Anda di halaman 1dari 8

MATA PELAJARAN: SAINS KOMPUTER

PENGAJARAN :4
STANDARD KANDUNGAN : 1.1 Komputer Dan Impak
MASA : 1 jam
TINGKATAN :5

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.4 Melaksanakan penyulitan (encryption) dan nyahsulit (decyption) data menggunakan
Caesar Cipher

OBJEKTIF:
Murid boleh
1. Menyatakan maksud kriptografi
2. Menyatakan kaedah Caesar Cipher
3. Melaksanakan Penyulitan
4. Melaksanakan nyahsulit

BAHAN BANTU MENGAJAR:


1. Sekurang-kurangnya 2 set abjad A-Z (cadangan: Sahibba/Scrabble)
2. Kad kekunci peralihan
3. Marker pen
4. Lampiran 1, 2, 3
PERSEDIAAN SEBELUM KELAS MASA: Tiada
1. Menyediakn playlist video Youtube yang akan ditayang pada murid sebagai
pengenalan kepada topik:
https://www.youtube.com/watch?v=Kf9KjCKmDcU
https://www.youtube.com/watch?v=o6TPx1Co_wg
2. Mencetak helaian kerja Lampiran 2 dan 3
3. Mencetak kad kekunci peralihan (Lampiran 4)
4. Rujukan tambahan untuk kaedah Caesar Cipher
https://learncryptography.com/classical-encryption/caesar-cipher

SET INDUKSI MASA: 5 minit


1. Guru memaparkan jadual seperti di Lampiran 1 dan bertanya kepada murid perbezaan
kedua-dua teks.
Murid ditanya:
 Apakah perbezaan yang mereka dapati?
 Di manakah perbezaan ini digunakan?
2. Murid ditayangkan video mengenai Kriptogafi.
https://www.youtube.com/watch?v=Kf9KjCKmDcU
Murid ditanya:
 Apa yang mereka faham dari video tersebut?
 Apakah kepentingan wujudnya kod rahsia?
3. Murid ditayangkan dengan video mengenai Caesar Cipher.
https://www.youtube.com/watch?v=o6TPx1Co_wg
Murid dipilih secara rawak untuk menerangkan kaedah kriptografi yang ditunjukkan
dalam video tersebut dan bagaimanakah kaedah ini digunakan.
MEMUPUK PEMAHAMAN MASA: 15 minit
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 set
abjad A hingga Z.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menyusun kedua-dua set abjad tersebut dalam 2 baris
seperti di bawah.

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

3. Setiap kumpulan dikehendaki menggerakkan set abjad pada baris pertama mengikut
nombor yang ditunjukkan pada kad kekunci peralihan. Contohnya, Sekiranya guru
mengangkat kad kekunci peralihan 3, set abjad pada baris pertama hendaklah
digerakkan 3 kotak ke kanan. 3 huruf yang terakhir akan di bawa ke hadapan.

X Y Z A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

4. Guru menyebut satu perkataan dan meminta setiap kumpulan menulis semula
perkataan tersebut di papan putih menggunakan kod rahsia. Contoh:
Guru menyebut perkataan: RAHSIA
Murid akan menulis perkataan: UDKVLD.
5. Guru mengulangi langkah 4 dengan menyebut beberapa perkataan yang lain untuk
ditukar kepada teks sifer (cipher text).
6. Guru menerangkan perkataan yang mereka biasa dengar disebut teks biasa (plaintext)
manakala kod rahsia disebut sebagai teks sifer (cipher text) dalam kriptografi.
PENYERTAAN SECARA AKTIF (AKTIVITI 1) MASA: 15 minit
1. Aktiviti seterusnya, setiap kumpulan dibekalkan dengan 5 kad kekunci peralihan.
2. Setiap ahli kumpulan perlu memilih kad kekunci peralihan tersebut secara rawak.
3. Setiap murid dikehendaki melengkapkan jadual dalam Lampiran 2.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga jadual 1 dilengkapkan.

PENYERTAAN SECARA AKTIF (AKTIVITI 2) MASA: 20 minit


1. Setiap murid diedarkan dengan Lampiran 3 dan Lampiran 4.
2. Menggunakan set abjad yang ada dalam setiap kumpulan, murid dikehendaki mencari
kekunci peralihan yang membentuk kod rahsia tersebut.
3. Wakil dari setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan mereka.
4. Guru membuat ulasan dan mendapat rumus matematik bagaimana kaedah Caesar
Cipher digunakan. Dengan mengganggap x adalah abjad, x’ adalah perwakilan nombor
bagi x dan n adalah kekunci peralihan.
5. Penyulitan(x) = (x’+n) mod 26
6. Nyahsulitan (x) = (x’-n) mod 26

KESIMPULAN MASA: 4 minit


1. Guru meminta beberapa murid yang dipilih secara rawak untuk menjelaskan apa yang
dipelajari hari ini.
2. Guru merumuskan hasil pembelajaran murid.

TOPIK AKAN DATANG MASA: 1 minit


Murid ditanya:
- Pernahkah anda membeli video CD (VCD) di pasar malam?
- Bagaimanakah kualiti video terserbut dan adakah anda berpuas hati?
Lampiran 1
Lampiran 2
Lengkapkan jadual di bawah

Penyulitan

teks biasa (plaintext) kekunci peralihan teks sifer (cipher text)

ABCDEF

SAYANG

SUKA

KAMU

Membentuk rumus

x = teks biasa (plaintext)


n = kekunci peralihan

Penyulitan (x) =
Lampiran 3
Lengkapkan jadual di bawah

Nyahsulit

teks biasa (plaintext) Kekunci peralihan teks sifer (cipher text)

PERCAYA UJWHFDF

BENCI FIRGM

PERGI RGTIK

KUCING NXFLQJ

MAKAN NASI PDNDQ QDVL

Membentuk Rumus

x = plaintext (teks kosong)


n = kekunci peralihan

Nyahsulit(x) =
Lampiran 4
Sila Cetak dan gunting kad kekunci peralihan di bawah.

2 3
4 5
6

Anda mungkin juga menyukai