Anda di halaman 1dari 2

Pada hari Sabtu yang lalu, Chung Han dan rakan-rakannya

berlumba basikal di jalan raya. Malang tidak berbau, Chung Han


telah dilanggar kereta. Chung Han lekas dikejarkan ke hospital.
Di hospital, Chung Han diletakkan di atas sebuah katil beroda.
Kemudian, Chung Han dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan
hospital tersebut. Chung Han berasa amat takut dan kesal kerana
berlumba basikal bersama-sama rakan-rakannya. Selepas disuntik
sejenis ubat, Chung Han tidak sedarkan diri dan pembedahan itu
bermula.
Apabila Chung Han membuka mata, Chung Han mendapati
kesakitan di tangannya. Chung Han mendapati diri berada di dalam
sebuah wad kanak-kanak.
Di dalam wad tersebut, terdapat bau ubat yang kuat. Chung
Han berasa bosan. Dia berbual-bual dengan pesakit yang berkongsi
wad tersebut.
Pada keesokan harinya, rakan-rakan Chung Han datang ke
hospital untuk menziarahinya. Mereka membawa buah tangan
untuknya. Tiga hari kemudian, Chung Han dibenarkan keluar dari
hospital. Keluarga Chung Han pun datang untuk menjemputnya.
Sebelum pulang, Chung Han mengucapkan terima kasih kepada
jururawat. Chung Han juga berjanji tidak akan berlumba basikal
pada masa akan datang.
Moral cerita ini kita harus sentiasa mematuhi undang-undang
jalan raya demi keselamatan diri.

Anda mungkin juga menyukai