Anda di halaman 1dari 1

SOALAN LAZIM BERKAITAN RABIES

JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK

1. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan selepas digigit haiwan?


Jawapan:
Segera cuci luka bahagian terkena gigitan menggunakan sabun dan air bersih yang mengalir selama 15 minit,
dan segera ke klinik/hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Tindakan segera ini mampu menyelamatkan
nyawa anda.

2. Kalau saya digigit oleh haiwan, adakah saya layak untuk mendapatkan vaksinasi Rabies?
Jawapan:
Semua kes gigitan anjing akan dinilai secara klinikal oleh pakar perubatan. Pemberian vaksin adalah
berdasarkan:
 keadaan luka gigitan,
 cara luka dirawat sebelum mendapatkan rawatan lanjut di klinik/hospital,
 bila tarikh digigit haiwan,
 selepas 14 hari haiwan itu mengigit, adakah ia masih hidup atau sihat,
 tingkah laku haiwan yang menggigit (garang, mengeluarkan air liur yang banyak, berhenti dari makan
dan minum); dan
 lokasi mangsa digigit, sama ada berlaku dalam kawasan wabak ataupun tidak.

3. Adakah saya dilindungi selepas sahaja mendapat suntikan vaksin tersebut?


Jawapan:
Vaksin Rabies mengambil masa 14 hari untuk memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan Rabies.
Oleh itu, mangsa harus melengkapkan 4 dos suntikan vaksin mengikut jadual yang telah ditetapkan.

4. Jika tidak digigit oleh haiwan, bolehkah saya mendapatkan suntikan vaksin?
Jawapan:
Ia bergantung kepada jenis pekerjaan. Anda layak mendapat suntikan vaksin sekiranya berisiko tinggi seperti:
 Pekerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
 Pekerja Jabatan Perhutanan dan Perhilitan,
 Pekerja di makmal yang mengendalikan spesimen, dan
 Petugas khas yang menangkap anjing liar.

Pemberian vaksin di klinik/hospital kerajaan hanya layak bagi kes gigitan anjing yang telah dinilai secara
klinikal oleh pakar perubatan.

Sekiranya anda ingin juga mendapatkan suntikan vaksin, bolehlah pergi ke mana-mana klinik/hospital swasta
yang ada menyediakan perkhidmatan tersebut.

5. Di manakah saya boleh mendapatkan rawatan sekiranya saya digigit haiwan?


Jawapan:
Anda boleh mendapatkan rawatan di empat Klinik Gigitan Anjing;
 Klinik Kesihatan Kota Sentosa, Kuching,
 Hospital Umum Sarawak,
 Hospital Serian, dan
 Klinik Kesihatan Sri Aman.

Sekiranya berada di luar kawasan tersebut, anda boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik/hospital
termasuk swasta yang terdekat.

Anda mungkin juga menyukai