Anda di halaman 1dari 3

Jeremiah 21:10

Sebab Aku telah menentang kota ini untuk mendatangkan


kecelakaan dan bukan mendatangkan keberuntungannya
demikianlah firman TUHAN. Kota ini akan diserahkan kedalam
tangan raja Babel yang akan membakarnya habis dengan api.

Firman Tuhan memberitahu kita tentang kemurkaan Tuhan dan


menyembunyikan wajah-Nya dikota itu. Kerana pelanggaran-
pelanggaran terhadap hukum-hukum dan perintah-perintah-Nya.

- Tuhan telah memalingkan kemarahan murka-Nya terhadap kota


ini dan mahu menghancurkannya dengan api kerana kejahatan-
kejahatan yang dilakukan oleh mereka.

- Tuhan mendatangkan kejahatan bukan kebaikan dan kejahatan


bukan pertobatan kepada kota ini - bererti kota ini akan
dihancurkan sama sekali kerana mereka memang berhak
menerima hukuman sedemikian

- Dengan kehendak Tuhan, Dia akan menyerahkan kota ini


ketangan kerajaan (raja) Babel.

- Kerana dosa-dosa penduduk kota ini. Tuhan akan membakarnya


dengan api setiap yang dia (solomo) bina: baik rumah-rumah
dalam kota, rumah raja (istana), ,rumah-rumah bangsawan yang
megah sepertimana dinyatakan-Nya dalam Yeremia 52:13

Yeremia 34:2
Juga mengatakan - Beginilah firman TUHAN Allah Israel: Pergilah
berbicara kepada Zedekia, raja Yehuda, katakanlah kepadanya:
Beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, Aku menyerahkan kota
ini kedalam tangan raja Babel, supaya dihanguskannya dengan
api.

Untuk mengetahui pelanggaran-pelanggaran yang dilakukan itu


kita baca firman dibawah ini.

*1 Raja-Raja 7:1
Salomo mendirikan istananya sampai tiga belas tahun lamanya,
barulah selesai seluruh istananya itu.
- Disini kita diberitahu bahawa Salomo mengambil 13 tahun untuk
membut rumahnya sendiri.

-Tetapi Salomo hanya mengambil masa 7 tahun untuk membina


bait Allah (Bait suci).

- Bait Allah itu mulia tetapi nampaknya Salomo inginkan rumahnya


lebih mulia dari Bait Allah.

Ini menunjukkan bahawa Salomo selesa memiliki kemewahan


hidup dan keperibadiannya sendiri.

-Salomo juga membina dewan untuk puteri firaun yang diambilnya


sebagai isteri.

~Apakah sebenarnya mesej disini?


~Apakah raja Salomo telah mengikuti perintah Tuhan atau dia
seorang kaki perempuan (playboy)?

Ini mengingatkan kita tentang kejadian yang menimpa kota


Sodom dan Gomorrah. Kota ini telah dimusnahkan akibat daripada
dosa-dosa dengan penyelewengan seks.

Ini boleh disamakan dalam Yeremia 34:22 yang menyatakan:


“Sesungguhnya, demikianlah firman TUHAN, itu memberi perintah
dan membawa mereka kembali ke kota ini untuk memeranginya,
merebutnya dan menghanguskannya dengan api. Aku akan
membuat kota-kota Yehuda menjadi ketandusan tanpa penduduk.”

Maka mesejnya disini ialah: Jangan kita melanggar akan perintah-


perintah Tuhan yang sedang melarang kita. Jangan jadikan dunia
ini dunia seks. Jangan buat perintah Tuhan seperti seks.

Tuhan berfirman:
Kepada orang yang berhati mulia dan mempunyai kedamaian.
Datanglah kedamaian itu dan datanglah dengan saya, saya akan
penuhi segala kedamaian dalam dirimu, dan kalau kamu muliakan
saya, saya akan muliakan kamu.
- Oleh itu, kalau kita muliakan perintah-perintah dan hukum-
hukum Tuhan dan hukum-hukum-Nya, maka kita penuh dengan
kedamaian dan kemuliaan.

- Bagi mereka yang mematuhi undang-undang Tuhan, masih boleh


diselamatkan seperti Tuhan telah menyelematkan Lot dan
keluarga dari kota Sodom dan Gomorrah. Meskipun, kemudiannya
isteri Lot telah menjadi tiang garam kerana ingkar kepada perintah
Tuhan. Biarpun seorang sahaja, Tuhan akan menyelematkan yang
mematuhinya.

Mesejnya disini ialah:


Kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang kerajaan
Bapa disurga, Bapa tidak akan terangak-agak; Bapa akan
hancurkan sehingga tidak ada penghuni yang boleh wujud didalam
kota tersebut. Oleh yang demikian, tanamlah kedamaian dan
tanamlah keadilan, tanamlah cintakasih dan tanamlah iman.

Janganlah kita cepat untuk menyalahkan seseorang seperti


berkata “itulah kau berzinah”.

-Tuhan berkata: ‘ Barangsiapa diantara kamu tidak berdosa,


hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan
itu.

-Kita semua pernah buat dosa. Oleh itu jangan mengkritik orang
sebab kita juga tidak sempurna.

-Janganlah kita menindas seseorang itu dan cintailah orang itu,


janganlah kita adili orang itu kerana kita akan diadili.

Mesejnya disini ialah:


Semua bangunan ini akan dibakar dan tidak ada yang tinggal
kerana itulah kuasa Tuhan.

Ini bermaksud sepandai-pandai kamu, janganlah kamu memandai-


mandai melupakan Tuhan. Setiap perintah Tuhan haruslah kamu
patuhi.

Anda mungkin juga menyukai