Anda di halaman 1dari 35

Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2.

Kod Kertas 1103/2

Nota Komprehensif Golongan Kata


Rujukan utama:
Tatabahasa Dewan,
Dewan Bahasa & Pustaka, 2004.

Kejayaan yang SEMANIS MADU


tidak akan sewenang-wenangnya
datang bertamu tanpa usaha yang
SEPAHIT HEMPEDU.

Genggam bara api biar sampai jadi


arang. Genggam sebuah impian
biar sampai jadi kenyataan yang
membanggakan.

SK 5.1 : Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

SP 5.1.1.- kata tunggal dan kata majmuk/5.1.2 : - kata terbitan/5.1.3 : - kata ganda dan
akronim dengan betul mengikut konteks.
SK 5.2 : Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.
SP 5.2.1 : - golongan kata nama/5.2.2 : - golongan kata kerja/5.2.3 : - golongan kata
adjektif/5.2.4 : - golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
1
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kandungan Muka surat

Kata Nama Khas 3


Kata Nama Am 4
Kata Ganti Nama 5
Kata Kerja 6-7
Kata Hubung 8 - 10
Kata Sendi Nama 11 - 14
Kata Arah 15 - 16
Kata Adjektif 17 - 19
Kata Majmuk 20 - 22
Kata Seru 22 - 23
Kata Tanya 23
Kata Perintah 24
Kata Pangkal Ayat 24 - 25
Kata Bantu 25 - 26
Kata Pemeri 26 - 27
Kata Nafi 27 - 28
Kata Pembenar 28
Kata Penguat 29
Kata Bilangan 29
Kata Terbitan 30
Latih tubi Intensif 31 – 33
Biodata Guru 34 – 35

“ Kalau hendak menjadi pandai,


sikap yang culas mesti digadai “

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
2
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

Ada dua jenis kata nama khas

• Kata nama khas hidup


• Kata nama khas tak hidup

Contoh kata nama khas hidup

➢ Ahmad * Si Belang
➢ Hamid * Sang Lamri
➢ Ruby * Si Comel
➢ Lee Chong Wei * Vanda Diana ( orkid )
➢ P. Ramlee * Pak Pandir

Contoh kata nama khas tak hidup

➢ Sri Andalas * Daya Bumi


➢ Kuala Lumpur * Wisma Pahlawan
➢ Gunung Kinabalu * Planet Marikh
➢ Proton Saga * Kapal Diraja Malaysia
➢ Pasir Mas * Muzium Negara

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
3
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-
perkara yang umum sifatnya.

Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis

• kata nama am abstrak


• kata nama am konkrit

Contoh kata nama am abstrak

➢ mimpi * demokrasi
➢ roh * kemerdekaan
➢ idaman * perhimpunan
➢ kehendak * penyalahgunaan
➢ kedamaian * serapan

Contoh kata nama am konkrit

➢ tangan * kekasih
➢ sungai * jambatan
➢ pelabuhan * kereta
➢ lautan * kambing
➢ pekerja * pokok

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
4
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada dua subgolongan

• Kata ganti nama tunjuk


• Kata ganti nama diri

Contoh kata ganti nama tunjuk

➢ itu – menunjuk pada yang jauh


➢ ini – menunjuk pada yang dekat

Contoh kata ganti nama diri tanya

➢ siapa
➢ apa
➢ mana

Contoh kata ganti nama diri orang

1. Orang pertama 2. Orang kedua 3. Orang ketiga


- saya - saudara - ia
- aku - kamu - dia
- beta - awak - beliau
- patik - engkau - mereka
- kami / kita - anda - nya

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
5
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Kerja
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi
frasa kerja. Ada dua jenis kata kerja iaitu kata kerja tak transitif dan kata
kerja transitif.

Kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.

