Anda di halaman 1dari 11

ZIKIR HARIAN RASULULLAH S.A.W.

Nabi umat ini sekaligus murabbi (pembimbing) yang handal dan terdepan memiliki komitmen yang
sangat besar dalam beribadah. Beliau selalu menghubungkan hatinya dengan Allah Ta’ala. Tidak
sedikitpun waktu yang terlewat tanpa dzikrullah, tahmid, syukur, istighfar dan taubat. Padahal telah
diampuni dosa-dosa beliau yang lalu mahupun yang akan datang. Namun beliau senantiasa menjadi
hamba yang bersyukur, nabi yang mensyukuri kurnia Allah dan rasul yang selalu memuji keagungan-
Nya. Beliau mengenal kebesaran Allah , dengan itu beliau senantiasa memuji-Nya, memohon
kepada-Nya dan kembali menuju ampunan-Nya. Beliau mengetahui betapa berharga waktu yang
diberikan, beliau pergunakan sebaik-baiknya dengan selalu mengisi waktu dalam ketaatan dan
ibadah.
‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam senantiasa berdzikir kepada Allah setiap waktu.”
(HR. Muslim)
Ibnu Abbas radhiallaahu anhu mengungkapkan: “Kami pernah menghitung dzikir yang diucapkan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam satu majlis sebanyak seratus kali”:

“Ya Allah, ampunilah aku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha menerima taubat lagi
Maha Pengampun.”
(HR. Abu Daud)
Abu Hurairah radhiallaahu anhu menuturkan: “Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda”:

“Demi Allah, sesungguhya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.w.t lebih dari tujuh puluh
kali dalam sehari.”
(HR. Al-Bukhari)
Ibnu Umar radhiallaahu anhu berkata: “Kami pernah menghitung dzikir yang diucapkan Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dalam satu majlis sebanyak seratus kali”:

“Ya Allah, ampunilah aku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha menerima taubat lagi
Maha Pengampun.”
(HR. At-Tirmidzi)
Ummul Mukminin Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha mengungkapkan kepada kita sebuah doa yang
sering diucapkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bila berada di sisinya, sebagai berikut:

“Ya Allah, Yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”


(HR. At-Tirmidzi)
Pedoman:
A. Zikir Harian Rasulullah s.a.w. dibawah ini berdasarkan hadis-hadis Nabi
s.a.w. yang dapat dipertanggung-jawabkan kesahihannya. Setiap zikir
disertakan sumber pengambilannya dan siapa yang meriwayatkannya
supaya siapa saja yang mengamalkannya benar benar yakin dan tidak ragu
lagi.
A. Dan untuk memantapkan lagi keyakinan kita tentang keutamaan zikir-zikir
tersebut, selain sumber pengambilannya juga disertakan maknanya dan
fadhilatnya masing-masing.
1. Zikir-zikir ini hendaklah di amalkan dua kali dalam sehari iaitu sekali di waktu pagi dan
sekali lagi di waktu petang. Maksud waktu pagi ialab daripada sesudah Subuh hingga
sebelum Zuhur, sedangkan waktu petang pula maksudnya daripada sesudah Asar
bingga sebelum Isyak. jadi boleh diamalkan sesudah Asar atau sesudah Maghrib.
2. Zikir-zikir pagi dan petang daripada Rasulullah s.a.w. sebenarnya sangat banyak. Di
ruang ini dibentangkan hanya sebahagiannya saja. Namun demikian, jika zikir-zikir atau
wirid serta doa ini di amalkan secara rutin dan yakin nescaya kita akan mendapat
ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan, Insya Allah.
(1) Pagi dan Petang:

