ ِ ‫الس م‬
َ ‫ٓاءۚ   َفلَ ُـن َولَِّين‬ ِ َ ‫قَ ْد َن ٰرى َت َقلُّب وج ِه‬
َ َّ ‫ك فى‬ َْ َ
ِ ِ َّ ِ ُّ ُ ‫ـرا ِمۗ   َو َح ْي‬
ُ‫ـعلَ ُم ْو َن اَنَّه‬ َ ‫ث َم ا ُك ْنتُ ْم َف َول ْوا ُو ُج ْو َه ُك ْم َش ط َْرهۗٗ   َوا َّن الذيْ َن اُْوتُ وا الْكت‬
ْ َ‫ٰب لَي‬ َ ‫ْح‬
َ ‫ال‬

‫ْح ُّـق ِم ْن َّربِّ ِه ْمۗ   َو َما ال ٰلّهُ بِغَا فِ ٍل َع َّما َي ْع َملُ ْو َن‬
َ ‫ال‬

"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan


Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah
wajahmu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah

10
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2176-bayan-linnas-siri-ke-120-baitul-maqdis-kami-mencintaimu
11
Selected Qur’anic Verses On Islamicjerusalem And Their Exegesis, Khalid El-Awaisi, Mardin Artuklu University,
2014
wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab tahu,
bahwa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah
tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan." (Surah al-Baqarah 2:144)

iii. Tempat ibadat umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah

Terdapat galakan daripada Nabi SAW untuk bersolat di dalamnya. Daripada Abu ad-Darda'
RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Bersolat di al-Masjid al-Haram menyamai 100 ribu kali solat,
bersolat di masjidku menyamai 1,000 kali solat dan bersolat di masjid Baitulmaqdis menyamai
500 kali solat." Riwayat al-Bazzar, Ibn 'Adi, at-Tabarani dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman
dengan Sanad Hasan

Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmaqdis. Arah kiblat kemudian ditukar ke
Kaabah di Mekah selepas peristiwa Israk dan Mikraj sewaktu Nabi Muhammad SAW tinggal di
Madinah.

Oleh itu, Nabi SAW bersabda: "Janganlah bersungguh-sungguh untuk pergi mengembara
melainkan kepada tiga masjid iaitu masjidku ini (Madinah), al-Masjid al-Haram (Makkah) dan
al-Masjid al-Aqsa (Baitulmaqdis)." Riwayat al-Bukhari dan Muslim (Hadis Sahih Bukhari Jilid
2. Hadis Nombor 0623)

iv. Lokasi terletaknya Masjid Al-Aqsa

Terdapat hadis yang mengisyaratkan mengenai sejarah awal penubuhannya iaitu pada zaman
Nabi Adam AS sebagai masjid kedua yang dibina di atas muka bumi. Daripada Abu Zar RA
katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, masjid manakah yang
dibina terlebih dahulu?" Baginda menjawab: "al-Masjid al-Haram." Aku bertanya lagi: "Selepas
itu apa?" Jawab baginda: "al-Masjid al-Aqsa." Aku bertanya lagi: "Berapa jarak masa antara
kedua-duanya?" Jawab baginda: "40 tahun." Riwayat al-Bukhari dan Muslim (Hadis Sahih
Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1491).

Membawa maksud 'Masjid Terjauh', Masjid Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci
agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama
Baitulmaqdis.
Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Batu) dikenali oleh umat
Islam sebagai Al Haram Al Sharif atau "tanah suci yang mulia" dan oleh orang Yahudi dan
Kristian sebagai Kuil Suci.

v. Tercetusnya Perang Salib Pertama

Pada tahun 1099 Masihi, tentera salib telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, termasuk Masjid
Al-Aqsa, ketika berlakunya Perang Salib Pertama dan menggunakannya sebagai istana kerajaan
dan kandang kuda.

Bagaimanapun, fungsi Masjid itu dapat dikembalikan setelah pasukan Islam dipimpin
Salahuddin Al-Ayyubi berjaya merebut kembali Baitulmaqdis melalui pengepungan pada tahun
1187 Masihi.12 Terdapat isyarat hadis bahawa pusat pemerintahan khilafah Islam pada akhir
zaman nanti akan muncul semula di Baitulmaqdis. Abdullah bin Hawalah al-Azdi RA
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah meletakkan tangan baginda di atas kepalanya
lalu bersabda: "Wahai anak Hawalah, apabila engkau melihat khilafah telah turun di bumi yang
disucikan (Baitulmaqdis), maka sungguh telah dekatlah bencana gempa bumi, malapetaka serta
perkara besar. Pada saat itu, hari kiamat lebih dekat kepada manusia daripada tanganku ini
dengan kepalamu." Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Hakim, kata beliau: Sahih sanadnya13

 MENURUT AGAMA YAHUDI

i. Kepentingan Baitulmaqdis: Sumber-sumber Yahudi

Penunjuk utama kepentingan Baitulmaqdis dalam agama Yahudi ialah dari kebanyakan
sumber, antaranya Alkitab (Bible), yang memaktubkan kota itu dalam satu aspek atau yang lain.
Alkitab Ibrani secara eksplisit (jelas) merujuk kepada Baitulmaqdis dengan nama kira-kira 700
kali, dan merujuk kepada Zionis sebanyak 150 kali.

Kesusasteraan Alkitab pasca Ibrani juga mencerminkan kepentingan utama Baitulmaqdis.


Kesusasteraan Rabbinic, Talmud dan Midrash, penuh dengan rujukan tersurat dan tersirat kepada

12
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenapa-baitulmaqdis-penting-bagi-umat-islam-163676
13
https://www.hmetro.com.my/addin/2021/05/709085/seruan-baitulmaqdis-terhadap-umat-islam
Baitulmuqaddis, dan menunjukkan kepentingan Jerusalem dalam kehidupan orang Yahudi
selama kira-kira 3,000 tahun sejak Nabi Daud a.s menakluki kota itu dan menjadikannya sebagai
ibu kota kerajaan Israel.

ii. Pemusatan tanah Baitulmaqdis menurut perundangan Yahudi

Baitulmaqdis dan Mount Temple mempunyai status kesucian yang istimewa dalam
undang-undang Yahudi. Halakhah (undang-undang Yahudi) yang terdapat dalam Kitab taurat,
yang sebagaimana yang difahami oleh para rabbi, mengandungi 613 mitzvot (perintah) yang
diwahyukan oleh Tuhan kepada Nabi Musa a.s. dan orang Israel di Sinai. 613 perintah itu tidak
ditujukan kepada individu Yahudi sahaja, tetapi secara kolektif kepada bangsa Yahudi, umat
Israel (Bnei Yisrael). Jelas sekali cara hidup beragama yang ditetapkan oleh 613 perintah adalah
wajib bagi setiap orang Yahudi, di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa mereka
boleh hidup. Mungkin salah satu contoh yang paling ekstrem tentang perintah kepada bani Israel
untuk menetap di Baitulmaqdis berdasarkan pernyataan para rabbi Talmud: "Seseorang harus
selalu tinggal di Tanah Israel, bahkan di kota dengan majoriti penyembah berhala, dan harus
tidak tinggal di luar Tanah Israel, walaupun di kota dengan majoriti Yahudi, kerana sesiapa yang
tinggal di Tanah Israel menyerupai orang yang mempunyai Tuhan, dan sesiapa yang tinggal di
luar Tanah menyerupai orang yang tidak mempunyai Tuhan" (Babylonian Talmud, Ketubot 100b
).

Untuk sebahagian besar sejarah Yahudi, termasuk sebahagian besar 19 abad yang lalu,
majoriti besar telah tinggal di luar Tanah Israel. Namun, orang Yahudi secara tradisinya selalu
menganggap diri mereka telah dibuang secara tidak sengaja dari tanah air mereka, dan berdoa
untuk pemulihan dan pemulihan mereka.

Menurut Alkitab Ibrani:

“Tuhan berfirman kepada Abram: Pergilah dari negerimu, dari tempat kelahiranmu dan dari
rumah ayahmu, ke negeri yang akan Kutunjukkan kepadamu. Aku akan membuat engkau
menjadi bangsa yang besar, Aku akan memberkati engkau dan membuat namamu masyhur, dan
engkau akan menjadi berkat. Aku akan memberkati orang yang memberkati engkau, dan
mengutuk orang yang mengutuk engkau: olehmulah semua kaum di bumi akan diberkati”
(Kejadian 12:1-3).
Apabila Abram dan keluarganya kemudiannya berpindah ke tanah Kanaan, "Tuhan
menampakkan diri kepada Abram dan berfirman: Aku akan memberikan negeri ini kepada
keturunanmu." Selepas itu, Tuhan menunjukkan kepada Abram seluruh negeri itu dan berkata:
"Aku akan memberikan seluruh negeri yang kamu lihat kepadamu dan kepada keturunanmu
selama-lamanya... Bangunlah dan berjalanlah melalui negeri itu, panjang dan lebarnya, kerana
Aku akan memberikannya kepada kamu” (Kejadian 13:15-17).

Tanah itu juga merupakan komponen utama penegasan berikutnya dari janji itu dalam
"perjanjian di antara kepingan-kepingan," kerana ia adalah dalam berkat Tuhan dan menamakan
semula Abram sebagai Abraham: "Aku akan memberikan kepadamu dan keturunanmu tanah itu.
dari tempat kediamanmu, seluruh tanah Kanaan, sebagai milik yang kekal, dan Aku akan
menjadi Tuhan mereka” (Kejadian 17:8).

iii. Messianic Age

Apakah yang akan berlaku pada Messianic Age? Messianic Age adalah zaman di mana
ketika itu tidak akan membawa kepada konflik, tetapi keamanan dan persefahaman antara semua
orang. Messianic Age akan menjadi tanda akhir dunia dan kebangkitan bagi orang telah mati.
Ramai orang Yahudi tidak percaya bahawa dunia akan berakhir, atau orang mati akan
dibangkitkan.

Dalam agama-agama Abraham, Messianic Age ialah tempoh masa hadapan di dunia di
mana Messiah ( Al Masih) akan memerintah dan membawa keamanan dan persaudaraan sejagat,
tanpa sebarang kejahatan. Ramai yang percaya bahawa akan ada zaman sedemikian; ada yang
menyebutnya sebagai "kerajaan Tuhan" yang sempurna atau "dunia yang akan datang".

Pada Messianic Age, orang Yahudi akan berperang ke atas musuh Israel. Kemudian,
peperangan ini akan membawa kemenangan kepada pihak Yahudi. Ini akan membawa kepada
kemusnahan senjata dan masyarakat akan hidup dengan aman. Semua manusia boleh merasai
Messianic Age dengan syarat perlu bergabung bergabung dengan Yahudi untuk mencipta dunia
yang lebih baik.14

14
King of the Jews : Jesus and Messianic Age, Ed Beckstrom, Writers Club Press, 2001, United States of America,
mukasurat 149
Kata kuncinya, Messianic Age akan berlaku pada suatu hari nanti di mana para Yahudi
dan pengikut mereka akan bergabung menentang musuh mereka demi mencapai Messianic Age
di mana Al Masih akan mentadbir dunia. Pusat pentadbirannya pula bertapak di Baitulmaqdis.

 MENURUT AGAMA KRISTIAN

Bulatan marmar putih di Gereja Holy Sepulcher di Baitulmaqdis digambarkan dalam


beberapa sumber Kesasteraan Kristian dan legenda cerita rakyat sebagai "pusat dunia".
Kepentingan Baitulmaqdis, bagaimanapun, bukan bersandarkan dari sudut geografi atau
saintifik, tetapi dari pertimbangan rohani dan agama. Baitulmaqdis adalah tempat di mana Jesus
(Nabi Isa a.s) mati dan dibangkitkan dari kematian pada hari ketiga. Kebangkitan dalam agama
Kristian adalah peristiwa utama dan asas, teras kepercayaan Kristian yang tanpanya (yakni Hari
Kebangkitan) agama Kristian tidak wujud dan agama kehilangan intipatinya.

Oleh itu, melalui Kebangkitan, Baitulmaqdis menjadi teras kepercayaan dan agama
Kristian. Sesungguhnya ia adalah tempat kelahiran agama Kristian dan daripadanya agama
Kristian disebarkan ke seluruh dunia oleh para pendeta Kristian dan pengikutnya.

Di kota ini, Jesus menghabiskan sebahagian besar kehidupan dengan berdoa di Rumah
Suci, mengajar, berkhutbah, menerangkan dan melakukan mukjizat. Apabila kita membaca Kitab
Suci (Holy Bible), kita mendapati bahawa kota ini sentiasa penting bagi Jesus bukan sahaja
semasa hayatnya tetapi juga pada saat-saat terakhir kehidupannya di bumi. Ini muncul dari kata-
kata Lukas: "Setelah hampir waktunya ketika Dia akan dinaikkan ke syurga, Dia dengan tegas
menghadap ke Jerusalem(Baitulmaqdis) ..." (Lukas 9:51).

Keazaman Jesus untuk menuju ke Baitulmaqdis, bertitiktolak daripada fakta bahawa dia
dapat meramalkan bahawa segala-galanya akan dipenuhi di Kota Suci. “Sekarang kita pergi ke
Jerusalem, dan semua yang ditulis oleh para nabi akan menjadi kenyataan bagi Anak Manusia”
(Lukas 18:31).

Ini adalah kata-kata Jesus yang tepat seperti yang diberitahu kepada pengikutnya, tetapi
mereka tidak faham pada ketika itu. Walau bagaimanapun, peristiwa sebenar pemenjaraan,
penyeksaan, penyaliban dan kebangkitan menjelaskan kepada mereka apa yang dahulunya
samar-samar. Oleh itu, Kebangkitan adalah kemuncak ajaran para nabi dan titik pelancaran untuk
penyebaran agama Kristian di kalangan bangsa-bangsa dunia.

Di Baitulmaqdis, Gereja telah ditubuhkan dan diberi nama "Gereja Ibu" yang diberikan
kepadanya oleh John dari Damsyik. Di Baitulmaqdis, kumpulan pertama orang percaya telah
dibentuk untuk memberi kesaksian bagi Jesus di Baitulmaqdis dan di seluruh dunia: "Tetapi
kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan memberi
kesaksian bagi-Ku di Jerusalem dan di seluruh Judea. dan Samaria, dan sampai ke hujung
bumi” (Kisah Para Rasul 8:1). Maka, semua pendeta dan pengikutnya berpaling ke Kota Suci
(Baitulmaqdis) pada masa kesukaran untuk menyelesaikan perselisihan mereka dan untuk
meluaskan pemahaman mereka tentang iman mereka dan untuk menguatkan kepercayaan
mereka.15

Kesimpulannya, teras kepercayaan Agama Kristian terhadap keistimewaan Baitulmaqdis


adalah kesucian tempat itu disebabkan Nabi Isa a.s pernah lahir di Baitulmaqdis. Selain itu,
baginda mengabdikan diri sepanjang hayatnya di kota itu sehingga baginda dianggap dibunuh
dan disalibkan atas kepercayaan menebus dosa bagi umatnya. Akhirnya membawa kepercayaan
bahawa di Baitulmaqdis baginda Nabi Isa a.s akan dibangkitkan semula dan membina kerajaan
baharu untuk semua penganut Agama Kristian.

2.3 RUMAH IBADAT ISLAM, YAHUDI DAN KRITIAN DI BAITULMAQDIS


Antara kepentingan menziarahi Kota Baitulmaqdis adalah dengan wujudnya rumah
ibadat yang signifikan dengan agama Samawi, berikut merupakan daftar rumah ibadat yang
terpenting menurut Agama Islam, Kristian dan Yahudi.

 MASJID AL-AQSA
Sesungguhnya Masjid Al Aqsa memiliki kedudukan yang besar dalam kalangan umat
Islam secara Akidah dan Ibadah. Masjid Al Agsa merupakan kiblat pertama umat Islam dalam
solat mereka, tempat terjadinya peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w dan
merupakan masjid kedua yang dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram di Mekah. Al
15
https://pij.org/articles/648/the-significance-of-jerusalem-a-christian-perspective
Aqsa merupakan salah satu dari tiga masjid yang dibenarkan untuk melakukan permusafiran di
sana.

Masjid Al Aqsa terletak di baitulmaqdis (Al Quds) Palestin yang dijajah Yahudi pada
tahun 1948 dengan bantuan Negara besar khususnya Eropah yang menbiayai senjata dan
kewangan. Sesungguhnya yang menamakan Masjid Al Aqsa adalah Allah s.w.t sendiri
sebagaimana diterangkan dalam ayat-ayat Al Quran. Adapun para Ulama’ menyatakan bahawa
maksud Al Aqsa adalah ‘yang paling jauh’ disebabkan kedudukannya yang paling jauh dengan
Masjidil Haram di Mekah.16

 DOME OF THE ROCK (KUBAH AS-SAKHRAH)

Pada tahun 691 Masihi, The Dome of the Rock sebuah tugu islamik dengan kubah emas
telah dibina di tapak hancurnya Kuil Pertama. Kubah emas yang terletak di Temple Mount ini
dibina oleh Khalifah Abdul Malik. Ia merupakan satu-satunya bangunan Islamik yang tertua
yang masih bertahan sehingga kini.

Ketika perang Salib, umat Kristian mengubah monumen tersebut menjadi sebuah Gereja.
Pada tahun 1187 Masihi, tentera Islam telah menawan semula Baitulmaqdis dan menjadikannya
semula sebagai sebuah monumen.17

 WESTERN WALL

Pada tahun 37 S.M, Maharaja Herold telah melakukan semula penstrukturan Kuil Kedua
dan menambah dinding di sekelilingnya. Pada tahun 70 masihi, tentera Rom telah
menghancurkan Kuil Kedua. Dinding Ratapan merupakan sisa purba daripada dinding Kuil
Kedua. Digelar sebagai dinding ratapan kerana Kaum Yahudi akan berdua dan meratapi
kehancuran kuil tersebut.

Setiap tahun, berjuta-juta Kaum yahudi dari seluruh dunia akan melawat dinding tersebut.
Disebabkan tapak Temple Mount (tempat sebenar kuil asal) didiami kebanyakan Umat Islam,
Western Wall dianggap tempat suci untuk Kaum Yahudi bersembahyang.18

16
Sejarah dan Keutamaan Masjid Al Aqsa dan Al Quds, Mahdy Saied Rezk Karisem, mukasurat 8-15, Pustaka Al
Kausar, Indonesia, 2021
17
https://iluminasi.com/bm/sejarah-awal-kota-baitulmaqdis-kepentingannya-kepada-islam-yahudi-kristian.html
18
https://iluminasi.com/bm/sejarah-awal-kota-baitulmaqdis-kepentingannya-kepada-islam-yahudi-kristian.html
 HOLY SEPULCHRE

Gereja Holy Sepulchre, juga dipanggil Holy Sepulchre, gereja yang dibina di atas tapak
tradisi Penyaliban dan pengebumian Jesus. Menurut Alkitab (Johanes 19:41–42), makamnya
berdekatan dengan tempat Penyaliban, dan oleh itu gereja telah dirancang untuk dibina
berhampiran tapak kedua-dua tempat penyaliban dan makam baginda.

Gereja Holy Sepulcher terletak di suku barat laut Kota Lama Baitulmaqdis. Constantine
the Great mula-mula membina sebuah gereja di tapak tersebut. Ia dibina kira-kira 336 M, dibakar
oleh Persia pada tahun 614 M, dipulihkan oleh Modestus (616–626 M), dimusnahkan oleh
khalifah al-Ḥākim bi-Amr Allāh kira-kira 1009 M, dan dipulihkan oleh Byzantine maharaja
Constantine IX Monomachus. Pada abad ke-12 tentera Salib melakukan pembinaan semula
gereja tersebut. Sejak masa itu, pembaikan, pemulihan dan pembentukan semula yang kerap
diperlukan. Gereja sekarang dikira semula bermula dari tahun 1810 M.19

Melakukan ‘ziarah’ atau Pilgrimage ke Holy Sepulchre dan Baitulmaqdis adalah


kewajipan moral setiap penganut bagi Agama Kristian, dan harus direalisasikan dengan bantuan
Tuhan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup masing-masing. Pilgrimage membantu
penganut Agama Kristian untuk mencapai pemahaman yang lebih baik tentang kehidupan
mereka sebagai "ziarah iman" dan untuk memahami asas mereka dalam Kebangkitan Tuhan.
Ziarah ke Makam Tuhan dan ke Tempat Suci yang lain juga merupakan tindakan solidariti bagi
penganut Agama Kristian di Tanah Suci.20

2.4 DEFINISI MULTIMEDIA


Multimedia berasal daripada perkataan ‘multi’ dan ‘media’. Multi bermaksud banyak,
dan media bermaksud tempat, sarana atau alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.
Justeru itu, berdasarkan kata ‘multimedia’ dapat dirumuskan sebagai wadah atau penyatuan
19
https://www.britannica.com/place/Holy-Sepulchre
20
https://eohsjeastern.org/pilgrimages/
beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen-elemen pembentukan multimedia.
Elemen-elemen tersebut seperti teks, gambar, suara, animasi dan video. Multimedia merupakan
suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, di mana informasi dalam bentuk
teks, gambar, suara, animasi dan video disatukan dalam komputer untuk disimpan, diproses dan
disajikan baik secara linear mahupun interaktif. Oleh itu, dengan menggabungkan seluruh
elemen multimedia tersebut menjadikan informasi dalam bentuk multimedia yang dapat diterima
oleh indera penglihatan dan pendengaran, lebih mendekati bentuk aslinya dalam dunia
sebenarnya. Multimedia interaktif adalah apabila suatu aplikasi terdapat seluruh elemen
multimedia yang ada dan pemakai (user) diberi keputusan atau kemampuan untuk mengawal dan
menghidupkan elemen-elemen tersebut (IMultimedia, 2015).

2.4.1 TEKS
Merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi
sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan. Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan
yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat. Kebanyakan sistem
multimedia menggunakan teks kerana ianya merupakan cara efektif untuk komunikasi, cara yang
mudah untuk menyediakan arahan kepada pengguna, dapat menyampaikan maklumat dalam
pelbagai bidang dan merupakan medium penghantaraan maklumat. Teks terdiri daripada empat
iaitu teks bercetak, teks yang diimbas, teks elektronik dan hiperteks. Dalam aplikasi multimedia,
teks akan menjelaskan maklumat yang diperlukan. Kewujudan teks akan diperjelaskan lagi
dengan penggunaan elemen multimedia yang lain dan ianya adalah elemen yang cukup penting.
Teks boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk untuk menarik minat pengguna seperti
grafik, animasi, tajuk dan sebagainya. Persembahan teks kepada pengguna adalah bergantung
kepada tujuan dan bilangan pengguna (IMultimedia, 2015).

2.4.2 GRAFIK
Merupakan elemen yang paling penting dan memberi penekanaan secara visual terhadap
sesuatu persembahan maklumat. Merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang
tidak dapat atau sukar untuk diterangkan oleh teks. Membantu mempercepatkan penyampaian
sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik. Grafik dikenali
sebagai objek pautan yang selalu dilihat sebagai latar belakang kepada teks. Kualiti projek
multimedia bergantung kepada gambar grafik. Di dalam grafik terdapat beberapa format fail
seperti bmp, gif, jpg, mac, png dan sebagainya (IMultimedia, 2015).

2.4.3 AUDIO
Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Ia Membantu
menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar. Ia dapat
meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan berupaya meningkatkan daya
tumpuan terhadap isi persembahan. Kualiti bunyi bergantung kepada frekuensi – hertz (hz) dan
loudness – decibel (Db). Audio terbahagi kepada dua iaitu mono dan stereo. Mono merupakan
bunyi kepada satu saluran sahaja, kurang realistik dan kurang bunyi. Manakala stereo merupakan
bunyi kepada dua saluran, realistik, berkualiti serta bersaiz dua kali dari mono. Pengiraan saiz
fail bergantung kepada masa rakaman, kadar sampel, bit sampel, mono atau stereo (IMultimedia,
2015).

2.4.4 VIDEO
Video ialah kombinasi audio dan siri bingkai imej dalam bentuk digital secara selari yang
berasaskan masa. Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik serta
merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu
maklumat. Ia juga sebagai penyimpan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan
(IMultimedia, 2015)

2.4.5 INFOGRAFIK
Infografik (gabungan "informasi" (maklumat) dan "grafik") ialah gambaran visual grafik
maklumat, data, atau pengetahuan bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan cepat dan
jelas. Mereka dapat meningkatkan kognisi dengan menggunakan grafik untuk meningkatkan
kemampuan sistem visual manusia untuk melihat corak dan trend. Usaha serupa ialah
pemvisualan maklumat, pemvisualan data, grafik statistik, reka bentuk maklumat, atau seni bina
maklumat. Infografik telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan untuk menjadi
komunikasi massa, dan dengan demikian direka dengan lebih sedikit asumsi mengenai asas
pengetahuan pembaca daripada jenis pemvisualan lain. Isotip ialah contoh awal infografik
menyampaikan maklumat dengan cepat dan mudah kepada orang ramai.(Multimedia, 2022) –
masukkan relation dengan multimedia

2.5 DEFINISI VIDEO INFOGRAFIK


Animasi infografik ialah gambaran visual maklumat dan pembelajaran sebagai video
dalam talian. Ia dibuat dengan menyertai animasi yang berbeza untuk membuat video instruktif
yang menjelaskan maklumat dengan cara yang menghubungkan dan meningkatkan pandangan
penonton tentang topik tersebut. 90 peratus daripada data yang kami ingat bergantung pada kesan
visual. Infografik lebih menarik daripada perkataan bercetak, kerana ia menggabungkan gambar,
warna, perkembangan dan bahan yang biasanya menarik perhatian.

2.6 CIRI-CIRI VIDEO INFOGRAFIK


Video infografik animasi ialah video ringkas yang menyampaikan idea perniagaan
dengan cara yang mudah, menarik dan langsung. Ia menggabungkan animasi yang menarik, imej
yang menarik dan bahasa yang jelas untuk menarik perhatian penonton dengan cepat. Ia
memberitahu penonton tetapi pada masa yang sama ia mendidik.

Infografik bagus untuk menjadikan maklumat yang kompleks mudah dihadam :

i. Memberikan gambaran ringkas tentang sesuatu topik


ii. Menerangkan satu proses yang kompleks
iii. Memaparkan dapatan kajian atau data tinjauan
iv. Meringkaskan catatan atau laporan blog yang panjang
v. Membandingkan dan membezakan berbilang pilihan
vi. Meningkatkan kesedaran tentang sesuatu isu atau punca

2.7 JENIS-JENIS VIDEO INFOGRAFIK

Terdapat beberapa jenis maklumat grafik itu sendiri. Setiap bahagian diselaraskan dengan
kandungan yang akan disampaikan. Berikut adalah beberapa penjelasan.
2.7.1 Statik
Jenis pertama ialah bentuk visual statik. Di mana, maklumat grafik dipersembahkan
dalam bentuk yang ringkas tanpa menggunakan audio dan animasi bergerak. Bentuk visual statik
hanya memberikan rupa imej atau ilustrasi yang boleh menerangkan kandungan atau topik yang
akan anda bincangkan.
Contoh infografik statik jenis ini biasanya digunakan dalam persidangan untuk
membentangkan hasil penyelidikan atau pembentangan untuk memberikan maklumat dengan
jelas dan berkesan kepada penonton. Penyampaian data lebih mudah dan kurang rumit apabila
menggunakan kaedah ini.
2.7.2 Animasi
Jenis kedua iaitu bentuk animasi bergerak. Sesebuah animasi itu sendiri mengandungi
beberapa elemen penting iaitu audio dan visual. Kedua-duanya akan digabungkan dengan konsep
yang sesuai dengan kandungan atau keperluan perniagaan anda.
Jenis animasi juga terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan tiga dimensi. Contoh
infografik animasi boleh didapati di platform Youtube, dan juga di televisyen. Terdapat begitu
banyak pencipta kandungan yang menggunakan platform Youtube untuk membangunkan
maklumat grafik.
Bukan sahaja dari Youtube, kini terdapat ramai pemain industri digital yang
menggunakan media sosial sebagai tempat mengedar kandungan pendidikan dan perniagaan.
Jadi, anda boleh memanfaatkan pelbagai platform media sosial untuk membangunkan infografik
animasi.
2.7.3 Interaktif
Jenis yang terakhir ialah infografik yang lebih kompleks daripada jenis statik dan
animasi. Perbezaan asas terletak pada maklumat sasaran, yang boleh berinteraksi secara langsung
dengan data yang telah dibentangkan. Dalam bentuk interaktif ini anda perlu belajar tentang
bahasa pengaturcaraan atau juga boleh bekerjasama dengan pengaturcara atau pembangun untuk
mencipta media interaktif. Contoh jenis infografik interaktif ialah persembahan maklumat yang
dipaparkan dengan bantuan beberapa elemen seperti butang atau butang. Justeru, maklumat
apabila dikesan akan memberikan lebih banyak maklumat dan pengguna boleh mengakses data
dengan lebih cepat, tepat dan tepat.

2.7.4 2D + 3D
Jika sebelumnya animasi 3D selalu ditampilkan sepenuhnya dengan perspektif yang jelas
untuk semua objeknya, sekarang animasi dapat saling digabungkan antara elemenn 3D dan 2D.
Hasil daripada gabungan ini menghasilkan satu hasil kerja ynag sangat menarik.

2.7.5 Kinetic Typography (guna b melayu)


Kinetic typography ini sudah lama digunakan, namun kesan daripada kinetic typography
ini mampu memberikan penekanan pada maklumat yang ingin disampaikan dengan baik dan
menarik. Malahan teknik ini juga masih mampu menjadi tren seiring dengan yang lain.

2.7.6 Illusrative Quality (guna b melayu)


Teknik seperti ini mampu memberikan kesan yang artistik yang mendalam dalam karya-
karya motion graphic yang dihasilkan. Ini kerana ia juga mempunyai keunikan yang tersendiri.
Pengkaji memilih untuk menggabungkan diantara jenis motion graphic kinetic typography dan
seamless transitions kerana ia sesuai dengan bentuk maklumat yang ingin disampaikan dalam
video motion graphic yang bakal dihasilkan.

2.8 ANALISIS VIDEO


Berikut adalah analisis video berkaitan Baitulmaqdis:
VIDEO KETERANGAN
Sumber: You Tube
Medium: Dokumentari
Kelebihan: Footage yang menarik.
Kekurangan: Jalan cerita yang digunakan
agak perlahan menyebabkan penonton
mudah bosan.

Sumber: You Tube


Medium: 3D Animasi.
Kelebihan: Jalan cerita tersusun.
Kekurangan: Tiada sarikata yang
menyukarkan penonton untuk faham.

Sumber: You Tube


Medium: 2D Animasi.
Kelebihan: mempunyai sarikata.
Kekurangan: Jalan cerita yang tidak tersusun.

Jadual 2.1: Analisis Video

2.9 PERBANDINGAN VIDEO


Berikut adalah video-video infografik:
VIDEO KETERANGAN
Sumber: You Tube
Tajuk: A History of Jerusalem History –In
Animation
Kelebihan: Penyampaian maklumat yang
sangat kreatif.
Kelemahan: Warna yang digunakan
kurang menarik.

Sumber: You Tube


Tajuk: Origin of Religion
Kelebihan: Penyampaian maklumat yang
sangat kreatif dan Warna yang digunakan
menarik.
Kelemahan: jalan cerita tidak tersusun

Sumber: You Tube


Tajuk: Be A bay-Ani
Kelebihan: Penyampaian maklumat yang
sangat kreatif.
Kelemahan: pemilihan warna yang tidak
menarik

Jadual 2.2: Perbandingan Video

2.10 KAJIAN TEKNOLOGI


Berikut merupakan keperluan teknologi dalam proses penghasilan projek:
PERISIAN (SOFTWARE) PERKAKASAN (HARDWARE)

Adobe Premiere Pro CC Komputer Riba

Adobe Photoshop CC Tetikus

Adobe Illustrator CC CD-ROM

Adobe Animate CC CPU

Jadual 2.3: Kajian Teknologi

SPESIFIKASI PERISIAN
Pernyataan…
 Adobe Premiere Pro CC

Adobe Premiere merupakan satu perisian yang boleh menghasilkan produk yang berunsur
video dan audio. Perisian ini ialah satu bahagian daripada Adobe Creative Cloud, yang mana
merangkumi penyuntingan video, mereka bentuk grafik dan pembangunan laman sesawang.
Adobe Premiere menyokong pembuatan video beresolusi setinggi 10240×8192, pada 32-bits
warna (Adobe.com, 2017).

 Adobe Photoshop CC
Adobe Photoshop pertama kali dilancarkan pada 19 Februari 1990 dan dibangunkan oleh
syarikat Adobe Systems. Perisian ini hadir dalam 26 bahasa, antaranya Bahasa Inggeris, Bahasa
Arab, Bahasa Tradisional China, Bahasa German, Bahasa Perancis, Bahasa Ibrani, Bahasa Itali,
Bahasa Jepun, Bahasa Turki dan Bahasa Rusia. Adobe Photoshop boleh digunakan untuk fungsi
seperti menggabungkan beberapa imej berlainan, membuang objek di dalam imej sedia ada dan
penyentuhan semula imej agar kelihatan lebih menarik. Proses-proses ini boleh dihasilkan
dengan menggunakan set lengkap peralatan fotografi yang disediakan di dalam Adobe
Photoshop (Adobe.com, 2017).

 Adobe Illustrator CC

Adobe Illustrator membolehkan pengguna mereka bentuk logo, ikon, typografi dan
lukisan dalam bentuk vektor untuk diguna pakai dalam urusan kerja seharian, pembangunan
laman sesawang, video interaktif dan juga perisian telefon. Perisian ini dibangunkan oleh
syarikat Adobe Systems pada 19 Mac 1987. Adobe Illustrator mampu disokong oleh kedua-dua
sistem operasi iaitu Mac OS dan Microsoft Windows. Adobe Illustrator CC 2017 merupakan
versi terbaru iaitu generasi ke-21 perisian ini (Adobe.com, 2017).
 Adobe Animate CC

Adobe Animate CC menyediakan persekitaran pengarangan yang komprehensif untuk


mencipta aplikasi interaktif dan kaya dengan media. Animate CC digunakan secara meluas untuk
mencipta projek menarik yang menyepadukan video, bunyi, grafik dan animasi. Pengguna boleh
mencipta kandungan asal dalam Animate CC atau mengimport aset daripada aplikasi Adobe lain
seperti Photoshop atau Illustrator. Animate CC membolehkan pengguna mereka bentuk animasi
dengan mudah menambah video dan bunyi, dan kemudian menggunakan bahasa untuk
menyepadukan interaktiviti yang canggih. Dengan Animate CC pengguna berpeluang
menggunakan HTML5 atau ActionScript sebagai bahasa interaktif. Terdapat juga peluang untuk
Pratonton WebGL standard baharu (Adobe.com, 2017).

SPESIFIKASI PERKAKASAN
Bagi menjayakan projek ini, beberapa alat perkakasan diperlukan untuk dilaksanakan.
Berikut merupakan senarai perkakasan yang digunakan.

 Komputer Riba
Komputer riba merupakan perkakasan yang paling penting dalam penghasilan kajian ini.
Tanpa komputer riba, akan merencatkan proses perjalanan penyiapan projek yang dibangunkan.
Spesifikasi komputer riba yang digunakan hendaklah diambil berat agar projek berhasil
dibangunkan dengan jayanya.

• Maklumat
MSI CR650 6GB RAM, Skrin berukuran 15.6”. Kesemua perisian (software) yang akan
digunakan nanti dipasang pada komputer riba ini.
 Tetikus
Penggunaan tetikus disamping komputer riba sedikit sebanyak memudahkan urusan
penghasilan sesebuah projek. Pemilihan tools pada perisian seperti Adobe Photoshop dan Adobe
Illustrator menjadi lebih lancar dengan mengalihkan cursor menggunakan tetikus.

 CD-ROM
CD-ROM digunakan untuk menyimpan projek setelah kesemua proses berjaya dihasilkan
hingga ke penghujungnya. CD-ROM mudah digunakan kerana kebanyakan komputer riba turut
disertakan tempat untuk memainkan CD. Selain itu, penggunaan CD lebih mesra pengguna
kerana tidak memerlukan akses internet.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan tentang metodologi kajian dan model reka bentuk yang akan
dibangunkan untuk menghasilkan projek. Kajian ini dijalankan dengan melalui kaedah
pengumpulan data dengan cara menganalisis kandungan. Bab ini juga akan membincangkan
tentang reka bentuk model serta perkakasan atau keperluan teknologi yang akan digunakan
dalam proses membangunkan projek video infografik ini. Reka bentuk model adalah suatu
perkara yang penting untuk difahami kerana ia akan memberi gambaran bagaimana proses
membangunkan projek ini, manakala maklumat berkaitan metodologi yang digunakan di dalam
projek ini akan diterangkan dengan lebih terperinci.

3.2 KAJIAN METODOLOGI

Sepanjang tempoh kajian, pengkaji akan menggunakan kaedah tertentu untuk mengumpul
data atau maklumat. Kaedah utama yang digunakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu;
mengumpul maklumat dan menganalisis data. Untuk mengumpulkan data, banyak buku, artikel
dan kajian-kajian terdahulu telah dirujuk bagi mengumpulkan maklumat yang diperlukan.
Dalam peringkat ini, sumber dari internet seperti video-video di You Tube juga dijadikan
sebagai rujukan. Disamping itu, tiga peringkat dalam penghasilan setiap projek video iaitu pra
produksi (pre-production), produksi (production) dan pasca produksi (post-production)
digunakan dalam menganalisis bahagian maklumat.

3.3 CADANGAN REKA BENTUK MODEL

Pembangunan projek ini merujuk kepada tiga peingkat iaitu pra produksi (pre-
production), produksi (production) dan pasca produksi (post-production) kerana ia melibatkan
proses reka bentuk pengajaran yang sistematik. Oleh itu, pra produksi, produksi dan pasca
produksi inilah yang digunakan dalam proses membangunkan projek ini. Pra produksi adalah
proses yang pertama seterusnya diikuti oleh produksi dan yang terakhir adalah pasca produksi.
Pengkaji memilih model ini kerana model ini adalah satu model gerak kerja yang sangat
tersusun dan teratur yang memudahkan gerak kerja untuk menjayakan projek. Model ini turut
digunakan oleh pemaju Mohamad Faisal Bin Mohd Bashir dan Azrulhizam You Yee Xing
dalam membangunkan projek “Kemahiran Kreatif dan Inovatif : Perlaksanaan Projek (Video
dan Infografik) Karnival Usahawan 2013” (Taman tasik Titiwangsa : 7-16 Disember 2013)

Pra Produksi Produksi Pasca Produksi


(Pre-production) (Production ) (Post -production)

Rajah 3.1: Proses Reka Bentuk

 FASA PRA PRODUKSI

Fasa pertama ini ialah pra produksi. Pra produksi merupakan fasa dimana masih berada pada
tahap perancangan. Secara umum, ia merupakan tahap persiapan sebelum memulakan proses
produksi. Dengan adanya teknologi digital video dan metod non linear editing maka proses
produksi video menjadi lebih mudah. Ketika pengkaji akan memulakan sebuah projek,
terkadang pengkaji telah memiliki stock shoot/footage video yang diperlukan, untuk itu pengkaji
perlu melakukan peninjauan ulang semua keperluan yang diperlukan dengan video yang akan
dihasilkan. Ini bermaksud pengkaji mestilah mempersiapkan footage video, fotografi, grafik,
gambar ilustrasi ataupun animasinya. Tujuan pra produksi ini adalah untuk menyediakan semua
keperluan yang diperlukan agar proses produksi dapat berjalan sesuai dengan konsep dan karya
yang diingini oleh pengkaji. Proses dalam pra produksi adalah:
1. Pemprosesan idea
• Tajuk dan tujuan
• Pengguna sasaran
• Jenis projek
• Pemasaran
• Anggaran kos
• Jadual pelaksanaan
2. Reka bentuk
• Maklumat
• Bentuk maklumat
• Visual dan suara
• Teknik penyampaian
• Interaksi
• Navigasi

3. Perancangan projek

• Storyboard

• Penganggaran
• Penjadualan
• Pengurusan
• Pengujian
• Staf
• Pembayaran

4. Dokumentasi
• Reka bentuk
• Perancangan produksi

5. Pengumpulam kumpulan
6. Membangunkan prototype
• Menguji reka bentuk
• Kelainan

7. Pengurusan hak cipta

8. Penandatangan dan pembiayaan Profil soalan dalam fasa pra produksi termasuk:

• Apakah tujuan dan maklumat yang ingin disampaikan? Dan apa penyelesaiannya.
• Siapakah pengguna sasaran? Siapakah pengguna akhir ? Apa flat form yang biasa
bagi mereka?

• Apakah keinginan klien?


• Menghasilkan sesuatu yang baru.
• Apakah penambahbaikkan yang akan dilakukan untuk memastikan penghasilan
projek adalah baik?

• Tempoh masa menghasilkan projek?

Berdasarkan soalan-soalan tersebut, pengkaji memperoleh penyelesaian serta


mendapatkan idea untuk membangunkan projek ini. Pengkaji juga membuat satu analisis dalam
menentukan medium penghantaran informasi yang terbaik untuk membangunkan projek ini iaitu
dengan menggunakan medium video infografik. Tempoh masa untuk membangunkan projek ini
telah diputuskan dan pengkaji perlu menyelesaikan fasa pertama (FYP 1) dalam masa 4 bulan
iaitu sepanjang semester ini.

 FASA PRODUKSI

Fasa kedua ialah fasa produksi. Fasa produksi merupakan fasa ketika projek multimedia
sudah di render dan kemungkinan mengalami masalah-masalah misalnya ketika fail garis
lenyap dari server atau masalah pada audio ataupun hard disk mengalami crash. Proses dalam
fasa ini adalah seperti berikut:
1. Pembentukan maklumat
• Grafik
• Teks
• Video
• Suara
• Muzik

2. Pemprosesan maklumat
• Pemeriksaan
• Mengedit
• Pengumpulan
• Format
• Kompresi

3. Penetapan Reka bentuk

4. Membina Alpha version

5. Proses percubaan pertama

6. Evaluasi

7. Pengintegrasian maklumat dan software

8. Membina Beta version

 FASA PASCA PRODUKSI

Fasa yang ketiga adalah fasa pasca produksi. Setelah proses produksi maka akan
dihasilkan footage atau koleksi klip video.Untuk membangunkan dan menyampaikan maklumat,
maka harus dipastikan klip-klip tersebut adalah sesuai dan ditambahkan visual effects, gambar,
tajuk dan soundtrack yang sesuai. Proses ini adalah proses pasca produksi. Proses dalam pasca
produksi adalah seperti berikut:
1. Percubaan Beta
• Mengesahkan maklumat
• Mengesahkan interaksi
• Menyemak interaksi yang tidak dijangka

• Menyemak sebarang kerosakan

2. Evaluasi

3. Penginteraksian software dan maklumat


4. Mengesahkan golden master
5. Mencapai kesemua sasaran pengeluaran
• Sumber asset
• Master digital files
• Asset akhir
• Software
• Tools yang sesuai

• Dokumentasi

Berikut ini merupakan aplikasi dari Adobe yang khusus dirancang untuk proses pasca produksi
yang akan digunakan oleh pengkaji:

• Adobe Premiere Pro CC


• Adobe Photoshop CC
• Adobe Illustrator CC
3.4 CARTA ALIR

KOTA BAITULMAQDIS MENURUT


PERSPEKTIF AGAMA ISLAM, KRISTIAN DAN
YAHUDI

PENDAHULUAN PERNYATAAN MASALAH KESIMPULAN


UMUM PERSPEKTIF

Rajah 3.2: Carta Alir


PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

PERSEPEKTIF AGAMA KRISTIAN

PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI

3.5 PAPAN CERITA

Penerangan: Pengenalan tentang tajuk.


Visual: Keluar teks dan visual
Baitulmaqdis.

Audio: - Sound effect akan keluar pada


gambar Masjid Al Aqsa.

Durasi: 10 saat.

Penerangan: Isu dan pernyataan masalah


dikeluarkan.

Visual: Baitulmaqdis menjadi pertikaian


diantara Agama islam, Kristian dan Yahudi.

Audio: - Muzik latar yang sesuai.

Durasi: 20 saat.

Penerangan: Penerangan tentang


Baitulmaqdis menurut perspektif Agama
Islam.
Visual: Masjid Al Aqsa dan perkataan.

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 20 saat.
Penerangan: Menjelaskan Perspektif agama
Islam berdasarkan dalil Al Quran dan hadis.

Visual: Masjid Al Aqsa dan perkataan.

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 30 saat.

Penerangan: Penerangan tentang


Baitulmaqdis menurut perspektif Agama
Kristian

Visual: Gereja Silam Kristian Jerusalem


atau Gambar yang sesuai.

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 20 saat.

Penerangan: Menerangkan tentang


persperktif Agama Kristian berdasarkan
Kitab Bible (Perjanjian Lama dan Baru).

Visual: Gambar yang sesuai.

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 30 saat.
Penerangan: Menjelaskan tentang
Baitulmaqdis menurut perspektif Agama
Yahudi.

Visual: Gambar Kuil Sulaiman (Temple of


Solomon)

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 20 saat.

Penerangan: Menerangkan perspektif


Agama Yahudi berdasarkan Kitab Bible,
Talmud dan Taurat.

Visual: Gambar penyelewengan.

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 30 saat.

Penerangan: Masuk kepada kesimpulan.

Visual: Gambar Masjid Al Aqsa dan


perkataan.

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 30 saat.
Penerangan: Kredit.

Visual: Perkataan

Audio: - Muzik latar yang sesuai.


- Audio yang menerangkan.

Durasi: 20 saat.
Jumlah Keseluruhan: 3 minit 30 saat.

Jadual 3.1:Papan cerita

3.6 CARTA GANTT


SESI II SESI I 2022/2023
TUGASAN/ 2021/2022
AKTIVITI
6 7 8 9 10 11 12 1 2 3

ANALISIS

ANALISIS TAJUK

PENGESAHAN
TAJUK
PERMASALAHAN
KAJIAN
TINJAUAN
LITERATUR
REKA BENTUK

REKA BENTUK
STORYBOARD
PEMBENTANGAN
FYP 1
PEMBANGUNAN

PEMBANGUNAN
PROJEK
PELAKSANAAN

PENGHASILAN
VIDEO
EDITING DAN
PENILAIAN
PENILAIAN

PEMBENTANGAN
PROJEK FYP 2
Jadual 3.2: Carta Gantt Final Year Project

3.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua perancangan dan proses sepanjang kajian perlu dijalankan dengan
teliti bagi memastikan semua keperluan pembangunan projek ini dipenuhi. Sebagai contoh,
penghasilan papan cerita, mereka bentuk model, menyusun atur tugas dan skop kajian perlu
disiapkan dalam tempoh yang dicadangkan agar projek berjaya dilaksanakan tanpa masalah.
Metod pra produksi (pre-production), produksi (production) dan pasca produksi
(postproduction) yang digunakan dalam proses metadologi penghasilan kertas kerja ini
membantu dalam memenuhi setiap aspek kajian sesebuah projek.

BAB 4

REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN


4.1 PENDAHULUAN

Bab ini membincangkan tentang proses perlaksanaan video Infografik secara keseluruhan
berpandukan metodologi yang telah di kemukakan di dalam bab sebelum ini. Ia menerangkan
mengenai perjalanan, satu per satu berkaitan proses pembangunan video Infografik. Terdapat
juga beberapa sampel gambar (screenshot) yang diambil daripada projek sebagai prosedur
penilaian.

4.2 SKRIP

Bahagian ini akan memaparkan skrip bagi projek video Infografik yang akan
dibangunkan bermula dari skrip satu hingga skrip empat.

Jadual 4.1: Skrip Cerita

Skrip 1 Kota Baitulmaqdis menurut pandangan Agama Islam, Yahudi dan Kristian.
Skrip 2 Baitulmaqdis atau menurut Bahasa Ibrani: Yerushaláyim ataupun Al-Quds ialah
sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah dan juga merupakan Ibukota
dan Bandar raya terbesar bagi Negara Palestin yang kini ditadbir oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Skrip 3 Sejak Perang Dunia Pertama, British mengambil alih Baitulmaqdis yang
merupakan sebahagian daripada Palestin. British mengawal kota tersebut dan
kawasan sekitarnya sehingga tahun 1948 sebelum bangsa Yahudi menubuhkan
Negara Israel.
Sejak 1948, Baitulmaqdis terbahagi kepada dua bahagian di mana Israel
menguasai kawasan barat Baitulmaqdis, manakala Jordan menguasai bahagian
Timur. Selepas perang enam hari Arab-Israel pada 1967, Israel mengambil alih
seluruh Baitulmaqdis sehinggalah sekarang.
Skrip 4 Baitulmaqdis memainkan peranan penting bagi Agama Islam, Agama Kristian,
dan juga Agama Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi Agama Kristian
dan serta Agama Yahudi dan juga merupakan tempat ketiga paling suci dalam
Agama Islam.
Skrip 5 Oleh itu, mari kita mengenali Kota Baitulmaqdis dengan lebih dekat. Pertama,
dari sudut pandangan Agama Islam.
Skrip 6 Dalam konteks Agama Islam, kepentingan Kota Baitulmaqdis dinilai dari
beberapa sudut, antaranya adalah sebagai lokasi peristiwa isra’ dan mikraj di
mana perjalanan Nabi s.a.w dari Kota Mekah ke Masjid Al Aqsa di
Baitulmaqdis dan dari Masjid Al Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Skrip 7 Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada
suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami
berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-
tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui. Dan Kami berikan kepada Musa Kitab (Taurat) dan Kami jadikan
Kitab Taurat itu petunjuk bagi Bani Israil (dengan firman), "Janganlah kamu
mengambil penolong selain Aku”. (Surah al-Isra’ : 1-2)

Skrip 8 Seterusnya, Kota Baitulmaqdis merupakan kiblat pertama bagi umat Islam.
Skrip 9 Allah SWT berfirman:
"Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke
langit, maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau
senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidilharam.
Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah
itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab tahu,
bahwa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan
mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka
kerjakan." (Surah al-Baqarah 2:144)
Skrip 10 Seperti yang kita ketahui, sebelum Kaabah, umat Islam melaksanakan ibadah
solat ke arah Baitulmaqdis atau Masjid Al-Aqsa selama 16 bulan. Namun
Rasulullah SAW sendiri lebih menyukai kiblat ke arah Kaabah dan kerana itu
Rasulullah SAW sering berdoa agar Allah memindahkan Kiblat dari Masjid Al
Aqsa ke Kaabah dan akhirnya Allah perkenankan doa tersebut.
Skrip 11 Yang ketiga, Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis sebagai tempat ibadat umat Islam
yang ketiga selepas Mekah dan Madinah

Skrip 12 Baiklah, kita telah selesai dari sudut pandangan agama Islam. Sekarang, kita
kaji dari sudut pandangan agama Yahudi pula. Yang pertama, tanah yang
dijanjikan tuhan.
Skrip 13 Bangsa Yahudi memandang Baitulmaqdis sebagai tanah air untuk mereka.
Seperti yang dijanjikan Tuhan mereka sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. Dalam
Kitab Exodus, diceritakan bahawa Tuhan telah berjanji kepada Nabi Ibrahim
dan keturunannya untuk memiliki tanah Baitulmaqdis secara kekal.

Skrip 14 Kedua, sebagai Cita-cita Messianic Age.


Skrip 15 Messianic Age ialah tempoh masa hadapan di dunia di mana Messiah ( Al
Masih) akan memerintah dan membawa keamanan dan persaudaraan sejagat,
tanpa sebarang kejahatan. Ramai yang percaya bahawa akan ada zaman
sedemikian; ada yang menyebutnya sebagai "kerajaan Tuhan" yang sempurna
atau "dunia yang akan datang".
Pada Messianic Age, orang Yahudi akan berperang ke atas musuh Israel.
Kemudian, peperangan ini akan membawa kemenangan kepada pihak Yahudi.
Ini akan membawa kepada kemusnahan senjata dan masyarakat akan hidup
dengan aman. Semua manusia boleh merasai Messianic Age dengan syarat
perlu bergabung bergabung dengan Yahudi untuk mencipta dunia yang lebih
baik.
Skrip 16 Sekarang, kita pergi ke pandangan Agama Kristian terhadap kota Baitulmaqdis.
Skrip 17 Yang pertama, Pengaruh Nabi Isa A.S.
Skrip 18 Seperti yang diketahui, Nabi Isa a.s dilahirkan di Betlehem (selatan
Baitulmaqdis). Baginda membesar di sana serta menghabiskan sisa-sisa hidup
sehinggalah baginda disalibkan di Betlehem.
Skrip 19 Kedua, sebagai Tempat Melakukan Ziarah.
Skrip 20 Menurut kitab injil Matthew, di sinilah tempat jatuhnya kepala nabi Isa a.s.
Maharaja Rom juga pernah membina gereja tempat kelahiran nabi Isa a.s pada
tahun 330 sebelum masihi.
Sebagai solidariti kepada nabi Isa, penganut agama kristian disarankan untuk
melakukan ziarah ke Baitulmaqdis walaupun untuk sekali seumur hidup.

4.3 PAPARAN MUKA PROJEK

Gambar dibawah menunjukkan paparan muka video infografik “Kota Baitulmaqdis Menurut
Perspektif Agama Islam, Yahudi Dan Kristian”

Rajah 4.1: Paparan Muka Projek


4.4 PERLAKSANAAN PROJEK

Dalam proses perlaksanaan ini, pembangunan projek seperti yang diterangkan dalam bab tiga
akan dijelaskan secara terperinci. Rajah di bawah menunjukkan beberapa proses perlaksanaan
serta pembangunan projek. Pembangunan mereka tipografi, animasi dan latar belakang dengan
menggunakan perisian Adobe Premiere Pro CC serta merekod suara (Voice Over) menggunakan
perisian Wondershare Filmora. Hal ini kerana penjanaan idea perlu bagi memastikan proses
seterusnya dijalankan mengikut idea.

4.4.1 RAKAMAN SUARA

Di dalam fasa pembangunan suara ini, pembangun bermula dengan merakam suara bagi skrip
yang pertama.

Rajah 4.2: Rakaman Suara


4.4.2 PEMBANGUNAN TIPOGRAFI

Di dalam fasa ini, pembangun tipografi akan ditunjukkan berdasarkan gambar di bawah.
Penggunaan teks telah disunting dan dimasukkan ke dalam adobe premiere pro.

Rajah 4.3: Pembangunan Tipografi di Adobe Premiere Pro


4.4.3 LAKARAN DI ADOBE ILLUSTRATOR CC

Reka bentuk menggunakan Adobe Illustrator CC ini digunakan selepas membuat lakaran tangan
(thumbnail). Ia bertujuan untuk menghasilkan lakaran yang lebih cantik, kemas dan juga teratur.

Rajah 4.4: Lakaran Adobe Illustrator CC

4.4.4 PEMBANGUNAN ANIMASI


Dalam fasa ini, pembangunan lakaran yang telah dibangunkan di dalam Adobe Premiere Pro
akan dianimasikan mengikut kesesuaian pembangun.

Rajah 4.5: Pembangunan Animasi

4.5 PERLAKSANAAN ANIMASI


Dalam fasa ini, lakaran yang telah dibangunkan akan dianimasikan mengikut kesesuaian
pembangun.

Rajah 4.6: Perlaksanaan Animasi

4.6 PROSES PENGUJIAN

Pengujian adalah untuk mengetahui bagaimana sesuatu projek itu berfungsi. Dalam perkakasan
komputer dan pembangunan perisian, pengujian digunakan di pusat pemeriksaan utama dalam
proses keseluruhan untuk menentukan sama ada objektif dipenuhi atau tidak. Sebagai contoh,
sekiranya untuk pembelajaran interaktif objektif produk kadang-kadang diuji di peringkat unit
atau modul oleh setiap pembangun di peringkat produk pula apabila semua komponen yang
digabung bersama.

4.7 KESIMPULAN

Kesimpulan dari bab ini ialah perancangan yang baik adalah sangat penting untuk
memastikan bahawa projek ini boleh dibangunkan dengan lebih mudah dan tersusun. Proses
penyusunan ayat merupakan proses yang penting untuk dibuat dengan sempurna. Hal ini kerana,
proses pembangunan akan mempunyai garis panduan dan boleh diselesaikan dengan mengikut
papan cerita yang telah dibuat.
Fasa perlaksanaan ini penting untuk kelancaran projek pembangunan yang dijalankan
agar bergerak dengan betul dan teratur. Selain itu, pembangun dapat memastikan kelancaran
projek video Infografik Kota Baitulmaqdis Menurut Perspektif Agama Islam, Yahudi dan
Kristian tanpa sebarang gangguan. Sekaligus projek ini dapat disiapkan dengan tepat mengikut
objektif yang telah ditetapkan.

Selain itu, proses pengujian juga harus dilakukan terhadap golongan sasaran, penilai dan
rakan-rakan supaya projek dapat diperbaiki agar lebih baik dan mudah untuk difahami. Proses
pengujian sangat penting utnuk lebih bersedia jika terdapat sebarang kesilapan di dalam projek
yang dilakukan.

BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Pada era globalisasi ini, pembangunan video Infografik begitu pantas dan banyak
memberi manfaat kepada penonton untuk mendapatkan maklumat dari sesebuah penceritaan
melalui internet. Oleh itu, ia merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengetahui secara
terperinci dan menambahkan pengetahuan masyarakat umum tentang apa yang sedang berlaku
di Kota Baitulmaqdis kini.

Sehubungan itu, projek multimedia ini dibangunkan untuk memberi sumbangan kepada
masyarakat menggunakan cara yang lebih mudah dalam bentuk video Infografik. Walau
bagaimanapun, beberapa penambah baikan yang perlu dilakukan untuk menjadikan video ini
lebih menarik.

5.2 RUMUSAN PROJEK

Projek ini telah dibangunkan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, audio, video,
dan grafik yang berjaya menarik minat pengguna.

Projek ini juga dapat menjelaskan dengan ringkas mengenai Kota Baitulmaqdis Menurut
Perspektif Agama Islam, Yahudi dan Kristian yang terdapat di dalam beberapa buah buku,
jurnal serta artikel yang berkaitan dengannya. Kumpulan sasaran juga mudah memahami info
yang bakal disampaikan melalui suara latar beserta video yang telah ditunjukkan.

5.3 MASALAH PERLAKSANAAN


Projek ini telah direka dan dibangunkan dengan jayanya walaupun pengkaji terpaksa
berhadapan dengan beberapa kesukaran dalam proses pembangunan. Dalam projek ini, terdapat
beberapa masalah yang telah dikenalpasti oleh pengkaji seperti:

 Perisian yang digunakan tidak berfungsi yang menyebabkan pengkaji terpaksa memuat
turun perisian baru yang serupa dengan kaji yang digunakan sebelumnya.

 Komputer riba milik pengkaji mengandungi RAM yang rendah yang menyebabkan
projek tersekat-sekat.

 Komputer riba pengkaji mengalami masalah fail dokumen yang tidak dapat dibuka.

5.4 CADANGAN

Projek ini membolehkan kumpulan sasaran memahami pemikiran tentang Kota


Baitulmaqdis Menurut Perspektif Agama Islam, Yahudi dan Kristian. Akan tetapi, terdapat
beberapa penambah baikan yang perlu dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Berikut
adalah cadangan untuk penambah baikan agar lebih menarik dan berkesan:

5.4.1 Melakukan kajian dan penyelidikan yang lebih banyak serta mendalam untuk
membangunkan sebuah penceritaan dalam bentuk video Infografik agar bercerita lebih
menarik dan berkesan kepada pengguna.

5.4.2 Mempelajari dengan lebih mendalam penggunaan perisian yang digunakan untuk
membangun video Infografik supaya lebih mahir dengan elemen-emelen multimedia.
5.5 KESIMPULAN

Projek ini telah berjaya dibangunkan oleh pengkaji dan juga telah mencapai objektif
serta skop yang telah dirancang sebelum ini. Kandungan dalam video Infografik ini
memudahkan pengguna untuk memahami apa yang dilihat serta ianya sesuai kepada kumpulan
sasaran pengguna yang ditetapkan. Pengkaji berharap agar projek ini sedikit sebanyak dapat
membantu lagi pengetahuan masyarakat umum berkaitan dengan Kota Baitulmaqdis menurut
perspektif Agama Islam, Yahudi dan Kristian.

5.6 RUJUKAN
Adobe.com. 2017. Adobe Animate CC. Dipetik daripada www.adobe.com/illustrator pada 30
Julai 2019.

1. Adobe.com. 2017. Adobe Animate CC. Dipetik daripada www.adobe.com/photoshop


pada 30 Julai 2019.
2. Adobe.com. 2017. Adobe Animate CC. Dipetik daripada www.adobe.com/premiere
pada 30 Julai 2019.
3. Chendy Jeane Beatrix. 2015. Desain Motion Graphics Pahlawan. Laporan Tugas Akhir,
Universitas Multimedia Nusantara, Tangerang.
4. Demarda16. 2012. Sejarah Motion Graphics. Dipetik daripada
https://demarda16.wordpress.com/2012/12/12/motiongraphic pada tarikh 30 Julai 2019.
5. IMultimedia. 2015. Apa itu Infografis, Infografik dan Motion Graphic. Dipetik daripada
https://web7crawler.wordpress.com/2015/03/16/apa-itu-infografis-infografik-dan-
motionhttps://web7crawler.wordpress.com/2015/03/16/apa-itu-infografis-infografik-dan-
motion-graphic/comment-page-1/graphic/comment-page-1/ pada tarikh 30 Julai 2019.
6. Nurul Mustawatira. 2013. Animasi 2 Dimensi (Motion Graphic). Modul Kerja, Akademi
Komunitas, Jakarta.
7. Alquds : History, Religion and Politics, Prof. Dr Abd Al Fattah El-Awaisi dan Prof. Dr
Muhittin Ataman, SETA Publications 51, 2019, Turki.
8. Penerbitan Buku-Buku Berkaitan Palestin Yang Diterbitkan Di Malaysia Dan Indonesia
(Books Publication Related to Palestine Published in Malaysia and Indonesia) Oleh
Mohd Roslan Mohd Nor dan Nang Nashirah Binti Nik Dahalan, Universiti Malaya,
2015, Malaysia.
9. Tajuk: Sejarah Baitulmaqdis, Ustaz Mohd Hanif B. Hj. Ismail, Terbitan: Hijjaz Records
Publishing, Tahun Terbitan: 2017
10. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Pensyarah Kanan dan Ketua di Jabatan Sejarah dan
Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Sejarah Kejatuhan
Palestin Dan Kewujudan Israel, Terbitan Universiti Malaya, Malaysia.
11. https://iluminasi.com/bm/sejarah-awal-kota-baitulmaqdis-kepentingannya-kepada-islam-
yahudi-kristian.html

Anda mungkin juga menyukai