Anda di halaman 1dari 30

JANA

IDEA

109
UNIT
12
KUASA
MINDA AMALAN KERJASAMA,
KEBAIKAN BERSAMA
Hayati forum.
Persatuan Penduduk Pangsapuri Ara Hijau menganjurkan Pertandingan
Forum Amalan Kerjasama bersempena dengan gotong-royong perdana.

Pengerusi 1 2
Panel 1
Selamat pagi. Saya selaku Amalan kerjasama
pengerusi mengalu-alukan bermaksud perbuatan
kehadiran semua panel ke forum baik yang dilakukan
yang bertajuk “Amalan Kerjasama bersama-sama untuk
Kebaikan Bersama dalam Hidup kebaikan semua.
Bermasyarakat”. Saudari Sumathi,
apakah yang dimaksudkan
dengan amalan kerjasama?

Pengerusi 3
Terima kasih, Saudari
Sumathi. Saudari Siew Ting,
apakah amalan kerjasama
dalam hidup bermasyarakat?

PANEL 1
PENGERUSI

110
UNIT
12

Panel 2 4

Terdapat pelbagai amalan Pengerusi 5


kerjasama dalam hidup Betul kata Saudari Siew Ting. Amalan
bermasyarakat. Antaranya kerjasama ini dapat mengukuhkan
termasuklah gotong-royong, semangat perpaduan serta mewujudkan
karnival sukaneka, sambutan persekitaran yang sihat dan selamat.
perayaan dan kerja amal. Saudari Amira, apakah yang akan
berlaku sekiranya masyarakat
mengabaikan amalan kerjasama?

Panel 3 6

Tuan pengerusi, terdapat segelintir


masyarakat yang mengabaikan
amalan kerjasama ini. Jika keadaan
ini berlanjutan, perhubungan
yang erat sesama masyarakat
akan berkurangan dan tiada lagi
semangat perpaduan.

Pengerusi 7
Bak kata pepatah, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
Masyarakat perlu bersatu padu
PANEL 2 untuk mengukuhkan amalan
PANEL 3 kerjasama lagi. Semangat
bekerjasama dapat mengekalkan
keharmonian bersama.
Sekian, terima kasih.

Apakah contoh amalan kerjasama dalam hidup bermasyarakat?


Mengapakah amalan kerjasama penting dalam hidup bermasyarakat?
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan kerjasama dalam
hidup bermasyarakat?

12.1
12.2 111
12.3
12.4
UNIT
12
KUKUH
MORAL
MASYARAKAT SEPAKAT,
HIDUP BERKAT
Hayati situasi.

Persatuan Penduduk Bandar Saujana mengadakan ”Program Dunia


Sains” untuk golongan kanak-kanak. Saya, ahli Kelab Anak Muda Bandar
Saujana, menjalankan tugas bersama-sama dengan persatuan penduduk
untuk menjayakan program ini.

Sebelum program ...

1. Ahli persatuan penduduk


bersama-sama dengan
sukarelawan program membuat Masyarakat
bancian ke setiap rumah untuk
mengetahui minat kanak-kanak.
Sepakat,
2. Ahli persatuan penduduk dan ahli
kelab anak muda mengadakan
Hidup
mesyuarat bersama-sama untuk Berkat
merancang aktiviti program.
3. Ahli Kelab Anak Muda
bekerjasama dengan
sukarelawan untuk mengedarkan
brosur program.
4. Penduduk setempat membuat
persiapan dewan bersama-sama
dengan sukarelawan program.

112
UNIT
Semasa program ... 12
1. Saya bersama-sama dengan ahli
jawatankuasa program membantu
pendaftaran peserta.
2. Saya bekerjasama dengan ahli
jawatankuasa makanan untuk
mengagihkan makanan
supaya beban kerja mereka dapat
dikurangkan.
3. Saya bersama-sama dengan
jawatankuasa aktiviti menjalankan
sesi pengurusan diri.

Selepas program ...

1. Kami berganding bahu dengan


ahli Kelab Anak Muda yang lain
membersihkan dewan.
2. Kami bersama-sama dengan
kaum wanita menyediakan
minuman dan makanan kepada
ahli jawatankuasa program.
3. Kami bekerjasama dengan ahli
jawatankuasa menghantar
borang maklum balas program
kepada peserta melalui e-mel.

Senaraikan contoh amalan kerjasama yang terdapat dalam petikan.


Mengapakah kamu patut bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk
menjayakan aktiviti program?
Apakah yang akan berlaku jika kamu sebagai ahli Kelab Anak Muda
mengabaikan amalan kerjasama?

Minta murid menghasilkan Album Mini Kerjasama


12.1 tentang amalan kerjasama mereka dalam hidup 113
12.2
bermasyarakat dan membentangkannya. NOTA
12.3
GURU
UNIT
12
HEBAT
INSAN KERJASAMA MEMBAWA
KESEJAHTERAAN
Hayati situasi.
Danny Anak Saimin dari Kampung Saloma menerima mesej melalui aplikasi
WhatsApp daripada Kawasan Rukun Tetangga mengenai Kempen
Kampungku Ceria.
Kawasan Rukun Tetangga
dalam talian

Selamat pagi kepada Penduduk


Kampung Saloma.

Kempen Kampungku Ceria


Tarikh: 13 September 20qq
Masa: 8:00 pagi
Anjuran: Klinik Desa dengan
kerjasama Kawasan Rukun
Tetangga Kampung Saloma

Mari kita menjayakan


program ini bersama-sama.

Kamu terlibat dalam


program di atas. Dewan
Taman Permainan Landskap Kampung
Rancangkan aktiviti Orang Ramai
Kanak-kanak 1. __________
yang boleh dijalankan 1. __________
1. __________ 2. __________
bersama-sama 2. __________
2. __________ 3. __________
dengan masyarakat 3. __________
3. __________ 4. __________
demi keselesaan 4. __________
bersama.

Apakah yang akan berlaku jika kamu mengabaikan amalan kerjasama


dalam Kempen Kampungku Ceria?
Apakah perasaan kamu setelah bekerjasama menjayakan Kempen
Kampungku Ceria dengan masyarakat setempat yang lain?

Rancang persediaan sebuah aktiviti lain yang dapat 12.1


114 12.2
dijalankan bersama-sama dengan masyarakat setempat.
NOTA 12.3
GURU 12.4
UNIT
12
HEBAT
INSAN
KERJASAMA DIPUPUK,
TUGASAN SEMPURNA
Mari lakukan aktiviti Pembelajaran Koperatif (Jigsaw).
PANDUAN AKTIVITI

1. Empat orang murid membentuk (iv) Perasaan berkaitan dengan


kumpulan A, B, C dan D. amalan bekerjasama
2. Berikan nombor kepada setiap murid 5. Selepas 15 minit, ahli Kumpulan
dalam kumpulan. Contohnya A1, A2, Pakar masuk ke kumpulan asal
A3 dan A4. masing-masing.
3. Murid daripada setiap kumpulan asal 6. Terangkan hasil perbincangan
dibahagikan dalam empat Kumpulan dalam Kumpulan Pakar kepada
Pakar (Pakar 1, 2, 3 dan 4). ahli kumpulan asal.
4. Berdasarkan situasi, Kumpulan Pakar 7. Guru mengemukakan kuiz
berbincang tentang soalan: berdasarkan soalan yang
(i) Cara bekerjasama dibincangkan.
(ii) Kepentingan bekerjasama 8. Ganjaran diberikan kepada
(iii) Kesan pengabaian amalan murid yang memberikan
kerjasama jawapan yang relevan.

Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3


Beberapa gerai Laporan yang Kamu mendapati taman
makanan di Kampung dikeluarkan oleh rekreasi awam
Siliau yang terletak Klinik Desa Aman di kawasan perumahan
di pekarangan bukit menunjukkan bahawa kamu tidak selamat
musnah dalam kejadian seramai 80 orang untuk digunakan kerana
tanah runtuh. masyarakat di kawasan banyak peralatan rosak.
setempat menghidap Laluan pejalan kaki pula
penyakit demam dipenuhi dengan
denggi. semak samun.

IMBAS SAYA
Panduan
Pembelajaran
Koperatif
(Jigsaw)

12.1
Minta murid menghasilkan peta minda tentang kesan
12.2 115
12.3 pengabaian amalan kerjasama untuk situasi di atas.
12.4 Murid membentangkan jawapan di dalam kelas. NOTA
GURU
12.5
UNIT
12
PUPUK
NILAI AMALAN KERJASAMA
ERATKAN HUBUNGAN
Hayati situasi dan lakukan aktiviti.
Penduduk Kampung Bentonia bekerjasama bagi mengusahakan Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) dengan menghasilkan kuih-muih yang unik.
Nancy, bolehkah kamu dan
rakan-rakan sekampung kamu
mempromosikan produk kampung
kita ini bersama-sama? Boleh, tuan
penghulu.

DEWAN ONIA
K A M P U NG BENT

Cara Mempromosikan
Kuih-muih Unik Secara Bekerjasama

Mengedarkan
risalah bersama-
sama rakan
sekampung.

Mengapakah kamu patut bekerjasama


dalam mempromosikan produk kampung?

Mengeratkan
hubungan
dalam
kalangan
masyarakat.

116
UNIT
Kamu diberi peluang untuk menghasilkan kuih-muih unik 12
bersama-sama dengan rakan kamu dari kawasan setempat.
Tunjukkan cara kamu menghasilkan Cheesekut Buah.

Alatan dan Bahan

Biskut
Buah
anggur 1
Keju krim Susu
segar Masukkan keju dan susu segar.
Gaulkan ramuan hingga sebati.

2 3

Celup biskut dalam susu dan Tuang sedikit adunan keju dan ratakan.
susun dalam bekas. Ulangi langkah 2 dan 3 untuk setiap
lapisan biskut.

5
Cheese
Chees ekut
kut Buah
Buah
yan
yangg tela
telahh siap.
Hias hidangan dengan 4
buah anggur.

Ceritakan pengalaman kamu membuat Cheesekut Buah


bersama-sama dengan rakan sekampung.

• Minta murid menghasilkan kuih-muih unik bersama-sama dengan


12.1 rakan sekelas yang lain mengikut kreativiti. 117
12.2 • Minta murid menceritakan amalan kerjasama semasa
12.5 menghasilkan kuih-muih unik tersebut. NOTA
GURU
UNIT
12
DUGA MARI UJI DIRI
AKAL

A. Lengkapkan peta minda.

Amalan Kepentingan 1. __________


kerjasama: 1. __________ amalan kerjasama: 2. __________

Kesan pengabaian 1. __________ Perasaan setelah 1. __________


amalan kerjasama: 2. __________ bekerjasama: 2. __________

B. Hasilkan buku skrap Amalan Kerjasama dalam Hidup


Bermasyarakat mengikut kreativiti. Kongsikan buku skrap
tersebut dengan rakan sekelas yang lain.

118
JANA
IDEA

119
UNIT
13
KUASA BERSEDERHANA MENJAMIN
MINDA KEBAHAGIAAN
3 4
Baca dan fahami situasi.
Pensel warna yang Mei Ling, pensel warna
Mei Ling dan Vinisha ditugaskan berjenama Bunga jenama Pelangi pun
untuk membeli beberapa hadiah Raya ini sesuai bagus. Walaupun
bagi memeriahkan sambutan Hari untuk dibeli, Vinisha. harganya sama
Harganya pun tidak tetapi bilangannya
Keluarga di Taman Melur. Mereka lebih banyak.
mahal.
mengamalkan sikap bersederhana
dalam tugasan yang diberikan.
Vinisha, kita patut 1
membeli hadiah
2
dengan harga yang
Benar, Mei Ling.
berpatutan. Kita patut
Kita sesuaikan
berjimat walaupun
harga barangan
menggunakan
yang dibeli
wang kelab.
dengan wang
yang diperuntukkan.

Salam sejahtera, pak cik. 5


Kami hendak membeli hadiah 6
ini untuk Hari Keluarga Baiklah, anak-anak.
di taman kami. Mohon berikan Jangan risau.
diskaun, pak cik.

Nyatakan bentuk-bentuk amalan kesederhanaan yang kamu lakukan dalam


hidup bermasyarakat.
Mengapakah kamu patut mengamalkan sikap bersederhana apabila diberi
tugas seperti dalam situasi di atas?
Jelaskan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap bersederhana
dari segi pertuturan, tingkah laku dan penampilan.
Ceritakan pengalaman kamu mengamalkan kesederhanaan dalam hidup
bermasyarakat.

