Anda di halaman 1dari 17

SURAH AL-BAQARAH : 255-257

1. PENGENALAN

Surah Al-Baqarah ayat 255 atau lebih dikenali sebagai Ayatul kursi telah
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW selepas penghijrahan baginda.
Ayat ini disebut sebagai "Ayat Kursi" kerana terdapat perkataan "kursi". "Kursi
membawa maksud "tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai
martabat. Ayat kursi merupakan ayat yang agung kerana mengisahkan
keagungan Allah serta kekuasaannya yang tidak terbatas. Ayat ini juga Surah
Al-Baqarah ayat 255-257 dijadikan sebagai bacaan serta hafalan orang
Muslim. Di dalam karya buku Khairul Ghazali, 2010, Fadilat & Keutamaan
Ayat Kursi ada mengulas bahawa bagi seseorang Muslim yang sentiasa
mengamalkan ayat ini dalam kehidupan sehariannya ,dia akan memperolehi
keredhaan serta pelindungan daripada Allah.
2. INTISARI AYAT
AYAT 255

ُ‫ض َمنْ َذا الَّذِي َي ْش َف ُع عِ ْندَ ه‬ ِ ْ‫ت َو َما فِي اَألر‬ ِ ‫هَّللا ُ الَ ِإلَ َه ِإالَّ ه َُو ْال َحيُّ ْال َقيُّو ُم الَ َتْأ ُخ ُذهُ سِ َن ٌة َوالَ َن ْو ٌم لَ ُه َما فِي ال َّس َم َاوا‬
َ ْ‫ت َواَألر‬
‫ض‬ ِ ‫ون ِب َشيْ ٍء مِنْ عِ ْل ِم ِه ِإالَّ ِب َما َشا َء َوسِ َع ُكرْ سِ ُّي ُه ال َّس َماوا‬
َ ‫ِيط‬ُ ‫ِيه ْم َو َما َخ ْل َف ُه ْم َوالَ ُيح‬ ِ ‫ِإالَّ بِِإ ْذ ِن ِه َيعْ لَ ُم َما َبي َْن َأ ْيد‬
‫ظ ُه َما َوه َُو ْال َعلِيُّ ْال َعظِ ي ُم‬ ُ ‫َوالَ َيُئو ُدهُ ِح ْف‬

Maksud ayat:
Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus
mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa
yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah
tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di
belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi,
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi
lagi Maha Besar. [ al-Baqarah :255]

Huraian ringkas:
Rasulullah SAW bersabda, ”Segala sesuatu mempunyai punuk. Dan
sesungguhnya, bongkol (punuk) Al-Quran adalah surah Al-Baqarah. Di
dalamnya, ada sebuah ayat yang merupakan induknya Al-Quran, iaitu Ayat
Kursi.” Selain itu, dari Ubay bin Ka’ab bahwa Rasulullah bertanya kepadanya:
menurutmu ayat mana di kitab Allah merupakan ayat yang paling utama? Lalu
ia menjawab: ayat kursi. Rasulullah bersabda: “Semoga dipermudahkan ilmu
bagimu, Abu Munzir”. Seterusnya, Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas: al-Kursi adalah tempat kedua kaki. Dan
diriwayatkan dari Imam Bukhari dari Said bin Jubair, al-Kursi adalah ilmu-Nya;
pendapat ini dikuatkan oleh Imam at-Thabari. Dan pendapat lain mengatakan,
ُ ‫( َۚ واَل َيـُٔو ُدهُۥ ِح ْف‬Dan Allah tidak merasa berat
al-Kursi adalah ‘Arsy itu sendiri. ‫ظ ُه َما‬
memelihara keduanya ) Yakni penjagaan langit dan bumi tidak memberatkan
Allah Ta’ala, dan tidak mendapatkan sedikitpun kesusahan dari hal itu. ُّ‫ْال َعلِى‬
( dan Allah Maha Tinggi) Yakni Maha Tinggi dari makhluk-makhluk-Nya
dengan ketinggian-Nya dan kekuasaan-Nya atas mereka.

AL-BAQARAH AYAT 256

َ ‫ك ِب ْالعُرْ َو ِة ْالوُ ْث َق َى الَ انف‬


ُ ‫ِصـا َم لَ َهـا َوهّللا‬ َ ‫ت َويُْؤ مِن ِباهّلل ِ َف َق ِد اسْ َتمْ َس‬ َّ ‫ين َقد َّت َبي ََّن الرُّ ْشدم َِن ْال َغيِّ َف َمنْ َي ْك ُفرْ ِب‬
ِ ‫الطا ُغو‬ ِ ‫الَ ِإ ْك َرا َه فِي ال ِّد‬
‫َسمِي ٌع َعلِي ٌم‬

Maksud ayat:
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur) . Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan
thughut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang
kepada simpulan tali Allah yang teguh,yang tidak akan putus. Dan ingatlah, Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Al- Baqarah : 256]

Huraian ringkas :
Seseorang tidak perlu dipaksa untuk masuk ke dalam Islam kerana Islam adalah
agama yang benar dan jelas. Bahkan orang yang diberi petunjuk oleh Allah terhadap
Islam akan dilapangkan dadanya, serta mata hatinya diberi cahaya, masuk ke dalam
Islam dengan alasan tertentu. Barang siapa yang dibutakan oleh Allah hatinya, dan
dikunci pendengaran dan penglihatannya, maka tidak akan bermanfaat baginya
masuk ke dalam agama ini secara terpaksa.

Asbabun nuzul:
Para ulama menyebutkan bahawa penyebab turunnya ayat ini adalah berkenaan
dengan orang-orang Ansar, Dan disebutkan bahawa kaum Ansar berkata:
sebenarnya kami jadikan anak-anak kami memeluk agama Yahudi kerana kami
melihat agama mereka lebih baik daripada agama kami, lalu Allah mendatangkan
kepada kami agama Islam, maka sungguh kami akan memaksa mereka untuk
memeluk Islam. Dan ketika turun ayat ini, Rasulullah memberikan pilihan untuk
anak-anak mereka dan tidak memaksa mereka untuk memeluk Islam.
AL-BAQARAH AYAT 257

ُّ ‫وت ي ُْخر ُجــو َن ُه ْم م َِن ال ُّنور ِإلَى‬


ِ ‫الظلُ َمــا‬ َّ ‫ِين َك َفـ رُوا َأ ْولِ َيــاُؤ ُه ُم‬
َ ‫ور َوالَّذ‬ ُّ ‫ِين آ َم ُنوا ي ُْخر ُج ُه ْم م َِن‬
ِ ‫الظلُ َما‬ َ ‫هَّللا ُ َولِيُّ الَّذ‬
‫ت‬ ِ ِ ُ ‫الطا ُغ‬ ِ ‫ت ِإلَى ال ُّن‬ ِ
‫ُأولَِئ َ َأ‬
‫ون‬ ِ ‫ك صْ َحابُ ال َّن‬
َ ‫ار ُه ْم فِي َها َخالِ ُد‬

Maksud ayat :
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia
mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-
orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan
mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya. [Al-Baqarah : 257]

Huraian ringkas:
Allah ialah pelindung orang-orang yang beriman. Dia membimbing, menolong dan
mengeluarkan hamba-hamba-Nya yang beriman dari gelapnya kekufuran dan
keraguan menuju kebenaran yang sangat jelas.
Allah juga memberikan hidayah (petunjuk) kepada orang-orang yang mengikuti
keredhaannya menuju jalan keselamatan. Sedangkan orang-orang kafir, pelindung
mereka ialah iblis yang menampakkan kesesatan itu indah dalam pandangan
mereka. Selain itu, Allah menggunakan perkataan an-nuur dalam bentuk tunggal
serta perkataan azh-zhulumat dalam bentuk jama' . Ini menunjukkan bahawa
kebenaran itu adalah satu manakala kekufuran mempunyai pelbagai jenis dan
semuanya adalah batil.

