Anda di halaman 1dari 1

SIPNOSIS ISMAIL DAN PERISTIWA PENGORBANAN

RUBIAH JUSOH (M/S16)

Nabi Ibrahim berkahwin dengan sarah namun tidak dikurniakan anak . Sarah (isteri Nabi
Ibrahim) meminta Nabi Ibrahim berkahwin dengan pembantunya iaitu Siti Hajar. Hasil perkahwinan
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar dikurnikan seorang anak lelaki iaitu Nabi Ismail. Pada mulanya mereka
semua hidup gembira dan bahagia.
Lama kelamaan, Sarah mula berasa cemburu dan meminta Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar
dan Nabi Ismail jauh daripadanya. Allah menurunkan wahyu supaya Nabi Ibrahim bersetuju dengan
permintaan Sarah.
Baginda membawa anak dan isterinya mengembara dengan menunggang unta. Setelah jauh
berjalan di padang pasir, mereka sampai di Mekah. Baginda meninggalkan anak dan isterinya di situ
dan meneruskan perjalanan seorang diri.
Nabi Ismail sangat dahagakan susu tetapi susu Siti Hajar kering kerana tidak makan dan
minum selama beberapa hari. Siti Hajar meninggalkan anaknya dan berlari lari anak sebanyak tujuk
kali di antara Safa dan Marwah.
Dengan pertolongan Allah, keluarlah mata air yang dipanggil zamzam. Kawasan tersebut
menjadi lembap dan subur disebabkan air tersebut. Setelah beberapa tahun, Nabi Ibrahim datang
menemui anak dan isterinya. Semasa Nabi Ismail meningkat remaja, Nabi Ibrahim diperintahkan
Allah untuk menyembelih anaknya.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail akur dengan perintah Allah . Mereka pergi ke kaki gunung untuk
melaksanakan perintah itu.Ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya, tiba-tiba anaknya
ditukarkan dengan seekor kibas.Peristiwa ini menjadi acara korban pada Hari Raya Haji.

Anda mungkin juga menyukai