Anda di halaman 1dari 2

Perkongsian Amalan Terbaik Inovasi PdP 3 Minute Pitching Guru

Sekolah Seni Malaysia Johor, 2023

Gambar menunjukkan proses pra produksi karya kreatif, murid sedang melaksanakan
sesi latihan dan rakaman dilaksanakan bagi tujuan Jurnal Video .

1.Nama Guru : Mohd Fauzi bin Ahmad Selo

2. Mata Pelajaran/ Tingkatan : Koreografi Tari /Tingkatan 4

3.Tajuk Inovasi PdP : Tari Untuk Kamera : Proses Kreatif Dalam


Penciptaan Tari Melalui Platform Media Sosial

4.Pautan Youtube : (akan dimasukkan kemudian)

5.Sipnosis Amalan Terbaik :

Perkongsian Amalan Terbaik Inovasi PdP ini adalah selaras dengan 7 teras utama
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menerajui sistem pendidikan negara. Salah
satu teras pembangunan pendidikan adalah peningkatan keupayaan pendidikan digital
di sekolah ( KPM, 2023 ). Melalui amalan pendidikan digital ini projek Tari untuk Kamera
ini akan menggunakan platform media sosial sebagai satu proses kreatif. Tujuan utama
projek ini dilaksanakan sebagai satu medium dokumentasi proses kreatif penciptaan tari
serta proses penilaian secara atas talian dan luar talian, dalam masa yang sama murid
dapat berkongsi idea kreatif mereka dengan masyarakat umum. Fokus tinjauan
terhadap permasalahan yang dikenalpasti adalah, selama ini proses kreatif penciptaan
tarian yang dilaksanakan murid-murid tidak didokumentasikan dengan sistematik,
penggunaan kaedah bertulis dan rakaman manual sering digunakan dalam fasa pra
produksi. Penilaan yang dilaksanakan juga masih menggunakan pendekatan penilaian
luar talian dimana hanya pengkarya dan penilai dalaman sahaja yang dapat memberi
maklum balas berkaitan karya kreatif yang dihasilkan. Melalui projek inovasi ini proses
kreatif yang melibatkan tiga peringkat utama iaitu Pra produksi, Produksi dan Pasca
produksi dalam penciptaan akan melibatkan penggunaan kamera dan platform media
sosial sebagai satu medium mendigitalkan karya kreatif dan memaksimumkan dapatan
Perkongsian Amalan Terbaik Inovasi PdP 3 Minute Pitching Guru
Sekolah Seni Malaysia Johor, 2023

maklum balas proses dan karya kreatif tersebut. Melalui projek inovasi Tari untuk
Kamera ini media sosial seperti Instagram dan Youtube adalah antara platfform yang
akan digunakan sepanjang proses kreatif berjalan. Semasa fasa Pra Produksi murid
perlu menghasilkan Jurnal video dan dimuatkan dalam media sosial Instagram bidang
tari secara berkala mengikut proses penciptaan. Penggunaan media sosial bidang tari
adalah kerana murid Sekolah Seni Malaysia Johor tidak mempunyai akses media sosial
mereka semasa di sekolah, yang keduanya media sosial rasmi bidang lebih mudah
diakses dan selamat digunakan. Jurnal video ini mengandungi refleksi serta rakaman
proses latihan murid-murid. Jurnal video ini bertujuan mendokumentasikan proses
penciptaan karya kreatif murid dalam bentuk secara atas talian dan dalam masa yang
sama murid dapat berkongsi pengalaman semasa penghasilan karya kreatif dengan
pengikut media sosial mereka. Bagi fasa produksi pula persembahan hasil karya murid
akan dimuat naik ke laman Youtube bidang seni tari dan akan di tayang secara umum.
Perkongsian ini bertujuan karya yang dihasilkan oleh murid dapat ditonton dengan lebih
meluas melalui platform atas talian, secara tidak langsung maklumbalas hasil karya
mereka dapat dikongsi melalui ruangan komen di laman Youtube tersebut. Dapatan
projek ini masih dalam peringkat pelaksanaan. Fasa Pasca produksi adalah fasa
penilaian projek serta penilaian karya yang dihasilkan murid serta proses yang mereka
laksanakan. Segala bentuk komen dan maklum balas yang diterima diruangan komen
akan dikumpulkan Impaknya projek inovasi ini mungkin dapat dilihat setelah selesai
proses kreatif serta pelaksanaan projek nanti, walaubagaimanapun secara zahirkan
medium media sosial adalah satu bentuk medium yang dapat menarik minat murid
generasi milenium . Harapannya adalah amalan baik ini dicadangkan agar diteruskan
pelaksanaannya bagi meningkatkan tahap kreativiti murid serta perkongsian idea kreatif
kepada masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai