Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Ideologi merupakan sebuah konsep yang asas dan penting dalam sesebuah negara. Ianya
berasas kerana hampir semua bangsa tidak akan terlepas daripada dipengaruhi ideologi. Ideologi
juga merupakan sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada
lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakan politik dan
sosial. Serangan pemikiran atau ideologi juga dikenali sebagai al-ghazwu al-fikri di dalam
bahasa Arab. Ia adalah satu istilah kontemporari yang amat popular dalam kalangan umat Islam.
Ideologi ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan brain washing atau dengan istilah
lain thought control atau ideological reform. Setiap ideologi atau ajaran akan mendakwa
mempunyai autoriti kebenaran dan akan berusaha meyakinkan pihak luar dengan pelbagai cara.
Hal ini ditambah pula dengan dipercayai bahawa penerimaan kebenaran pada pemikiran
seseorang memerlukan pembersihan terhadap kepercayaan lama orang tersebut tentang makna
kebenaran.

Definisi ideologi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, adalah (ideologi) fahaman
(ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan. Menurut Sarjana seperti
Machievelli pula, menyatakan ideologi adalah satu sistem perlindungan kekuasaan yang dimiliki
oleh pemerintah. Beliau turut menekankan ideologi digunakan oleh pemerintah bagi meluaskan
mahupun mengukuhkan kekuasaannya atau pengaruhnya. Menurut Ramlan Surbakti pula,
ideologi merupakan suatu pandangan atau sistem nilai yang menyeluruh dan mendalam berkaitan
dengan tujuan, matlamat atau objektif yang ingin dicapai oleh sesebuah masyarakat seterusnya
mengenal pasti cara-cara mahupun langkah-langkah yang dilihat baik atau sesuai digunakan
untuk mencapai dan merealisasikan tujuan, matlamat atau objektif. Beliau turut menyatakan
ideologi mempunyai dua fungsi iaitu yang pertama, ideologi menjadi tujuan dan cita-cita yang
hendak dicapai bersama masyarakat dan yang kedua, ideologi dapat menjadi satu dasar
seterusnya menyatu padukan masyarakat khususnya ketika berada dalam konflik 

Sebagai contoh, penggunaan istilah al-ghazwu al-fikri dalam kalangan umat Islam, bererti
serangan yang ditujukan kepada pemikiran Islam oleh lawan pemikiran itu sendiri. Serangan ini
biasanya datang dari dunia Barat atau doktrin bukan Islam yang mempunyai kepentingan tertentu
terhadap agama dan umat Islam. Serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan
usaha westernisasi yang dilakukan oleh pihak Barat. Gerakan ini dikatakan didukung oleh
pelbagai macam lembaga dan yang paling terpenting adalah orientalisme dan kristianisasi.
Pembawa ideologi pemikiran Barat ini akan menjalankan serangan pemikiran melalui dua jalan
iaitu media massa dan pendidikan pada masa tersebut. Sebenarnya, pelbagai ideologi lain lagi
telah dibawa masuk dan datang dari Barat sejak ia mula berkembang. Antaranya ideologi seperti
sekularisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, hedonisme, feminisme dan lain-lain. Hal ini
semakin menjadi-jadi dengan proses globalisasi yang rancak berlaku di seluruh dunia, maka ia
telah menghasilkan suatu perubahan yang agak drastik terhadap perubahan pemikiran dalam
masyarakat dunia. Bagi melanjutkan perbincangan ini supaya lebih jelas, ia dapat dibahagikan
kepada tiga ideologi utama iaitu ideologi politik, ideologi ekonomi dan ideologi sosial.
5.0 Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa berdasarkan ideologi-ideologi yang dikemukakan
bertunjangkan tiga idea utama iaitu politik, ekonomi dan sosial telah dapat terbukti mampu
merubah pola pemikiran masyarakat. Ideologi ini sebenarnya jika dibiarkan tanpa sebarang
tapisan akan mampu memberi implikasi negatif kepada masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat
Islam, ia akan melahirkan individu-individu Muslim yang berfahaman komunis, humanis, ateis,
sekularis, hedonis dan lain-lain.

Selain itu, melalui ideologi politik iaitu sosialisme dapat dilihat bahawa ia telah mampu
mengubah pemikiran masyarakat yang pada awalnya tidak mengambil berat dengan apa yang
berlaku kepada mereka. Ini berlaku akibat daripada penindasan yang dibuat oleh golongan atasan
semasa era penentangan penjajah. Namun, apabila ideologi ini berkembang, ia mampu
mempengaruhi mereka untuk bangkit agar tidak terus berada di bawah kuku besi penjajah yang
hanya berkeinginan mengaut keuntungan yang sedang dinikmati mereka.

Ideologi hanya akan muncul disebabkan kerana berlakunya ketaksamaan atau


pertentangan terhadap ideologi yang sedia ada. Pertentangan akan berlarutan sehingga
terciptanya pemahaman atau pegangan baru yang mana diharapkan mampu menjadi anutan yang
lebih baik daripada sebelumnya.

Akhirnya, ideologi berlandaskan nilai yang bersifat menyeluruh dan mendalam yang
dimiliki dan dipegang oleh seseorang atau suatu masyarakat boleh ditanggapi sebagai wawasan
atau pandangan hidup mereka. Ideologi adalah cerminan cara berfikir orang atau masyarakat
yang sekaligus membentuk orang atau masyarakat itu menuju cita-citanya. Oleh itu, jelaslah
hakikat bahawa ideologi atau serangan pemikiran ini mampu membawa perubahan dalam
masyarakat berdasarkan tiga ideologi pokok yang utama iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Ideologi ini akan terus berkembang sesuai kemajuan zaman dan kepedulian masyarakat terhadap
pemerintahan.

Anda mungkin juga menyukai