Asbabun nuzul:
Menurut Imam Mujahid, ayat ini diturunkan kepada kaum (kelompok) yang beriman
kepada Nabi Isa dan kaum yang tidak beriman, namun pada saat nabi Muhammad
diutus oleh Allah, kelompok yang beriman tersebut mengingkari kenabian
Muhammad sedangkan kaum yang kufur malah beriman kepada Nabi Muhammad.
3. HIKMAH AYAT 255-257

Terdapat beberapa hikmah yang mampu diperoleh oleh seseorang yang


membaca dan mengamalkan ayat kursi . Bagi mereka yang sentiasa melazimi ayat
tersebut dalam kehidupan seharian , Allah akan mencintai dan memeliharanya
sepertimana Allah memelihara Nabi Muhammad S.A.W.
Selain itu, Allah juga akan menjanjikan syurga buat mereka yang membaca ayat
al-kursi setiap kali selepas solat fardhu. Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh
Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
‫ت‬ُ ‫ ِإاَّل ْال َم ْو‬،ِ‫ول ْال َج َّنة‬ َ ‫َمنْ َق َرَأ آ َي َة ْال ُكرْ سِ يِّ ُدب َُر ُك ِّل‬
ِ ‫صاَل ٍة َم ْك ُتو َب ٍة لَ ْم َيمْ َنعْ ُه مِنْ ُد ُخ‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat
fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”.
[Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam
al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]
Seterusnya, Ayatul kursi juga mampu melindungi seseorang daripada gangguan
jin dan syaitan. Nabi SAW telah mengajar kita beberapa panduan untuk melindungi
diri dan rumah dari gangguan makhluk halus dan antara salah satunya adalah
dengan membaca Surah Al-Baqarah dan ayatul kursi. Hal ini telah dijelaskan dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW
bersabda yang mahumnya Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur.
Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di
dalamnya.”
Tambahan pula, kelebihan ayat ini juga digambarkan di dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Al-Thabarani iaitu:

‫ َوآ َي ُة‬،‫ َأرْ َبعً ا مِنْ َأوَّ لِ َها‬:‫ك اللَّ ْيلَ َة َح َّتى يُصْ ِب َح‬
َ ‫ْت َش ْي َطانٌ ت ِْل‬
َ ‫ك ْال َبي‬
َ ِ‫ لَ ْم َي ْد ُخ ْل َذل‬،ٍ‫ُور ِة ْال َب َق َر ِة فِي َل ْيلَة‬ ٍ ‫َمنْ َق َرَأ َع ْش َر آ َيا‬
َ ‫ت مِنْ س‬
ٌ ‫ َو َثاَل‬،‫ين َبعْ َد َها‬
‫ث َخ َواتِي ُم َها‬ ِ ‫ َوآ َي َت‬، ِّ‫ْال ُكرْ سِ ي‬

Maksudnya: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada


satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut
sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat
selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah”. [Riwayat Imam al-
Darimi (3425)]
Di samping itu, dalam ayat 256 isu akidah yang dibawa oleh Islam adalah untuk
mendapatkan penerangan dan pemahaman, bukannya memaksa atau menekan
dengan kekerasan bagi seseorang untuk menerimanya. Agama ini datang untuk
berbicara dengan segala daya pemikiran manusia, perasaannya yang terharu serta
fitrahnya yang tenang.

Selain itu, apabila fitrah seseorang itu suci, fikirannya dapat berfikir dengan baik
pada dalil kebesaran Allah SWT, maka hidayah pasti ditemuinya dan itulah iman
kepada Allah SWT serta kufur kepada taghut. Perkataan taghut diambil daripada
kata dasarnya tagha ertinya melampaui batas, melimpah dan melampaui sempadan.

Akhir sekali, sesiapa yang selalu mengamalkannya juga akan dikurniakan Allah
kebaikan yang tidak terhitung banyaknya kepada seisi rumah.
4. KELEBIHAN MENGHAYATI AL-QURAN

Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam,


kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Kelebihan Al-Quran yang
paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah
sehingga akhir zaman,tidak seperti kitab-kitab lain seperti kitab Zabur, Taurat
dan Injil yang telah diubah oleh segelintir manusia yang tidak
bertanggungjawab.

Antara kelebihannya ialah kita akan lebih cenderung untuk melakukan


kebaikan dan terhindar daripada melakukan perkara kemungkaran.
Selanjutnya, diberkati oleh Allah SWT..

Di samping itu, memperolehi pahala & kebahagiaan di dunia & akhirat.


Sebagai contoh, Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak. Daripada Abu
Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai
syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh
Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab
Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)

Selain itu, jiwa menjadi tenang dan tenteram. Daripada Barra’ bin ‘Azib r.a.
telah melaporkan: “Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya
seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula
melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila
menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan
menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah)
ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”. (Hadith Barra’ r.a. bin
‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab
Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011

Sebagai kesimpulannya, al-Quran penuh dengan nur hidayah rahmat dan


zikir . Dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah benar yang
berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran.
Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi
kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang
kehidupan. Sesungguhnya, sebagai umat Islam kita haruslah menghayati
setiap isi kandungan al-Quran dengan cara sentiasa mempelajari ,mendalami
memahami dan mengamalkan segala kandungan al-Quran dalam kehidupan
seharian. Akhir sekali, sentiasa beristiqamah dalam membaca Al-Quran agar
dapat memupuk semangat cinta dengan al-quran lalu dapat mendekatkan diri
dengan Allah SWT.
5. KESAN TIDAK MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN

KESAN TERHADAP DIRI


Impak sekiranya individu tidak membaca al-Quran adalah dapat
menjadikannya lupa diri. Hal ini demikian kerana,hubungan Allah dengan
hamba-hambaNya terlalu dekat. Allah akan menyayangi hambanya yang
sentiasa mengingatiNya dengan membaca dan menghayati kalamullah. Akan
tetapi sekiranya hamba tersebut melupakan Allah, maka Allah juga akan
melupakannya, dan menjadikan individu tersebut lupa akan diri mereka
sendiri. Misalnya, mereka akan bersifat sombong terhadap kelebihan diri
sendiri sehingga lupa bahawa Allah lah yang menganugerahkan kelebihan
tersebut. Jelaslah bahawa,seseorang yang tidak beramal dengan al-Quran
akan lupa terhadap diri sendiri.
Selain itu,hati seseorang yang tidak membaca dan menghayati al-Quran
akan menjadi keras. Al-Quran merupakan petunjuk bagi semua manusia di
dunia ini. Hati yang jauh dari petunjuk Allah akan menjadi keras dan sukar
untuk menerima kebenaran sehingga Allah menyifatkannya lebih keras
daripada batu. Dalam konteks ini, seseorang yang memiliki hati yang keras
akan susah untuk khusyuk dalam setiap solatnya dan susah menerima
teguran dan nasihat. Bagi melembutkan hati yang keras ini, individu tersebut
perlulah membaiki hubungannya dengan Allah dengan amalan membaca al-
Quran dan melakukan segala suruhanNya.Benarlah bahawa,hati individu
yang tidak membaca dan memahami al-Quran akan menjadi keras.
Seterusnya, individu yang tidak membaca dan mengamalkan tuntutan al-
Quran boleh menjadikannya seorang yang fasik. Fasik membawa maksud
golongan yang keluar dari batasan-batasan yang telah ditentukan oleh Allah
SWT . Sekiranya seseorang melupakan Al-Quran atau meninggalkannya dia
telah berada di luar batasan Allah SWT sedangkan semua itu disebutkan dan
diperingatkan di dalam al-Quran. Pada hari akhirat kelak, seseorang yang
fasik dan tidak bertaubat kepada Allah akan dimasukkan ke neraka jahanam
iaitu seburuk-buruk tempat Kembali.Perkara ini telahpun disebut dalam dalam
firman Allah dalam surah as-sajadah ayat 20 yang mahumnya “Dan adapun
orang-orang yang fasik maka tempat kediaman mereka adalah neraka”.
Sudah terang lagi bersuluh, seseorang yang tidak membaca dan beramal
dengan al-Quran akan menjadi seorang yang fasik
Akhir sekali, mereka yang tidak membaca al-Quran juga kerap kali
merasakan hatinya tidak tenang.Hal ini berlaku kerana individu tersebut
langsung tidak mengingati Allah dalam kehidupan sehariannya.Dalam surah
ar-rad Allah telahpun mengingati kita bahawa hanya dengan mengingatiNya
hati akan menjadi tenteram. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang untuk
menghayati al-Quran kerana melaluinya terdapat manfaat untuk
menenangkan hati dan sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.Tegaslah
bahawa, hati seseorang yang tidak membaca al-Quran akan menjadi tidak
tenang.

KESAN TERHADAP MASYARAKAT


Akibat yang berlaku sekiranya masyarakat tidak melazimi membaca dan
memahami kandungan al-Quran berkemungkinan akan menjadikan mereka
sesat.Aktiviti ajaran sesat kian menjadi parah dalam kalangan masyarakat
islam kini.Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita seorang ayah yang
membunuh anaknya dengan melumurkan seluruh badan anaknya dengan
garam sambil membaca ayat suci al-Quran.Perkara tersebut kemungkinan
besar berlaku kerana kurangnya Pendidikan al-Quran yang sempurna . Al-
Quran adalah petunjuk yang sangat jelas kebenarannya dan di dalamnya
terkandung satu persatu hakikat-hakikat kebenaran diikuti dengan bukti-bukti
yang begitu jelas.Disamping membaca al-Quran, masyarakat Islam perlulah
mempelajari al-quran daripada orang yang lebih berpengetahuan agar
pemahaman kita terhadap al-Quran tidak disalah ertikan.Benarlah bahawa
masyarakat akan menjadi sesat sekiranya tidak membaca dan menghayati al-
Quran.
Disamping itu, masyarakat Islam akan berpecah belah sekiranya tidak
menghayati al-Quran. Hal ini demikian kerana, mereka hanya menjadikan al-
Quran sebagai sumber teori dan tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Ideologi yang bercanggah seringkali berlaku dalam kelompok
masyarakat pada masa kini sehingga mencetuskan perbalahan dan
perpecahan antara mereka. Contoh yang paling mudah adalah kemunculan
isu LGBT di negara ini, majoriti masyarakat islam di Malaysia menentang isu
tersebut . Namun tidak dinafikan bahawa ada sesetengah masyarakat Islam
sendiri yang memiliki persepsi yang bercanggah dengan agama Islam
menyokong dan memperjuangkan agenda LQBT ini sehingga membawa
kepada perpecahan umat Islam. Perkara seperti ini sudah tentu berlaku
kerana pengabaian mereka terhadap al-Quran dan as-sunnah. Sekiranya
masyarakat benar-benar mendalami al-Quran, perkara seperti ini tidak
mungkin terjadi apabila seluruh masyarakat Islam mendalami makna al-Quran
kerana ia mengajar kita supaya saling bertoleransi dan bersatu padu. Jelaslah
bahawa, sekiranya al-Quran tidak dihayati, masyarakat Islam akan berpecah
belah.
Seterusnya,implikasi yang terjadi sekiranya masyarakat Islam tidak
membaca dan menghayati al-Quran adalah mereka akan dipandang remeh
oleh agama lain. Dalam konteks ini, masyarakat islam yang melakukan
tindakan tanpa berlandaskan al-quran amat senang untuk diperlekehkan oleh
masyarakat yang lain kerana tidak dapat menjelaskan sesuatu perkara yang
berkaitan dengan agama dengan baik . Al-Quran merupakan panduan hidup
setiap manusia yang bergelar Islam agar dapat mempertahankan institusi
agama ini.Dengan pemahaman yang cukup mengenai agama Islam, kita
dapat mempertahankan agama Islam secara bijaksana tanpa sebarang
pertumpahan darah atau peperangan apabila islam diperlekehkan.
Tuntasnya, masyarakat yang tidak memahami al-Quran akan mudah untuk
diperlekehkan masyarakat lain.
Akhir sekali, kesan yang akan berlaku kepada masyarakat yang tidak
memahami al-Quran dengan sebaiknya akan membawa kepada nifaq. Nifaq
adalah sifat yang sangat berbahaya bagi setiap lapisan masyarakat kerana ia
berlaku tanpa kita sedari. Sifat ini akan timbul sekiranya al-Quran dibaca
tanpa dihayati maknanya . Kehadiran orang munafik dalam kelompok
masyarakat akan menghancurkan kekuatan umat islam . Perkara yang amat
membimbangkan lagi adalah sifat nifaq akan turut menghalang usaha
pembangunan dan kemajuan umat islam. Jelaslah bahawa, sifat nifaq akan
berada dalam diri masyarakat yang tidak beramal dengan al-Quran.
6. CABARAN GENERASI MUDA PADA MASA KINI UNTUK MEMBACA AL-
QURAN

Cabaran yang pertama ialah cabaran dari media massa ada dinyatakan
dalam karya buku Ustaz Mohd Adib Hassan Sa'ari, 2012, Gen-Q Generasi al-
Quran Kreatif. Cabaran ini dapat dilihat apabila terlalu banyak akses-akses
yang boleh remaja lawati. Akaun –akaun sosial seperti TikTok, Facebook,
Twitter,Instagram, Youtube dan lain-lain banyak melalaikan remaja jika
mereka tidak dipantau maka secara tidak langsung mereka lebih
mementingkan hal duniawi sehingga mengabaikan kewajipan sebagai
seorang Muslim seperti tidak menunaikan solat tepat pada masanya ,tidak
mempunyai masa untuk membaca Al-quran kerana lebih mementingkan
media sosial iaitu mengejar populariti semata-mata untuk lebih dikenali
khalayak ramai.

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja samada mendekati


atau menjauhi Al-Quran itu sendiri . Hal ini dikatakan demikian kerana para
remaja lebih cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari
ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula
adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu
mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama
rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah
seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan
di pusat-pusat hiburan.Sehubungan dengan itu, mereka menjadi leka lalu
mengabaikan kepentingan menghayati naskhah Al-Quran.

Selain itu, keluarga yang merupakan antara pengaruh utama dalam


kehidupan seseorang remaja. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
dengan ajaran islam akan menjejaskan masa depan mereka yang boleh
menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu
untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan .
Hal ini kerana Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi
menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat
kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak
tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-
perkara tidak berfaedah yang terpesong dengan ajaran Islam.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan


tebing bagi menggalakkan para remaja masa kini mendekatkan diri dengan
al-Quran. Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja
merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan
negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang
negara”
7. LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PELBAGAI PIHAK
UNTUK MENDEKATKAN DIRI DENGAN AL-QURAN

Ibubapa perlu bijak memerhati pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terlepas
pandang seperti mendidik anak-anak dengan pendidikan agama yang secukupnya
dan moral yang baik sejak mereka masih kecil supaya menjadi benteng kepada
mereka bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. contoh aktiviti
seperti mengajak anak-anak membaca al-Quran bersama-sama sekiranya terdapat
masa lapang.

Selain itu, memilih teman yang baik turut sedikit sebanyak dapat membantu kita
mendekatkan diri dengan ajaran islam. Oleh sebab itu, setiap remaja hendaklah
mencari kawan yang baik yang boleh membawa kepada kebaikan.

Disamping itu,tajuk buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT karya Dato Ismail


Kamus ada menghuraikan bahawa penubuhan kelab persatuan surau/masjid dalam
kalangan penduduk setempat dapat menggalakkan masyarakat memeriahkan rumah
ibadat daripada yang meliputi semua lingkungan usia. Aktiviti seperti program
tadarus al-Quran turut memberi kesedaran supaya al-Quran tidak dijadikan sebagai
hiasan dalam rumah semata-mata dan membaca al-Quran menjadi amalan, sekali
gus bermanfaat kepada orang yang mengamalkannya. Aktiviti yang dianjurkan kelab
sedemikian selain mengisi masa lapang, ia juga sebagai platform untuk masyarakat
melakukan pelbagai kegiatan berteraskan sukan, riadah mahupun kebajikan Ianya
bukan saja bertujuan merapatkan hubungan antara penduduk malah dapat
meningkatkan moral dan kesihatan mereka menerusi aktiviti sosial.

Secara ringkasan, setiap individu Muslim hendaklah mendekatkan diri dengan al-
Quran kerana al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang
menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Hal ini
dikatakan demikian kerana al-Quran iterhimpun ayat-ayat yang menjelaskan
pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, munakahat
dan sebagainya yang meliputi semua aspek kehidupan
8. KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita perlulah mengamalkan ketiga-tiga ayat ini dalam


kehidupan seharian agar sentiasa berada dalam landasan iman yang
sebenar-benarnya. Oleh itu, umat islam tidak akan mudah terpesong dengan
perkara-perkara yang tidak bermanfaat sekaligus menyesatkan lagi hidup
mereka. Seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang
bermaksud, “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke lembah
kebinasaan”.
Selain itu, kita mestilah sentiasa mentaati Allah dengan mengakui Dia
adalah pemilik segala harta benda di dunia ini dan tiada Tuhan yang layak
disembah selain Allah SWT. Buktinya di dalam surah An-nisa ayat 59 yang
berbunyi :
‫ُوا ٱلرَّ سُو َل َوُأ ۟ولِى ٱَأْل ْم ِر مِن ُك ْم‬
۟ ‫ُوا ٱهَّلل َ َوَأطِ يع‬
۟ ‫َأطِ يع‬
Maksudnya : taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Ulil Amri di antara
kamu.
Akhir sekali, kita sewajarnya berusaha untuk memantapkan iman dengan
selalu membaca Al-Quran pada bila-bila masa sahaja. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya kelak ia akan
datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat bagi pendampingnya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Rujukan internet:

● MUHAMMAD MUSHFIQUE, 2019 “IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-136, “KELEBIHAN


MEMBACA AYAT AL-KURSI”
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1446-irsyad-al-hadith-siri-ke-136-
kelebihan-membaca-ayat-al-kursi ,
Tarikh Akses: 24 Oktober 2020
● MUHAMMAD HARIS BIN HAJI DAMANHURI (Unit penerangan & penerbitan,
Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor), 2018,
“KEHEBATAN AL-QURAN”
http://syariah.perak.gov.my/index.php/blog/311-kehebatan-al-quran
Tarikh Akses: 25 Oktober 2020
● DATO’ HAJI HARIS BIN KASIM (Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor),2019,
REMAJA DAN CABARAN MASA KINI
https://emasjid.jais.gov.my/uploads/uploads/11.01.2019%20(RUMI)%20REMAJA
%20DAN%20CABARAN%20MASA%20KINI.pdf
Tarikh Akses: 26 Oktober 2020
● MOHD SHAHRIZAL NASIR , 2019, MEMANFAATKAN KANDUNGAN AL-QURAN
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/447386/memanfaat-kandungan-al-quran
Tarikh Akses: 26 Oktober 2020
● WIKIPEDIA, 2019 “AYAT KURSI”, https://ms.wikipedia.org/wiki/Ayat_kursi,
Tarikh akses: 24 Oktober 2020
● TAFSIR WEB, 2020, TAFSIR QURAN SURAH AL-BAQARAH ,
https://tafsirweb.com/1023-quran-surat-al-baqarah-ayat-257.html
Tarikh akses: 25 Oktober 2020
Rujukan buku:
● Khairul Ghazali, 2010, Fadilat & Keutamaan Ayat Kursi , Seberang Jaya,
13700 Penang, Pustaka Azhar Publishers
● Prof Dr. Sheikh Wahbah al-Zuhaili, 2019 , Tafsir Al-Wasit, Putrajaya,
Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
● Dato lsmail Kamus, 2016, Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur, Telaga
Biru Sdn.Bhd.
● Ustaz Mohd Adib Hassan Sa'ari, 2012, Gen-Q Generasi Al-quran Kreatif,
Kuala Lumpur, Telaga Biru Sdn.Bhd.
● Zulkifli Mohd Yusof, 2018, Asbabun Nuzul, Selangor, PTS Media Group.

Anda mungkin juga menyukai