Contoh kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

* pulang * berbual * berdoa


* tidur * menangis * bangun
* tersenyum * pergi * bermimpi
* menguning * duduk * berdiri
* kembali * hinggap * berjalan
* memutih * tumbuh * tercengang
* runtuh * memberontak * bercakap
* menyanyi * bersembahyang * berbasikal

Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap

* beransur * berbuat * tinggal


* menjadi * berselimutkan * berpandukan
* berada * menetap * membelok
* singgah * berbantalkan * bertilamkan
* berbatangkan * berbumbungkan * berdindingkan

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
6
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata kerja transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang
terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

Contoh kata kerja transitif ( ayat aktif )

* membaca * menjawab * mengabaikan


* makan * memasukkan * menendang
* memukul * membuka * menaiki
* meragut * mencuci * menjalankan
* membesarkan * mengayuh * menghidangkan
* menghulurkan * memendekkan * menjaga
* mencipta * menternak * mengeksport
* mendayung * melukis * merujuk
* memelihara * membaiki * mengaturkan
* membelah * mendenda * mencampakkan
* mengekori * mengharungi * menjahit
* menggoreng * menggali * memancing

Contoh kata kerja transitif ( ayat pasif )

* dibaca * dijawab * diabaikan


* dimakan * dimasukkan * ditendang
* dipukul * dibuka * dinaiki
* diragut * dicuci * dijalankan
* dibesarkan * dikayuh * dihidangkan
* dihulurkan * dipendekkan * dijaga
* dicipta * diternak * dieksport
* didayung * dilukis * dirujuk
*
Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
7
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Hubung
Kata Hubung Gabungan

Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan dua klausa


atau lebih yang sama tara sifatnya.

Contoh kata hubung gabungan

* dan * sambil
* atau * malahan
* tetapi * lalu
* serta * kemudian

Contoh ayat

✓ Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.


✓ Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.
✓ Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.
✓ Bukan Ali sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.
✓ Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal.
✓ Ia berkata-kata sambil merenung wajah temannya.
✓ Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambut anaknya.
✓ Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong
sampah.
✓ Dia mengambil surat itu lalu menyerahkannya kepada Ahmad.
✓ Ahli politik itu berpidato sambil menepuk-nepuk dadanya.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
8
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang


menyambungkan klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan
pada klausa utama atau klausa induk.

Contoh kata hubung pancangan relatif

➢ yang

Contoh kata hubung pancangan komplemen

➢ bahawa
➢ untuk

Contoh kata hubung pancangan keterangan

➢ kerana semasa
➢ sekiranya sewaktu
➢ kalau untuk
➢ hingga apabila
➢ sementara
➢ ketika
➢ walaupun
➢ agar
➢ semoga
➢ andai kata
➢ jika/jikalau
➢ setelah
➢ tatkala
➢ sungguhpun
➢ meskipun
➢ supaya
➢ kendatipun
Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
9
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh ayat

✓ Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.


✓ Pertunjukkan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.
✓ Kalau musuh menyerang kami akan melawan.
✓ Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
✓ Sementara menanti pada masak petani itu menanam jagung.
✓ Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya sedang nyenyak
tidur.
✓ Walaupun kurang sihat, dia tetap menghadiri majlis usrah itu.
✓ Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa
terjamin.
✓ Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
✓ Kami akan merayu andai kata permohonan itu ditolak.
✓ Pekerja-pekerja itu akan mogok jikalau perundingan gagal.
✓ Penonton bersurai setelah permainan selesai.
✓ Tatkala hujan turun mereka masih di sawah.
✓ Sungguhpun letih pemain handal it terus bermain juga.
✓ Meskipun hari sudah lewat Ali belum pulang juga.
✓ Murid itu belajar dengan bersungguh-sungguh supaya berjaya
dalam peperiksaan.
✓ Usah kita bersikap kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang yang
sombong.
✓ Semasa kami tiba dia tiada di rumah.
✓ Sewaktu polis membuat pemeriksaan barang itu tiada padanya.
✓ Nira dapat dikumpul untuk dibuat manisan dan tuak.
✓ Apabila senja tiba kelawar berterbangan keluar mencari
makanan.
✓ Sekiranya Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM, dia akan dihadiahi oleh ayahnya sebuah
komputer riba.
✓ Walaupun hidup serba kekurangan, Aishah tetap gigih berusaha
untuk mencari rezeki yang halal.
✓ Kita mestilah mendengar nasihat ibu dan bapa supaya menjadi
anak yang taat.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
10
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Sendi Nama


Kata sendi nama ialah perkataan yang letakknya di hadapan frasa
nama.

Contoh kata sendi nama

• di
• ke
• dari
• daripada
• kepada
• pada
• bagi
• demi
• tentang
• seperti / bagai / laksana / umpama / bak
• umpama
• laksana
• sejak
• terhadap
• akan
• oleh
• hingga
• antara
• untuk
• dengan
• dalam
• sampai
• kerana

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
11
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh ayat

✓ Ibunya bekerja di sekolah itu.


✓ Beg tangannya terletak di atas meja.
✓ Ali berada di kedai runcit.
✓ Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan
Singapura.
✓ Burung-burung itu terbang ke arah selatan.
✓ Mereka akan ke Kuantan esok.
✓ Pelajar-pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan sebelum
melintas jalan.
✓ Penyelam itu terjun ke dalam sungai.
✓ Mesyuarat itu berlansung dari pukul 9.00 hingga ke pukul
11.00 pagi.
✓ Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang.
✓ Mereka mengadakan pemeriksaan itu dari semasa ke
semasa.
✓ Angin kencang bertiup dari arah selatan.
✓ Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.
✓ Anda datang dari mana?
✓ Bola itu ditendang dari penjuru padang.
✓ Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.
✓ Dia menjauhi diri daripada dadah.
✓ Pakaian itu diperbuat daripada sutera.
✓ Daripada siapakah surat itu?
✓ Borang permohonan itu boleh didapati daripada
Kementerian Pendidikan.
✓ Daripada Ali lebih baik Ahmad.
✓ Kami tiba lewat daripada mereka.
✓ Barang ini lebih bermanfaat daripada barang itu.
✓ Suhu tubuhnya meningkat daripada 37 darjah celcius kepada
39 darjah celcius.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
12

✓ Sila kemblikan surat itu kepada kerani pejabat.


✓ Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

✓ Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.


✓ Pada ketika itu saya sedang tidur.
✓ Pemergiannya ditetapkan pada akhir tahun ini.
✓ Wang itu ada pada ibu.
✓ Sifat jujur dan amanah ada padanya.
✓ Naluri mengawan ada pada semua haiwan.
✓ Tuliskan nama pada kertas ini.
✓ Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
✓ Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.
✓ Bagi acara palang, ahli gimnastik itu perlu berpaut pada palang
besi dengn kuatnya.
✓ Pada waktu perintah berkurung, pergerakan mereka terhad
pada kawasan itu sahaja.
✓ Kisah itu hanyalah khayalan pada pandangan saya.
✓ Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
✓ Asrama bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
✓ Derma untuk anak-anak yatim sedang dipungut.
✓ Derma untuk anak-anak yatim sedang dipungut.
✓ Hadiah itun untukmu.
✓ Ayah membeli kereta itu untuk ibu.
✓ Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.
✓ Ikutilah peraturan-peraturan ini demi kelicinan kerja-kerja
pejabat.
✓ Demi Allah, aku tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.
✓ Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.
✓ Mereka berbincang tentang masalah negara.
✓ Ceritanya tentang soal pengabdian kepada Tuhan.
✓ Tentang perkara itu, kami perlu merujuk ketua kami dahulu.
✓ Pasangan mempelai itu bagai pinang dibelah dua.
✓ Tumbukan peninju itu pantas seperti kilat.
✓ Hatinya keras umpama batu.
✓ Pemuda
Hak cipta itu berlagak
eksklusif Cikgu bagai
Md Nororang
Hishamkaya.
Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
13
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

✓ Abdullah menelaah mata pelajaran itu dengan kawannya.


✓ Dengan siapakah engkau hendak berguru?
✓ Kerja ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.
✓ Berita itu diterimanya dengan perasaan sukacita.
✓ Dia memulakan setiap pekerjaan dengan bacaan doa.
✓ Anis melukis potret itu dengan cat air.
✓ Orang itu sentiasa sependapat dengan ketuanya.
✓ Adakah sama akar dengan rotan?
✓ Tentu tidak sama emas dengan perak.
✓ Mereka berjaga-jaga sejak subuh lagi.
✓ Kami tinggal di Kampung Atap sejak / semenjak dua tahun yang
lalu.
✓ Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
✓ Jangan bersikap biadap terhadap orang tua.
✓ Air bersifat lengai terhadap logam adi.
✓ Wanita amat rindu akan anaknya.
✓ Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu.
✓ Kuih itu dibeli olehnya.
✓ Pencuri itu kena tangkap oleh polis.
✓ Pemain badminton itu kalah oleh sebab kekurangan latihan.
✓ Pegawai itu berjaga hingga / sampai lewat malam.
✓ Mereka mengaji hingga / sampai lewat malam.
✓ Dalam hal ini, kita semua setuju.
✓ Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
✓ Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.
✓ Tidak ada perbezaan yang besar antara pendapatnya dengan
pendapat saya.
✓ Mereka berbincang antara adik-beradik.
✓ Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu sudah
ditandatangani semalam.
persamaannya.
Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
14
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama
dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala
atau jurusan.

