Anda di halaman 1dari 16

JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Wisma Tani, Aras 17,


No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya.
No. Tel: 03-8870 3000 No. Faks: 03-8888 5069
Laman Web: http://www.doa.gov.my

www.doa.gov.my
PAKEJ TEKNOLOGI SENGKUANG
PAKEJ TEKNOLOGI

© Jabatan Pertanian Malaysia 2008

No. BK 50/08.07/5R

Cetakan Pertama 2008


© Hakcipta Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian,


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan

SENGKUANG
apa cara pun, sama ada secara elekktronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian.

Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Hartikultur. Konsep persembahan,


suntingan dan grafik disediakan oleh Seksyen Komunikasi, Jabatan Pertanian.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pakej


Teknologi Sengkuang.

ISBN

Harga: RM 7.00

2008
PENDAHULUAN iv
1. PENGENALAN 1
2. KOMPOSISI MAKANAN 2
3. BOTANI TANAMAN 3
4. KEPERLUAN ASAS TANAMAN
4.1 Faktor Iklim 4
4.2 Faktor Tanah 4
5. AMALAN KULTURA
5.1 Penyediaan Tanah 5
5.2 Penanaman 6
5.3 Menyulam 7
5.4 Penjarangan 7
5.5 Membuang Bunga/Dahan 7
5.6 Pembajaan 8 Buku ini mengandungi teknologi tanaman secara
Sengkuang pakej yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian
5.7 Pengurusan Air 9 meliputi, keperluan asas tanaman, amalan kultura,
6. PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK pengurusan perosak dan lepas tua. Aliran kewangan
tanaman disertakan bagi membantu pengusaha untuk
6.1 Kawalan Rumpai 11
menilai daya maju tanaman tersebut.
6.2 Kawalan Serangga/Penyakit 12
6.3 Masalah ‘Sengkuang Jantan’ 13 Buku ini diterbitkan sebagai rujukan kepada pegawai-
pegawai yang terlibat dalam perkhidmatan
7. KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL 16
pengembangan dan perundingan. Di samping itu buku
8. PENGHASILAN BENIH SENGKUANG 17 ini juga boleh digunakan oleh pengusaha-pengusaha
9. EKONOMI PENGELUARAN sebagai panduan dalam penanaman sengkuang.

9.1 Analisa Kewangan 21


9.2 Pendapatan Bersih 23
RUJUKAN 25
PENGHARGAAN 26

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | iv


PENGENALAN
PENGENALAN KOMPOSISI
K OMPOSISI M
MAKANAN
AKANAN
Sengkuang berasal dari Amerika Latin seperti
Mexico dan Amerika Tengah, namun kini ia
telah ditanam di kawasan Tropika. Ia adalah
sejenis tanaman yang mempunyai akar
tunjang berubi dan tergolong dalam famili
leguminosae. Sengkuang adalah tanaman Jadual 1 : Kandungan zat makanan dalam sengkuang
singkat masa. Ia boleh dimakan segar atau
dimasak sebagai sayur dan sebagai hidangan
salad. Sengkuang berbentuk bulat gasing Kandungan Unit Setiap 100 g
atau bulat lonjong (panjang) berdiameter Bahagian Boleh Dimakan
antara 10-15 cm. Isinya berwarna putih dan
juicy (watery flesh) mempunyai rasa yang
manis dan rangup manakala kulit sengkuang Air ( g/100 gm) 90.07 g
berwarna perang muda.

Tenaga (kcal/100 gm) 38 kcal


● Nama Saintifik :
Pachyrhizus erosus
Protein (g/100 gm) 0.72 g
(Yam Bean)

● Famili : Karbohidrat (g/100 gm) 8.82


Fabaceae (Leguminosae)

● Nama Tempatan : Kalsium (mg/100 gm) 11

Sengkuang
Besi (mg/100 gm) 0.57
● Varieti :
Varieti Tempatan
Magnesium (mg/100 gm) 11

Fosforus (mg/100 gm) 16

Vitamin C (mg/100 gm) 14.1

Niasin (mg/100 gm) 0.19

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 1 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 2


Gambar Rajah Bahagian
BOTANI
B OTANI TTANAMAN
ANAMAN Bahagian Sengkuang
Pokok sengkuang mempunyai sifat-sifat yang hampir sama dengan pokok kekacang
yang lain tetapi ia mempunyai akar tunjang yang berubi besar. Pokoknya tumbuh
melilit atau memanjat, mempunyai batang dan daun sedikit berbulu. Daunnya 5-10
cm panjang. Bunganya berwarna biru keunguan (violet blue) dan kadangkala putih.
Buahnya mengandungi 4-10 biji berdiameter antara 10-15 cm. Biji berbentuk hampir 4
segi ke bulat, berwarna perang, kuning atau merah.

Ladang Sengkuang

● 1. Daun dan bunga


● 2. Biji benih
● 3. Ubi

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 3 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 4


KEPERLUAN
K EPERLUAN A
ASAS
SAS TTANAMAN
ANAMAN AMALAN
AMALAN K
KULTURA
ULTURA
5.1 PENYEDIAAN TANAH
4.1 FAKTOR IKLIM Penyediaan kawasan dibuat lebih awal iaitu 42 hari
Sengkuang memerlukan keadaan lembap dan panas dengan dengan sebelum menanam. Kawasan perlu dibersihkan
suhu hariannya di antara 21° C-30° C dan jumlah kedapatan hujan tahunan dan dibajak serta digembur sedalam 25 - 35cm dan
antara 500-1500 mm. Ia juga boleh ditanam di kawasan tanah tinggi sehingga dibiarkan selama 10 - 15 hari. GML perlu ditabur
1800 a.p.l. pada kawasan yang mempunyai pH kurang 5.5
pada kadar 3 - 5 tan/ha berpandukan pH tanah.
Tanah diputar pula dengan alat rotovator diikuti
4.2 FAKTOR TANAH dengan membuat batas dengan ukuran 60 - 90 cm
Sengkuang merupakan tanaman tanah rendah yang sangat tahan dan lebar dan 30 - 40 cm tinggi dan jarak antara batas
boleh hidup pada kebanyakan jenis tanah, namun tanah peroi dan ringan 1 meter. Batas tersebut hendaklah melintangi arah
adalah paling sesuai untuk tumbesaran ubi sengkuang. Bagi tanah jenis matahari. Tahi ayam digaul di atas batas mengikut
berat atau tanah berpasir, struktur tanah perlu dibaiki dengan menambah keperluan tanah tersebut. 2 hari sebelum tanam,
bahan organik sebelum menanam. Bagi tanah gambut, pengapuran racun pra cambah disembur di atas per-mukaan
adalah diperlukan. pH yang paling sesuai bagi tanaman sengkuang ialah batas.
antara 5.5 - 6.8. Kebanyakan tanah di Malaysia mempunyai pH yang
rendah oleh itu kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah
tersebut.

Jadual 2 : Layout batas tanaman

60 - 90cm

30 -40 cm

1 meter

Gambar menunjukkan keadaan tanah yang paling sesuai


untuk tumbesaran ubi sengkuang (tanah peroi dan ringan).

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 5 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 6


5.3 MENYULAM
Pemindahan semaian sengkuang (menyulam)
tidak digalakkan. Ini kerana ia memberi kesan
5.2 PENANAMAN yang kurang sihat kepada pembentukan ubi.
Sengkuang ditanam dari biji benih. Biji benih yang baru dipetik tidak Proses pemindahan biasanya merosakkan akar
mudah bercambah, oleh itu biji benih yang baru hendaklah disimpan tunjang dan ini mengakibatkan pertumbuhan yang tidak baik serta
selama satu atau dua bulan. Keperluan biji benihnya lebih kurang 10 kg/ha pembentukan ubi yang tidak normal. Ia juga boleh menyebabkan pokok
perlu dirawat dengan racun kulat thiram terlebih dahulu. Gunakan sejenis menghasilkan dua atau tiga ketul ubi yang kecil.
alat untuk membuat lubang di atas batas dengan jarak 15 cm dalam
barisan dan 30 cm antara baris. Biji benih ditabur terus ke lubang tersebut 5.4 PENJARANGAN
sebanyak 2 biji selubang. Benih ditanam sedalam 2 - 3 cm dan ditimbus Perjarangan dilakukan dengan meninggalkan hanya satu pokok sahaja
semula bagi mengelakkan terdedah kepada musuh dan panas matahari. yang tumbuh bagi satu lubang. Pokok yang betul-betul segar dan kuat
Biji benih yang baru disemai hendaklah disiram sekurang-kurangnya sekali dibiarkan tumbuh dan yang lainnya hendaklah dibuang.
sehari ketika cuaca panas. Biji benihnya keras dan biasanya percambahan

