Anda di halaman 1dari 19

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS

NAMA SUBJEK (KOD SUBJEK) :


BTU 4132 PENGANTAR AQIDAH AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH MENURUT
AL-QURAN DAN SUNNAH

TAJUK :
KONSEP IMAN MENURUT MANHAJ SALAF

NAMA PENSYARAH :
USTAZAH AZREEN ZUHAIRI BINTI ABU BAKAR

MAKLUMAT PELAJAR :
MUHAIMIN BIN ABDUL HAMIT

0212133014

IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA AL-QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 4
ISI KANDUNGAN

MUQADDIMAH DALAM HADIS RIWAYAT ABU HURAIRAH .......................................... 5


DEFINISI IMAN ......................................................................................................................... 6
IMAN SECARA HAKIKATNYA TERBENTUK KEPADA EMPAT JUZUK .......................... 8
Qaul al-qalb ............................................................................................................................. 8
Qaul al-lisan ............................................................................................................................. 8
Amal al-qalb ............................................................................................................................ 9
Amal al-jawarih ..................................................................................................................... 10
IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG ............................................................. 12
Darjat iman daripada firman Allah ........................................................................................ 12
Kesepakatan ulama dalam menyatakan bahawa iman boleh bertambah dan berkurang ....... 13
PERBEZAAN DALAM MEMAHAMI HAKIKAT IMAN ..................................................... 14
Ahli sunnah ............................................................................................................................ 14
Abu Hasan al-Asy’ari ............................................................................................................ 14
Majoriti ulama Asya’irah ....................................................................................................... 14
Khawarij dan majoriti golongan Muktazilah ......................................................................... 15
Abu Mansur al-Maturidi ........................................................................................................ 15
Al-Karramiyyah ..................................................................................................................... 15
Al-Jabariah............................................................................................................................. 15
IMAN DAN ISLAM DENGAN MAKNA YANG SAMA ....................................................... 17
RUJUKAN ................................................................................................................................ 18

2
PENGENALAN

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬

‫إن احلمد هلل حنمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ ابهلل من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده هللا فال‬

‫﴿ اَي‬.‫مضل له ومن يضلل فال هادي له وأشهد أن ال إله إال هللا وحده ال شريك له وأشهد أن حممدا عبده ورسوله‬

‫َّاس اتَّ ُقوا اربَّ ُك ُم الَّ ِذي اخلا اق ُك ْم ِم ْن‬ ِ َِّ ِِ َّ ‫ين اآمنُوا اتَّ ُقوا‬
ُ ‫اَّللا اح َّق تُ اقاته اوال َتاُوتُ َّن إال اوأانْتُ ْم ُم ْسل ُمو ان﴾ ﴿ اَي أايُّ اها الن‬
ِ َّ
‫أايُّ اها الذ ا‬
َّ ‫اَّللا الَّ ِذي تا اساءالُو ان بِِه او ْاْل ْار اح اام إِ َّن‬
‫اَّللا اكا ان‬ َّ ‫اح ادةٍ او اخلا اق ِمْن اها ازْو اج اها اوبا‬
َّ ‫ث ِمْن ُه اما ِر اجاالً اكثِرياً اونِ اساءً اواتَّ ُقوا‬ ِ‫سو‬
‫نا ْف ٍ ا‬
‫صلِ ْح لا ُك ْم أ ْاع امالا ُك ْم اويا ْغ ِف ْر لا ُك ْم ذُنُوبا ُك ْم اوام ْن‬ ِ َّ ‫ين اآمنُوا اتَّ ُقوا‬
ْ ُ‫ ي‬،ً‫اَّللا اوقُولُوا قا ْوالً اسديدا‬
ِ َّ ِ
‫اعلاْي ُك ْم ارقيباً﴾ ﴿ اَي أايُّ اها الذ ا‬

.‫يُ ِط ِع َّاَّللا اوار ُسولاهُ فا اق ْد فا ااز فا ْوزاً اع ِظيماً﴾ أما بعد‬

Dengan nama Allah kami minta pertolongan dengan-Nya yang bersifat Ar-Rahman ke
atas sekalian hambanya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita Muhammad ‫ ﷺ‬dan ke
atas sekalian keluarga baginda serta umatnya yang muslimin lagi mukminin.

Tugasan ini adalah untuk menerangkan kepada kita tentang konsep iman yang disepakati
oleh para ulama manhaj salaf al-soleh berdasarkan dalil – dalil yang sahih. Hal ini adalah untuk
membezakan konsep–konsep yang ditakrifkan oleh pelbagai manhaj dan menjadikan
perbandingan kepada semua takrifan tersebut.

Seterusnya, tugasan ini bermula dengan satu teks hadis yang diriwayatkan daripada Abu
Hurairah dan bermulanya dari hadis ini menceritakan tentang iman. Dari hadis ini juga, terdapat
banyak nukilan yang saya bawakan daripada Syeikh Aiman Ismail dalam mendefinisikan iman
menurut bidang akidah yang disertai dengan rujukan para ulama salaf al-soleh. Tugasan ini akan
mengambil banyak sumber teks daripada beliau sebagai kayu ukur kepada definisi iman.
Demikian juga daripada kitab yang dikarang oleh Dr. Ab. Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @
Mat Zin yang mana kitabnya berjudul “Perbahasan Akidah Islam”.

3
Sedikit pengenalan tentang Syeikh Aiman Ismail. Beliau merupakan anak kelahiran
Mesir dan mendapat pendidikan diploma syariah islamiah di Institut Pengajian Islam Tinggi,
Universiti Kaherah pada tahun 2015M. Rujukan utama yang saya akan gunakan ialah kitab Al-
Arba’un Al – ‘Aqadiyyah hasil karangan beliau. Kitab ini berkisarkan tentang 40 hadis tentang
akidah. Juga pengenalan secara ringkas kepada kitab “Perbahasan Akidah Islam”, kitab ini
merupakan satu rujukan kepada pelajar di bawah fakulti pengajian Islam dan menepati silibus
yang sepatutnya.

Tulisan ini mengemukakan beberapa bab yang sebahagiannya dimuatkan dalam kitab
mereka. Antara bab yang dikemukakan adalah seperti berikut:

I. Muqaddimah pada hadis riwayat Abu Hurairah


II. Definisi iman
III. Iman secara hakikatnya terbentuk kepada empat juzuk
IV. Iman boleh bertambah dan berkurang
V. Perbezaan dalam memahami hakikat iman
VI. Iman dan Islam dengan makna yang sama

Sebagai mukadimah yang ringkas ini supaya mudah untuk difahami secara umum sebelum
meneruskan kepada isi kandungan tulisan ini. Saya juga berharap bahawa tulisan ini dapat
memberi manfaat kepada pembaca dan juga penelitian terhadap tulisan saya.

4
MUQADDIMAH DALAM HADIS RIWAYAT ABU HURAIRAH

‫ضلُ اها اال‬ ْ ِ‫ أ ْاو ب‬،ً‫ض ٌع او ِستُّو ان ُش ْعباة‬


‫ أافْ ا‬،ً‫ض ٌع او اسْب عُو ان ُش ْعباة‬ ْ ِ‫ال ((ا ِإلمياا ُن ب‬‫صلَّى هللاُ اعلاْي ِه او اسلَّ ام قا ا‬ ِ ِ
‫َّب ا‬ َّ ‫اع ْن أِاِب ُهاريْ اراة ار ِض اي‬
‫ اعن الن ِي‬،ُ‫اَّللُ اعْنه‬
))‫ان‬ ِ ‫ واحلياء ُشعبةٌ ِمن ا ِإلميا‬،‫ وأ ْاد اَنها إِماطاةُ اْلاذاى ع ِن الطا ِر ِيق‬،‫إِلاه إَِّال هللا‬
‫ا اا ُ ْ ا ا‬ ‫ا‬ ‫ُ ا ا ا‬ ‫ا‬

Takhrij hadis:
Ditakhrijkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab Al-Iman1 dan juga Imam Muslim2 dalam kitab
Al-Iman.

Hadis ini dianggap sebagai usul masa’il bagi akidah dan ianya juga menjadi satu keutamaan
ulama salaf dalam hadis ini bahkan juga pada masalah berkaitan iman. Berkata Syeikh al-Islam
Ibn Taimiyyah3:

َّ ‫اس ٌم عُلِي اق بِِه‬


ُ‫الس اع اادة‬ ِ
ْ ‫س ِِف الْ اق ْول‬
ِ
‫ور اعلاْيه اولاْي ا‬
ِ ِ ْ‫ ومس َّماه اكثِري؛ ِْلانَّه قُط‬- ‫َّاس ِِف ه اذا ِاالس ِم – أي اإلميان‬
ُ ‫ب ال يدي ِن الَّذي يا ُد‬
ُ ُ ٌ ُ ‫اُ ا‬ ْ ‫اواك اال ُم الن ِ ا‬
"‫اح اك ِام‬ ِ ْ ‫ان والْ ُك ْف ِر؛ وِِل اذا ُِسي ه اذا ْاْلاصل " مسائِل ْاْل‬ ِ ِ ِ ِ
ْ ‫اسااء او ْاْل‬ ‫ُْ اا ا‬ ‫ا ا يا ا‬ ‫اس ِم ْاإلميا ا‬
ْ ‫اب أ ْاعظا ام م ْن‬
ُ ‫اب اوالْع اق‬ َّ ‫ح او‬
ُ ‫الذ ُّم اوالث اَّو‬ ُ ‫الش اقاءُ اوالْ ام ْد‬
َّ ‫او‬

Maksudnya: Orang ramai bercakap tentang nama ini - iaitu iman - dan namanya banyak. Kerana
ia adalah tiang agama yang berkisar di atasnya, dan tidak ada nama dalam ucapan yang dikaitkan
dengan kebahagiaan dan kesengsaraan, pujian dan celaan, pahala dan azab, lebih besar daripada
nama Iman dan kufur; Itulah sebabnya prinsip ini dipanggil "permasalahan terhadap Nama dan
Hukum."

1
Hadis no 9 dalam bab perkara-perkara iman
2
Hadis no 35 dalam bab pecahan iman
3
Majmu’ al fatawa (13/57)

5
DEFINISI IMAN

Iman dari segi bahasa ialah daripada perkataan isim masdar ‫آمن يؤمن إمياَن فهو مؤمن‬. Di sisi
orang Arab memaknakan dengan “membenarkan”. Orang yang membenarkan kepada sesuatu
disebut beriman kepadanya. Orang yang membenarkan perkataannya dengan perbuatannya
disebut beriman. Oleh itu, Allah S.W.T berfirman:

﴾‫ي‬ ِ ِ ‫﴿وما أانْت ِِبُؤِم ٍن لاناا ولاو ُكنَّا‬


‫صادق ا‬
‫ا‬ ْ‫ا‬ ْ ‫اا ا‬
Daripada ayat ini memberi makna “kamu tidak percaya apa yang kami katakan”4 [yusuf: 17].

Iman dari sudut penggunaan kalimah juga terbahagi kepada dua, iaitu ‫ متعدي بنفسه‬iaitu
memerlukan kepada ‫مفعول به‬, dan yang keduanya ‫ متعدي بغريه‬iaitu memerlukan kepada yang haraf
jar tambahan yang mana bila ditambah akan memberi makna lain.

1. ‫التعدي بنفسه‬
Untuk pembahagian yang pertama ia akan memberi makna “keamanan”. Seperti mana
firman Allah S.W.T : ﴾‫ف‬ ٍ ‫﴿وآمنا هم ِمن خو‬. Maksud ayat tersebut bahawa Allah telah
ْ‫ا ا ُْ ْ ا‬
mengamankan mereka daripada ketakutan. Begitu juga dengan dengan Allah yang bersifat
‫ املؤمن‬iaitu Allah yang maha memberi keamanan kepada hambanya daripada ketakutan dan
panik di hari kiamat kelak.

2. ‫التعدي بغريه‬
Untuk pembahagian yang kedua adalah ia merujuk kepada keperluan huruf jar itu sendiri.
Antaranya ialah:
2.1 ‫التعدي ابلباء‬
Kalimah iman yang memerlukan huruf “‫ ”ب‬yang memberi makna “membenarkan”.
Seperti mana firman Allah S.W.T:

﴾‫يل‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
‫﴿قُولُوا اآمنَّا اب ََّّلل اواما أُنزال إلاْي ناا اواما أُنزال إ اَل إبْ اراه ايم اوإ ْسااع ا‬

4
Ja’mi’ Al Bayan Fi Takwili Aayi Al Quran (1/235) / (2/214)

6
Maksudnya: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada
Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al Quran), dan kepada apa yang
diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. [Al – Baqarah: 136]

Daripada ayat ini menunjukkan bahawa ‫ آمن ابهلل‬membenarkan apa yang diturunkan dari-
Nya.

2.2 ‫التعدي ابلالم‬


Perkataan iman yang memerlukan huruf jar iaitu “‫ ”ل‬ianya membawa kepada makna
‫ واإلذعان‬،‫ واالتباع‬،‫ االنقياد‬iaitu “mengikuti, akur, menyerah”. Seperti dalam firman Allah
S.W.T:
﴾‫ط‬
ٌ ‫آم ان لاهُ لُو‬
‫﴿فا ا‬
Maksudnya: Setelah itu Lut beriman kepadanya. [Al – Ankabut: 26]

Dalam kitab tafsir al - muyassar ada menukilkan tafsiran ayat ini:


5
‫اهيم وتبع ملته‬
‫فصدَّق لو ٌط إبر ا‬
Maksudnya: Nabi Allah Luth akur dengan Nabi Ibrahim dan mengikuti agamanya

Pengertian iman dari sudut istilah6 pula ialah seseorang membenarkan dan meyakini
sudut hati, ikrar dengan lidah serta mengamalkannya dengan anggota. Al-tasdiq atau
membenarkan bermaksud: membenarkan serta mengikuti kerasulan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬serta
apa sahaja yang Baginda bawa dan sampaikan. Pengertian ini merupakan pendapat Imam
Malik, Al-Syafi’i, Ahmad, Al-Auza’i, Ishak bin Rahawaih, Ahl Az -Zahir, Ahl Al-Hadith,
ulama Salaf, Ahl Al-Madinah juga majoriti Mutakallimin. Antara dalilnya ialah:
ِ ِ ُّ ‫ٱَّلل اال ُُِي‬ ِ ِ ِ َّ ‫﴿وأ َّاما ٱلَّ ِذين ءامنُو۟ا وع ِملُو۟ا‬
‫ب ٱلظَّٰلم ا‬
﴾‫ي‬ ُ ‫ٱلصٰل احٰت فايُ اوفيي ِه ْم أ‬
َُّ ‫ُج اورُه ْم ۗ او‬ ‫ا اا اا‬ ‫ا‬
Maknanya: Adapun orang-orang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah
menyemprunakan pahala-pahala mereka. [Ali Imran 3:57]

Iman menurut istilah seperti yang telah dinyatakan tadi seorang mukmin yang boleh
menyebabkan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak berkekalan ke dalam neraka, namun
ulama berselisih pendapat dalam menjelaskan definisi iman dari sudut istilah. .