Contoh kata arah

• di
• antara
• bawah
• tepi
• belakang
• tengah
• dalam
• luar
• sisi
• penjuru
• sudut
• segi
• selatan
• samping
• timur
• barat
• hadapan
• utara
• tenggara
• atas
• kiri

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
15
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh ayat

➢ Buku itu ada di atas meja.


➢ Rumahnya terletak di antara sebuah tasik dengan sawah padi.
➢ Mereka bersembunyi di bawah rumah.
➢ Petani itu berjalan ke tepi danau.
➢ Kami mendirikan khemah di belakang rumah.
➢ Mereka menuju ke tengah padang.
➢ Tetamu itu masuk ke dalam dewan.
➢ Pekerja-pekerja itu datang dari luar negeri.
➢ Anak Fatimah sentiasa berada di sisinya.
➢ Orang tua itu duduk bersila di penjuru rumah.
➢ Dari sudut pandangan mereka, perkara itu wajar.
➢ Mereka membuat pilihan dari segi kefasihan bertutur.
➢ Penduduknya agak banyak di selatan negara itu.
➢ Dia meletakkan keretanya di samping bangunan Daya Bumi.
➢ Pergolakan berlaku lagi di timur negeri itu.
➢ Di barat negara kecil itu tanahnya subur.
➢ Kita jangan berjalan di hadapan orang tua.
➢ Ali menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia.
➢ Rumahnya terletak di sebelah kiri ladang kelapa sawit.
➢ Negeri Kedah terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.
➢ Kampung Aiman di tepi sawah padi.
➢ Rumah peguam itu dibina di atas bukit.
➢ Pak Samad membina sebuah pondok di belakang masjid.
➢ Ahmad suka menyimpan barang mainannya di bawah rumah.
➢ Basikal yang ditunggang oleh Aiman pancit lalu terhumban ke
dalam parit.
➢ Kakak menyimpan duit di dalam bank.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
16
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Adjektif
Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat ialah perkataan yang
menjadi unsur inti dalam frasa adjektif.

Terdapat 9 jenis kata adjektif

1. Kata adjektif sifatan atau keadaan

* baik * lemah * gopoh

* jahat * kasar * sihat

* cerdik * berani * pandai

✓ pandai # takut

2. Kata adjektif warna

* merah * kelabu * hitam

* putih * merah * biru

* jingga * kuning * hijau

3. Kata adjektif ukuran

* panjang * kerdil * besar

* pendek * renek * kecil

* tebal * tinggi * lebar

* nipis * rendah

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
17
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

4. Kata adjektif bentuk

* bulat * bundar * lurus

* lonjong * leper * buncit

* bujur * bengkok * kempis

5. Kata adjektif waktu

* baharu * lampau * lambat

* lama * lewat * awal

* segera * cepat * suntuk

6. Kata adjektif jarak

* jauh * hampir

* dekat * nyaris

7. Kata adjektif cara

* cepat * deras * laju * lambat

* perlahan * lincah * gopoh * jelas

* sering * selalu

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
18
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

8. Kata adjektif perasaan

* rindu * benci * segan * suka

* gembira * berahi * ragu * kasih

* sayang * malu * marah * sedih

9. Kata adjektif pancaindera

* sedap * manis * masam * pahit

* lazat * merdu * kelat * masin

* tawar * payau * lemak * nyaring

Contoh ayat :

➢ Dia rindu akan emaknya.


➢ Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
➢ Gerak - gerinya amat perlahan.
➢ Wajah perawan itu manis.
➢ Rumahnya yang paling hampir dengan sekolah.
➢ Jam dinding itu lambat setengah jam.
➢ Gasing leper kesayangannya telah pecah.
➢ Tayar kempis itu segera ditukarnya.
➢ Selendang kakak berwarna jingga.
➢ Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
➢ Pegawai tentera itu sungguh berani.
➢ Kesemua ahli pasukan itu lemah.
➢ Minyak tengik itu jangan digunakan.
➢ Suara penyanyi itu sungguh nyaring.
➢ Rasa pisang muda itu sangat kelat.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
19
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Majmuk
• Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih.
• Bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
• Kata majmuk dieja terpisah.

Ada tiga jenis kata majmuk

1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas


2. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
3. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu
simpulan bahasa

Contoh kata majmuk rangkaian kata bebas

✓ gambar rajah * jam tangan


✓ biru laut * cermin mata
✓ air hujan * meja tulis
✓ jalan raya * bom tangan
✓ terima kasih * kapal terbang
✓ luar biasa * kuning langsat
✓ merah muda * kertas kerja
✓ alat tulis * pusat sumber
✓ bandar raya * gelanggang badminton
✓ tengah hari * cuti sekolah

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
20
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh kata majmuk yang digunakan sebagai gelaran.

@ Ketua Polis Negara @ Menteri Pendidikan

@ Ketua Menteri @ Setiausaha Politik

@ Perdana Menteri @ Timbalan Ketua Pustakawan

@ Penolong Pendaftar @ Pengarah Pendidikan Negeri

@ Naib Canselor @ Raja Permaisuri Agong

@ Profesor Madya @ Ketua Pengarah Kesihatan

@ Ketua Setiausaha Negara @ Menteri Kanan

Contoh kata majmuk berbentuk istilah khusus

• model linear * hak milik


• garis pusat * mata pelajaran
• telefon dial terus * pita suara
• lesung sendi * darah panas
• kanta tangan * kertas kerja
• segi tiga * batu kapur
• cari gali * atur cara
• reka bentuk * kemas kini
• lut sinar * urus setia
• jam randik * kanta pembesar

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
21
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh kata majmuk yang mendukung maksud kiasan

✓ kaki ayam * mulut murai


✓ buah hati * lipas kudung
✓ duit kopi * ringan tulang
✓ makan angin * buah mulut
✓ pilih kasih * kaki botol
✓ anak emas * otak cair
✓ bulan madu * ayam tambatan
✓ manis mulut * buruk siku
✓ tumbuk rusuk * tangkai jering
✓ berat tangan * pisau cukur

Kata Seru
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-
bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.

Contoh Kata Seru

aduh amboi
cis oh
celaka eh
wah syabas
aduhai wahai

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
22
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh ayat :

❖ Aduh, sakitnya kakiku!


❖ Cis, terimalah tikamanku!
❖ Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!
❖ Wah, cantik baju dia!
❖ Aduhai, malangnya nasibku!
❖ Amboi, comelnya bayi ini!
❖ Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!
❖ Eh, bergaya nampaknya mereka semua!
❖ Syabas, engkau telah menang!
❖ Wahai anak-anakku, berbaktilah kepada negara!

Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan


sesuatu atau menyoalkan sesuatu.

Contoh Kata Tanya

- mengapa - apa
- berapa - mana
- bila - siapa
- bagaimana

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
23
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu
tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau
permintaan.

Contoh Kata Perintah

- usah - minta
- jangan - tolong
- sila - harap
- jemput

Kata Pangkal ayat


Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan
ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.

Contoh Kata Pangkal Ayat

- hatta - kalakian
- maka - sebermula
- syahadan - sekali peristiwa
- adapun - arakian
- alkisah

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
24
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh ayat

❖ Hatta istana itu pun siaplah.


❖ Maka panglima itu pun diberi persalinan
❖ Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
❖ Adapun kuda itu dipunyai Tun Umar.
❖ Alkisah tidak berapa lama kemudian hamillah permaisuri.
❖ Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
❖ Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalang.
❖ Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja.
❖ Sekali peristiwa Sultan Mahmud berangkat ke Pahang.

Kata Bantu
Kata bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja,
frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan
makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam.

Contoh Kata Bantu Aspek

- telah - akan
- baru - belum
- sedang - pernah
- masih

Contoh Kata Bantu Ragam

- hendak - mahu
- harus - mesti
- boleh - dapat

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
25
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai
antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

Contoh Kata Pemeri

• ialah
• adalah

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama.

Contoh ayat :

▪ Nama guru Bahasa Melayu saya ialah Encik Md Nor Hisham.


▪ Bangunan yang tertinggi di dunia ialah bangunan Burj Al-Khalifa.
▪ Sungai yang terpanjang di Malaysia ialah Sungai Rajang.

Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
nama.

Contoh ayat :

▪ Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci


tentang penterjemahan semantik lawan penterjemahan
komunikatif.
▪ Keputusan itu adalah tidak adil.
▪ Kenyataan itu adalah tidak benar.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
26
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

▪ Ciri utama corak jalur tersebut yang terhasil melalui elektroforesis


yang dapat dilihat pada medium gel adalah khusus bagi setiap
spesies ikan.
▪ Tujuan kempen tersebut dilancarkan adalah untuk memberi
kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga
kebersihan.
▪ Salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
menyemai semangat cinta akan tanah air adalah dengan
membawa anak-anak melawati tempat-tempat bersejarah.
▪ Tempat tinggal ibu saudara saya adalah di Kampung Pokok
Assam.
▪ Jambangan bunga ros itu adalah untuk ibu yang tersayang.

Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat,
iaitu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh Kata Nafi

➢ tidak
➢ bukan

Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu
penyataan.

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
27
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh Kata Pembenar

➢ ya
➢ benar
➢ betul

Contoh ayat :

▪ Ya, itulah orangnya.


▪ Benar, dialah yang berkata demikian.
▪ Betul, tanyalah dia.
▪ Ya, inilah rumah Pak Awang.
▪ Benar, itulah pegawai daerah yang baharu.
▪ Betul, kamilah penjaga kanak-kanak ini.

Kata Penguat
Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud

Contoh Kata Penguat

• sungguh * paling * agak


• sangat * nian * benar
• amat * terlalu

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
28
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menentukan
jumlah

Contoh Kata Bilangan

- beberapa - satu,dua,tiga - semua


- segala - sebilangan - tiap-tiap
- setiap - sesetengah - seekor
- kedua-dua - masing-masing - kedua
- berjuta-juta - berbagai-bagai - sepuluh
- kebanyakan - separuh - sebahagian

• Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu
proses menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama atau kata kerja
pada kata-kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.

Contoh kata terbitan bagi kata nama

- pen + dapat = pendapat - ke + datang + an = kedatangan


- peng + gali = penggali - suling = seruling
- sakit + pe = pesakit - ganggang = gelanggang
- ke + tua = ketua - tapak = telapak
- tahan + an = tahanan - kembung = kelembung
- pen + tadbir + an = pentadbiran - kuning = kemuning

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
29
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Contoh kata terbitan bagi kata kerja

- me + masak = memasak - ber + dayung = berdayung


- men + tafsir = mentafsir - ter + rendam = terendam
- mem + peduli + kan = mempedulikan - ter + beli = terbeli
- meng + ulang = mengulang - kirim + kan = kirimkan
- menge + bom = mengebom - duduk + i = duduki
- memper + cantik = mempercantik - atas + i = atasi
- diper + alat = diperalat - tinggi + kan = tinggikan

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
30
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Latih tubi Intensif.

Kenal pasti golongan kata bagi setiap perkataan dalam ayat-ayat di


bawah.

Contoh 1

• Ali / menendang / bola / di / padang.

Ali - kata nama khas


menendang - kata kerja
bola - kata nama am
di - kata sendi nama
padang - kata nama am

Contoh 2

• Saya / dan / datuk / memancing / ikan / di / sungai / itu.

Saya - kata ganti nama diri orang pertama


dan - kata hubung
datuk - kata ganti nama diri orang ketiga
memancing - kata kerja
ikan - kata nama am
di - kata sendi
sungai - kata nama am
itu - kata ganti nama tunjuk

Contoh 3

• Mereka / melancong / ke / Korea Selatan / dengan / menaiki / kapal


terbang.

Mereka - kata ganti nama diri orang ketiga


melancong - kata kerja
ke - kata sendi nama
Korea Selatan - kata nama khas
dengan - kata sendi nama
menaiki - kata kerja
kapal terbang - kata majmuk

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
31
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

