Anda di halaman 1dari 8

(A) SKOP PERKHIDMATAN

(1)KESELURUHAN KAWASAN DI DALAM BANGUNAN PEJABAT

Bilangan Ruang:

- Keseluruhan Bangunan Pejabat Pentadbiran

- Bangunan Perusahaan dan Pembangunan

- Keseluruhan Bangunan Logistik

- Keseluruhan Bangunan Kenderaan dan Pembangunan

- Keseluruhan Gerbang Pengawal

A)Lantai (tile) disapu bersih dan dimop dengan pencuci cecair 2 kali sehari. Pastikan lantai kering setelah dicuci.
B)Membekal, menyedia dan menggantikan plastik sampah pada setiap bakul/tong sampah yang terdapat di pejabat, ruang kerja, pantri,
tandas/bilik air 1 kali sehari atau mengikut keperluan

C)Memungut sampah sarap dan memasukan sampah ke dalam karung plastik serta dibuang ke tempat buangan sampah 2 kali sehari

D)Mengelap dan membersihkan semua tingkap, cermin dan pintu pejabat 1 kali sehari.
E)Menyapu dan membersih segala sarang labah-labah/sawang, sarang burung dan lain-lain kotoran yang terdapat pada siling dan
dinding pejabat 2 kali sebulan.

(1)KESELURUHAN KAWASAN DI DALAM BANGUNAN PEJABAT sambungan


F)Mengelap habuk di meja, kerusi, ruang kerja kakitangan dan peralatan-peralatan pejabat termasuk komputer di pejabat mengunakan
kain bersih 1 kali sehari.

G)Menghilangkan habuk dan debu dari langsir, tirai dan kusyen termasuk segala jenis hamparan 1 kali sehari

H)Mengelap telefon pejabat dengan menyembur pewangi anti septik 1 kali sehari.

Ruang Kuantiti Pewangi

Bilik Pengarah 1
Bilik Mesyuarat utama 2

Pejabat Ulin 1

Ruang makan Ulin 1

Bilik Timbalan Pengarah 1

Bilik PTD 1

Bilik Komandan Ulin 1

Surau. 1

Ruang pentadbiran 2

Ruang Kewangan 2

Bilik EO Pentadbiran 1

Bilik EO Kewangan 1

Bilik fail 1

Operator 1

Ruang legar 1

Bilik Kuliah 1 2

Bilik kuliah 2 2

Ruang Pejabat Stor 1

Bilik Eo 1

Bilik Pegawai aset 1

Ruang Pejabat perusahaan 2

Bilik Pegawai Latihan 1

Bilik Pegawai Perusahaan 1


Bilik Pegawai-pegawai perusahaan 1

Pejabat kenderaan 1

Bilik Pembangunan 1

Balai Pegawal 1
I)Menyapu dan membersihkan habuk, sampah dan lain-lain di laluan anak tangga sekitar bangunan pejabat 1 kali sehari dan mengikut
keperluan.

J)Membersih dan mencuci semua penutup lampu, mentol, kipas angin dan saluran hawa dingin 2 kali sebulan

K ) Ruang berkapet hendaklah di bersihkan dengan menggunakan mesih hampagas sekali sehari dan mengikut keperluan

(2) MASJID PENJARA

A) Membersih menggunakan mesih hampagas pada Ruang Solat Lelaki dan Wanita

B) Membersih Bilik Air/ Tandas Lelaki Dan Wanita 2 kali seminggu

C) Membersihkan ruangan wuduk Lelaki Dan Wanita

D) Memungut sampah sarap dan memasukan sampah ke dalam karung plastik serta dibuang ke tempat buangan sampah 2 kali sehari

E) Mengelap dan membersihkan semua tingkap, cermin dan pintu pejabat 1 kali sehari.

F) Lantai (tile) disapu bersih dan dimop dengan pencuci cecair 2 kali sehari. Pastikan lantai kering setelah dicuci.

(3)SURAU PEJABAT
A)Lantai disapu, dibersih dan dimop dengan pencuci cecair 1 kali sehari / Lantai yang menggunakan karpet perlu dibersihkan
menggunakan pembersih hampagas (vacuum) 1 kali sehari.

