Anda di halaman 1dari 1

5M

Pertandingat Mengumpulkan Sampah Terbanyak akan diadakan pada 17 April 2021, bersamaan hari
Sabtu. Pertandingan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 3.30 petang bertempat di kawasan
perumahan Taman Suria .

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat bekerjasama antara

penduduk pelbagai kaum. Selain itu, pertandingan juga bertujuan untuk mengekalkan kebersihan
dan keindahan kawasan perumahan itu.

Semua penduduk Taman Suria diajak untuk menyertai pertandingan ini dengan syarat-syarat
tertentu. Antara syarat tersebut ialah pertandingan dijalankan secara berkumpulan. Peserta mestilah
terdiri daripada pelbagai kaum. Peserta juga perlu bergambar secara swafoto bersama sampah yang
terkumpul sebagai bukti. Hadiah istimewa akan ditawarkan untuk para pemenang.

6M

Poster tersebut menunjukkan tip penjagaan gigi. Penjagaan gigi penting untuk mendapat gigi yang
sihat dan kuat. Gigi yang sihat menjadikan senyuman menawan.

Pertama sekali, kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Masa yang
sesuai untuk menggosok gigi ialah selepas bangun pagi dan sebelum pergi tidur pada waktu malam.
Kita juga digalakkan menggosok gigi selepas makan.

Kedua, kita perlu mengambil makanan yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan gigi.
Makanan yang baik untuk kesihatan gigi adalah seperti ikan, keju, susu, telur, sayur-sayuran dan
buah-buahan.

Akhir sekali, kita dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam
bulan sekali. Kita boleh mendapatkan nasihat doktor untuk menyelesaikan masalah kesihatan gigi.

Anda mungkin juga menyukai