Anda di halaman 1dari 3

KAJIAN KES

TINGKATAN 3

NAMA: RAJA NUR HANIES BATRISYIA BINTI RAJA MOHAMED NIZAM

KELAS: 3 INTELEK

TAJUK: BAB 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU


4.2 :PELUASAN KUASA BRITISH DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU
4.2.3 :PERJANJIAN BANGKOK

MATLAMAT: British telah menggunakan kaedah manipulasi dengan siam untuk


menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara untuk meluaskan kuasanya dengan
membuat perjanjian Bangkok 1909 ini. Hal ini berlaku di luar pengetahuan Sultan
Negeri-Negeri Melayu Utara yang berasa tidak berpuas hati.Manakala selepas kejadian
ini berlaku, Siam berasa marah apabila mendengar hujah ketidakpuasan hati Sultan
Terengganu kerana Ia telah kehilangan sebahagian negerinya manakala Kedah hanya
kehilangan wilayah sahaja.

IKTIBAR: Dengan adanya garisan sempadan, masalah ketentuan hak yang


memungkinkan berlakunya sebarang pertikaian tidak akan berlaku.
PERJANJIAN BANGKOK 1909

1. Perjanjian Bangkok dimenterai antara British dengan Siam pada 10


Mac 1909.
2. Perjanjian ini meninggalkan kesan mendalam terhadap Negeri-Negeri
Melayu Utara.
3. Perjanjian Ini memberi laluan kepada British menguasai negara kita
tanpa ancaman kuasa asing.

RENTAKAN PERISTIWA BANGKOK, 1909


APRIL 1907
Rundingan British-Siam bermula selepas Perjanjian Perancis-Siam. Rundingan
diusahakan oleh E.H. Strobel (Penasihat Am Siam) dan Ralph Raget (wakil
British di Bangkok).

JUN 1907
Pejabat Tanah Jajahan di London membenarkan rundingan dijalankan.

13 SEPTEMBER 1907
E.H. Strobel menyampaikan hasrat British kepada Putera Damrong (Menteri
dalam Negeri Siam)

NOVEMBER 1907
Perkara ini disampaikan kepada Raja Siam

JANUARI 1908-JANUARI 1909


Draf perjanjian dirangka pada Januari 1908. Draf ini dipersetujui pada Januari 1909

10 MAC 1909
Perjanjian dimenterai antara Ralph Paget (wakil British) dengan Putera Devawongse
Varaprakar, Menteri Hal Ehwal Luar Siam (wakil Siam)
SUDUT INFO:
Antara berikut merupakan penasihat British bagi
negeri Melayu yang terlibat;
1. George Maxwell, Perlis
2. Kapten Meadowe Frost, Kedah
3. J.S. Mason, Kelantan
4. J.L. Humhyreys, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai