Anda di halaman 1dari 2

Guru dan Pahala Yang Berterusan

‫اريَ ٍة َأوْ ِع ْل ٍم يُ ْنتَفَ ُع‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل ِإ َذا َماتَ اِإْل ْن َسانُ ا ْنقَطَ َع َع ْنهُ َع َملُهُ ِإاَّل ِم ْن ثَاَل ثَ ٍة ِإاَّل ِم ْن‬
ِ ‫ص َدقَ ٍة َج‬ َ ‫ع َْن َأبِي هُ َري َْرةَ َأ َّن َرس‬
َ ِ ‫ُول هَّللا‬
ُ‫ح يَ ْدعُو لَه‬ ‫َأ‬
َ ‫بِ ِه وْ َولَ ٍد‬
ٍ ِ‫صال‬

Daripada Abu Hurairah Radiallahuanh, bahawa Rasulullah Sallallah Alai Wassalam bersabda: "Apabila
salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara;
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (Hadis
Riwayat Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir
pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian,
hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun
tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan
hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram,
whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala
akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah
Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej,
IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang
mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

SELAMAT HARI GURU

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Negara Rahmah Ummah Sejahtera


Guru Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan

‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬َ ِ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َر ُجاَل ِن َأ َح ُدهُ َما عَابِ ٌد َواآْل َخ ُر عَالِ ٌم فَقَا َل َرسُو ُل هَّللا‬
َ ِ ‫ُول هَّللا‬ َ َ‫ع َْن َأبِي ُأ َما َمةَ ْالبَا ِهلِ ِّي ق‬
ِ ‫ال ُذ ِك َر لِ َرس‬
‫ضينَ َحتَّى‬ ‫َأْل‬
ِ ‫ت َوا َر‬ ‫َأ‬ ‫هَّللا‬ َّ ‫هَّللا‬
ِ ‫صلى ُ َعلَ ْي ِه َو َسل َم ِإ َّن َ َو َماَل ِئ َكتَهُ َو ْه َل ال َّس َم َوا‬ َّ َ ِ ‫فَضْ ُل ْال َعالِ ِم َعلَى ْال َعابِ ِد َكفَضْ لِي َعلَى ْدنَا ُك ْم ث َّم قَا َل َرسُو ُل‬
‫هَّللا‬ ُ ‫َأ‬
‫اس ْال َخي َْر‬
ِ َّ‫صلُّونَ َعلَى ُم َعلِّ ِم الن‬ َ ُ‫النَّ ْملَةَ فِي جُحْ ِرهَا َو َحتَّى ْالحُوتَ لَي‬

Daripada Abu Umamah Al Bahili ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah Sallallah Alai
Wassalam, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW
bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling
rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah,
MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai
ikan paus dilautan, akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."
(Hadis Riwayat Tirmizi Nombor: 2609) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah.

2.  Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan soleh
dan bertaqwa akan didoakan kebaikkan oleh semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air.

3.  Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya
akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."

Ayuh kita menjadi "GURU"  dengan menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat kepada orang
lain melalui pelbagai relung dan penjuru yang ada termasuk media sosial seperti Tiktok, whatsapp,
telegram, FB dan sebagainya.

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Anda mungkin juga menyukai