1. Guru sukan / memuji / murid-murid / yang / berjaya / dalam /


pertandingan / itu.
2. Warna / yang / biru / itu / warna / kegemaran / ibu / saya.
3. Aniza / rajin / tetapi / adik/ nya / malas.
4. Bayi / itu / menangis / kerana / ia / lapar.
5. Zoo Negara / amat / besar/ dan / luas.
6. Ahmad / makan / keropok / sambil / menonton / televisyen.
7. Saya / tidak / dapat / hadir / kerana / saya / kurang / sihat.
8. Dia / melaporkan / diri / di / pejabat / itu.
9. Dia / membunuh / ular / itu / dengan / menggunakan / ranting kayu.
10. Dua / atom hidrogen / dan / satu / atom oksigen / bergabung
/ bagi / membentuk / satu / molekul air.
11. Muhammad Iqbal / membuka / pintu / lalu / masuk / ke / dalam /
bilik.
12. Semua / peserta / berkumpul / di / dalam / dewan.
13. Penyanyi / itu / cantik / bagai / bidadari.
14. Ali / akan / membeli / buku / itu / kalau / ayah / membenarkan /
nya.
15. Anak / kecil / itu / duduk / diam / di / antara / kedua-dua / ibu
bapa / nya.
16. Mereka / menonton / wayang / yang / lucu / itu.
17. Lagu / kegemaran / nya / ialah / ‘Sayang-Sayang’.
18. Keluarga / itu / pernah / berkunjung / ke / ibu kota.
19. Lukisan/ di / galeri / itu / cantik-cantik.
20. Berenang / menyihatkan / badan.
21. Ahmad / bukan / ke / Perlis / tetapi / ke / Kedah.
22. Kain / itu / daripada / benang sutera.
23. Mereka / sudah / menonton / filem / itu.
24. Murid / itu / akan / menulis / surat / kepada / ibu / nya.
25. Encik Yahaya / hendak / mengembara / ke / Afrika.
26. Kucing / itu / dapat / memanjat / pokok.
27. Kerani / itu / harus / menyiapkan / kerja / dengan / segera.
28. Kereta api / itu / bergerak / laju.
29. Rombongan / pelajar / itu / datang / dengan / bas.
30. Saya / memotong / tali / itu / dengan / pisau belati.
31. Juragan / itu / terjun / ke / dalam / laut.
32. Bunga rampai / itu / berbau / sungguh / harum.
33. Burung helang / terbang / tinggi.
34. Mereka / menyeberangi / sungai / itu / dengan / rakit.
35. Aminah / tidak / sepandai / kakaknya.
36. Bangunan / ini / tidak / setinggi / bangunan / itu.
Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
32
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

37. Pada / malam / ini / bulan / sungguh / terang.


38. Warna / kulit / buku / saya / merah.
39. Dia / melihat / ke / kiri / dan / ke / kanan / sebelum / melintas /
jalan.
40. Sebahagian / daripada / pelajar / sudah / pulang / ke / rumah.
41. Tambak Besar / terletak / di / antara / negeri / Johor / dengan /
Singapura.
42. Makanan / kegemaran / saya / ialah / sate, / serondeng / dan /
martabak.
43. Ibu / membeli / beberapa / tongkol / jagung / di / pasar / malam.
44. Warna / kegemaran / kakak / adalah / hijau.
45. Pemburu / itu / menembak / dua / ekor / burung gagak.
46. Surat / itu / adalah / untuk / ibu / saya.
47. Ayah / menghadiahi / adik / sebuah / basikal / yang / baharu.
48. Aleeya / menjahit / sehelai / baju / untuk / ibu / nya.
49. Bangunan / itu / sangat / tinggi.
50. Sungai Kinabatangan / sungguh / panjang / dan / lebar.
51. Rafael / dan / Nadal / menunggang / basikal / ke / sekolah.
52. Saya / akan / belajar / dengan / bersungguh-sungguh.
53. Daun / pokok / bunga / itu / berterbangan / ditiup / angin.
54. Para / nelayan / sedang / menangkap / ikan / di / laut.
55. Kento Momota / gemar / bermain / badminton / sejak / kecil.
56. Kita / haruslah / mematuhi / peraturan / dan / undang-undang /
negara.
57. Mereka / akan / bertolak / ke / Kuala Lumpur / pada / minggu /
depan.
58. Dia / sedang / mandi / ketika / saya / sampai / di / rumah / nya.
59. Pokok / meranti / itu / sungguh / rendang.
60. Md Nor Hisham / rajin / membantu / ayah / nya / pada / masa /
lapang.
61. Dataran Merdeka / sangat / luas / dan / cantik.
62. Melaka / merupakan / bandar raya / bersejarah.
63. Semua/ guru / diminta / hadir / bertugas / di / sekolah.
64. Pelajar / SMK Toh Muda Abdul Aziz / sangat / aktif / dan / rajin /
belajar.
65. Perdana Menteri / akan / merasmikan / kempen / itu.
66. Wabak / Covid-19 / sangat / berbahaya.
67. Jalur Gemilang / harus / kita / hormati.
68. Pokok kelapa / mempunyai / banyak / kegunaan.
69. Proton X-50 / kereta / kebanggaan / rakyat / Malaysia
70. Siti Zubaidah / menunggang / basikal / di / taman.
Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
33
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2

