Anda di halaman 1dari 3

DSKP 5.1.

1 Memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas yang tunggal dan yang
TING mengalami pemajmukan dengan betul mengikut konteks.
1

Kenal pasti perkataan di bawah sebagai kata nama atau bukan kata nama.
Perkataan Perkara

baju kata nama


lari bukan kata nama
segak bukan kata nama
sebab kata nama
ialah bukan kata nama
pulau kata nama
untuk bukan kata nama
kerbau kata nama
besbol kata nama
pencukur kata nama
guru kata nama
dari bukan kata nama
untuk bukan kata nama
nyanyi bukan kata nama
sokong bukan kata nama
mati bukan kata nama
segar bukan kata nama
hidup bukan kata nama
balas bukan kata nama
novel kata nama
(20 markah)

DSKP 5.4.1 Memahami dan menggunakan frasa nama dengan betul mengikut konteks.
TING
1
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kenal pasti dan tulis subjek bagi setiap ayat di bawah ini. Tulis jawapan
anda pada ruang jawapan yang disediakan.

(i) Comel-comel belaka anak kucing itu.


Subjek: Anak kucing itu

(ii) Sampan ini kepunyaan Pak Salleh.


Subjek: Sampan ini

(iii) Apabila hujan teduh, mereka bertiga meneruskan perjalanan ke rumah Ayuni.
Subjek: Mereka

(iv) Puan Chong membuka sebuah kedai kek di sana.


Subjek: Puan Chong

(v) Dari semalam, ayah asyik bertanya tentang waktu kepulangan kakak.
Subjek: Ayah
(5 markah)
DSKP 3.5.1 Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan betul menggunakan
TING ayat yang gramatis.
1

TEMA 2: BERINGAT SUPAYA SELAMAT

KERTAS 1 : BAHAGIAN C
(Pemindahan Maklumat)
[15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang ciri-ciri
keselamatan rumah pintar. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Rumah pintar ialah tempat kediaman moden yang menggunakan sistem rangkaian elektronik
canggih. Selain itu, rumah pintar biasanya dijual dengan harga yang mahal kerana ciri-ciri
keselamatan yang ada pada rumah tersebut.
Antara ciri utama yang ada pada rumah pintar ialah kawalan pintu garaj. Hal ini
membolehkan pemilik rumah pintar menggunakan alat kawalan jauh untuk membuka dan menutup
pintu pagar rumah. Langkah ini bukan sahaja dapat mengurangkan kes rompakan, tetapi juga
mengurangkan beban penghuni rumah untuk membuka dan menutup pintu pagar pada hari hujan.
Selain itu, penggera keselamatan biasanya dipasang di rumah pintar sebagai ciri-ciri
keselamatan utama. Sebelum ini, kes pecah rumah mudah berlaku kerana rumah tidak dilengkapi
alat penggera keselamatan.
Di samping itu, kamera litar tertutup (CCTV) juga merupakan ciri-ciri keselamatan rumah
pintar yang penting pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana kamera ini dapat merekodkan
apa-apa sahaja yang berlaku di dalam dan di luar rumah. Dengan kos pemasangan yang semakin
berpatutan, penghuni berasa lebih selamat apabila CCTV dipasangkan. Seterusnya, rumah pintar
juga biasanya mempunyai alat kawalan pemanas air. Alat ini dapat memberikan keselesaan dan
keselamatan kepada anak-anak yang mahu menggunakan air panas. Pemasangan alat ini juga
berjaya mengurangkan renjatan elektrik dan anak kecil yang terkena air panas.
Pada masa yang sama, sistem keselamatan rumah tanpa wayar juga penting dalam
pembinaan rumah pintar. Ciri-ciri ini menjadikan sesebuah rumah itu selamat untuk didiami. Oleh
sebab itu, pilihlah rumah yang selamat untuk didiami.
Halaman 24, Buku Teks Tingkatan 1 KSSM, KPM
Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai