Anda di halaman 1dari 6

KRITIKAN

KRITIKAN
PANDANGAN

KRITIKAN
KRITIKAN
KRITIKAN SARANAN
SANJUNGAN

KRITIKAN HURAIAN

KRITIKAN Istilah sanjungan bermaksud pernyataan rasa kagum atau senang terhadap
SANJUNGAN orang lain. Jadi,kritikan sanjungan bermaksud memuji karya dan
pengarangnya yang menyerlahkan pemikiran bernas, di samping
menampilkan elemen dalaman karya yang baik dan menarik.
KRITIKAN Pandangan bermaksud menyatakan idea, pendapat dan buah fikiran
PANDANGAN tentang sesuatu karya dari aspek peristiwa dan elemen-elemen yang
terdapat dalam karya.
KRITIKAN Istilah saranan bermakna anjuran atau sesuatu yang disarankan.
SARANAN Bagaimanapun, istilah ini membawa konotasi lain iaitu sebagai propaganda.
Oleh itu kritikan saranan merupakan kritikan yang cenderung menganjurkan
sesuatu untuk memperbaiki kekurangan atau memantapkan lagi unsur-
unsur yang membina sesebuah karya atau memberi alternatif dari sisi
Teknik umpamanya.
• Ketamakan manusia untuk mengejar kekayaan tanpa memikirkan
kemusnahan alam sekitar/hidupan laut
SUDUT PANDANGAN

 Ialah bagaimana pengarang mempersembahkan cerekanya. Terdapat 2 jenis sudut


pandangan iaitu sudut pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang
ketiga.
 Sudut pandangan orang pertama : pengarang menggunakan kata ganti nama diri
‘aku’ atau ‘saya’, iaitu pengarang turut terlibat dalam cereka tersebut (sebagai watak
dalam cereka tersebut)
 Sudut pandangan orang ketiga : pengarang tidak terlibat dalam cereka tersebut.
Pengarang bertindak sebagai tukang cerita ( penulis cerita). Pengarang
menggunakan kata ganti nama diri ‘dia’, ‘mereka’ atau nama watak.

CONTOH SOALAN

Aku memulakan permainanku itu dari rambut di kepada Dol yang gerbang,
gondrong, panjang, pintal-memintal, kusut-masai itu. Setiap kali aku gariskan rambut-
rambut yang kusut-masai kepunyaan Dol itu, aku teringat pada sarang tupai di
kampungku, entah beberapa tahun yang lalu.
Aku masih kecil waktu itu. Dan aku bersama-sama kawan-kawan di kampung
memang nakal, suka menjolok sarang.

Dipetik dari cerpen 00000000000


Karya Shahnon Ahmad

Nyatakan sudut pandangan beserta tiga contoh yang terdapat dalam petikan di atas.
Jawapan :
Sudut pandangan orang pertama.
Contohnya :
1. Aku memulakan permainanku itu dari rambut di kepada Dol yang gerbang, gondrong,
panjang, pintal-memintal, kusut-masai itu.
2. Setiap kali aku gariskan rambut-rambut yang kusut-masai kepunyaan Dol itu, aku
teringat pada sarang tupai di kampungku, entah beberapa tahun yang lalu.
3. Aku masih kecil waktu itu.

Tiba-tiba apabila dia memasuki lobi Hotel Wisata Indah, dia melihat seorang
berkepala agak botak sedang membaca sebuah buku yang agak tebal di atas kerusi
empuk di lobi hotel itu. Dia tertanya-tanya, siapakah orang yang tidak dikenalinya, yang
mempunyai perwatakan seperti seorang manusia istimewa itu? Dia mahu memberanikan
diri untuk menyapa orang istimewa itu memanggung kepala dan melihat mukanya. Dia
duduk di kerusi empuk betul-betul di hadapan orang istimewa itu.

Dipetik daripada cerpen Profesor Sufi


karya A.Rahmad.

