Anda di halaman 1dari 2

1/22/2021 Resepi Air Lemon Pudina

Resepi Air Lemon Pudina


Cara membuat air lemon pudina (mint lemonade). Minuman sejuk lemon dengan pudina menghilangkan dahaga,
menyegarkan badan terutama ketika cuaca panas atau selepas penat dari aktiviti sukan/riadah.

Berikut kami kongsikan resipi air lemon pudina yang sangat mudah disediakan.

Resepi Air Lemon Pudina Segar Dan Sedap


Masa persediaan: 10 minit ♦ Masa memasak: 5 minit ♦ Hidangan: 6 orang

Bahan-bahan
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat air lemon pudina.

4 biji lemon
8 helai daun pudina (mint)
¾ cawan gula pasir
4 cawan air masak
Ais

Cara Membuat
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakan air lemon pudina.

1. Buat sirap / air gula dengan memasak 1 cawan air dengan gula pasir sehingga gula larut sepenuhnya. Angkat
dan biarkan sejuk.
2. Potong tiga biji lemon, perah dan tapis jusnya masuk ke dalam jag. Baki sebiji lemon lagi dipotong melintang
nipis-nipis untuk dijadikan hiasan.
3. Ramas daun pudina dan masukkan ke dalam jag. Kemudian masukkan air gula dan air masak.
4. Kacau dan biarkan selama 10 minit supaya semua rasa bercampur mesra (infused).
5. Bila nak minum, isikan gelas dengan ais, letakkan sepotong hirisan lemon, kemudian tuangkan minuman.

https://www.anekaresipi.com/2018/02/air-lemon-pudina-mint-lemonade.html 1/2
1/22/2021 Resepi Air Lemon Pudina

Tip / Petua
Untuk mendapatkan jus yang lebih banyak bila memerah lemon/limau, caranya mudah sahaja. Rendamkan
lemon/limau di dalam air panas selama 10 minit, kemudian gelekkannya di atas kaunter sebelum memotong
dan memerah.
Untuk lagi sedap boleh ditambah sedikit madu (kurangkan gula kalau tambah madu).

https://www.anekaresipi.com/2018/02/air-lemon-pudina-mint-lemonade.html 2/2

Anda mungkin juga menyukai