berlaku dalam jangka masa 2 minggu selepas menanam. 5.5 MEMBUANG BUNGA/DAHAN
Kerja membuang bunga sengkuang sangat
perlu bagi meng-galakkan pembentukan
ubi yang besar dan berkualiti. Bunga
atau cabang perlu dibuang sekurang-
kurangnya 3 kali pusingan iaitu pada hari

ke 50, 75 dan 95 hari lepas tanam (HTL).


Hanya 3 cabang/dahan dibiarkan dan
mempunyai lebih kurang 12 helai daun
sahaja.

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 7 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 8


5.6 PEMBAJAAN 5.7 PENGURUSAN AIR
Pengesyoran pembajaan sempurna bergantung kepada keadaan Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram namun bagi petani yang
tanah setempat. Secara amnya pembajaan bagi tanaman sengkuang menanam secara komersial sistem pengairan renjis adalah digalakkan.
menggunakan baja inorganik dan baja organik iaitu tahi ayam atau Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75 % dan
baja organik yang terdapat di pasaran. Pembajaan yang disyorkan bagi keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan bagi sistem ini adalah di
tanaman sengkuang adalah seperti Jadual 3. antara RM 5,000 - RM 8,000 sehektar. Jenis perenjis yang sesuai digunakan
mempunyai julat tekanan operasi yang rendah, 1.5 - 2.5 kg/cm dengan

kadar alir perenjis 0.3 - 1.0 liter/minit dan garis pusat liputan siraman 25 - 30
Jadual 3 : Pembajaan yang disyorkan bagi tanaman sengkuang
m. Penyiraman adalah sangat perlu terutama pada peringkat penanaman

PUSINGAN MASA JENIS BAJA KADAR/HA dan peringkat juvanil. Tanpa penyiraman yang tetap sepanjang hari akan
menjejaskan pertumbuhan pokok sengkuang.

Asas Sebelum menanam Baja organan (tahi ayam) 4 tan


Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.

Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit
I 20 HLT NPK 12:12:17:2 300 kg
utama.

II 40 HLT NPK 12:12:17:2 300 kg

III 60 HLT NPK 12:12:17:2 300 kg

IV 80 HLT NPK 12:12:17:2 300 kg

Contoh sistem pengairan yang digunakan bagi tanaman sengkuang

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 9 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG |10


PENGURUSAN
P ENGURUSAN PPENYAKIT
ENYAKIT
D AN P
DAN EROSAK
PEROSAK Jadual 4 : Menunjukkan perosak, penyakit serta langkah-langkah kawalan yang disyorkan.

PENYAKIT/MUSUH KESAN KEROSAKAN LANGKAH KAWALAN


6.1 KAWALAN RUMPAI

Di peringkat awal penggunaan racun pra-cambah adalah praktikal Kumbang pengorek ubi Kumbang ini membiak di dalam - Amalkan sistem giliran tanaman
(Cylas formicarius) ubi dan menurunkan kualiti dan kebersihan kebun.
sebelum benih ditanam. Rumpai merupakan masalah utama dalam ubi sehingga hasil tiada nilai di
tanaman sengkuang. Rumpai akan menjadi pesaing kepada sengkuang pasaran. Serangan yang teruk
boleh menyebabkan kerugian se-
dalam perebutan baja dan tempat pertumbuhan. Di peringkat awal
hingga 90 % hasil.
pengawalan rumpai mesti menggunakan tangan atau tajak bagi
mengelakkan kerosakan kepada tanaman sengkuang di mana Kutu daun (Aphids) Daun berkerekot, bunga gugur - Sembur dengan racun
dan ubi menjadi bantut. serangga yang sesuai jika
penggunaan racun kimia boleh menjejaskan pertumbuhan pokok. Racun
perlu.
rumpai boleh digunakan apabila pokok telah berumur lebih tiga bulan.
Racun rumpai yang bertindak terhadap akar atau rizom adalah tidak

digalakkan sama sekali.


