Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

KOTA BHARU

PROGRAM: Let’s Be Aware!


“Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera”

TEMPAT: DATARAN ILMU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

TARIKH: 3 APRIL 2022

ANJURAN: UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, IPGKKB

1. PENDAHULUAN

Pelajar merupakan salah satu aset yang penting bagi negara. Pelajar yang berpotensi

mengenali diri sendiri dan emosinya merupakan pelajar yang mampu bergerak ke arah

kecermelangan. Hal ini demikian selari dengan visi Institut Pendidikan Guru Kampus Kota

Bharu dimana kesejahteraan modal insan ke arah menerajui kecermelangan pendidikan

guru dapat dilahirkan. Tambahan lagi, mengenali diri dan emosi adalah penting untuk

pelajar menghadapi pelbagai cabaran yang menghalang perkembangan diri. Program “Let’s

Be Aware” ini bertujuan untuk membantu pelajar lebih mengenali dirinya. Program yang

berteraskan kepada pengetahuan dan kesedaran ini merangkumi kesejahteraan hidup dan

emosi, kendiri, kesesuaian gaya belajar serta bercinta.

2. TUJUAN

Tujuan kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan

melaksanakan program kepada semua siswa guru IPG Kampus Kota Bharu secara

langsung dalam melahirkan modal insan yang berpotensi dan mampu bergerak ke arah

kecermelangan.
3. OBJEKTIF

a. Meningkatkan kesedaran diri dalam kalangan pelajar tentang kepentingan mengenali

diri dan menjaga kesejahteraan emosi.

b. Mewujudkan sikap cakna terhadap diri dan emosi pelajar supaya pelajar lebih bersedia

dalam menghadapi pelbagai cabaran yang kian mendatang.

c. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang personaliti diri, gaya belajar dan gaya

bercinta.

4. TARIKH

3 April 2023 (Isnin)

5. JADUAL KURSUS

a). Jadual Kursus

TARIKH/MASA
8.00 pagi 1.00-2.00 tgh hari 2.00-5.00 petang
Menyediakan bahan untuk
peserta menjawab ujian
Menyambung aktiviti soal
psikometrik dan
jawab dan penerangan
3 April 2023 permainan uji minda di Rehat
ujian psikometrik kepada
Dataran Ilmu sambil
pelajar
memberi pendedahan

Anda mungkin juga menyukai