Anda di halaman 1dari 9

Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha allah dengan izinnya.

Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya)
kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut

Taa' Haa. (1)


Ma anzalna AAalayka alqur-analitashqa (2)
Illa tathkiratan liman yakhsha (3)
Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAAula (4)
Doa Pelembut Hati
Arrahmanu AAalaalAAarshi istawa (5)

Menggunakan Cara Zikir dan Ayat-ayat al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi
Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,


Al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia adalah sebagai petunjuk dan
hidayah untuk dibaca, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan kita. Al-Quran merupakan
kalamuallh, yang mengandungi mukjizat akan digunakan oleh orang mukmin untuk
menyelesaikan semua permasaalahan hidup di dunia ini.

Salah satu masaalah yang dihadapi adalah kita terpaksa berhadapan dengan sikap manusia
yang mempunyai  keras hati, cepat marah dan sukar untuk menerima nasihat. Oleh itu cara
terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah
S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan
peristiwa sejarah Sayyidina Umar al-Khattab r.a, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina
Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk
Islam (ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat
dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah
yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati.

KAEDAH PERTAMA.

Mengikut aturannya, bacalah:

Pertama : Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.

)1( ‫يم‬
ِ ‫َّر ِح‬ ‫َّر ْح َم ِن ال‬ ‫ِم هَّللا ِ ال‬ ‫س‬
ْ ِ‫ب‬

)2( َ‫الَ ِمين‬ ‫ب ا ْل َع‬


ِّ ‫ُد هَّلِل ِ َر‬ ‫ا ْل َح ْم‬

)3( ‫يم‬
ِ ‫َّر ِح‬ ‫َّر ْح َم ِن ال‬ ‫ال‬

)4( ‫ِّين‬
ِ ‫د‬ ‫ْو ِم ال‬ َ‫ِك ي‬ ِ‫َمال‬

)5( ُ‫تَ ِعين‬ ْ َ‫ُد وَِإيَّا َك ن‬


‫س‬ ُ‫ِإيَّا َك نَ ْعب‬

)6( ‫تَقِي َم‬ ْ ‫َراطَ ا ْل ُم‬


‫س‬ ِّ ‫ِدنَا‬
‫الص‬ ‫ا ْه‬
)7( َ‫ضالِّين‬
َّ ‫ب َعلَ ْي ِه ْم َواَل ال‬ ُ ‫ص َراطَ الَّ ِذينَ َأ ْن َع ْمتَ َعلَ ْي ِه ْم َغ ْي ِر ا ْل َم ْغ‬
ِ ‫ضو‬ ِ

Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang
sesat.
  
Kedua : Baca Surah al-Hasyr ayat 21

Maksudnya : "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya
engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan
(ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya
mereka memikirkannya."

Ketiga : Baca Surah Taha ayat 1-5.

)1( ‫طه‬ 
ْ َ‫ َما َأ ْن َز ْلنَا َعلَ ْي َك ا ْلقُ ْرآنَ لِت‬ 
)2( ‫شقَى‬

)3( ‫ِإاَّل ت َْذ ِك َرةً لِ َمنْ يَ ْخشَى‬ 

)4( ‫ت ا ْل ُعاَل‬
ِ ‫س َما َوا‬ َ ‫ق اَأْل ْر‬
َّ ‫ض َوال‬ َ َ‫تَ ْن ِزياًل ِم َّمنْ َخل‬ 

)5( ‫ستَ َوى‬ ِ ‫ال َّر ْح َمنُ َعلَى ا ْل َع ْر‬ 


ْ ‫شا‬

Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud


(akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan
tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk
kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di
atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan
orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang
yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil,
air diberikan untuk diminum. 
KAEDAH KEDUA

Kaedah dengan cara  zikir dan doa pelembut hati .

Zikir dan Doa Pelembut Hati

Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut atau suami
yang mahu hati  isterinya menjadi lembut.

Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami


Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak
perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak
tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila
hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini
juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) .