‫من الرَّ ِحيم‬ ِ ْ‫هللا الرَّ ح‬ ِ ‫ِبسْ ِم‬


‫الـم‬
َ ‫ْب ِفي ِه ُه ًدى لِّ ْل ُم َّت ِق‬
‫ين‬ َ ‫ك ْال ِك َتابُ الَ َري‬ َ ِ‫َذل‬
َ ُ‫صالَ َة َو ِممَّا َر َز ْق َنا ُه ْم يُـ ْن ِفق‬
‫ون‬ َّ ‫ُون ال‬ َ ‫ب َو ُي ِق ْيم‬ ِ ‫ون ِب ْال َغ ْي‬ َ ‫اَلَّ ِذي َْن يُْؤ ِم ُن‬
‫ َو ِباَْأل ِخ َر ِة‬،‫ك‬ َ ِ‫ك َو َمآ ُأ ْن ِز َل ِمنْ َق ْبل‬ َ ‫ون ِب َمآ ُأ ْن ِز َل ِإ َل ْي‬ َ ‫َوالَّ ِذي َْن يُْؤ ِم ُن‬
َ ‫ُه ْم يُو ِق ُن‬
‫ون‬
َ ‫ك ُه ُم ْال ُم ْفلِح‬
‫ُون‬ َ ‫ك َع َلى ُه ًدى مِّنْ رَّ ب ِِّه ْم َوُأ ْو َلـِئ‬ َ ‫ُأ ْو َلـِئ‬
Alif, Laam, Miim.
Kitab (Al-Quran) itu tdak ada keraguan didalamnya, (sebagai) petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
(iaitu) orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, dan mereka mendirikan solat, dan menafkahkan
sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
Dan orang-orang yang beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan Kitab-Kitab yang
telah diturunkan sebelummu, dan mereka yakin terhadap hari Akhirat.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat pertunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang
beruntung.
[Al Quran 2:1-5]

‫ َل ُه َما‬،‫ الَ َتْأ ُخ ُذهُ ِس َن ٌة َوالَ َن ْو ٌم‬،‫هللاُ الَ ِإ َل َه ِإالَّ ه َُو ْال َحيُّ ْال َقيُّو ُم‬
َّ‫ َمنْ َذا الَّ ِذي َي ْش َف ُع ِع ْندَ هُ ِإال‬،‫ض‬ ِ ْ‫ت َو َما ِفي اَألر‬ ِ ‫ِفي ال َّس َم َاوا‬
ْ‫ ِب َشىْ ٍء ِمن‬،‫ون‬ َ ‫يط‬ ِ ‫ َيعْ َل ُم َما َبي َْن َأ ْي ِد‬،‫بِِإ ْذ ِن ِه‬
ُ ‫يه ْم َو َما َخ ْل َف ُه ْم َوالَ ُي ِح‬
َ‫ َوال‬،‫ض‬ َ ْ‫ت َواَألر‬ ِ ‫ َو ِس َع ُكرْ ِس ُّي ُه ال َّس َم َاوا‬،‫ِع ْل ِم ِه ِإالَّ ِب َما َشآ َء‬
‫ َوه َُو ْال َعلِيُّ ْال َع ِظي ُم‬،‫ظ ُه َما‬ُ ‫َيُئو ُدهُ ِح ْف‬
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang tetap hidup kekal mentadbir (sekalian makhlukNya). Yang tidak
mengantuk usahkan tidur. KepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Siapakah
yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Allah mengetahui apa yang ada
di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi (ilmu dan kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.
[Al Quran 2:255]
ْ‫ َف َمنْ َي ْكفُر‬، ِّ‫ َق ْد َت َبي ََّن الرُّ ْش ُد ِم َن ْال َغي‬،‫ين‬
ِ ‫آل ِإ ْك َرا َه ِفي ال ِّد‬
َ ‫ك ِب ْالعُرْ َو ِة ْالوُ ْث َقى الَ ا ْن ِف‬
‫صا َم‬ َ ‫هلل َف َق ِد اسْ َت‬
َ ‫مْس‬ ِ ‫ت َويُْؤ ِمنْ ِبا‬ِ ‫الطا ُغو‬ َّ ‫ِب‬
‫ َوهللاُ َس ِمي ٌع َعلِي ٌم‬،‫َل َها‬
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan
(kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya
ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Al Quran 2:256]

َ ‫ َوالَّ ِذ‬،‫ت ِإ َلى ال ُّنوُ ِر‬


‫ين‬ ُّ ‫ين َءا َم ُنو ْا ي ُْخ ِر ُجهُم م َِّن‬
ِ ‫الظلُ َما‬ َ ‫هللاُ َولِيُّ الَّ ِذ‬
ُّ ‫ور ِإ َلى‬
ِ ‫الظلُ َما‬ َّ ‫َك َفرُو ْا َأ ْولِ َيآُؤ ُه ُم‬
،‫ت‬ ِ ‫وت ي ُْخ ِرجُو َن ُه ُم ِم َن ال ُّن‬
ُ ‫الطا ُغ‬
َ ‫ ُه ْم ِفي َها َخالِ ُد‬،‫ار‬
‫ون‬ َّ
‫ن‬ ‫ال‬ ُ‫اب‬ ‫ح‬
َ ْ‫ص‬‫ك َأ‬ َ ‫ِئ‬ ‫ـ‬ َ
‫ل‬ ‫و‬ْ ‫ُأ‬
ِ
Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya
(iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari
cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[Al Quran 2:257]

‫ َو ِانْ ُت ْب ُدو ْا َما ِفى َأ ْنفُ ِس ُك ْم‬،‫ض‬ ِ ْ‫ت َو َما ِفى ْاَألر‬ ِ ‫هَّلِل ِ َما ِفى ال َّس َم َاوا‬
ِ ‫َأ ْو ُت ْخفُوهُ ي َُح‬
،ُ‫ َف َي ْغ ِف ُر لِ َمنْ َي َشآ ُء َوي َُع ِّذبُ َمنْ َي َشآء‬،ُ‫اس ْب ُكم ِب ِه هللا‬
‫َوهللاُ َع َلى ُك ِّل َشىْ ٍء َق ِدي ٌر‬
Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan jika kamu melahirkan apa yang ada di
dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada
kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang
dikehendakiNya, Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[Al Quran 2:284]
‫ ُك ٌّل َءا َم َن‬،‫ون‬ َ ‫نز َل ِإ َل ْي ِه ِمن رَّ ِّب ِه َو ْالمُْؤ ِم ُن‬ ‫َءا َم َن الرَّ سُو ُل ب َمآ ُأ‬
ِ ِ
،‫هلل َو َم َلـِئ َك ِت ِه َو ُك ُت ِب ِه َو ُر ُسلِ ِه الَ ُن َفرِّ ُق َبي َْن َأ َح ٍد مِّن رُّ ُسلِ ِه‬
ِ ‫ِبا‬
‫صي ُر‬ ِ ‫ك ْال َم‬ َ ‫ ُغ ْف َرا َن‬،‫َو َقالُو ْا َس ِمعْ َنا َوَأ َطعْ َنا‬
َ ‫ك َر َّب َنا َوِإ َل ْي‬
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan (demikian juga) orang-
orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-MalaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan
Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun dari Rasul-RasulNya”.
Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat, ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat
kembali”.
[Al Quran 2:285]

‫ت َو َع َل ْي َها َما‬ ْ ‫ َل َها َما َك َس َب‬،‫الَ ُي َكلِّفُ هللاُ َن ْفسًا ِإالَّ وُ سْ َع َها‬
‫ َر َّب َنا َوالَ َتحْ ِم ْل‬،‫ َر َّب َنا الَ ُتَؤ ا ِخ ْذ َنا ِإن َّن ِسي َنآ َأ ْو َأ ْخ َطـأ َنا‬،‫ت‬ ْ ‫ا ْك َت َس َب‬
‫ َر َّب َنا َوالَ ُت َحم ِّْل َنا‬،‫ين ِمن َق ْبلِ َنا‬ َ ‫َع َل ْي َنآ ِإصْ رً ا َك َما َح َم ْل َت ُه َع َلى الَّ ِذ‬
‫نت َم ْوالَ َنا‬ َ ‫ َأ‬،‫اغ ِفرْ َل َنا َوارْ َحمْ َنآ‬ ْ ‫ َواعْ فُ َع َّنا َو‬،‫َما الَ َطا َق َة َل َنا ِب ِه‬
َ ‫َفانصُرْ َنا َع َلى ْال َق ْو ِم ْال َكا ِف ِر‬
‫ين‬
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
[Al Quran 2:286]

Fadhilatnya:
Siapa yang mengamalkan 10 ayat dari Surah Al Baqarah (diatas) pagi dan petang nescaya Syaitan
tidak akan mendekatinya, dan tidak akan melihat perkara yang tidak diinginkan menimpa keatas
keluarga dan hartanya.
[Sumber: Hadis dikeluarkan oleh Al Daramy dan Al Thabarany. Menurut pandangan Al Hakim, hadis
ini sahih]
(2) Pagi dan Petang:

‫الر ِجي ِْم‬


َ ‫ان‬ َ ‫هلل ِم َن ال َّشي‬
ِ ‫ط‬ ُ ‫َأع‬
ِ ‫ُوذ ِبا‬
(Dibaca 3 kali.)

