Anda di halaman 1dari 3

3/17/23, 11:40 AM e-NPQEL 2023: Definisi Komunikasi

e-NPQEL 2023
Home / My courses / e-NPQEL 2023 / Modul 1: Berketerampilan - Submodul 1.4: Komunikasi Berkesan / Definisi Komunikasi

Definisi Komunikasi
Done: View

Pelbagai definisi bagi komunikasi telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh.  Menurut McPheat (2010), komunikasi merupakan seni dan proses
mencipta serta berkongsi idea.  Komunikasi yang berkesan bergantung kepada keberkesanan idea-idea tersebut dikongsikan.  Griffin (2012)
pula berpendapat, komunikasi merupakan proses relatif yang mewujudkan serta menterjemahkan mesej kepada tindakan. 

Komunikasi merupakan satu proses transaksional yang membolehkan komunikator mempengaruhi orang lain.  Proses komunikasi bertolak
ansur dalam kehidupan.  Proses ini boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu komunikasi verbal dan bukan verbal.  Komunikasi verbal 
merupakan komunikasi yang disampaikan secara bertulis atau lisan.  Komunikasi ini menggunakan perkataan-perkataan, sama ada
disampaikan secara kuat dalam sesuatu ucapan atau dibaca secara senyap pada sesebuah buku.  Komunikasi bukan verbal merupakan
proses komunikasi yang tidak dituturkan atau ditulis iaitu tanpa ucapan atau kata-kata, tetapi menggunakan gerakan atau isyarat (Fujishin,
2013).

Dalam istilah sains sosial, komunikasi merupakan kajian saintifik tentang penghasilan, pemprosesan dan kesan sistem isyarat dan simbolik
yang digunakan oleh manusia untuk menghantar serta menerima mesej-mesej (Hargie, 1992).  Definisi ini menonjolkan tiga dimensi utama
(Hargie, Dickson & Tourish, 2004), iaitu:

1.    Komunikasi mempunyai ciri saintifik.  Komunikasi merupakan proses yang boleh diukur, dianalisis, dinilai serta ditambah baik.

https://npqel.iab.edu.my/mod/page/view.php?id=12949 1/3
3/17/23, 11:40 AM e-NPQEL 2023: Definisi Komunikasi

2.        Kajian tentang komunikasi berpusat pada cara mesej dikeluarkan, kemudian cara mesej diproses atau disampaikan (misalnya melalui
interaksi bersemuka, dalam bentuk tulisan atau melalui media teknologi), dan kesan yang ditimbulkan oleh mesej terhadap penerima.

3.        Kepentingan tanda dan simbol ditegaskan.  Segala tingkah laku interpersonal mempunyai fungsi kominikasi, dan dinilai berdasarkan
kandungan verbal dan tanda non-verbal.  Mesej tersurat mungkin kurang penting daripada mesej tersirat. 

Kita berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung.  Kebanyakan komunikasi langsung adalah disengajakan, termasuk apa yang kita
pilih untuk dituturkan, ditulis serta dibuat.  Selain itu, kita juga berkomunikasi melalui cara tidak langsung dan tidak disengajakan melalui
bahasa badan, ekspresi muka, dan pola pertuturan.  Kebanyakan komunikasi tidak langsung merupakan hasil daripada tabiat lama, ciri-ciri
personaliti, dan adat-adat sosial.  Komunikasi jenis ini tidak disengajakan serta memerlukan usaha tambahan untuk mengawalnya (Bender,
2005).

Ringkasnya, komunikasi merupakan satu proses penyampaian sesuatu mesej daripada seorang komunikator kepada seorang penerima, sama
ada dalam bentuk verbal atau nonverbal, secara langsung atau tidak langsung melalui sesuatu media yang difikir paling sesuai.

Last modified: Thursday, 29 December 2022, 10:26 AM

Kepentingan Komunikasi Dalam Konteks


◄ Objektif Jump to...
Pengurusan Pendidikan ►

INFO CONTACT US GET SOCIAL


Moodle community Institut Aminuddin Baki, Kementerian

Moodle free support


Pendidikan Malaysia, Kompleks
Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek,

Moodle development Negeri Sembilan.
Moodle Docs  Phone : (609) 7979200
Moodle.com  E-mail : epembelajaran@iab.edu.my

https://npqel.iab.edu.my/mod/page/view.php?id=12949 2/3
3/17/23, 11:40 AM e-NPQEL 2023: Definisi Komunikasi

e-NPQEL IAB dibangunkan


menggunakan aplikasi Moodle. Sesuai
dipapar menggunakan Mozilla Firefox /
Google Chrome / Safari dengan resolusi
1366 x 768.

Penafian: Institut Aminuddin Baki tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang
diperoleh daripada Portal e-Pembelajaran ini. Hakcipta Terpelihara © 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Reset user tour on this page
Data retention summary

https://npqel.iab.edu.my/mod/page/view.php?id=12949 3/3

Anda mungkin juga menyukai