5
Tafsir Al - Muyassar (1/399)
6
Perbahasan Akidah Islam ms86

7
IMAN SECARA HAKIKATNYA TERBENTUK KEPADA EMPAT JUZUK

Pengertian iman itu merangkumi qaul, amal dan niat. Manakala menurut istilah secara hakikinya
iman terbentuk kepada empat juzuk7, iaitu qaul zahir dan qaul batin, amal zahir dan amal batin.
Empat juzuk ini bermaksud tidak ada selisih padanya di sisi ahli sunnah:
1. Qaul tanpa amal tidak mencukupi kesempurnaan iman, inilah ijma’ para ulama salaf
2. Adalah kufur berlaku pada qaul dan amal, sepertimana I’tiqad dan meninggalkannya

Qaul al-qalb

Membenarkan hatinnya dengan Allah sebagai tuhan, taqrir akan ketetapannya, meyakininya dan
pengetahuannya tentang Allah sebagai tuhan. Dalil yang menunjukkan bahawa Qaul al-qalb:
۟
﴾‫ي لا اكٰ ِذبُو ان‬ ِِ
‫ٱَّللُ يا ْش اه ُد إِ َّن ٱلْ ُمناٰفق ا‬ َّ ‫ٱَّللِ ۗ او‬
‫ٱَّللُ يا ْعلا ُم إِن ا‬
َّ ‫َّك لاار ُسولُهُۥ او‬ َّ ‫ول‬ ِ
‫﴿إِذاا اجآءا اك ٱلْ ُمناٰف ُقو ان قاالُوا نا ْش اه ُد إِن ا‬
ُ ‫َّك لاار ُس‬
Maksudnya: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu wahai Nabi, mereka berkata,
“Kami bersaksi bahawa sesungguhnya kamu adalah Rasul Allah”—dan sesungguhnya Allah
mengetahui bahawa kamu adalah Rasul-Nya—tetapi Allah menyaksikan bahawa orang-orang
munafik itu benar-benar pendusta. [al-munafiqun 63:1]
Daripada ayat ini menunjukkan mereka (munafiq) dihukumkan nifaq walaupun mereka
menyaksikan dengan lisan dan amal mereka, namun kata-kata daripada hati mereka sangatlah
berbeza daripada apa yang lahir daripada lisan mereka. Maka ternafilah keimanannya kerana
penafian yang ada pada Qaul al-qalb. Adapun kita menghukumkan islam secara zahir sahaja.

Qaul al-lisan

Taqrir dengan lisan dengan menetapkan bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya, erti kata lain mengucapkan dua kalimat syahadah.
Berkata syeik al-islam Ibn Taimiyyah8:

‫ مستلزم مع انتفاء اإلميان القلب التام‬،‫ امتنع أن ال يتكلم ابلشهادتي مع القدرة‬،‫ أن من آمن قلبه إمياَن جازما‬،‫وهبذا تعرف‬
Maksudnya: dan dengan ini (Qaul al-lisan) diketahui bahawa orang yang beriman dengan
hatinya secara jazam, beserta tiada halangan untuk mengucapkan syahadah, mampu untuk
berkata-kata, maka ternafilah kesempurnaan iman dalam hatinya.

7
Al-Arba’un Al-A’qdiyyah (1/257)
8
Majmu’ al-fatawa (10/271)

8
Amal al-qalb

Tindakan gerak hati yang wujud selepas membenarkan syahadah, dan kehendaknya yang lahir
untuk apa yang dilakukan. Konsep tawakkal, mahabbah, menaruh harapan, ikhlas dan lain-lain
lagi sebagai contoh yang wujud daripada tindakan hati. Antara dalil yang menunjukkan
demikian ialah:
۟
﴾ۗ ِ‫ح ًّۭبا ِيََّّلل‬
ُ ‫اش ُّد‬
‫ين ءا اامنُ ٓوا أ ا‬ ِ َّ
‫﴿ اوٱلذ ا‬
Maksudnya: tetapi orang-orang mukmin yang benar lebih mencintai Allah [al-baqarah 2:165]

ِِ ِ ِ ُ ‫﴿إََِّّناا ٰذالِ ُكم ٱلشَّيطاٰن ُُي ِو‬


‫وه ْم او اخافُون إِن ُكنتُم ُّم ْؤمن ا‬
﴾‫ي‬ ُ ُ‫ف أ ْاولياآءاهُۥ فا اال اَتااف‬ ‫ُ ْ ُ اي‬
Maksudnya: (Amaran) itu hanyalah (dari) syaitan, yang hendak menggerunkan kamu supaya
takut kepada pengikutnya. Maka janganlah kamu takut kepada mereka; takutlah kepada-Ku jika
kamu benar-benar orang yang beriman. [ali Imran 3:175]

Demikian juga daripada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, sabda Nabi ‫ﷺ‬:

‫ من أن يرجع إَل الكفر بعد إذ‬،‫يقذف ِف النار أحب إليه‬


‫ا‬ ‫ وحىت أن‬،‫ُيب املرءا ال ُيبه إال هلل‬
َّ ‫ حىت‬:‫ال جيد أحد حالوةا اإلميان‬
9
‫أنقذه هللا وحىت يكو ان هللاُ ورسولُه أحب إليه مما سوامها‬
Maksudnya: Tidak akan ada manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang dan mencintainya
hanya kerana Allah, dan sehingga lebih dicintainya untuk dicampakkan ke dalam api daripada
kembali kepada kekufuran (kafir) setelah Allah mengeluarkannya daripadanya, dan sehingga
Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada segala-galanya

Berkata imam Ibn Al-Qayyim:

‫فأهل السنة جممعون على زوال اإلميان وأنه ال ينفع التصديق مع انتفاء عمل القلب‬
Maksudnya: ahli sunnah telah bersepakat bahawa gelincirnya iman seseorang apabila tiada
manfaat baginya tasdiq itu namun menafikan amal al-qalb10.

9
Sahih al-bukhori (6041)
10
Al-Solat Wa Ahkamu Taarikuha (56)

9
Amal al-jawarih

Iaitu amal yang berbentuk gerakan yang zahir seseorang itu. Ia merupakan sebahagian daripada
usul iman dan salah satu daripada rukun-rukunnya, sekiranya tiada maka gelincirnya iman
seseorang itu. Antara dalil yang sabit dalam al-quran ialah:
۟
ِ ِ‫ٱلزاك ٰوةا ۚ و ٰذال‬ ِ ۟ ِ ۟
ِ ِ َّ ‫﴿ومآ أ ُِمروا إَِّال لِي عب ُدوا‬ ۟
﴾‫ين ٱلْ اقيِي ام ِة‬
ُ ‫كد‬‫ٱلصلا ٰوةا اويُ ْؤتُوا َّ ا ا‬
َّ ‫يموا‬
ُ ‫ين ُحنا افآءا اويُق‬
‫ي لاهُ ٱل يد ا‬
‫ٱَّللا ُمُْلص ا‬ ُ ْ ‫ا ا ُٓ ا‬
Maksudnya: padahal mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah semata-mata
dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam kebenaran, mendirikan solat dan menunaikan
zakat. Itulah jalan yang lurus. [al-bayyinah 98:5]
Firman Allah juga dalam surah al-nisa’:
۟ ِ ‫﴿فا اال وربِك اال ي ؤِمنُو ان ح َّىت ُُي يِكم ا‬
‫ِف أان ُف ِس ِه ْم‬
ٓ ِ ‫يما اش اجار باْي نا ُه ْم ُُثَّ اال اِجي ُدوا‬ ‫وك ف ا‬ ُ ‫اٰ ا‬ ْ ُ ‫ا اي ا‬
﴾‫يما‬ ِ ۟ ِ ِ
ًًّۭ ‫ت اويُ اسلي ُموا تا ْسل‬‫ضْي ا‬
‫احار ًًّۭجا يممَّا قا ا‬
Maksudnya: sekali-kali tidak! Demi Tuhanmu, mereka tidak akan menjadi orang yang benar-
benar beriman sehingga mereka menerimamu wahai Nabi sebagai hakim dalam perselisihan
mereka, dan mereka tidak merasa ada perlawanan dalam diri mereka terhadap keputusanmu dan
mereka tunduk dengan sepenuh hati. [al-nisa’ 4:65]
Intisari daripada ayat ini Allah bersumpah dengan diri-Nya tidaklah seseorang itu beriman
sehinggalah mereka menerima hukum-hakam daripada Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam segala urusannya,
kemudian hatinya tunduk kepada Islam. Kemudian dia tidak malu dengan keputusan yang telah
diputuskannya. Itu adalah sesuatu selain ketundukan dengan hati, tidak ada iman juga bagi
sesiapa yang tidak beramal. Jadi sahlah dengan pasti bahawa iman adalah kata nama yang
berlaku untuk perbuatan dalam segala yang ada dalam syariat11.
Maka akan ada timbul persoalan tentang adakah amal al-jawarih ini ialah kesemua rukun
islam yang lima salain syahadah itu yang mana sekiranya seseorang itu meninggalkan akan
tergelincir imannya? Adapun perkataan itu dua kalimah syahadah dan adapun amal itu adalah
solat. Maka syeikh al-islam Ibn Taimiyyah berkata12:

‫اإلميان عند أهل السنة واجلماعة قول وعمل كما دل عليه الكتاب والسنة وامجع عليه السلف وعلى ما هو مقرر ِف موضعه فالقول‬
‫تصديق الرسول والعمل تصديق القول فإذا خال العبد عن العمل ابلكلية مل يكن مؤمنا والقول الذي يصري به مؤمن قول ُمصوص‬
.‫وهو الشهاداتن فكذلك العمل هو الصالة‬
Iman menurut ahli sunnah, adalah ucapan (qaul) dan perbuatan (amal), seperti yang ditunjukkan
oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan disepakati secara sepakat oleh para salaf, dan apa yang
ditetapkan pada tempatnya. Maka, qaul adalah ucapan keyakinan Rasul dan perbuatan adalah

11
Al-Masdar As-Saabiq (3/109)
12
Syarh Al-U’mdah (2/86)

10
iman kepada qaul, jika seorang hamba benar-benar tidak beramal, maka dia tidak beriman, dan
kenyataan yang dengannya dia beriman adalah pernyataan yang khusus, iaitu dua sua kalimat
syahadah, maka begitu juga amal adalah solat.

Sebagai ringkasannya, iman itu membenarkan daripada qaul (lisan), amal dan niat, juga
terbentuk daripada empat juzuk itu, qaul al-qalb, amal al-qalb, qaul al-lisan dan amal al-jawarih.
Tergelincirlah iman seseorang itu sekiranya tidak ada salah satu daripadanya.

11
IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG

ِ ‫﴿ ُُثَّ أاورثْناا ٱلْ ِكتاٰب ٱلَّ ِذين ٱصطاافي ناا ِمن ِعب ِاد اَن ۖ فا ِمْن هم ظا ًِّۭامل ليِنا ْف ِس ِهۦ وِمْن هم ُّم ْقتا‬
‫ص ًٌّۭد‬ ُ ‫ا‬ ٌ ُْ ‫ا ا ْ ْ ْ ا‬ ‫ْا‬
﴾ُ‫ل ٱلْ اكبِري‬ ِ َِّ ‫ت ِبِِ ْذ ِن‬
‫ٱَّلل ۚ ٰذال ا‬ ِ ‫ٱْل ٰري‬ ِ ٌۢ ِ ِ
ُ‫ض‬ ْ ‫ك ُه او ٱلْ اف‬ ‫اومْن ُه ْم اساب ٌق ب ْاْ ا‬
Maksudnya: Kemudian Kami anugerahkan Kitab itu kepada orang-orang yang Kami pilih di
antara hamba-hamba Kami. Ada di antara mereka yang menzalimi diri sendiri, ada yang
mengikuti jalan tengah, dan ada yang mendahului dalam beramal dengan izin Allah. Itulah
(sesungguhnya) kurnia yang besar. [ Fathir 35:32]

Darjat iman daripada firman Allah

1. orang yang mencapai kesempurnaan iman; mereka selalu berlumba dalam kebaikan dan
menunaikan perkara wajib dan sunat, serta meninggalkan perkara yang haram dan dibenci.
2. Orang yang mencapai tahap iman yang bersederhana (muqtasid); mereka yang sekadar
melakukan kewajipan tanpa disertakan dengan perkara yang sunat dan meninggalkan
perkara haram. Iman di tahap ini sabda Nabi Muhammad ‫ﷺ‬:
13
))‫((أفلح إن صدق‬
Maksudnya: dia akan berjaya jika dia benar (dengan apa yang dia katakan)
3. Orang yang mencapai asas iman; mereka mempunyai asas tauhid, mereka berani melakukan
perkara yang dilarang tanpa bertaubat sesudah itu, dan mereka yang hanya sekadar
melakukan sebahagian sahaja perkara yang wajib, maka golongan ini dikategorikan sebagai
orang yang menzalimi dirinya sendiri.

13
Sahih Muslim (1/11), bab bayan as-solawat al-latii hiya ahadu arkan al-islam

12
‫‪Kesepakatan ulama dalam menyatakan bahawa iman boleh bertambah dan berkurang‬‬

‫‪Berkata ibn Abdil Bar dalam menyatakan berlakunya ijma’ bahawa iman boleh bertambah dan‬‬
‫‪berkurang:‬‬

‫أمجع أهل الفقه واحلديث على أن اإلميان قول وعمل‪ ،‬وال عمل إال بنية‪ ،‬واإلميان عندهم يزيد ابلطاعة‪ ،‬وينقص ابملعصية‪،‬‬
‫‪14‬‬
‫والطاعات كلها عندهم إميان‬

‫‪Berkata Ibn Kathir:‬‬

‫اعتقادا وقوال وعمال‪ ،‬هكذا ذهب إليه أكثر اْلئمة؛ بل قد حكاه الشافعي وأمحد بن حنبل‬
‫ً‬ ‫فاإلميان الشرعي املطلوب ال يكون إال‬
‫‪15‬‬
‫إمجاعا أن اإلميان قول وعمل‪ ،‬يزيد وينقص‬
‫وأبو عبيد وغري واحد ً‬

‫‪14‬‬
‫)‪At-Tamhid (4/165‬‬
‫‪15‬‬
‫)‪Tafsir Al-Quran Al-Azim (1/165‬‬

‫‪13‬‬
PERBEZAAN DALAM MEMAHAMI HAKIKAT IMAN

Antara perbezaan definisi dalam memahami iman adalah seperti berikut16:

Ahli sunnah

Iman di sisi ahli sunnah sepertimana yang di bincang sebelum ini, iaitu seseorang membenarkan
dan meyakini sudut hati, ikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan anggota. al-Tasdiq atau
membenarkan bermaksud: Membenarkan serta mengikuti kerasulan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬serta
mengikuti kerasulan Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬serta apa sahaja Baginda sampaikan.

Abu Hasan al-Asy’ari

Abu Hasan al-Asy’ari mengatakan: iman itu ialah membenarkan segala apa yang dibawa oleh
Allah melalui Rasul-Nya, dan kepercayaan ini sah dengan mengenal Allah. Pengertian iman dari
sudut istilah sebagaimana yang dikemukakan oleh Abu Hasan al-Asya’ari tersebut jelas dapat
difahami daripada hadis riwayat Abu Hurairah, di mana Jibrail bertanya Rasulullah ‫ﷺ‬:
ِ ‫ال ا ِإلمياا ُن أا ْن تُ ْؤِمن ِاب ََّّللِ وم االئِ اكتِ ِه وُكتُبِ ِه وبِلِ اقائِِه ورسلِ ِه وتُ ْؤِمن ِابلْب ع‬
((‫ث‬ ‫)) اما ا ِإلمياا ُن قا ا‬
ْ ‫اُ ُ ا ا ا‬ ‫ا ا‬ ‫اا‬ ‫ا‬
Maksudnya: Apakah itu iman? Rasulullah ‫ ﷺ‬menjawab: Iman ialah percaya kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, para rasul- Nya dan hari
Kebangkitan

Majoriti ulama Asya’irah

Iman ialah membenarkan dalam hati dan mengucapkan atau ikrar dengan lidah. Ini merupakan
penjelasan menurut pendapat majoriti al-Asya'irah. Justeru, sesiapa yang hanya sekadar
membenarkan dalam hati tanpa disusuli dengan ikrar atau ucapan sudut lidah, tidak dikira
beriman di sisi Allah serta ia tidak berhak memasuki syurga dan tidak terjamin bebas daripada
berkekalan dalam neraka.
Untuk itu, ulama golongan pertama berbeza pendapat dengan golongan kedua sudut lafaz
sahaja. laitu mereka sepakat sudut keimanan yang diterima sebagai seorang mukmin dan tidak
rosak akidah. Dimana amalan zahir atau sudut anggota sebagai yang tersemat di hati dan
petunjuk keimanan amalan hanya dikira sebahagian daripada iman.

16
Perbahasan Akidah Islam, konsep iman dan Islam (86-90)

14
Khawarij dan majoriti golongan Muktazilah

Menurut pendapat golongan Khawarij serta majoriti golongan Muktazilah, iman ialah amalan
anggota dan zahir. Cuma ada sedikit perbezaan di antara Khawarij dengan Muktazilah,
contohnya: Golongan Khawarij mengatakan iman ialah amalan taat, sama ada fardu atau sunat.
Manakala menurut Muktazilah pula, iman ialah amalan fardu sahaja, bukan sunat.

Abu Mansur al-Maturidi

Iman ialah sekadar membenarkan dalam hati semata-mata. Yang mana ucapan dan ikrar lidah
itu hanyalah sebagai rukun tambahan dan ia bukan asas utama atau rukun asal. Ini merupakan
pendapat Abu Mansur al-Maturidi sebagaimana yang diriwayatkan daripada imam Abu Hanifah.
Antara dalilnya sebagaimana firman Allah:
ِْ ‫ك اكتاب ِِف قُلُوهبِِم‬
﴾‫اإلميا ان‬ ِ
ُ ‫﴿أ ُْولائ ا ا‬
Maksudnya: Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka.
[al-Mujadalah 58:22]

Al-Karramiyyah

Iman ialah ucapan atau ikrar dan mengakui sudut lidah sahaja. Ini merupakan pendapat
golongan al-Karramiah. Pendapat ini memang jelas rosak dan tidak benar. Kerana jika iman itu
hanya sekadar ucapan pada lidah sudah tentu orang munafik juga dikira beriman atau iman
mereka sempurna. Namun sebaliknya telah terbukti secara jelas bahawa pengakuan golongan
munafik ditolak dan mereka akan ditempatkan dalam neraka, bahkan neraka yang paling bawah.
Sebagaimana firman Allah:
ِ ِ ِ ِ ‫﴿إِ َّن ٱلْمناِٰف ِقي ِِف ٱلدَّرِك ٱ ْْل‬
ً ‫اس اف ِل م ان ٱلنَّار اولان اَت اد اِلُْم ناص‬
﴾‫ريا‬ ْ ْ ‫ُ ا‬
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu berada di tempat yang paling bawah dari
neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat penolong bagi mereka. [an-nisa’ 4:145]

Al-Jabariah

Iman ialah makrifah sudut hati. Ini merupakan pendapat kalangan ketua puak Jabariah, seperti:
al-Jahm bin Safuan dan Abu al-Hasan al-Salihi. Pendapat ini juga jelas rosak, sesat dan ditolak.
Jika pendapat ini diterima sudah tentu iman Firaun, Haman dan kaumnya juga dikira memiliki
iman yang sempurna, kerana mereka mengetahui kebenaran dan apa yang dibawa oleh Nabi
Musa dan Harun. Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya. laitu mereka sekadar
mengetahui kebenaran, namun tidak membenarkannya serta tidak beriman dengannya.

15
Antara lain juga, mereka mengenali Allah, tapi mengingkarinya¹¹, sebagaimana firman Allah:
ِِ ِ ِ۟
﴾‫ين‬
‫ف اكا ان اعٰقباةُ ٱلْ ُم ْفسد ا‬
‫﴿ او اج اح ُدوا هباا اوٱ ْستا ْي اقنا ْت اهآ أان ُف ُس ُه ْم ظُلْ ًًّۭما اوعُلُ ًّۭوا ۚ فاٱنظُْر اكْي ا‬
Maksudnya: Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh, sedang hati
mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana orang yang melakukan kerosakan.
[an-naml 27:14]

16
IMAN DAN ISLAM DENGAN MAKNA YANG SAMA

Sebagai rumusannya, iman yang sempurna sudut istilah jumhur ulama serta ahli Hadis ialah:
Membenarkan sudut hati, ikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan anggota zahir. Justeru,
berdasarkan penjelasan definisi Islam dan Iman tersebut, jelas kepada kita bahawa, kedua-dua
perkataan ini mempunyai definisi yang berbeza hanyalah dari sudut bahasa. Erti kata lain,
perbezaan kedua-duanya hanya dari segi lafaz, tetapi tidak dari segi pengertian atau hakikat
yang sebenar.
Yang mana dari sudut istilah, Islam dan Iman itu membawa erti yang sama. Sehubungan dengan
itu, penjelasan lebih khususnya:
a) Menurut ulama Salaf, termasuk: Ibn Mindah, Imam al-Bukhari dan Ibn Hajar al-
Asqalani berpendapat kedua-duanya mempunyai nama yang berbeza, tetapi membawa
satu erti
b) Menurut pendapat ulama Khalaf: Jika perkataan iman dan Islam disebut serentak, ia
menunjukkan makna yang satu

17
‫‪RUJUKAN‬‬

‫‪KITAB MELAYU‬‬
‫‪DR. AB. LATIF MUDA & DR. ROSMAWATI ALI @ MAT ZIN. (2015). PERBAHASAN‬‬
‫‪AKIDAH ISLAM, PUSTAKA SALAM SDN BHD‬‬

‫‪KITAB ARAB‬‬

‫‪ .1‬القرآن الكرمي‬
‫‪ .2‬جمموع الفتاوى‪ ،‬اإلمام تقي الدين أبو العباس أمحد بن عبد احلليم بن تيمية احلراين (املتوِف‪728 :‬ه )‪،‬‬
‫احملقق‪ :‬عبد الرمحن بن حممد بن قاسم‪ ،‬الناشر‪ :‬جممع امللك فهد لطباعة املصحف الشريف‪ ،‬املدينة‬
‫النبوية‪ ،‬اململكة العربية السعودية‪ ،‬عام النشر‪1416 :‬ه ‪1995/‬م‬
‫‪ .3‬اْلربعون العقدية‪ ،‬أربعون حديثا ِف أصول اعتقاد أهل السنة واجلماعة‪ ،‬مجعها وشرحها‪ :‬أبو عبد الرمحن‬
‫أمين إساعيل‪ ،‬قدم له‪ :‬حممد حسن عبد الغفار‪ ،‬الناشر‪ :‬دار اآلاثر – مصر‪ ،‬الطبعة‪ :‬اْلوَل‪ 2021 ،‬م‪،‬‬
‫عدد اْلجزاء‪2 :‬‬
‫‪ .4‬اجلامع الصحيح املختصر‪ ،‬املؤلف‪ :‬حممد بن إساعيل أبو عبد هللا البخاري اجلعفي‪ ،‬الناشر‪ :‬دار ابن‬
‫كثري‪ ،‬اليمامة – بريوت‪ ،‬الطبعة الثالثة‪ ،1987 – 1407 ،‬حتقيق‪ :‬د‪ .‬مصطفى ديب البغا أستاذ‬
‫احلديث وعلومه ِف كلية الشريعة ‪ -‬جامعة دمشق‪ ،‬عدد اْلجزاء‪ ،6 :‬مع الكتاب‪ :‬تعليق د‪ .‬مصطفى‬
‫ديب البغا‬
‫‪ .5‬املسند الصحيح املختصر بنقل العدل عن العدل إَل رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‪ ،‬املؤلف‪ :‬مسلم بن‬
‫احلجاج أبو احلسن القشريي النيسابوري (املتوِف‪261 :‬ه )‪ ،‬احملقق‪ :‬حممد فؤاد عبد الباقي‪ ،‬الناشر‪ :‬دار‬
‫إحياء الرتاث العرِب – بريوت‪ ،‬عدد اْلجزاء‪5 :‬‬
‫‪ .6‬تفسري اإلجيي جامع البيان ِف تفسري القرآن‪ ،‬املؤلف‪ :‬حممد بن عبد الرمحن بن حممد بن عبد هللا احلسين‬
‫احلسيين ِاإلجيي الشافعيي (املتوِف‪905 :‬ه )‪ ،‬دار النشر‪ :‬دار الكتب العلمية – بريوت‪ ،‬الطبعة‪ :‬اْلوَل‪،‬‬
‫‪ 1424‬ه ‪ 2004 -‬م‪ ،‬عدد اْلجزاء‪4 :‬‬
‫‪ .7‬الصالة وأحكام اتركها‪ ،‬املؤلف‪ :‬حممد بن أِب بكر بن أيوب بن سعد مشس الدين ابن قيم اجلوزية (املتوِف‪:‬‬
‫‪751‬ه )‪ ،‬الناشر‪ :‬مكتبة الثقافة ابملدينة املنورة‪ ،‬عدد اْلجزاء‪1 :‬‬

‫‪18‬‬
‫‪ .8‬التفسري امليسر‪ ،‬املؤلف‪ :‬خنبة من أساتذة التفسري‪ ،‬الناشر‪ :‬جممع امللك فهد لطباعة املصحف الشريف –‬
‫السعودية‪ ،‬الطبعة‪ :‬الثانية‪ ،‬مزيدة ومنقحة‪1430 ،‬ه ‪ 2009 -‬م‪ ،‬عدد اْلجزاء‪1 :‬‬
‫‪ .9‬شرح العمدة لشيخ اإلسالم ابن تيمية ‪ -‬من أول كتاب الصالة إَل آخر ابب آداب املشي إَل الصالة‪،‬‬
‫املؤلف‪ :‬تقي الدين أبو العباس أمحد بن عبد احلليم بن عبد السالم بن عبد هللا بن أِب القاسم بن حممد‬
‫ابن تيمية احلراين احلنبلي الدمشقي (املتوِف‪ 728 :‬ه )‪ ،‬احملقق‪ :‬خالد بن علي بن حممد املشيقح‪ ،‬الناشر‪:‬‬
‫دار العاصمة‪ ،‬الرَيض‪ ،‬اململكة العربية السعودية‪ ،‬الطبعة‪ :‬اْلوَل‪ 1418 ،‬ه ‪ 1997 -‬م‪ ،‬عدد‬
‫اْلجزاء‪1:‬‬

‫‪19‬‬

Anda mungkin juga menyukai