Nyatakan sudut pandangan serta tiga contoh yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
Jawapan
Sudut pandangan orang ketiga.
Contohnya :
1. Tiba-tiba apabila dia memasuki lobi Hotel Wisata Indah,....
2. dia melihat seorang berkepala agak botak sedang membaca sebuah buku yang agak
tebal di atas kerusi empuk di lobi hotel itu.
3. Dia tertanya-tanya, siapakah orang yang tidak dikenalinya, yang mempunyai
perwatakan seperti seorang manusia istimewa itu?
4. Dia mahu memberanikan diri untuk menyapa orang istimewa itu memanggung
kepala dan melihat mukanya.
5. Dia duduk di kerusi empuk betul-betul di hadapan orang istimewa itu.
TEKNIK PLOT

 Teknik imbas kembali


 Teknik imbas muka
 Teknik suspens
 Teknik kejutan
 Teknik pemerian
 Teknik dialog
 Teknik monolog dalaman
 Teknik monolog luaran
 Teknik konflik.

TEKNIK MAKSUD
TEKNIK IMBAS Pengarang menggambarkan semula kisah yang telah berlaku melalui
KEMBALI penceritaan atau melalui ingatan watak.

Contoh, Aku masih ingat malam itu kami berkumpul anak beranak.

( cerpen Gulai Sembilang Untuk Ayah )


TEKNIK IMBAS Gambaran atau bayangan mengenai sesuatu yang akan berlaku atau
MUKA belum berlaku lagi.

Contoh, Jeneral malah membayangkan, dia akan mengganti tempat Tuan


Wakil tua bangka dan nyanyuk itu. Dia pun mula berfikir untuk meletak
jawatan sebagai pegawai pemerintah, dan akan diucapkan 'selamat tinggal
kepada pejabat, mesyuarat bertali arus, birokrasi kacau dan pendapatan
terbatas.

(Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan)


TEKNIK SUSPENS Teknik suspens ialah unsur ketegangan yang berlaku hasil daripada
konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak-watak. Ini menyebabkan
pembaca berada dalam keadaan tertanya-tanya.

Contoh, Ketika Sahat dan Tahot rancak berbual-bual di kaki Bukit Emas
sambil menikmati udara segar, tiba-tiba Ayub muncul dan kelihatan cemas.
Wajah Ayub pucat.

(Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf)

Hal ini membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang telah berlaku yang menyebabkan wajah
Ayub kelihatan cemas dan pucat.
TEKNIK KEJUTAN Menunjukkan sesuatu kejadian itu berlaku dengan tidak disangka-
sangka atau secara tiba-tiba.

Contoh, Berombak dada tua Penghulu Sudin dan pucat mukanya melihat
Sahat muncul dalam majlis tersebut. Mata Penghulu Sudin memburu anak-
anak buahnya yang telah diamanahkannya untuk memastikan Sahat tidak
akan muncul dalam majlis tersebut. Tetapi tidak seorang pun anak buahnya
nampak batang hidung.

(Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf)

Hal ini berlaku kerana Penghulu Sudin telah merasuahkan anak-anak buahnya untuk
memastikan Sahat tidak muncul di majlis tersebut tetapi tiba-tiba Sahat muncul di majlis
tersebut.

TEKNIK MONOLOG Memperlihatkan watak berkata-kata dalam hati tanpa mengeluarkan


DALAMAN sebarang ucapan.

Contoh, Pasti Tahot diutuskan oleh Penghulu Sudin," bisik hatinya.

(Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf)


TEKNIK PEMERIAN Teknik pemerian ialah pengarang menceritakan secara terus sama ada
tentang watak, latar atau peristiwa.

Contoh, Di muka Dol pula, yang kedua menarik perhatianku selain


rambutnya yang gerbang macam sarang tupai kena jolok itu ialah
subang di telinganya.

(Berdasarkan cerpen 00000000000 karya Shahnon Ahmad)

TEKNIK KONFLIK Teknik konflik berlaku antara:

 Watak dengan watak


 Watak dengan dirinya sendiri
 Watak dengan unsur alam
TEKNIK DIALOG Teknik dialog ialah pertuturan watak-watak dalam sesebuah karya.

Contoh,
"Nasib baik jugalah," kata Pak Mid.
"Jadi sia-sia sajalah kamu menanam pokok-pokok hutan tu,"
kata pula Tuk Nyan seperti dirasakan puas.

(Berdasarkan cerpen Namun itulah Hakikat karya Nazel Hashim

TEKNIK MONOLOG Teknik monolog luaran ialah teknik yang memperlihatkan watak
LUARAN berbicara sendirian dalam bentuk ucapan (bersuara).

MAT PIAH: Pergi menggeruh di Padang Kota lagi bagus (Bercakap sendiri)

(Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan Husain)

Anda mungkin juga menyukai