Anda di halaman 1dari 1

KAEDAH BELAJAR YANG BERKESAN

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Ismail, guru-guru penolong kanan,guru- guru dan
rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih


kerana membenarkan saya menyampaikan pidato. Tajuk pidato saya ialah
Kaedah Belajara Yang Berkesan. Orang yang berjaya dalam pelajaran bukanlah
orang yang rajin membaca sahaja. Sebaiknya, mereka mestilah mengetahui
teknik belajar yang berkesan.

Hadirin yang dimuliakan,

Teknik yang pertama adalah dengan menumpukan perhatian terhadap


apa-apa yang diajar oleh guru. Apa-apa juga masalah keluarga perlu
diketepikan. Ketika guru mengajar, catatkan isi-isi penting untuk memudahkan
kita mengulang kaji kelak.

Jika ada kelapangan di rumah, cuba ulang kaji semua yang dipelajari pada
hari itu. Jika masih tidak faham, jangan bertangguh untuk bertanya kepada guru,
bukan menjadi kera sumbang. Tajuk- tajuk yang bakal diajar oleh guru pada
keesokan harinya perlu juga dibaca terlebih dahulu.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Sewaktu membaca nota pelajaran, carilah suasana yang tenang. Jika


masih tidak faham akan apa-apa yang dibaca, janganlah memaksa diri.
Lapangkan fikiran dengan mendengar muzik seketika sebelum menyambung
pembacaan.

Demikianlah serba sedikit teknik pembelajaran yang berkesan pada


pandangan saya. Jika teknik ini diamalkan, in sha Allah kejayaan bakal menjadi
kenyataan. Sekian dahulu pidato saya dan saya akhiri dengan lafaz terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai