Anda di halaman 1dari 9

LOBSTER EDUCATION @ FB

Tahun 3
Bahasa Melayu
Kertas Soalan (Alpha)

Kandungan
Bahagian Arahan Markah
A Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling 20
sesuai.
B Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat 8
kosong dalam petikan di bawah.
C Tandakan (✔) bagi ayat yang menggunakan kata 12

nafi yang betul dan (X) bagi ayat yang salah.


D Baca maklumat di bawah dengan teliti, kemudian 6
jawab soalan-soalan yang berikutnya.
E Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan murid 15
bergotong-royong di padang sekolah. Bina ayat
berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan.
F Tulis karangan berdasarkan rangkap karangan 25
yang diberi.

1 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

A Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 “Jaga diri ___ semasa berada di rumah Nadia,” pesan Puan Pang
kepada anaknya.
A kamu
B kami
C saya
D kita

2 Rumah datuk terletak di sebelah ___.


A kasut
B pokok
C padang
D jaring

Azim berdiri di ___ pondok telefon sementara menunggu ibunya.


A hadapan
B sebelah
C antara
D bawah

4 Ibu melipat kain ___ menonton televisyen.


A dan
B lalu
C atau
D sambal

2 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

5 ___kah yang memasang kain rentang itu?


A Apa
B Bila
C Siapa
D Berapa

6 Hadiah itu ___ untuk ibu tetapi untuk kakak.


A tidak
B bukan
C tolong
D jangan

7 Farid dan Ravin membawa ___ untuk Cikgu Sani.


A buah hati
B buah pena
C buah fikiran
D buah tangan

8 Dua ___ tuala disidai di ampaian.


A buah
B helai
C keeping
D pasang

9 Mereka akan ___ sana sebentar lagi.


A ke
B di
C dari
D pada

3 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

10 ___, cantiknya lukisan kamu!


A Eh
B Cis
C Wah
D Aduh

B Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
di bawah.
mengutip berkumpul mengecat memotong bergembira

Penduduk Taman Melodi (1)_____ di dewan orang ramai sebelum


memulakan gotong-royong. Encik Adi, Pengerusi Penduduk Taman Harmoni
akan memberikan taklimat ringkas.
Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada yang (2)_____
rumput dan menebas semak samun. Ada yang (3)_____ sampah sarap di
sekitar taman perumahan. Ada pula yang (4)_____ dewan orang ramai.

C Tandakan (✔) bagi ayat yang menggunakan kata nafi yang betul dan (X)
bagi ayat yang salah.
1 Puan Laili tidak memasukkan cili ke dalam supnya.
2 Beg sekolah itu bukan untuk adik.
3 Lelaki yang duduk di bawah pokok itu tidak ayah saya.
4 Buku itu bukan untuk saya.
5 Sudah lama dia bukan makan nasi.
6 Datuk tidak makan ikan sejak muda lagi.

4 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

D Baca maklumat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan


yang berikutnya.
✓ Sejenis minuman yang
berkhasiat.

✓ Ada dua jenis susu, iaitu susu


lembu dan susu kambing.

✓ Antara khasiat susu ialah dapat


menguatkan tulang dan
membantu tumbesaran tulang.

✓ Waktu yang sesuai minum susu


ialah waktu pagi, sebelum tidur
atau dua jam sebelum makan.

1 Nyatakan dua jenis susu.


(i)
(ii)

2 Apakah khasiat susu?

3 Tandakan (✔) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan
yang salah.
Susu minuman yang tidak berkhasiat.
Susu boleh diminum semasa sarapan pagi.

5 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

E Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan murid bergotong-royong di


padang sekolah. Bina ayat berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan.
1

murid perempuan - kutip sampah

memesin rumput - di tengah padang

mencakar rumput - ditebas

murid lelaki - membuat garisan

membantu - mengecat tiang gol

6 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

F Tulis karangan berdasarkan rangkap karangan yang diberi.


John - makan coklat - gula-gula - Ibu - menasihati - tidak - makan -
makanan manis - bimbang - gigi - rosak

suatu hari - memberitahu - sakit gigi - tidak dapat makan - membawa -


doktor gigi

doctor gigi - gigi berlubang - perlu dicabut - menasihati - menjaga


kesihatan gigi - juga - pemeriksaan gigi - dua kali setahun

sejak - menjaga gigi - berus gigi - ubat gigi - giginya

7 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

Jawapan
A 1 A 6 B
2 C 7 D
3 B 8 B
4 D 9 A
5 C 10 C

B 1 berkumpul
2 memotong
3 mengutip
4 mengecat

C 1✔

2✔
3X
4✔
5X
6✔

D 1 susu lembu, susu kambing


2 Susu dapat menguatkan tulang dan membantu tumbesaran
tulang.
3 X, ✔

E 1 Murid perempuan sedang mengutip sampah.


2 Tukang kebun sedang memesin rumput di tengah padang.
3 Beberapa orang murid mencakar rumput yang baru ditebas.
4 Dua orang murid lelaki membantu guru membuat garisan di
padang.
5 Bebarapa orang murid lelaki membantu guru mengecat tiang gol.

8 LOBSTER EDUCATION ©
LOBSTER EDUCATION @ FB

F John suka makan coklat dan gula-gula. Ibunya sering


menasihatinya agar tidak makan makanan yang manis. Namun. John
tidak mendengar. Ibu John bimbang giginya akan rosak dan
berlubang.

Pada suatu hari, John memberitahu ibunya bahawa giginya


sakit. Dia tidak dapat mengunyah. Ibu John segera membawanya
berjumpa doktor gigi.

Doktor gigi mendapati gigi John berlubang. Oleh itu, salah


satu gignya terpaksa dicabut. Doktor gigi menasihati John agar
sentiasa menjaga kesihatan gigi. Doktor gigi juga menyarankan agar
John melakukan pemeriksaan gigi dua kali setahun.

Sejak hari itu, John menjaga giginya dengan baik. Dia menggunakan
berus gigi dan ubat gigi agar giginya kekal cantik.

9 LOBSTER EDUCATION ©

Anda mungkin juga menyukai