ِ ‫ه َُو هللاُ الَّ ِذي آل ِإ َل َه ِإالَّ ه َُو َعالِ ُم ْال َغ ْي‬


ُ‫ب َوال َّش َهادَ ِة ه َُو الرَّ حْ َمن‬
‫الرَّ ِحي ُم‬
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia
lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[Al Quran 59:22]

ُ ِ‫ه َُو هَّللا ُ الَّ ِذي آل ِإ َل َه ِإالَّ ه َُو ْال َمل‬


ُ‫ك ْالقُ ُّدوسُ ال َّسالَ ُم ْالمُْؤ ِمن‬
َ ‫هللا َعمَّا ُي ْش ِر ُك‬
‫ون‬ ِ ‫ان‬َ ‫ْال ُم َه ْي ِمنُ ْال َع ِزي ُز ْال َجبَّا ُر ْال ُم َت َك ِّب ُر ُسب َْح‬
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang
Maha Selamat Sejahtera; Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang
Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang
mereka sekutukan denganNya.
[Al Quran 59:23]

‫صوِّ ُر َل ُه ْاَألسْ َما ُء ْالحُسْ َنى ُي َس ِّب ُح َل ُه‬


َ ‫ارُئ ْال ُم‬
ِ ‫ه َُو هللاُ ْال َخالِ ُق ْال َب‬
ِ ْ‫ت َواَألر‬
‫ َوه َُو ْال َع ِزي ُز ْال َح ِكي ُم‬،‫ض‬ ِ ‫َما ِفي ال َّس َم َاوا‬
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang
Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-
baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang
tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
[Al Quran 59:24]

Fadhilatnya:
Siapa yang membaca 3 kali Ta’awuz dan kemudian diikutinya dengan membaca 3 Ayat dari Surah
Al Hasyr (diatas) pada waktu pagi nescaya Allah akan mengutus 70,000 Malaikat supaya berselawat
kepadanya hingga ke petang dan jika dia mati pada hari itu nescaya dia mendapat ganjaran mati
syahid. Demikian juga ganjaran yang serupa baginya pada waktu petang.
[Sumber: Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Al Daramy. Menurut Imam
Tarmidzi: Hadis Hasan Gharib. Lihat kitab Amal Al Yauum Wa Al Lail Ibnu Sunni; Hadis No. 681, Hal
240]
(3) Pagi 3 kali dan Petang 3 kali :

ِ ْ‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الَّ ِذي الَ َيضُرُّ َم َع اسْ ِم ِه َشىْ ٌء ِفى اَألر‬
‫ض َوالَ ِفي‬
‫ال َّس َما ِء َوه َُو ال َّس ِمي ُع ْال َعلِي ُم‬
“Dengan nama Allah, yang (berkat) namaNya tidak ada satu pun yang boleh mendatangkan bahaya, samada di
bumi ataupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.”

Fadhilatnya:
Siapa yang membacanya 3 kali diwaktu pagi dan 3 kali diwaktu petang nescaya Allah akan
menjauhkan daripadanya segala perkara yang berbahaya dan dia tidak akan ditimpa oleh musibah
yang mengejut atau tiba-tiba.
[Sumber: Hadis riwayat Abu Daud – Menurut Al Hakim dan Al Zahabi: Hadis Sahih. Dan menurut
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz dalam kitabnya Tuhfatul Akhyar: Sanadnya Hasan]

(4) Pagi 3 kali dan Petang 3 kali :

ً‫هلل َر ًّبا َو ِباْالِسْ الَ ِم ِد ْي ًنا َو ِبم َُح َّم ٍد َرس ُْوال‬ ُ ‫ضي‬
ِ ‫ْت ِبا‬ ِ ‫َر‬
“Aku redha Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku.”

Fadhilatnya:
Siapa yang membacanya 3 kali diwaktu pagi dan 3 kali diwaktu petang nescaya ia berhak
mendapat keredhaan Allah SWT pada hari Kiamat.
[Sumber: Hadis riwayat Imam Ahmad, Nasaai, Abu Daud dan Tarmidzi – Menurut Syeikh Abdul Aziz
bin Abdullah bin Bazz dalam kitabnya Tuhfatul Akhyar Hal. 39: Hadis Hasan]

(5) Pagi sahaja 3 kali :

َ ‫هللا َو ِب َح ْم ِد ِه َع َد َد َخ ْل ِق ِه َو ِر‬
َ‫ضا َن ْف ِس ِه َو ِز َن َة َعرْ ِش ِه َو ِم َداد‬ ِ ‫ان‬ َ ‫ُسب َْح‬
‫َكلِ َما ِت ِه‬
“Maha Suci Allah dan pujian (untuk)-Nya sebanyak bilangan makhluk ciptaanNya, seluas keredhaan diri-Nya,
seberat timbangan ‘Arasy-Nya dan sebanyak tinta Kalimah-Nya.”

