Anda di halaman 1dari 7

TRANSKRIP TEMU BUAL SAMPEL 1 BERSAMA INFORMEN 1

TARIKH 23 MEI 2023

MASA 3:00 PETANG

TEMPAT MEDAN SELERA MATU

Pada 23 Mei 2023 yang lalu, pengkaji telah pergi ke lokasi informen 1 iaitu di medan
selera matu untuk mendapatakan beberapa maklumat. Pengkaji menjalankan temu bual bagi
mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kesan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di dewan
serbaguna terhadap penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Pengkaji: Assalamualaikum encik.

Informen 1: Walaikumsalam

Pengkaji: Maaf menganggu, sebenarnya saya ingin meminta sedikit masa encik untuk
menjalankan temu bual berkaitan kerja kursus yang sedang saya jalankan.

Informen 1: Oh begitu. Bolehkah saya ingin mengetahui apakah soalan yang ingin diajukan.

Pengkaji: Boleh. Namun sebelum saya mengemukakan soalan, ingin saya menyatakan
tentang tajuk kerja kursus saya iaitu Dewan Serbaguna Sebagai tempat untuk meningkatkan
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.
Tanpa melengahkan masa saya akan pergi ke soalan yang pertama.

Informen 1:Okay baiklah.

Pengkaji: Soalan yang pertamanya adalah adakah kesan pelaksanaan aktiviti di dewan
serbaguna tersebut dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk di Kampung
Sekaan Besar, Matu, Sarawak?

Informen 1: Pada pendapat saya pelaksanaan aktiviti tersebut dapat mengeratkan silaturahim
kerana aktiviti tersebut dilaksanakan secara berkumpulan akan mewujudkan hubungan yang
erat antara penduduk.
Pengkaji: Oh begitu. Baiklah saya akan terus pergi ke soalan yang kedua iaitu bagaimanakah
aktiviti yang dilaksanakan tersebut dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan
penduduk.

Informen 1: Apa yang saya dapat jelaskan di sini adalah aktiviti yang dijalankan ini akan
mewujudkan interaksi antara penduduk semasa menjalakan aktiviti tersebut. Maka, interaksi
yang terjadi akan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk. Oleh itu,
aktiviti yang dilaksanakan juga akan mampu mewujudkan semangat kekitaan antara
penduduk setempat.

Pengkaji: Baiklah itu merupakan satu jawapan yang jelas. Bagi soalan yang ketiga pula,
adakah melalui aktiviti yang telah dilaksanakan penduduk setempat dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni.

Informen 1: Masyarakat yang harmoni dapat saya definisikan sebagai sebuah masyarakat
yang sentiasa melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama. Maka, melalui aktiviti yang akan
dilakukan di dewan serbaguna tersebut sudah semestinya akan menjadi wadah untuk
penduduk bagi meluangkan masa Bersama-sama. Oleh itu, sudah semestinya akan wujudnya
sebuah masyarakat yang harmoni semasa atau selepas aktiviti tersebut dijalankan.

Pengkaji: Baiklah itu sebuah pendapat yang cukup bernas. Soalan saya yang keempat pula
ialah adakah penduduk setempat dapat berkomunikasi dan saling mengenali anatara satu
sama lain melalui aktiviti yang telah diadakan.

Informen 1: Sudah tentu. Aktiviti atau program yang dijalankan akan berjalan dengan lancar
seandainya ada komunikasi yang baik semasa menjalankan aktiviti tersebut. Jadi, itu
merupakan bukti mengapa saya mengatakan bahawa komunikasi dan perkenalan antara satu
sama lain terjadi semasa mereka menjalankan aktiviti tersebut.

Pengkaji: Baiklah itu merupakan satu jawapan yang sangat jelas. Saya akan beralih ke soalan
yang terakhir iaitu adakah melalui pelaksanaan aktiviti tersebut dapat meningkatkan
kerjasama antara penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Informen 1: Ya kerana masyarakat yang bergerak seia sekata semestinya dapat diwujudkan
dari hari ke hari. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sering melakukan aktiviti
Bersama-sama dan aktiviti yang mereka lakukan ini akan menambah baik kerjasama dari hari
ke hari. Jadi aktiviti yang baik sudah tentu memerlukan pengurusan yang baik dan
komunikasi yang berkesan antara mereka. Maka, perkara ini akan meningkatkan kerjasama
antara mereka dan mewujudkan kawasan yang harmoni. Begitu sahaja pendapat saya.

Pengkaji: Terima kasih encik. Rasanya selesai sudah temu bual kita dan terima kasih atas
segala maklumat yang diberikan sebentar tadi serta sudi meluangkan masa untuk menjawab
persoalan sebentar tadi.

Informen 1: Ya, sama-sama.

TRANSKRIP TEMU BUAL SAMPEL 2 BERSAMA INFORMEN 2

TARIKH 23 MEI 2023

MASA 4:00 PETANG

TEMPAT MEDAN SELERA MATU

Pada 23 Mei 2023 yang lalu, pengkaji telah pergi ke lokasi informen 1 iaitu di medan
selera matu untuk mendapatakan beberapa maklumat. Pengkaji menjalankan temu bual bagi
mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kesan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di dewan
serbaguna terhadap penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Pengkaji: Assalamualaikum encik.

Informen 2: Walaikumsalam

Pengkaji: Maaf menganggu, sebenarnya saya ingin mengambil sedikit masa encik untuk
menjalankan temu bual berkaitan kerja kursus saya yang bertajuk dewan serbaguna sebagai
tempat untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung
Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Informen 2: Oh begitu. Boleh silakan.

Pengkaji: Untuk soalan yang pertamanya adalah adakah kesan pelaksanaan aktiviti di dewan
serbaguna tersebut dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk di Kampung
Sekaan Besar, Matu, Sarawak?

Informen 2: Ya kerana aktiviti tersebut dijalankan secara berkumpulan dan bukannya secara
individu. Malahan aktiviti tersebut dilaksanakan oleh semua penduduk yang terdapat di
Kampung Sekaan Besar tidak mengira latar belakang mereka.

Pengkaji: Oh begitu, terima kasih atas jawapan itu tadi. Baiklah saya akan terus pergi ke
soalan yang kedua iaitu bagaimanakah aktiviti yang dilaksanakan tersebut dapat memupuk
semangat kekitaan dalam kalangan penduduk.

Informen 2: Aktiviti yang dijalankan dapat memupuk semangat kekitaan kerana aktiviti
tersebut dapat membantu kita mengenali semua atau sebahagian penduduk yang terdapat di
kawasan ini. Malahan aktiviti ini juga akan dapat membantu kita untuk mengeratkan lagi
hubungan antara satu sama lain.

Pengkaji: Baiklah, terima kasih atas jawapan itu tadi. Untuk soalan yang ketiga pula, adakah
melalui aktiviti yang telah dilaksanakan penduduk setempat dapat mewujudkan masyarakat
yang harmoni.

Informen 2: Seperti yang telah saya jelaskan sebentar tadi, penduduk harmoni melalui
fahaman saya ialah suatu komuniti penduduk yang saling mengambil berat antara satu sama
lain. Selain itu, penduduk yang harmoni juga merupakan penduduk yang saling bantu-
membantu sesama mereka.
Pengkaji: Ya terima kasih atas jawapan itu. Soalan saya yang keempat pula ialah adakah
penduduk setempat dapat berkomunikasi dan saling mengenali anatara satu sama lain melalui
aktiviti yang telah diadakan.

Informen 2: Ya, aktiviti tersebut dapat meningkatkan interaksi sosial kerana terdapatnya
komunikasi semasa mereka menjalankan aktiviti tersebut dan interaksi merupakan kunci
utama bagi memastikan sesebuah aktiviti itu berjalan dengan lancar.

Pengkaji: Terima kasih untuk jawapan bagi soalan yang keempat. Seterusnya, kita akan
beralih ke soalan yang terakhir iaitu adakah melalui pelaksanaan aktiviti tersebut dapat
meningkatkan kerjasama antara penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Informen 2: Sudah tentu kesan tersebut akan dilihat dengan ketara. Hal ini kerana semua
aktiviti tersebut memerlukan kerjasama antara semua pihak bagi menjayakan aktiviti yang
telah dirancang dan ingin dilaksanakan.