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

 KAEDAH KETIGA 

Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura
ayat 19. ( baca ayat al-Quran dalam bahasa Arab)
Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-
hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang
Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Hembus dimuka suami  dan hembusan itu dibawa turun ke hati suami.
Ulangkan sebanyak 3 kali.atau 7 kali. Insya Allah hati suami akan menjadi lembut.

Selain daripada itu amalkan doa ini:

"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

(Cara-cara ini boleh digunakan oleh suami kepada isteri dan ibu bapa kepada anak-
anaknya)

{Amalkanlah cara-cara ini setiap hari insya Allah akan ada  perubahan dan kesannya.}

 KAEDAH KEEMPAT
Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah

Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau rakan, agar lembut hatinya,
bacalah dihadapannya Surah an-Nisaa Ayat 84. berulang-ulang (Sila rujuk Al-Quran)

Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat
dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi
Keselamatan."

KAEDAH KELIMA

Apabila kita marah maka doa untuk mengawal diri daripada sifat marah bacakan doa ini :
"Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk. Ya Allah
bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang
putih daripada kekotoran." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sekiranya isteri ingin menyejukkan hati suami yang marah boleh baca doa diatas dan ubah
sedikit :

"Ya Allah, sejukkanlah hati suamiku (fulan bin fulan) dengan salji dan kesejukan dan air
yang sejuk. Ya Allah bersihkan hati suamiku (fulan bin fulan) daripada dosa-dosa
sebagimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kotoran."

KAEDAH KEENAM

Doa untuk melembutkan hati anak 

Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-
hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang
Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur.

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati 

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah 

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X
Amalkan doa ini secara istiqamah, insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari
Allah . Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di
dada kiri dan baca doa di atas.Boleh juga di amalkan oleh isteri atau suami.
KAEDAH KETUJUH DOA PENGASIH
Kita berdoa semoga kita dikasihi oleh orang-orang yang beriman dan kita mengasihi orang
yang beriman,  sebagaimana doa yang diajarkan Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim.

"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap diri hamba-Mu yang
beriman, limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadapku."

Suami boleh juga berdoa dengan doa pengasih ini  supaya dia mengasihi dan dikasihi oleh
isterinya :
"Ya Allah! Limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap isteriku (Pulan bte Pulan)
dan limpahkanlah juga perasaan cinta isteriku (Pulan bte Pulan) terhadap diriku"
(Jika berpoligami sebut isteri-isteriku tak payah sebut nama)

KAEDAH KE LAPAN : AMALAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA SUPAYA SUAMI


SENTIASA MENCINTAI ISTERINYA. 

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul


Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air
danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri
dan kebahagiaanrumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan
umurnya.”

Sahabat yang dimuliakan,


Doa-doa di atas adalah cara dan ikhtiar kita untuk melembutkan hati insan yang dikasihi
samaada isteri, suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, sahabat-sahabat dan sesiapa
sahaja dengan niat dan hasrat untuk kebaikan. Semoga hati yang keras dapat dilembutkan
dengan izin Allah. Jika sekiranya usaha dan doa telah dilaksanakan hati seseorang itu masih
tidak mahu lembut dan tetap keras macam batu maka serahkanlah kepada Allah S.W.T.
kerana sesungguhnya hidayah itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Nabi S.A.W. berdoa supaya Allah S.W.T. memberi hidayah dan melembutkan hati salah satu
daripada dua Umar (iaitu Umar al-Khattab dan Umar bin Hisham (Abu Jahal) maka Allah
S.W.T. makbulkan doa Nabi S.A.W. dengan diberinya taufik dan hidayah-Nya kepada Umar
al-Kahattab.

Oleh itu kita jangan berputus asa jika insan yang dikasihi masih tidak mahu berubah, yang
penting kita teruskan berdoa selepas lepas solat, dimalam hari selepas solat tahajjud dan di
waktu-waktu mustajab doa semoga dimakbulkan doa dan hajat kita.

Anda mungkin juga menyukai