Anda di halaman 1dari 4

STEREOTAIP DAN PREJUDIS DALAM ASPEK AGAMA TERHADAP

PERHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan budaya

yang hidup secara aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing.

Kemajmukan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering dicontohi oleh

masyarakat antarabangsa. Walaubagaimanapun kemajmukan tersebut turut digariskan

sebagai salah satu cabaran mengenai stereotaip dan prejudis dalam aspek agama.

situasi semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama

khususnya antara Islam dan bukan Islam merupakan fenomena dalam perhubungan

antara penganut agama sekarang

Terdapat beberapa kes yang melibatkan hubungan antara penganut agama yang

terjejas dan berkait rapat dengan isu sensitiviti agama terutama isu kalimah Allah.

Menurut Mujahid Yusof Rawa (2013), pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula

pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri

Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah

Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan1.

Walau bagaimanapun persepsi sebenar penganut agama terhadap penganut agama

lain tidak dapat dipastikan. Keadaan ini disebabkan oleh tiada data yang dapat

menunjukkan secara tepat tentang had antara agama terutama dalam konteks persepsi

dan prejudis. Rentetan daripada itu, menyebabkan masyarakat semakin sensitif

1
Mujahid Yusof Rawa. (2013, Oktober 23). Sang Aktor Pemimpin Isu 'Allah'. Malaysiakini, Diambil
daripada http://www.malaysiakini.com/news/244606
terhadap isu agama seperti isu kalimah Allah, pertukaran agama dan lain-lain. Oleh

itu, penyediaan bukti saintifik yang empirikal amat diperlukan.

Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan

bersandarkan kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana

“tiap-tiap orang adalah berhak (4),16 mengembangkan agamanya”. Daripada

peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut agama lain

bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan

tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan

penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam.

Islam sekadar mengiktiraf kewujudan agama-agama lain di dunia ini sebagai

suatu sunnatullah dan bukan mengakui kebenaran doktrin dan falsafah ajaran yang

terkandung di dalam agama lain.Islam adalah agama yang dominan di Malaysia dan

telah mewarnai kehidupan masyarakat Melayu selepas pertapaan agama Hindu di

Tanah Melayu

Oleh yang demikian, masyarakat Malaysia dan agama Islam telah dilihat sebagai

sinonim dan kebanyakan persoalan mengenai adat istiadat, politik dan pemerintahan

masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh Islam. Jika diperhalusi, nilai yang

terkandung dalam Islam adalah bersifat universal dan dapat diterima oleh semua

peringkat manusia dan mampu beroperasi dalam konteks kepelbagaian bangsa dan

agama di Malaysia

.Namun begitu, penganut Islam perlu berusaha untuk memahami realiti

kehidupan beragama masyarakat bukan Melayu di Malaysia . Keadaan ini, selaras

dengan ajaran agama Islam untuk mengelakkan sikap salah faham masyarakat bukan
Islam terhadap penganut Islam. Selain itu, penganut agama Kristian perlu

mengamalkan sikap proaktif dan terbuka untuk memahami sosio-budaya dan agama

masyarakat bukan Kristian khususnya masyarakat Melayu dalam usaha mendekati

mereka.n segelintir etnik Melayu sahaja yang menyatakan kesanggupan mereka untuk

makan bersama dengan etnik Cina.

Masyarakat Cina di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tidak mempunyai masalah

dan lebih bertoleransi dalam konteks kesanggupan mereka untuk makan, kerja

mahupun tinggal bersama dengan etnik Melayu. Selain itu dari aspek stereotaip pula,

etnik Melayu melihat orang-orang Cina sebagai cerdik, bercita-cita tinggi, aktif, sopan

dan bersih manakala bagi etnik Cina pula menggambarkan orang-orang Melayu

sebagai bersih, kurang bercita-cita, aktif, sopan dan cerdik. Keadaan ini menunjukkan

bahawa ada sebahagian amalan yang dipraktik oleh sesetengah etnik dapat diterima

oleh etnik yang berbeza seperti kesanggupan untuk makan bersama dengan etnik lain.

Ternyata perbezaan demografi dan latar belakang masyarakat memberi kesan

stereotaip dan prejudis mereka terhadap isu-isu yang membabitkan hubungan antara

agama. Bagi masyarakat Semenanjung misalnya, isu yang penting pada pandangan

mereka adalah tapak rumah ibadat, hak penjagaan anak, dan bidang kuasa Mahkamah

Syariah. Ini berbeza dengan Sarawak, di mana isu yang dilihat penting adalah

penghinaan agama, bidang kuasa mahkamah dan hak penjagaan anak. Sementara di

Sabah pula, penghinaan agama, kalimah Allah dan tapak rumah ibadat merupakan isu

yang penting bagi mereka

Anda mungkin juga menyukai