Fadhilatnya:
Siapa yang membacanya 3 kali diwaktu pagi setelah solat Subuh berjemaah nescaya ia akan
mendapat ganjaran sama dengan seorang yang solat dan berdzikir dirumahnya sejak Subuh hingga
waktu Dhuha.
[Sumber: Hadis Sahih riwayat Imam Muslim]
(6) Pagi dan Petang dan ketika akan tidur :

َّ‫ َرب‬،‫ض‬ِ ْ‫ت َواَألر‬ ِ ‫اط َر ال َّس َم َاوا‬ ِ ‫ َف‬،‫ش َها َد ِة‬ّ ‫ب َوال‬ ِ ‫اَللَّ ُه َّم َعالِ َم ْال َغ ْي‬
َ ‫ َأع ُْو ُذ ِب‬، ‫ت‬
ِّ‫ك ِمن َشر‬ َ ‫ َأ ْش َه ُد َأنْ آل ِإ َلـ َه ِإالَّ َأ ْن‬،ُ‫ُك ِّل َشىْ ٍء َو َملِ ْي َكه‬
‫ان َو ِشرْ ِك ِه‬ِ ‫َن ْف ِسي َو ِمن َشرِّ ال َّش ْي َط‬
“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan perkara yang nyata, Yang Maha Pencipta langit dan
bumi, Tuhan segala sesuatu dan Rajanya; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Engkau, aku memohon perlindungan Mu daripada segala kejahatan diriku dan kejahatan Syaitan dan sekutu-
kutunya.”
[Sumber: Hadis Riwayat Abu Daud. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby dan An Nawawi didalam Al Azkaar: Hadis
Sahih dan menurut At Tarmidzi: Hadis Hasan Sahih.]

(7) Pagi dan Petang :

ْ‫ اَللَّ ُه َّم ِإ ِّنى‬،‫ك ْال َع ْف َو َو ْال َعا ِف َي َة ِفى ال ُّد ْن َيا َو ْاآل ِخ َر ِة‬ َ ُ‫اَللَّ ُه َّم ِإ ِّنىْ َأسْ َئ ال‬
‫ اَللَّ ُه َّم‬،‫اي َوَأهْ لِى َو َمالِى‬ َ ‫ك ْال َع ْف َو َو ْال َعا ِف َي َة ِفيْ ِد ْي ِنى َو ُد ْن َي‬ َ ُ‫أسْ َئ ال‬
َّ‫ْن َيدَي‬ ِ ‫ اَللَّ ُه َّم احْ َف ْظ ِنى ِمنْ َبي‬،‫اسْ ُترْ َع ْو َرا ِتى َوآ ِمنْ َر ْو َعا ِتى‬
‫ َوَأع ُْو ُذ‬،‫ َو ِمنْ َف ْو ِقى‬،‫َو ِمنْ َخ ْل ِفى َو َعنْ َي ِم ْي ِنى َو َعنْ ِش َمالِى‬
‫ك َأنْ ُأ ْغ َتا َل ِمن َتحْ ِتى‬ َ ‫ِب َع َظ َم ِت‬
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu kesejahteraan didunia dan diakhirat; Ya Allah, aku bermohon kepada Mu
kema’afan dan kesejahteraan pada agamaku, pada duniaku, pada keluargaku dan pada hartaku; Ya Allah,
tutuplah segala ke’aibanku dan tenteramkanlah kegelisahanku; Ya Allah, peliharalah aku daripada (musibah)
yang datang dari arah hadapanku, dari arah belakangku, dari arah kananku, dari arah kiriku, dari arah atasku,
dan aku bermohon perlindungan dengan (berkat) keAgungan Mu daripada ditelan oleh bumi yang berada
dibawahku.”
[Sumber: Hadis Riwayat Abu Daud, An Nasaai, Ibnu Majah. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby dan An Nawawi
didalam Al Azkaar: Hadis Sahih.]
(8) Pagi dan Petang :

َ‫ َوال‬،ُ‫ َفَأصْ لِحْ لِى َشْأ ِنى ُكلَّه‬،‫ْث‬


ُ ‫يـَا َحيُّ يـَا َقي ُّْو ُم ِب َرحْ َم ِت ِك َأسْ َت ِغي‬
ِ ‫َت ِك ْل ِني ِإ َلى َن ْف ِسى َطرْ َف َة َعي‬
‫ْن‬
“Ya (Allah) Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala makhluk, kepada Engkau sajalah aku bermohon
pertolongan, oleh itu perbaikilah semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan aku walaupun untuk seketika.”
[Sumber: Bacaan ini adalah wasiat Rasulullah s.a.w. kepada anak perempuannya Fatimah untuk diamalkan pagi
dan petang. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby dalam Kitab SahihutTarghib wa Tarhib I : Hadith ini Sahih.]

(9) Pagi dan Petang :

‫ َوَأنا َ َع َلى‬،‫ك‬ َ ‫ َخ َل ْق َت ِني َوَأنا َ َع ْب ُد‬،‫ت‬َ ‫ت َربِّى الَ ِإ َل َه ِإالَّ َأ ْن‬ َ ‫اَللَّ ُه َّم َأ ْن‬
،‫ت‬ ُ ْ‫ص َنع‬
َ ‫ك ِمنْ َشرِّ َما‬ َ ‫ َأع ُْو ُذ ِب‬،‫ت‬ ُ ْ‫ك َما اسْ َت َطع‬ َ ‫ك َو َوعْ ِد‬ َ ‫َع ْه ِد‬
‫ َفِإ َّن ُه الَ َي ْغ ِف ُر‬،‫اغ ِفرْ لِى‬ ْ ‫ َوَأبـ ُ ْو ُء ِب َذ ْن ِبي َف‬، َّ‫ك َع َلي‬ َ ‫ك ِب ِنعْ َم ِت‬ َ ‫َأبـ ُ ْو ُء َل‬
َ ‫ب ِإالَّ َأ ْن‬
‫ت‬ ُّ
َ ‫الذنـ ُ ْو‬
“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah jadikan aku
dan aku adalah hambaMu, aku akan sentiasa mematuhi perjanjianMu sesuai dengan kemampuanku. Aku
berlindung denganMu daripada kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengaku sekian banyak nikmat yang telah
Engkau limpahkan kepadaku, dan aku juga mengaku sekian banyak dosaku (kepadaMu), oleh itu ampunilah
dosa-dosaku, kerana tidak ada kuasa yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau.”

Fadhilatnya
Bacaan ini dinamakan oleh Rasulullah s.a.w. Penghulu segala Istghfar. Siapa yang membacanya
diwaktu pagi dengan penuh keyakinan lalu ia mati sebelum malam, maka dia akan masuk Syurga.
Dan siapa yang membacanya diwaktu malam, lalu ia mati sebelum paginya, maka ia akan masuk
Syurga.
[Sumber: Hadith Sahih riwayat Imam Bukhari.]
(10) Pagi dan Petang :

‫ك ِم َن ْال َعجْ ِز‬ ُ ‫ك ِم َن ْال َه ِّم َو ْال َح َز ِن َوَأع‬


َ ‫ُوذ ِب‬ ُ ‫اَللَّ ُه َّم ِإ ِّنىْ َأع‬
َ ‫ُوذ ِب‬
‫ك ِمنْ َغ َل َب ِة‬ ُ ‫ َوَأع‬،‫ْن َو ْالبُحْ ِل‬
َ ‫ُوذ ِب‬ ِ ‫ك ِم َن ْال ُجب‬ ُ ‫ َوَأع‬،‫َو ْال َك َس ِل‬
َ ‫ُوذ ِب‬
ِ ‫ْن َو َقه ِْر ْالرِّ َج‬
‫ال‬ ِ ‫ال َّدي‬
“Ya Allah, ya Tuhan ku, Aku mohon perlindungan denganMu dari keluh kesah dan dukacita, dari lemah dan
malas, dan aku berlindung denganMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari
dibebani hutang dan ancaman (penindasan) manusia.”
Fadhilatnya
Siapa yang mengamalkannya Pagi dan Petang nescaya Allah akan hilangkan perasaan gundahnya
dan Allah akan menolongnya terlepas dari bebanan hutangnya.
[Sumber: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abi Said Al Khudry. Menurut Imam An
Nawawi dalam Kitab Al Azkaar : Hadis Hasan.]

(11) Pagi dan Petang :

ُ‫ َما َشا َء هللا‬،‫هلل‬ ِ ‫ َوالَ َح ْو َل َوالَ قُوَّ َة ِاالَّ ِبا‬،‫هللا َو ِب َحمْ ِد ِه‬
ِ ‫ان‬ َ ‫ُسب َْح‬
َّ‫هللا َع َلى ُك ِّل َشىْ ٍء َق ِد ْي ٌر َوَأن‬ ‫ْأ‬
َ َّ‫ َأعْ َل ُم َأن‬، ْ‫ َو َما َل ْم َي َش َل ْم َي ُكن‬،‫ان‬ َ ‫َك‬
‫اط ِب ُك ِّل شىْ ٍء ِع ْلمًا‬ َ ‫هللا َق ْد َأ َح‬
َ
“Ya Allah, Maha Suci Allah dan segala pujian (untuk)Nya, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (izin)
Allah, apa saja yang Allah kehendaki (pasti akan) berlaku, dan apa saja yang Dia tidak kehendaki (pasti) tidak
akan berlaku, aku sungguh mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu, dan
sesungguhnya ilmu Allah mencakupi segala sesuatu.”

Fadhilatnya
Siapa yang membaca bacaan diatas diwaktu pagi nescaya dia akan dipelihara oleh Allah hingga ke
petang, dan siapa yang membacanya diwaktu petang nescaya Allah akan memeliharanya hingga ke
pagi.
[Sumber: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Tarmidzi. Menurut
Tarmidzi : Hadith Hasan Gharib. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby : Hadith Sahih.]
(12) Pagi 3 kali dan Petang 3 kali :

‫قُ ْل ه َُو هَّللا ُ َأ َح ٌد‬


َّ ‫هَّللا ُ ال‬
‫ص َم ُد‬
‫َل ْم َيلِ ْد َو َل ْم يُو َل ْد‬
‫َو َل ْم َي ُكن لَّ ُه ُكفُ ًوا َأ َح ٌد‬
Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa,
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu,
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan,
dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”.
[Al Quran 112:1-4]

‫ُوذ ِب َربِّ ْال َف َل ِق‬ ُ ‫قُ ْل َأع‬


‫ِمن َشرِّ َما َخ َل َق‬
‫ب‬ َ ‫اس ٍق ِإ َذا َو َق‬ ِ ‫َو ِمن َشرِّ َغ‬
‫ت ِفي ْال ُع َق ِد‬ ِ ‫َو ِمن َشرِّ ال َّن َّفا َثا‬
‫اس ٍد ِإ َذا َح َس َد‬ ِ ‫َو ِمن َشرِّ َح‬
Katakanlah : “Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh,
dari kejahatan makhlukNya (yang jahat),
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
dan dari kejahatan wanita-wanita yang menghembus pada simpulan tali (tukang sihir),
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”.
[Al Quran 113:1-5]
ِ ‫ُوذ ِب َربِّ ال َّن‬
‫اس‬ ُ ‫قُ ْل َأع‬
‫اس‬ِ ‫َملِ ِك ال َّن‬
ِ ‫ِإ َل ِه ال َّن‬
‫اس‬
ِ ‫اس ْال َخ َّن‬
‫اس‬ ِ ‫ِمن َشرِّ ْال َوسْ َو‬
ِ ‫ور ال َّن‬
‫اس‬ ِ ‫ص ُد‬ ُ ‫الَّ ِذي ي َُوسْ ِوسُ ِفي‬
ِ ‫ِم َن ْال ِج َّن ِة َو ال َّن‬
‫اس‬
Katakanlah : “Aku berlindung kepada Tuhan Pemelihara manusia,
Raja manusia,
Tuhan manusia,
dari kejahatan Syaitan yang bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia.
[Al Quran 114:1-6]”

Fadhilatnya
Siapa yang membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al Naas sebanyak 3 kali diwaktu pagi dan 3
kali diwaktu petang nescaya ketiga-tiganya akan mencukupi kamu (untuk mendapat pemeliharaan
Allah) daripada segala sesuatu (yang tidak di inginkan.
[Sumber: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmidzi. Sanadnya Sahih. Menurut
Tarmidzi : Hadith Hasan. Lihat Kitab Al Azkaar.]

Anda mungkin juga menyukai