Biodata Guru

➢ Nama : Md Nor Hisham bin Musa


➢ Jawatan : Guru Kanan Bahasa, SMK Toh Muda Abdul Aziz.
➢ E-mel : gkbhisham@gmail.com / Instagram : hishammdnor
➢ Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Muda Abdul Aziz, 31100, Sungai
Siput (U), Perak Darul Ridzuan.
➢ Latar belakang Pendidikan :
• 1983 – 1988 : Sekolah Kebangsaan Kenering
• 1989 – 1993 : Sekolah Menengah Kenering
• 1994 – 1995 : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad
• 1998 – 1999 : Diploma Bahasa Malaysia, Universiti Malaya.
• 1999 – 2003 : Ijazah Sarjana Muda Bahasa & Linguistik Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
• 2007 – 2008 : Diploma Pendidikan - Institut Perguruan Bahasa Melayu
Malaysia ( IPBBM ), Kuala Lumpur.
➢ Kelayakan Ikhtisas : Pengajian Melayu / Kesusasteraan Melayu
➢ Pengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu :
• 2003 – 2007 : Sekolah Sri Bestari, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
• 2007 – hingga sekarang : Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Muda
Abdul Aziz, Sungai Siput (U), Perak.
➢ Pengalaman dalam bidang bahasa :
• 2013 – 2018 : Ketua Panitia BM
• 2019 – hingga sekarang : Guru Kanan Bahasa
• 2014 – 2016 : Pentaksir Kawasan PT3, Daerah Kuala Kangsar
• 2019 – hingga sekarang : Pentaksir Kawasan ULBS BM SPM
• 2009 – hingga sekarang : Pemeriksa Kertas 1 BM SPM

Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
34
Sijil Pelajaran Malaysia. Bahasa Melayu Kertas 2. Kod Kertas 1103/2
• 2017 – hingga sekarang : Penceramah Bengkel Teknik Menjawab Soalan
Bahasa Melayu SPM Kertas 1
• 2021 – Panel Pembina Modul Focus@mykuale PPD Kuala Kangsar.
• 2021 – Panel Pembina Modul Ticket to Victory JPN Perak.

➢ Pencapaian : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) tahun 2012


➢ Motto Hidup : ‘kerja jangan bertangguh-tangguh, lakukanlah dengan ikhlas
dan bersungguh-sungguh tanpa perlu disuruh agar hasilnya terserlah kukuh’
➢ Modul-modul yang telah dihasilkan :
• Modul Skor A+ Bahasa Melayu SPM Kertas 1
• Modul Hafalis – SPM Kertas 1
• Modul Gemilang Karanganku – SPM Kertas 1
• Modul Cakna Komsas – Novel SPM Kertas 2
• Modul Nuansa Peribahasa – SPM Kertas 2
• Modul Latihan Cuti – cuti Belajar – SPM Kertas 1
• Modul Masteri Rumusan – SPM Kertas 2
• Modul Pintar Bahasa – SPM Kertas 2
• Modul Dirgahayu Bahasaku – Olahan soalan SPM sebenar
• Modul Liber – PT3 Kertas 2 ( Ulasan )
• Modul Rivel – PT3 Kertas 2 ( Novel )
• Modul Sugen – PT3 Kertas 1 ( Tatabahasa )
• Koleksi Karya Kreatif Cikgu Hisham@MN
• Model Karangan Hafal dan Tulis SPM Pelajar GALUS
• Koleksi Soalan & Karangan Contoh Bahagian A SPM 2021
• Koleksi Soalan & Karangan Contoh Bahagian B SPM 2021
• Modul PdPR BM Tingkatan 1 2021
• Modul PdPR BM Tingkatan 4 dan 5 2021
• Koleksi Soalan Morfologi SPM 2021
• Nota Komprehensif Golongan Kata SPM 2021
• Koleksi Soalan Penyuntingan SPM 2021
• Koleksi SoalanPeribahasa SPM 2021
• Koleksi Karangan Contoh Cemerlang Atas Bahagian B SPM 2021
• Model Karangan Hafal dan Tulis SPM 2021
• Koleksi Soalan & Jawapan Contoh Novel KBAT 2021

Dayung perahu tuju pangkalan,


Dengan sampan sarat pulasan,
Stmaa excellent tradisi keunggulan,
Tonggak gemilang generasi berwawasan.
Hak cipta eksklusif Cikgu Md Nor Hisham Musa, Guru Kanan Bahasa SMK Toh Muda Abdul Aziz
35

Anda mungkin juga menyukai