Anda di halaman 1dari 2

Sorotan kajian

Kajian ini adalah berdasarkan hasil yang telah diperoleh daripada penulis iaitu

Asmawati Suhid yang bertajuk pengajaran adab & akhlak islam dalam membangunkan

modal insan. Tujuan penulisan jurnal ini dibuat ialah untuk mengupas kepentingan

Pendidikan islam dan pemupukan akhlak di kalangan para remaja yang merupakan

pemangkin peradaban ummah dan seterusnya bakal memberi sumbangan kepada

pembangunan modal insan dalam ertikata sebenarnnya. Dalam pada itu penulis telah

menceritakan permasalahan yang timbul dalam membangunkan modal insan yang beradap

melaui pendidkan islam. Penulis juga turut mencadangkan beberapa penyelesaian untuk

menaggani permasalahan tersebut.

Berdasarkan jurnal ini, beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai sejarah

Pendidikan islam yang sangat membantu untuk membangunkan tamadun manusia khususnya

tamadun islam pada ketika itu. Beliau juga mengatakan bahawa maksud Pendidikan ialah

dikategorikan sebagai nilai akhlak dan moral yang dapat diterapkan dalam diri khusunnya

kanak-kanak. Ini membolehkan mereka menilai antara yang benar dan yang salah pada masa

akan datang. Terdapat juga kepentingan yang digariskan oleh penulis iaitu dengan adannya

penerapan daripada initipati tauhid kepada Allah S.W.T maka lahirlah seorang insan yang

beradab and berakhlak. Tanpa ikatan agama juga, Pendidikan akhlak tidak akan mantap dan

akan mempunyai sifat kegagalan dalam diri seseorang. Selain itu, insan yang mempunyai

kepercayaan terhadap Pendidikan agama khusunnya anak-anak remaja pada masa kini akan

dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan buruk.

Seterusnya dalam penulisan ini juga terdapat beberapa cadangan yang boleh

dilakukakan oleh pelbagai pihak untuk melahirkan insan yang beradab. Antarannya ialah

mengadakan suatu mekanisme yang berkesan untuk menilai akhlak remaja atau pelajar di

sekolah. Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang membentuk penghayatan islam


terutamannya di sekolah-sekolah harian juga adelah salah satu cadangan yang dikemukakan

oleh penulis untuk melhirkan modal insan yang berakhlak dan beradab. Selain itu penulis

juga turut memberi matlamat yang perlu dicapai untuk melahirkan modal insan yang beradab.

Matlamat yang perlu dicapai ialah dapat memantapkan dan mengukuhkan iman dan taqwa

dalam diri setiap insan. Dalam pada itu, ia juga dapat membentuk seseorang yang mampu

mengharungi nilai-nilai luar menerusi iman dan taqwa yang mantap.

Secara kesimpulannya, kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji ini sedikit

sebanyak telah mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan, matlamat dan

cadangan untuk melaihirkan lebih banyak lagi modal insan yang beradap menerusi

Pendidikan islam. Pada era globalisasi kini,diharapkan semua pihak dapat memainkan

peranan untuk memupuk semangat bagi melahirkan modal insan yang beradap. Hasil usaha

masyarakat beradab selama beberapa generasi akan menghasilkan sebuah peradaban yang

mencerminkan pandangan alam, nilai-nilai agama, akhlak dan syariat masyarakat tersebut

(Othman, 2013)

Anda mungkin juga menyukai