B)Membersih dan mengelap semua tingkap, cermin, pintu dan perabot serta membuang sawang di dalam surau 1 kali sehari

C)Membersih dan mencuci semua penutup lampu, mentol dan kipas angin 2 kali sebulan

D)Mengutip sampah dan memasukan ke dalam plastik sampah serta dibuang ke tempat buangan sampah 1 kali sehari
E)Mengemas dan menyusun segala bahan bacaan, sejadah, telekung, kain pelikat dan lain-lain peralatan di dalam surau 1 kali sehari

F)Mengemas dan menyusun segala bahan bacaan, sejadah, telekung, kain pelikat dan lain-lain peralatan di dalam surau 1 kali sehari

(4)TANDAS DI DALAM/DILUAR PEJABAT

1)Ruangan : Jumlah tandas/bilik air :-

1 - di Pejabat Pengarah (atas)

2 - di Pejabat Pentadbiran (atas) (1 lelaki dan 1 perempuan)

4 - di Pejabat Pentadbiran (bawah) (2 lelaki dan 2 perempuan)

2 - di Pejabat Perusahaan dan Pembangunan (1 lelaki dan 1 perempuan)

2 - di Pejabat Logistik (1 lelaki dan 1 perempuan)

1 - di Pejabat Kenderaan (campur)

12- di Masjid (6 lelaki dan 6 perempuan)

2- di Gerbang Pengawal (campur)


2) Dicuci dibersih dan digosok dengan menggunakan bahan-bahan pencuci pencegah kuman yang dibenarkan 1 kali sehari dan
tambahan mengikut keperluan.

3)Tandas/bilik air perlu disembur dan diletakan bahan pewangi selepas setiap kali dicuci.
4)Membekal dan menggantikan sabun tangan (cecair) anti bakteria pada setiap ruang basuh tangan 1 kali sehari atau mengikut
keperluan

5)Mengelap dan membersih semua tingkap, cermin, singki dan peralatan di dalam tandas/bilik air 1 kali sehari

6)Membekal, memasang dan menyediakan Kotak Tisu Tandas (Hand tray toilet tissue box) beserta tisu (tebal sedikit) di setiap bilik air.

7)Membekal Sanitary Bin di setiap tandas wanita/ bilik air. Menguti dan membuang sisa di dalam Sanitary Bin setiap hari .

8)Menyapu dan membersih segala sawang dan lain-lain kotoran yang terdapat pada siling dan dinding 2 kali sebulan

9)Mengutip sampah dan memasukkan ke dalam karung plastik serta di buang ke tempat buangan sampah 2 kali sehari
10)Membersih dan mencuci semua penutup lampu, dan mentol 2 kali sebulan

11)Memastikan tandas sentiasa bersih, kering, harum dan selamat digunakan setiap hari

i) Membekal dan memasang mesin pengering tangan (1 tandas/bilik air)

j) Menyapu dan membersih segala sawang dan lain-lain kotoran yang terdapat pada siling dan dinding 2 kali sebulan

k) Mengutip sampah dan memasukkan ke dalam karung plastik serta di buang ke tempat buangan sampah 2 kali sehari

l) Membersih dan mencuci semua penutup lampu, mentol dan kipas angin 2 kali sebulan

m) Memastikan tandas sentiasa bersih, kering, harum dan selamat digunakan setiap hari

n) Jumlah tandas/bilik air :-

1 - di Pejabat Pengarah (atas)

2 - di Pejabat Pentadbiran (atas) (1 lelaki dan 1 perempuan)

4 - di Pejabat Pentadbiran (bawah) (2 lelaki dan 2 perempuan)

2 - di Pejabat Perusahaan dan Pembangunan (1 lelaki dan 1 perempuan)

2 - di Pejabat Logistik (1 lelaki dan 1 perempuan)

1 - di Pejabat Kenderaan (campur)

4 - di Dewan Siatan (2 lelaki dan 2 perempuan)

(B)MASA KERJA
1) Setiap Pekerja hendaklah merakam kehadiran / mengetip waktu di mesin kedatangan yang di sediakan oleh Unit Pentabiran Penjara
Kluang

2)Setiap hari bekerja tidak termasuk Jumaat dan Sabtu (kelepasan mingguan) dan hari kelepasan am (public holiday)

3)Bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Ahad hingga Rabu)
4)Bermula jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang (Khamis)

5) Waktu rehat adalah pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang.

6) Pihak Jabatan berhak mengarah kontraktor melakukan kerja-kerja di luar waktu/hari yang disebut di atas jika diperlukan
7)Pihak jabatan berhak meminda jadual ini dengan persetujuan pihak Kontraktor serta meminta kerja-kerja yang disenaraikan,
dijalankan lebih dari bilangan yang telah ditetapkan pada satu-satu masa.

(C) KELUASAN PEJABAT YANG TERLIBAT

a) Pejabat Pentadbiran – 1440 m2

b) Pejabat Perusahaan dan Pembangunan – 756 m2

c) Pejabat Logistik – 108 m2

d) Pejabat Kenderaan – 91 m2

e) Gerbang kawalan – 36m2

f ) Masjid – 1676.5 m2

(D) ALAT KELENGKAPAN

1)Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan kenderaan, kelengkapan dan peralatan kerja yang berkaitan
secukupnya bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan ini. Tidak dibenarkan menggunakan kelengkapan dan peralatan yang ada di
Penjara Kluang
2)Segala peralatan hendaklah disediakan oleh pihak kontraktor seperti senarai bahan-bahan kimia pencuci, mesin hampagas (vacuum),
peralatan kerja yang akan digunakan di dalam perkhidmatan tersebut

3)Pihak Kontraktor hendaklah menyediakan kunci/mangga bagi menyimpan alat kelengkapan sendiri

E)TENAGA KERJA

1)Empat (4) orang pekerja iaitu tiga (3) wanita dan satu (1) orang lelaki (1 penyelia dan 3 pekerja) bewarganegara Malaysia.
2)Umur pekerja adalah antara 18 tahun hingga 55 tahun serta sihat tubuh badan

3)Pekerja mestilah sihat tubuh badan untuk menjalankan tugas dan mempunyai taraf kesihatan yang baik.

4)Semua pekerja mestilah mahir dan berpengalaman dalam selok belok kerja-kerja yang dinyatakan dalam spesifikasi
5)Semua pekerja harus berpakaian seragam lengkap dengan tanda nama. Kontraktor dikehendaki memastikan pekerja-pekerjanya
dilengkapi dengan pakaian seragam dan kasut sarung yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan ini.

6)Harus bersikap jujur, amanah, bertanggungjawab, sentiasa memberi kerjasama dan bebas daripada rekod jenayah serta tiada masalah
penyalahgunaan dadah. Pihak kontraktor hendaklah memastikan pekerja berkelakuan baik pada setiap masa dan memilihara
perhubungan baik dengan kakitangan pejabat
7)Kontraktor setelah ditawarkan untuk menjalankan kontrak ini dikehendaki memberi maklumat pekerja-pekerja kepada Unit
Pentadbiran Penjara Kluang. Butir-butir yang diperlukan adalah :-
Senarai pekerja dan biodata yang lengkap beserta 3 keping gambar berukuran passport dan sesalinan kad pengenalan diserahkan
sebagai rekod dan diserahkan semasa penyerahan Surat Setuju Terima.
8)Penyelia akan mengawasi kerja-kerja yang dijadualkan dan membuat lawatan/pemeriksaan pada tiap-tiap hari untuk memastikan
mutu penyelenggaraan, pencucian, kebersihan, kecergasan, kebajikan dan tatatertib pekerja-pekerja yang bekerja adalah memuaskan.
9)Kontraktor hendaklah memastikan rekod kedatangan pekerja dan jadual tugas dikemaskini pada setiap hari dan dihantar kepada Unit
Pentadbiran Penjara Kluang laporan kehadiran dan kerja-kerja yang dijalankan sepanjang bulanan berkenaan.

10)Segala kerosakan, kecurian kepada harta pejabat yang berlaku atas kecuaian kontraktor akan dibiayai oleh kontraktor.

11)Pihak Penjara Kluang tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan, kecederaan terhadap pekerja semasa menjalankan tugas.

12)Pihak kontraktor hendaklah memastikan pekerja dilindungi oleh insuran @ socso

13)Pihak Kontraktor dikehendaki memberi kerjasama yang baik dan mengikut kehendak kerja pihak Penjara Kluang bagi meningkatkan
kualiti perkhidmatan dari masa ke masa dan melaksanakan lain-lain tugas kebersihan yang tidak dinyatakan di senarai spesifikasi
pembersihan di atas untuk menjaga kebersihan atau permintaan pihak Penjara Kluang.

14)Mana-mana pekerja yang berhenti/mengambil cuti kecemasan/bercuti hendaklah digantikan dengan serta merta

15)Pihak Kontraktor hendaklah memberitahu Jabatan jika terdapat pertukaran pekerja baru dan haruslah menyerahkan maklumat dan
dokumen seperti di para 7 kepada Unit Pentadbiran, Penjara Kluang dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh melapor diri

(F)KERJA TIDAK SEMPURNA DAN DENDA


Pihak Jabatan berhak membuat pemotongan ke atas bayaran harian / bulanan kontraktor bagi hari-hari kerja yang tidak dijalankan.
Potongan / denda yang dikenakan adalah seperti berikut:-
a) Pekerja lewat melaporkan diri, pulang awal tanpa kebenaran Pegawai. RM30.00 SEORANG/SEHARI

b) Bilangan pekerja yang dibekalkan tidak mencukupi RM50.00 SEORANG/SEHARI

c) Pekerja tidak memakai pakaian seragam RM30.00 SEORANG/SEHARI


d) Kontraktor gagal untuk melaksanakan kerja atau hasil kerja yang tidak menepati dan tidak memuaskan mengikut skop, spesifikasi dan
standard yang dinyatakan POTONGAN 5% DARIPADA BAYARAN BULANAN
e) Pekerja yang lewat memulakan tugas pembersihan di tempat-tempat yang telah ditetapkan POTONGAN 5% DARIPADA BAYARAN
BULANAN

f) Kegagalan Kontraktor menyediakan bahan, peralatan, mesin atau keperluan RM50.00 UNTUK SETIAP KELAWATAN
g) Ketidakcekapan Kontraktor menyelesaikan aduan Perkhidmatan dalam tempoh masa ditetapkan RM50.00 UNTUK SETIAP
ADUAN/SEHARI

h) Tandas tidak bersih dan tidak berfungsi di Premis RM50.00 UNTUK SETIAP TANDAS BAGI SETIAP LAWATAN

(G)MENGGANTIKAN PERALATAN YANG PECAH/ROSAK HILANG

5.1 Kontraktor adalah dikehendaki membayar gantirugi atau menggantikan alat-alat/harta benda milik Jabatan atau pelawat atau pihak
yang berurusan dengan Jabatan yang rosak/pecah/hilang di atas kecuaian atau disebabkan oleh pekerja-pekerja pihak kontraktor dalam
tempoh perkhidmatan, sekurang-kurangnya dalam bentuk yang sama. Kegagalan membuat penggantian akan menyebabkan potongan
dibuat berasaskan harga asal barang berkenaan semasa bayaran akhir keseluruhan perkhidmatan

(H) PEMBEKAL HENDAKLAH MEMASTIKAN SETIAP PEKERJA TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI BERHUBUNGAN DENGAN BANDUAN
(I) PEMBEKAL HENDAKLAH MEMBENARKAN/MENGIZINKAN SETIAP PEKERJA DIPERIKSA SELURUH BADAN OLEH PEGAWAI YANG
BERTANGGUNGJAWAB SEBELUM DAN SELEPAS MELANJALANKAN TUGAS (SILA MAKLUMKAN KEPADA PEKERJA)

Anda mungkin juga menyukai