Anda di halaman 1dari 2

Fungsi dan Operasi 

1. Compressor
    - Fungsi Compressor adalah untuk mengerakkan bahan pendingin dalam sistem dengan cara
      memampatkan bahan pendingin dari tekanan rendah kepada tekanan tinggi. Apabila
termampat, 
       hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. 
     -Operasinya menerima gas tekanan rendah daripada evaporator dan menghantar gas
tekanan 
       tinggi kepada condenser

2. Condenser 
    - menyingkirkan haba bahan pendingin yang diterima daripada compressor dengan bantuan
fan. 
      Jika tidak bahan pendingin bergerak dalam keadaan panas dan suhu aircond kenderaan
yang 
      diingini tidak dapat dicapai. Bahan pendingin yang berbentuk gas akan kehilangan haba
dan 
      bertukar kepada bentuk cecair  selepas melalui condenser.
    -Operasinya menerima gas tekanan tekanan tinggi daripada compressor dan menghantar 
      cecair tekanan tinggi ke Receiver drier.

3. Receiver Drier
    - Menampung sementara bahan pendingin dan menyalurkan kepada expansion valve sesuai 
      dengan keadaan kerja expansion valve. ia juga menyaring kotoran dan wap air yang ada
pada 
      bahan pendingin. 
   - operasinya menerima cecair tekanan tinggi dari condenser dan menghantar kepada
expansion 
      valve dalam bentuk dan tekanan sama.

4. Thermal Expansion Valve


   - fungsinya adalah untuk menyemburkan bahan pendingin ke dalam evaporator pada tekanan
yang
     betul mengikut suhu yang dikehendaki oleh pengguna melalui larasan pada thermostat. bentuk
     semburan adalah sama dengan semburan aerosol iaitu penyembur nyamuk.
   - operasi menerima cecair  tekanan tinggi dari Receiver Drier dan menghantar cecair tekanan 
     rendah ke evaporator.

5. Evaporator
   - apabila expansion valve menyembur bahan pendingin ke dalam evaporator, bahan pendingin
akan
     merebak memenuhi ruang dan menyejukkan cooling coil pada evaporator melalui tindak balas.
     blower akan menolak angin melalui cooling coil dan seterusnya ke kabin kenderaan, angin yang
     suhu biasa serta merta akan menjadi sejuk apabila melalui cooling coil yang sejuk akibat tindak
     balas bahan pendingin tadi.
   - operasinya menerima cecair tekanan rendah daripada thermal expansion valve dan akan
melalui
     expansion valve lagi untuk check suhu dan kemudian menghantar gas tekanan rendah ke
     compressor.

6. Bahan pendingin
    -fungsinya adalah untuk menyejukkan cooling coil pada evaporator selepas melalui komponen
     lain.
    -ada dua jenis bahan pendingin yang digunakan pada kenderaan iaitu R12 dan R134A.

Anda mungkin juga menyukai