120 Bimbing murid melakonkan situasi lain yang sesuai dengan 13.1
sikap bersederhana dalam masyarakat. 13.3
NOTA 13.4
GURU
UNIT
KUASA NIKMAT AMALAN 13
MINDA BERSEDERHANA
Fahami temu bual di bawah.
Bersempena dengan sambutan Minggu Kesederhanaan, sebuah stesen
radio telah memilih Ujang sebagai Ikon Kesederhanaan bagi Kampung
Serunai.

Selamat sejahtera.
Tahniah, Ujang.

Selamat sejahtera. Terima kasih.

Pada pendapat kamu,


Saya dan rakan-rakan sekampung telah
mengapakah kamu
mengambil inisiatif untuk menghasilkan peralatan
dipilih sebagai Ikon
pertanian yang menjimatkan kos, masa dan
Kesederhanaan, Ujang?
tenaga petani. Mungkin usaha ini menyebabkan
saya dipilih sebagai Ikon Kesederhanaan.
Apakah faedah
yang kamu peroleh Amalan kesederhanaan membolehkan saya
apabila mengamalkan hidup selesa dalam masyarakat. Saya juga
kesederhanaan dalam hidup tidak menyinggung perasaan orang lain. Hal ini
bermasyarakat? menjadikan hubungan saya dengan anggota
masyarakat lebih erat.

Apakah bentuk amalan bersederhana lain yang pernah kamu lakukan?


Jelaskan kepentingan amalan bersederhana di tempat tinggal kamu.
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bersederhana terhadap masyarakat.

13.1 Guru boleh menyediakan situasi lain untuk


13.2 dilakonkan oleh murid. 121
13.3
13.4 NOTA
GURU
UNIT
13 KUKUH
MORAL BERTINDAK
SECARA SEDERHANA
Fahami bicara berirama.

Selamat sejahtera (semua)


Kami mewakili (semua lelaki)
Kelab Remaja Kuala Sepetang (semua perempuan)
Akan mempersembahkan (semua)
Bicara berirama yang bertajuk
Amalan kesederhanaan dalam hidup bermasyarakat

Hai, kawan-kawan! (1 perempuan)


Marilah kita bersederhana
Bersederhana … Bagaimana? (1 lelaki)
Bersederhana dalam perlakuan (semua)
Berpada-pada ketika bermain komputer
Mahupun telefon bimbit

Lagi! (1 perempuan)
Bersederhana dalam pemakanan (semua)
Makan ketika lapar
Berhenti sebelum kenyang

Yakah? (1 lelaki)
Bersederhana dalam perbelanjaan (semua)
Berbelanja ikut keperluan
Bukan ikut perasaan
Mengapakah pula? (semua lelaki)
Ikut perasaan binasa badan (semua perempuan)

122
UNIT
13

Wahai, rakan-rakan! (semua)


Marilah kita bersederhana dalam penampilan
Memakai pakaian biarlah bersopan
Budaya masyarakat tidak diabaikan

Ada lagi? (1 lelaki)


Bersederhana dalam pertuturan (semua)
Bertutur biarlah bersopan (semua perempuan)
Dengan yang tua (semua lelaki)
Juga yang muda
Mengapakah perlu bersederhana? (1 lelaki)
Kesederhanaan membawa berkat (semua perempuan)
Emosi dan perasaan dapat dikawal (semua lelaki)
Hubungan mesra sentiasa wujud (semua perempuan)
Kehidupan masyarakat lebih harmoni (semua lelaki)
Oh, begitu! (semua)

Sekian, terima kasih (semua)


Nukilan: Shanmuga Velu a/l Subramanian
Senaraikan bentuk amalan kesederhanaan
dalam masyarakat yang terdapat dalam
IMBAS SAYA bicara berirama di atas.
Mengapakah amalan kesederhanaan
Bertindak
Secara penting dalam hidup bermasyarakat?
Sederhana
Jelaskan perasaan kamu apabila dapat
mengamalkan kesederhanaan dalam
masyarakat.
Ceritakan cara kamu mengamalkan sikap
bersederhana dalam masyarakat.

13.1 Bimbing murid untuk


13.2 melaksanakan bicara 123
13.3 berirama ini.
13.4 NOTA
GURU
UNIT
13 HEBAT
INSAN SEDERHANA
DALAM PERLAKUAN
Fahami tinjauan.
Leela dan Shu Wei membuat tinjauan tentang tempat-tempat yang
memerlukan sikap sederhana di kawasan kediaman mereka. Mereka mahu
membentangkan dapatan tinjauan mereka dalam majlis Hari Keluarga.

Kita patut bersederhana


ketika membeli barangan
di pasar raya supaya semua
orang mendapat bekalan
barangan keperluan.

Kita patut berpakaian


secara sopan bagi
menjamin keselesaan
pengguna kemudahan
awam yang lain.

Kita patut bersederhana dari


segi pertuturan supaya tidak
mengganggu peserta lain.

Pada pendapat kamu, apakah kepentingan mengamalkan sikap bersederhana


dalam setiap situasi di atas?
Apakah perasaan kamu apabila dapat bersederhana dalam hidup
bermasyarakat?
Ceritakan pengalaman kamu mengamalkan kesederhanaan dalam masyarakat.

Lokasi lain boleh dicadangkan untuk membuat tinjauan tentang


124 amalan bersederhana dalam masyarakat.

NOTA
GURU
UNIT
HEBAT 13
INSAN KESEDERHANAAN MEMBAWA
KEBAHAGIAAN
Fahami situasi dan lengkapkan peta pelbagai alir.
Saya sentiasa memikirkan sebab dan akibat bagi setiap tindakan yang
melibatkan hidup bermasyarakat.

Situasi 1 Ibu membenarkan saya untuk bermain di rumah


kawan di Kampung Pisang Mas.

Saya tidak mahu Saya dapat


dianggap biadab mengeratkan
dalam hidup hubungan dengan
bermasyarakat. masyarakat.

Saya mengawal
pertuturan saya ketika
berada di rumah
kawan.

Situasi 2 Menghadiri majlis hari lahir di Dewan Komuniti Taman Permai.


Selamat
Hari Lahir

Saya mematuhi Saya dihormati


amalan pemakaian oleh anggota
masyarakat masyarakat
setempat. yang lain.

Penampilan diri saya


tidak keterlaluan dalam
masyarakat.

Nyatakan cara kamu mengamalkan kesederhanaan dalam hidup


bermasyarakat.
Mengapakah amalan kesederhanaan penting dalam hidup bermasyarakat?
Jelaskan perasaan kamu ketika mengamalkan kesederhanaan dalam hidup
bermasyarakat.
13.1 Sediakan beberapa situasi yang menunjukkan amalan
13.2 kesederhanaan dalam hidup bermasyarakat dan minta 125
13.3 murid membincangkan sebab dan akibatnya.
13.4 NOTA
GURU
UNIT
13 PUPUK
NILAI MARI BERSEDERHANA
Mari lakukan aktiviti.
Teck Seng dan Kumar sering menggunakan kemudahan yang disediakan
di Pusat Internet Desa, Kampung Bunga Raya. Mereka mendapati pusat
itu memerlukan beberapa tong sampah. Sebagai pengguna yang
mengamalkan sikap bersederhana, mereka telah membuat beberapa
tong sampah daripada bahan buangan untuk kegunaan pusat itu.
Cara Membuat Tong Sampah Kertas

1 Potong
15.5 cm

11

kadbod
cm
19.5 cm

daripada
kotak
terpakai.

3 4 Balut kedua-dua
Sambung kadbod
bahagian kadbod
dengan pelekat kertas.
dengan kertas warna.
10 c
16 cm m
14
.5
cm
cm
16

19.5
cm
19.5
cm

11 cm
cm

19
cm

.5
15.5

cm 16 cm
15.5

11 cm
16 c

19
.5
m

cm
cm
.5
15

2 Sediakan peralatan
dan kertas kadbod 5 Sambung 6
mengikut saiz yang Tutup bahagian
kedua-dua hujung
ditunjukkan. bawah.
kadbod dengan gam.
126
UNIT
13
m
10 c

7 Lekatkan kayu 8 Gamkan Hias tong sampah


penyambung pemegang penutup pada yang sudah siap
menggunakan gam. kayu penyambung. dihasilkan.
9

Apakah faedah yang kamu peroleh apabila mengamalkan sikap bersederhana


dalam masyarakat?
Nyatakan perasaan kamu setelah menyiapkan tong sampah daripada bahan
buangan.
Perihalkan pengalaman kamu mengamalkan sikap bersederhana dalam
masyarakat.

13.1 Galakkan murid menghasilkan peralatan lain yang dapat


13.2 digunakan di dalam kelas. 127
13.3
13.4 NOTA
GURU
13.5
UNIT
13
DUGA
AKAL MARI UJI DIRI
Lengkapkan ayat dan isi silang kata di bawah.
1.

2. R 3.M

4.
P
5. U N
6.

7. R M N

8.
S A
9.

10.
A A

Menegak Melintang

1. __________ yang sederhana dapat 2. Saya _________demi masa depan.


mengelakkan perasaan tersinggung. 5. Kesederhanaan membolehkan __________
3. Saya ___________ perbelanjaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum
supaya tidak boros. menjadi erat.
4. Saya akan sentiasa memastikan 7. Kesederhanaan mengajar seseorang
_________ diri tidak keterlaluan. membuat _______ yang wajar dalam semua
6. Bermain komputer dalam tempoh situasi.
masa yang lama merupakan 8. Berkomunikasi secara ________ menaikkan
_________ yang keterlaluan. nama baik diri dalam kalangan masyarakat.
9. Kita akan berasa _______ kerana 10. Amalan kesederhanaan melahirkan anggota
mengambil tindakan yang sederhana. _________ yang mesra.

128
JANA
IDEA

129
UNIT
14 KUASA
MINDA BERTOLERANSI MEMBAWA
KESEJAHTERAAN
Fahami situasi.
Kumar dan rakan-rakannya telah menempah gelanggang permainan
di Kampung Matang untuk mengadakan latihan sepak takraw.

Mengapakah kita tidak


boleh menggunakannya? Kawan-kawan, kita tidak boleh
Bukankah kita telah menggunakan gelanggang
menempah gelanggang permainan pada Sabtu ini.
tersebut lebih awal?

Saya pun tidak pasti, Steven.


Encik Hamid ingin berjumpa
dengan kita untuk
membincangkan masalah ini.

Selamat pagi, Encik Hamid.

Selamat
pagi, Kumar,
Mengapakah kami tidak Jidin dan
dibenarkan menggunakan Steven.
gelanggang ini, Encik Hamid?
Semalam saya menerima panggilan telefon daripada ketua kampung. Beliau
menyatakan bahawa klinik kesihatan akan mengadakan kem pemeriksaan
kesihatan di dewan ini pada hari Sabtu. Beliau juga meminta saya berbincang
dengan kamu untuk memberikan laluan kepada program itu.
130
UNIT
Kami telah membuat tempahan lebih awal,
Encik Hamid. Lagipun, kami perlu membuat
14
persediaan untuk perlawanan tidak lama lagi. Saya faham akan
perasaan kamu.
Program ini melibatkan
seluruh masyarakat
kampung ini. Saya
berharap agar kamu
bertolak ansur dalam
hal ini.

Saya cadangkan
kita tunda latihan
tersebut pada
minggu hadapan.
Saya bersetuju. Kita
patut mengutamakan
masyarakat.

Saya bangga
dengan sikap
toleransi
kamu semua.
Amalan ini akan
meningkatkan
semangat hidup
bermasyarakat.
Terima kasih.

Sama-sama, Encik Hamid.

Senaraikan amalan bertoleransi yang boleh kamu amalkan dalam hidup


bermasyarakat.
Mengapakah kamu perlu mengamalkan sikap bertoleransi dalam hidup
bermasyarakat?
Apakah kesan pengabaian amalan toleransi dalam hidup
bermasyarakat?
Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bertoleransi dalam masyarakat.

14.1
Bimbing murid untuk main peranan bagi situasi yang 131
14.2
memerlukan amalan toleransi dalam masyarakat.
14.3
14.4 NOTA
GURU
UNIT
14
KUKUH
MORAL
BERTOLAK ANSUR
KEBAJIKAN DIUTAMAKAN
Baca dan fahami cerita.

Cari ?