Ulat ratus (Spodoptera Makan daun dan pucuk - Sembur racun serangga yang
litura) pada semua peringkat secara sesuai jika perlu
kelompok.
- musnahkan serangga dan
6.2 Kawalan serangga/Penyakit
daun yang diserang.
Serangga utama yang menyerang pokok sengkuang ialah ulat pemakan
daun dan cengkerik yang boleh dikawal dengan racun serangga yang
Pelombong daun Menebuk daun dan makan tisu- - Sembur dengan racun
sesuai jika perlu. Biji benih perlu dilawat dengan racun serangga sehari
(Aproaerema modlella) tisu dalam daun. serangga yang sesuai jika
sebelum penanaman. Penyakit yang kadang-kadang menyerang perlu.
tanaman sengkuang ialah reput umbisi dan mozek daun yang mana
tidak merbahaya dan boleh dikawal dengan pengurusan tanaman

yang baik.
Karat (Phakopsora spp) Menyerang daun dan batang. - Bajak reput relai ke dalam
tanah semasa penyediaan
tanah.

Virus mozek Daun berbintik-bintik berwarna - Jaga kebersihan kawasan


hijau pucat. Daun berkerekot dan tanaman
pokok terbantut.

Ladang yang bebas dari


rumpai bagi menjamin
hasil yang maksimun.

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 11 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 12


Simptom Sengkuang Jantan
6.3 MASALAH ’ SENGKUANG JANTAN ’
’Sengkuang Jantan’ menjadi satu masalah kepada penanam sengkuang Pada Tanaman Sengkuang
terutama di negeri Perak kerana hasil sengkuang ini tidak mempunyai

nilai di pasaran tempatan. Simptom yang boleh dikenal pasti apabila

terdapat masalah sengkuang jantan ini adalah melalui 3 bahagian iaitu


daun yang berwarna kekuningan (seperti simptom kekurangan nutrien),
bentuk daun lebih kecil dan abnormal (lamina sedikit menebal dan
keras),kesan ‘bronzing’ pada urat daun. Bahagian lain adalah pada

batang di mana berbonjol seperti ‘node’ di pangkal batang dan simptom


terakhir boleh dilihat pada umbisi di mana umbisi sengkuang menjadi tirus
atau berbentuk seperti labu ‘striping’.

1.
Simptom ‘Sengkuang Jantan’ ini kebiasaanya muncul pada 2 peringkat Daun yang berwarna kekuningan
(seperti simptom kekurangan nutrien)
iaitu semasa awal tumbesaran lagi sebelum mencapai umur 3 bulan

(pertumbuhan terencat, daun “motling”, umbisi tirus, kadang kala


bercabang) dan selepas 3 bulan apabila peringkat membuang bunga

dilakukan (tumbesaran normal tetapi daun mula menguning pucat,


akhirnya lamina mengeras, dan ‘bronzing’ pada urat daun).

Sehingga kini, penyebab kepada masalah ini masih sedang dikesan.

Namun beberapa amalan disyorkan bagi mengatasi masalah ini di


antaranya : 2.
Saiz daun lebih kecil bersifat abnormal
(tekstur lai daun sedikit menebal dan keras ) abnormal
● Semburan racun serangga dan kulat dijalankan 5-14 hari sekali.

● Kawalan rumpai pada batas dengan cara hanya mencabut.


● Pembuangan bunga dilakukan 2 kali semasa peringkat umur

anggaran 3 bulan dan


sekali lagi sebulan lepas itu.

3.
Kesan ‘bronzing’ pada urat daun

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 13 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 14


Simptom Sengkuang Jantan
Pada Tanaman Sengkuang
KEMATANGAN
K EMATANGAN D
DAN
AN P
PENGUTIPAN
ENGUTIPAN
HASIL
HASIL
SSengkuang
k boleh
b l h dipetik
di tik 4 - 5 bulan
b l selepas
l ditanam.
dit Pokok
k k yang cukup
k matang
t daunnya
d berwarna
b

kekuning-kuningan. Kerja-kerja yang perlu dilakukan ialah mencabut, memotong, mengumpul


dan mengisi ke dalam bakul. Ubi sengkuang hendaklah digali berhati-hati. Semasa mencabutnya
pokok janganlah ditarik terlalu kuat kerana ini akan merosakkan kulit ubi. Kulit yang telah koyak

menyebabkan buah sengkuang tidak tahan lama dan harganya rendah di pasaran. Bagi mereka
yang menanam dalam kawasan yang luas kutipan boleh dilakukan secara mekanikal menggunakan
traktor yang dipasang alat pengorek khas. Alat ini mempunyai 2 unit mata piring yang tajam dan
dipasang kepingan besi melintang di bahagian belakang untuk mengorek ubi sengkuang. Hasil

4. potensi dianggarkan antara 25 - 35 tan/ha. Sengkuang boleh disimpan melebihi sebulan dengan
‘Node’ di pangkal batang
suhu di antara 13 - 15 °C. Sengkuang mudah rosak jika disimpan dalam jangkamasa yang lama pada
suhu kurang daripada 12.5 °C. Selepas dituai sengkuang perlu dibasuh untuk menghilangkan tanah

yang terlekat di kelilingnya.

5.
Umbisi berbentuk seperti labu ‘striping’

Sengkuang yang telah dituai

6.
Umbisi berbentuk tirus

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 15 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 16


PENGHASILAN
P ENGHASILAN B
BENIH
ENIH S
SENGKUANG
ENGKUANG

Teknologi
Te penghasilan benih sengkuang lebih kurang

sama
s
sa dengan teknologi penghasilan sengkuang

segar.
s
se Bagi mengeluarkan benih sengkuang disyorkan

memasang
m junjung/penyokong kerana pokok boleh

memanjat
m dan biji benih akan bergantungan di pokok
Su
Sul
Sulur
ulur d
ulu dii
di
diikat
iiiik
kat
at
at ke
k
kepada
epa
pa
adda jjunjung
unj
u
unnj
njuung
ng
n
dan
d memudahkan pengembangan dan pengutipan
Menebuk lubang
hasilnya kelak.
penanaman

Junjung boleh dipasang selewat - lewatnya 2 minggu


Biji
Bij
iji benih
ji b eniih
en
e yang
ih y ang
a masih
ng ma
asih
siih muda
ih mu
m uda
d
selepas penanaman. Apabila tinggi pokok lebih

kurang 20 cm sulur boleh diikat ke tali junjung. Amalan

agronomi tanaman adalah sama dengan amalan bagi

penghasilan sengkuang segar namun pembuangan

bunga tidak perlu dilakukan. Pengutipan hasil boleh

dilakukan setelah 6–7 bulan selepas penanaman atau

setelah biji benih sengkuang tersebut telah kering

sepenuhnya namun biji benih ini tidak boleh dibiarkan

kering terlalu lama di ladang kerana ia biji benih ini


Biji
B
Bij
iji b
ij benih
enih
eni yang
hy a g sedia
an sedi
dia untuk
a un
unttu di
tuk dituai
d itua
ua
ai
boleh pecah di pokok.

P
Pemasangan junjung
j j
tanaman sengkuang

Pemilihan
P emilililiihan
e han
ha biji
a bi
b ji ben
benih
be ih sedang
h se
ssed
ed
e dang
ng dilakukan
g di
d ila
llak
ak
a
akuka
kuka
uk
kaan

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 17 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 18


Penghasilan biji benih
Penghasilan sengkuang
sengkuang segar

Gamba rajah
Menunjukkan
Proses Penghasilan
Sengkuang

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 19 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 20


EKONOMI
E KONOMI P
PENGELUARAN
ENGELUARAN

9.1 ANALISA KEWANGAN

Anggaran kos pengeluaran dan pendapatan bagi penanaman sehektar

sengkuang adalah seperti dalam Jadual 5. Kos tetap termasuk cukai tanah

dan susut nilai sistem pengairan dan alat-alat pertanian yang digunakan yang

merupakan perbelanjaan bukan tunai. Kos pengeluaran terdiri daripada kos

bahan-bahan, kos tenaga kerja dan kos pelbagai. Kos bahan merupakan

komponen kos yang tertinggi iaitu ±60 % berbanding dengan kos tenaga ±35 %

manakala kos pelbagai ±5 %. Perbezaan di antara harga ladang dan kos/kg ini

merupakan petunjuk untung atau ruginya pengeluaran sengkuang.

Kos berubah termasuk kos bahan input dan kos tenaga kerja. Kos bahan input

ialah kos benih, baja, racun rumpai, racun perosak dan input pelbagai. Kos tenaga

kerja untuk menjalankan segala aktiviti ladang termasuk kontrak membersih dan

tenggala tanah. Jumlah kos pengeluaran bagi tanaman sengkuang adalah

RM 7455.00.

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 21 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 22


Jadual 5 : Anggaran kos pengeluaran dan pendapatan sehektar sengkuang

BAHAN KUANTITI ( RM )

1. Benih 10 kg 250.00
2. Baja
- T.ayam 4 tan 680.00
- 12:12:17:2 1200 kg 1680.00
3. Racun perosak 148.00
4. Racun rumpai 105.00
5. Bakul 315 1260.00

9.2 PENDAPATAN BERSIH Jumlah Kecil 4123.00


Harga sengkuang pada peringkat ladang dipengaruhi
Tenaga kerja Tenaga hari
oleh kualiti pengeluaran (penawaran) dan permintaan dari
1. Penyediaan tanah & batas Kontrak 230.00
pengguna. Harga adalah tinggi semasa musim perayaan Cina
2. Membaja asas Kontrak 150.00
seperti “Moon Cake”. Harga sengkuang adalah di antara RM 0.18/ 3. Menanam 15 375.00
4. Membaja 15 270.00
kg dan RM 0.75/kg dan harga purata RM 0.30/kg. Pendapatan
5. Menyiram 3 54.00
bersih merupakan baki pendapatan setelah ditolak segala kos
6. Merumput 5 90.00
perbelanjaan yang terlibat. Berdasarkan hasil, harga dan kos 7. Mengawal perosak 10 180.00

pengeluaran yang dinyatakan terdahulu, pendapatan bersih 8. Membuang bunga @ 3 pusingan 45 900.00
9. Menebas & mengorek ubi Kontrak 250.00
sehektar sengkuang adalah RM 3045.00. Bagi tanaman jangka
10. Mengutip dan membersih ubi Kontrak 648.00
pendek, kaedah ‘pulangan bagi setiap RM yang dilabur’ sering

digunakan dalam analisis keuntungan. Ianya adalah nisbah di Jumlah Kecil 3147.00

antara pendapatan kasar dan kos pengeluaran.


Kos tetap 185.00

Jumlah kos pengeluaran 7455.00

Pendapatan kasar 35000 @ RM0.30 10500.00


Kos pengeluaran 7455.00
Pendapatan bersih 3045.00
Pulangan setiap RM pelaburan 1.41

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 23 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 24


RUJUKAN PENGHARGAAN
1. Jabatan Pertanian, (2002). Buku Ringkasan Panduan Pertanian. Kuala Lumpur : Jabatan Jabatan Pertanian mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah
Pertanian Semenanjung Malaysia. Pertanian dan terima kasih kepada semua ahli pasukan penulis Pakej Teknologi Tanaman
Sengkuang yang diketuai oleh Puan Abesah Ali dan Puan Rosni Hamad Rodzi atas daya usaha
dan inisiatif yang diambil untuk menghasilkan pakej ini.
2. Jabatan Pertanian, (1994). Panduan Pengeluaran Tanaman Jangka Pendek. Ipoh :
Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Penghargaan juga diberikan kepada semua ahli Jawatankuasa Media Pengembangan yang
telah memberi pandangan, menyemak dan menyunting pakej ini.
3. Jabatan Pertanian, (2003). Laporan Perlaksanaan Promosi Teknologi Tanaman
(Sengkuang). Perak : Jabatan Pertanian Titi Gantong.
Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pegawai dan kakitangan Seksyen
Komunikasi kerana menyumbangkan gambar serta menyediakan konsep persembahan,
4. Jabatan Pertanian, (2004). Manual Tanaman Sengkuang Daerah Batang Padang. Perak suntingan, kerja grafik dan percetakan.
: Jabatan Pertanian Titi Gantong.

Akhir kata, terima kasih kepada pengusaha-pengusaha tanaman sengkuang yang telah
5. Jabatan Pertanian, (2001). Manual Kerja Pengembangan Tanaman Ladang. Kuala memberi maklumat dan berkongsi pengalaman dalam menjayakan penerbitan ini.
Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 25 PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN SENGKUANG | 26

Anda mungkin juga menyukai