Anda di halaman 1dari 3

Hindari Dosa-Dosa Besar

2.1 Hindari Dosa-Dosa Besar

Baca hadis dengan betul

‫َع ْن َأ ِب ي ُه َر ْي َر َة َرِض َي اُهَّلل َع ْن ُه َع ْن الَّن ِب ِّي َص َّلى اُهَّلل َع َلْي ِه َو َس َّلَم َق اَل اْج َت ِن ُب وا الَّس ْب َع اْلُم وِب َق اِت َق اُلوا َي ا‬
‫َأ ُل‬ ‫اَّل ْل ِّق َأ ُل‬ ‫َّل‬ ‫َق ُل‬ ‫َق َل‬ ‫َل‬
‫َر ُس و اِهَّلل َو َم ا ُه َّن ا الِّش ْر ُك ِب اِهَّلل َو الِّس ْح ُر َو ْت الَّن ْف ِس ا ِت ي َح َّر َم اُهَّلل ِإ ِب ا َح َو ْك الِّر َبا َو ْك َم اِل‬
‫اْلَي ِت يِم َو الَّت َو ِّلي َي ْو َم الَّز ْح ِف َو َق ْذ ُف اْلُم ْح َص َناِت اْلُم ْؤ ِم َناِت اْلَغ اِف اَل ت‬
(‫)متفق عليه‬
 

Maksudnya: Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: wahai Rasulullah apakah perkara itu? Baginda bersabda : Syirik kepada Allah dan sihir, Dan
membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, Dan makan riba dan harta anak yatim, Dan lari dari medan perang, Dan membuat tuduhan zina
terhadap wanita beriman Yang suci dan terpelihara (dari maksiat).

Tujuh dosa besar yang terkandung dalam hadis

1. Syirik kepada Allah SWT


2. Sihir
3. Membunuh
4. Makan riba'
5. Makan harta anak yatim
6. Lari daripada medan perang
7. Menuduh perempuan yang suci berzina (qazaf)

Syirik kepada Allah SWT

Syirik ialah dosa yang paling besar.


Dalil:  ‫ِإ َّن ٱلِّش ْر َك َلُظ ْلٌم َع ِظ يٌم‬
Syrik terbahagi kepada dua:

Jali (Nyata) Khafi(Tersembunyi)

Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifat dan af'al(perbuatan) Melakukan sesuatu amalan bukan kerana Allah SWT
Contoh: Contoh:
Menyembah berhala  Melakukan solat kerana mengharapkan pujian manusia(ria')
Meyakini Isa AS sebagai anak Allah Berasa hebat dengan amalan sendiri ('ujub)
Meyakini alam dikuasai oleh selain Allah Sombong dengan kelebihan duniawi yang dilakukan (takabbur)
Kesan: Merosakkan akidah  Kesan:Merosakkan pahala amalan

Sihir

Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin


Contoh: 

1. Santau
2. Pukau
3. Minyak pengasih
4. Pelaris

Kesan:

1. Mengakibatkan kesakitan tubuh badan


2. Mencetuskan pergaduhan
3. Memporak-perandakan rumah tangga
4. Menyebabkan kematian

Dalil:

            ‫ْح َر‬ ‫َو َلٰـ ِك َّن ٱلَّش َي ٰـ ِط يَن َكَف ُر و۟ا ُي َع ِّلُم وَن ٱلَّن اَس ٱلِّس‬  

Membunuh

Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang


Contoh:
Contoh:
 
1. Menembak dengan senjata api
2. Menikam dengan pisau
3. Meletakkan racun dalam makanan atau minuman

Kesan:

1. Menyusahkan keluarga mangsa pembunuhan


2. Memporak-perandakan kehidupan masyarakat

Dalil:

         ‫َو َم ن َي ْق ُت ْل ُم ْؤ ِم ًنا ُّم َت َع ِّم ًد ا َف َج َز ٓاُؤ ُهۥ َج َه َّنُم َخ ٰـ ِل ًد ا ِف يَه ا َو َغ ِض َب ٱُهَّلل َع َلْي ِه َو َلَع َنُه ۥ َو َأ َع َّد َلُه ۥ َع َذ اًبا َع ِظ يًم ا‬

Makan riba'

Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang


Contoh:

1. Hutang yang menetapkan faedah bayaran dengan peratusan tertentu

Kesan:

1. Mengakibatkan penindasan
2. Melumpuhkan ekonomi umat Islam

Dalil:

            ‫ِإ ن ُكنُت م ُّم ْؤ ِم ِن يَن‬ ‫َي ٰٓـَأ ُّي َه ا ٱَّلِذ يَن َء اَم ُن و۟ا ٱَّتُق و۟ا ٱَهَّلل َو َذ ُر و۟ا َم ا َب ِق ِم َن ٱلِّر َب ٰٓو ۟ا‬
‫َى‬

Makan harta anak yatim

Menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syara'
Contoh:

1. Membelanjakan untuk kegunaan peribadi pemegang amanah secara berlebih-lebihan


2. Menyalahgunakan harta anak yatim

Kesan:

1. Mengakibatkan penindasan
2. Menjejaskan hubungan kekeluargaan

Dalil: 

           ‫َس ِع يًر ا‬ ‫ِإ َّن ٱَّلِذ يَن َي ْأ ُكُلوَن َأ ْم َٰو َل ٱْلَي َت ٰـَم ٰى ُظ ْلًم ا ِإ َّن َم ا َي ْأ ُكُلوَن ِف ى ُبُط وِن ِه ْم َن اًر اۖ َو َس َي ْص َلْو َن‬

Lari dari medan peperangan

Meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh


Contoh:

1. Melarikan diri daripada pasukan sedang bertempur menghadapi serangan musuh


2. Enggan mempertahankan negara apabila diarahkan

Kesan:

1. Keselamatan umat Islam dan negara akan terancam


2. Negara terdedah kepada penjajahan dan campur tangan asing

Dalil:

            ‫ٱَأْلْد َباَر‬ ‫َي ٰٓـَأ ُّي َه ا ٱَّلِذ يَن َء اَم ُن ٓو ۟ا ِإ َذ ا َلِق يُت ُم ٱَّلِذ يَن َكَف ُر و۟ا َز ْح ًف ا َف اَل ُت َو ُّلوُه ُم‬

Menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina (Qazaf)

Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa membawa saksi
Contoh:

1. Percakapan atau pertuduhan yang jelas seperti "Kamu telah berzina" atau memanggil seseorang wanita "Wahai penzina"

Kesan:

1. Menjatuhkan maruah 
2. Mencetuskan perbalahan

Dalil:

            ‫يٌم‬ ‫ِإ َّن ٱَّلِذ يَن َيْر ُم وَن ٱْلُم ْح َص َنٰـ ِت ٱْلَغ ٰـ ِف َلٰـ ِت ٱْلُم ْؤ ِم َنٰـ ِت ُلِع ُن و۟ا ِف ى ٱلُّد ْن َي ا َو ٱْلَٔـاِخ َر ِة َو َلُه ْم َع َذ اٌب َع ِظ‬
 

Pengajaran hadis

Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana boleh merosakkan akidah
Kita hendaklah menghindar diri daripada membunuh kerana melanggar hak asasi manusia
Kita hendaklah mempertahankan keamanan negara supaya Islam dapat ditegakkan

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

Anda mungkin juga menyukai