Pengkaji: Okay, sekian sahaja temu bual kita dan terima kasih atas segala maklumat yang
diberikan sebentar tadi serta sudi meluangkan masa untuk menjawab persoalan sebentar tadi.

Informen 2: Ya, sama-sama.

TRANSKRIP TEMU BUAL SAMPEL 3 BERSAMA INFORMEN 3

TARIKH 23 MEI 2023

MASA 5:00 PETANG

TEMPAT MEDAN SELERA MATU

Pada 23 Mei 2023 yang lalu, pengkaji telah pergi ke lokasi informen 1 iaitu di medan
selera matu untuk mendapatakan beberapa maklumat. Pengkaji menjalankan temu bual bagi
mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kesan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di dewan
serbaguna terhadap penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Pengkaji: Assalamualaikum encik.


Informen 3: Walaikumsalam

Pengkaji: Maaf menganggu, sebenarnya saya ingin mengambil sedikit masa encik untuk
menjalankan temu bual berkaitan kerja kursus saya yang bertajuk dewan serbaguna sebagai
tempat untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Kampung
Sekaan Besar, Matu, Sarawak. Boleh kita teruskan?

Informen 3: Oh begitu. Boleh silakan.

Pengkaji: Baiklah saya akan pergi ke soalan yang pertamanya adalah adakah kesan
pelaksanaan aktiviti di dewan serbaguna tersebut dapat mengeratkan silaturahim dalam
kalangan penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak?

Informen 3: Ya, kerana aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan ini dapat mengumpul
masyarakat daripada seluruh pelosok kampung. Hal ini secara secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara semua lapisan masyarakat.

Pengkaji: Oh begitu, terima kasih atas jawapan itu tadi. Baiklah saya akan terus pergi ke
soalan yang kedua iaitu bagaimanakah aktiviti yang dilaksanakan tersebut dapat memupuk
semangat kekitaan dalam kalangan penduduk.

Informen 3: Bagi saya, aktiviti ini membolehkan penduduk kampung mengenali antara satu
sama lain. Perkara ini terjadi kerana mereka berkenalan Ketika menjalankan aktiviti bersama-
sama di dewan serbaguna tersebut

Pengkaji: Baiklah, terima kasih atas jawapan itu tadi. Kita pergi ke soalan yang ketiga pula,
adakah melalui aktiviti yang telah dilaksanakan penduduk setempat dapat mewujudkan
masyarakat yang harmoni.

Informen 3: Pada pendapat saya, saya setuju kerana melalui pandangan saya masyarakat
yang harmoni merupakan masyarakat yang saling bekerjasama. Hal ini dapat kita lihat ketika
mereka menjalankan aktiviti yang telah dirancang bersama-sama tanpa mengira siapapum
individu tersebut.

Pengkaji: Okay baiklah. Seterusnya kita pergi kepada soalan yang keempat pula ialah adakah
penduduk setempat dapat berkomunikasi dan saling mengenali anatara satu sama lain melalui
aktiviti yang telah diadakan.
Informen 3: Bagi saya, saya setuju kerana setiap aktiviti yang dilaksanakan memerlukan
komunikasi untuk membolehkan mereka mengetahui apa yang ingin dilakukan dan mencapai
maklamat yang telah dibina.

Pengkaji: Baiklah, itu merupakan jawapan yang agak jelas. Seterusnya, kita akan beralih ke
soalan yang terakhir iaitu adakah melalui pelaksanaan aktiviti tersebut dapat meningkatkan
kerjasama antara penduduk di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Informen 2: Ya, kerana setiap aktiviti memerlukan kerjasama yang utuh untuk mencapai
matlamat yang telah mereka rancang sebelum mereka menjalankan aktiviti tersebut.

Pengkaji: Baiklah, telah berakhirnya sesi temu bual ini. Terima kasih kerana telah
menyampai segala maklumat yang amat penting buat saya sebentar tadi serta sudi
meluangkan masa untuk menjawab persoalan sebentar tadi.

Informen 3: Okay, sama-sama

Anda mungkin juga menyukai