Garnesh
Mei Ling
online

Pada suatu hari, saya dan ibu menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) ke
pusat bandar. Ibu menyuruh saya duduk di zon keutamaan kerana
terdapat satu tempat kosong di situ. Tempat di sebelah saya diduduki
oleh seorang pemuda yang umurnya dalam lingkungan 20-an.
Tidak lama kemudian, ramai penumpang mula memenuhi gerabak
tersebut. Seorang datuk yang bongkok dan bertongkat berdiri di hadapan
saya.
“Perlukah saya bangun untuk memberikan tempat duduk kepada
datuk ini?” bisik hati saya dalam dilema.
Saya memandang pemuda di sebelah saya tetapi dia tidak
mempedulikannya. Dia terus memejamkan mata. Saya sangat marah
tetapi saya cuba mengawal diri.
Kemudian, saya terus bangun untuk memberikan tempat duduk saya
kepada datuk itu.
Saya sedar amalan bertoleransi dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dalam hidup bermasyarakat.
ZON KEUTAMAAN

ZON KEUTAMAAN

Berikan contoh amalan toleransi lain


dalam hidup bermasyarakat.
Apakah perasaan kamu apabila dapat
bertoleransi
Suka
dengan anggota
masyarakat?
Siti suka pos ini

• Minta murid menerangkan zon keutamaan yang terdapat


132 dalam pengangkutan awam. 14.1
• Minta murid menceritakan pengalaman mereka bertolak ansur 14.4
NOTA ketika menggunakan kemudahan awam.
GURU
UNIT
HEBAT 14
INSAN BERTOLERANSI
MEMBENTUK PERPADUAN
Hayati kolum coretan masyarakat dalam Surat Khabar Suria.

SURAT KHABAR SURIA ISNIN


13 September 20qq

CORETAN MASYARAKAT
Semasa di dalam bas awam, saya Terdapat sebuah komputer sahaja
ke barisan hadapan untuk duduk di pusat komputer desa. Saya
kerana memudahkan saya turun di hendak mencari bahan Pendidikan
perhentian seterusnya. Seorang nenek Moral, manakala kawan saya, Teoh,
meletakkan beg besarnya di kerusi itu hendak menghantar permohonan
kerana ruang untuk meletakkan beg secara dalam talian untuk bengkel
telah penuh. Matematik.
- Joe - Mithran

Saya mengikut ayah ke kedai runcit. Saya menyertai latihan badminton


Selepas membeli barang, saya di dewan serba guna. Pada waktu
mendapati kereta ayah, yang berada rehat, pemain sepasukan mencuba
di dalam kawasan tempat letak raket baharu saya. Ketika bermain,
kenderaan, dihalang oleh kereta lain. raket saya bergeser dengan
Saya pula kesuntukan masa untuk permukaan lantai dan bercalar
menghadiri kelas tuisyen. di bahagian atas.
- Huda - Felina

Bagaimanakah kamu menyelesaikan situasi di atas dalam hidup


bermasyarakat?
Apakah yang akan berlaku jika kamu mengabaikan amalan toleransi dalam
situasi di atas?
Berdasarkan situasi, lakonkan cara kamu bersikap toleransi dalam hidup
bermasyarakat.

Minta murid menulis catatan diari mengenai sikap


14.1 133
bertoleransi mereka dalam hidup bermasyarakat.
14.3
NOTA
14.5 GURU
UNIT
14 HEBAT
INSAN BERTOLERANSI
ELAKKAN SENGKETA
Jalankan aktiviti dan lengkapkan peta minda.
Fikir-Pasang-Kongsi
(Think-Pair-Share)
PANDUAN AKTIVITI Kamu hendak memesan makanan. Seorang
nenek yang mendukung cucunya memotong
1. Murid membentuk barisan kamu dengan alasan cucunya sangat
kumpulan. lapar. Kamu pula mengejar masa kerana ada
ujian piano.
2. Situasi dikemukakan
kepada ahli
kumpulan. Kamu hendak meminjam buku ensiklopedia
di perpustakaan awam untuk menyiapkan
3. Berdasarkan situasi, tugasan yang hendak dihantar pada hari esok.
lengkapkan peta Seorang rakan sekampung juga memerlukan
minda. buku ensiklopedia itu untuk menyiapkan tugasan.

4. Bincangkan jawapan
dengan ahli
kumpulan yang lain Ibu menemani kamu ke klinik gigi kerana
mengalami sakit gigi yang teruk. Kamu
secara berpasangan.
hendak menaiki teksi untuk ke klinik. Seorang
5. Kongsi jawapan wanita juga hendak menaiki teksi yang sama
dengan kerana mengejar masa ke lapangan terbang.
rakan-rakan.

6. Bentangkan.

134
UNIT
14

Cara
Bertoleransi

Kesan
Pengabaian
Kepentingan Amalan
Bertoleransi Toleransi

Situasi

Amalan bertoleransi dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan


masyarakat. Huraikan.
Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan amalan
bertoleransi dalam hidup bermasyarakat?

14.1 Sediakan kad situasi tambahan jika perlu.


14.2 135
14.3 NOTA
GURU
14.4
UNIT
14
PUPUK
NILAI PERMAINAN
EJEN TOLERANSI 5.0
Mari bermain.

PANDUAN AKTIVITI
1. Murid membentuk tiga kumpulan.
2. Guru memilih murid untuk watak
Ejen Zima, Ejen Bero dan Ejen Niko.
3. Ejen berdiri di hadapan kelas.
4. Dalam kumpulan, murid
memahami situasi dalam
Kad Misi dan memilih ejen untuk
menyelesaikan misi kumpulan.
5. Catat jawapan ejen pada
kertas sebak.
6. Tampalkan hasil perbincangan Ejen Zima
di sekeliling kelas. Ejen Bero
7. Lakukan aktiviti Jalan Galeri.

Ejen Niko

Dalam kumpulan, hasilkan kata-kata sorakan kumpulan untuk


dilafazkan selepas ejen menyelesaikan misi kumpulan.
Bertolak ansur, asas kebahagiaan masyarakat

Sikap kawal diri, mengelakkan _____________

Kesabaran_____________________________

136
UNIT
14
Bagi setiap misi:
• Nyatakan amalan toleransi dalam hidup bermasyarakat.
• Mengapakah kamu patut bertoleransi?

MISI 1

Semasa kamu berbual menggunakan


telefon bimbit di taman rekreasi, telefon
kamu terjatuh kerana dilanggar oleh
kanak-kanak yang sedang berlari.

MISI 2
Di pasar awam, tempat ibu menjual
nasi lemak telah diambil oleh seorang
nenek. Pada masa yang sama,
beliau sudah memulakan jualan
kuih-muihnya.

MISI 3
Kamu sedang menunggu untuk
meletakkan basikal di tempat letak
basikal gimnasium desa. Tiba-tiba
ada orang lain masuk ke tempat letak
basikal tersebut.

Apakah perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap


bertoleransi dalam misi di atas?

14.1 • Minta murid melakonkan cara bersikap toleransi dalam


14.2 hidup bermasyarakat berdasarkan misi di atas. 137
14.3 • Hasilkan misi lain jika perlu.
14.4 NOTA
GURU
14.5
UNIT
14
DUGA
AKAL MARI UJI DIRI
Kamu ke p
er
A. Jawab soalan. mencari b pustakaan desa un
uk tuk
tugasan B u cerita bagi menyia
ah pk
di sudut B asa Melayu. Semas an
uku Cerita a
budak per Baharu, se
empuan s or
cerita den edang me ang
ga milih
perempua n agak lama. Budak buku
n tersebut
peluang k tid
epada kam ak memberikan
buku. Kam u
u menung untuk memilih
lama untu gu dengan
k memilih agak
buku.

1. Jelaskan tindakan toleransi kamu berdasarkan situasi di atas.


___________________________________________________________
2. Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak bertoleransi dalam
situasi di atas?
___________________________________________________________
3. “Masyarakat yang bersikap sabar tidak menimbulkan perselisihan
faham dalam hidup bermasyarakat”.
Bincangkan ayat tersebut dan kaitkannya dengan situasi di atas.
___________________________________________________________
B. Mari lakukan aktiviti Penilaian Kendiri.
1. Tulis e-mel tentang sikap bertoleransi kamu dalam hidup bermasyarakat
berserta dengan lampiran gambar.

Kepada:

Daripada:
Perkara:

2. Hantar e-mel yang telah lengkap kepada guru Pendidikan Moral kamu.
_______________________________________________________________
138

Anda mungkin juga menyukai