Anda di halaman 1dari 2

NUR NAJIHAH BINTI MOHD MAZLAN

2 PISMP BM 2

Huraikan pengaruh Tamadun Cina dalam pemantapan Tamadun Malaysia.

Secara umumnya, hubungan tamadun Cina dengan tamadun Malaysia berlaku atas
dasar hubungan perdagangan. Interaksi dan hubungan rapat antara para pedagang Cina
zaman dahulu dengan para pedagang serta penduduk tetap telah mempengaruhi persekitara
Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Kini, tamadun Cina telah mempengaruhi
dan memantapkan Malaysia dari aspek kepercayaan, kebudayaan dan sosial.

Dari segi aspek kepercayaan, ajaran Konfusianisme telah diketengahkan di Malaysia.


Hal ini demikian kerana ajaran tersebut selari dengan beberapa aspek kehidupan khususnya
kepada masyarakat Cina. Ajaran Konfusianisme merupakan ajaran yang paling banyak
diperkatakan dan menjadi teladan bagi kebanyakan masyarakat Cina dan masyarakat lain.
Menurut ajaran ini, raja perlu mempunyai moral yang baik dan menjalinkan hubungan yang
baik dengan rakyat. Dalam rukun negara Malaysia juga, setiap rakyat perlu setia kepada raja
yang memerintah Berikutan daripada persamaan ini, maka kepercayaan bagi tamadun Cina
ini telah menjadi salah satu pemantapan dalam tamadun Malaysia. Dalam perlembagaan
Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi negara. Namun, agama lain bebas
diamalkan di Malaysia. Kompromi dan tolak ansur dan tolak ansur inilah yang menjadi
pemangkin kepada setiap rakyat Malaysia walaupun berbeza pegangan kepercayaan.

Selain itu, pengaruh tamadun Cina dari segi aspek kebudayaan. Kehadiran masyarakat
Cina ke Malaysia telah memberikan variasi dari segi kebudayaan rakyat Malaysia. Antara
pengaruh tamadun Cina ke dalam tamadun Malaysia yang dapat dilihat adalah melalui
serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contohnya,
istilah makanan dan buah-buahan seperti me, tauhu, kucai, cincau, taugeh, bihun dan banyak
lagi. Tambahan pula, budaya Baba dan Nyonya juga merupakan pengaruh Cina. Budaya ini
mula wujud pada tahun 1613 apabila lelaki Cina yang berhijrah lalu berkahwin dengan wanita
Melayu tempatan. Secara ringkasnya, budaya ini merupakan kacukan Cina-Melayu di mana
mereka mempraktikkan kebanyakan budaya dan adat Melayu. Komuniti ini juga telah
mewarnai keunikan kaum-kaum di Malaysia di samping memantapkan kebudayaan negara
kita.

Akhir sekali, tamadun Cina juga mempengaruhi dari aspek sosial. Struktur sosial
masyarakat Cina bermula dengan golongan atasan iaitu maharaja yang menduduki hierarki
teratas dalam tamadun Malaysia. Hal ini sama seperti organisasi sosial dalam tamadun
Malaysia iaitu sultan mempunyai kedudukan tertinggi dalam masyarakat dan merupakan
lambang kedaulatan negeri. Selain itu, dalam sistem sosial masyarakat Melayu, kedudukan
individu boleh berubah melalui dua cara iaitu melalui taraf sedia dan taraf pencapaian. Begitu
juga dalam sistem tamadun Cina yang golongan terpelajarnya akan dipilih untuk menjawat
jawatan seperti pegawai kerajaan. Jawatan ini diberikan berdasarkan tahap kelulusan
peperiksaan awam yang diduki mereka.

Oleh itu, jelaslah bahawa terdapat banyak pengaruh daripada tamadun Cina dalam
memantapkan tamadun Malaysia. Semoga tamadun Malaysia kekal maju dan sentiasa
diteladani dengan pengaruh-pengaruh yang baik dari pelbagai tamadun.

Anda mungkin juga menyukai