Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

RUPA DAN KEADAAN PENAGIH DADAH

1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:


*
Sudah Penagih dadah tidak menjaga diri. Pakaiannya kotor dan berbau busuk, rambut
Belum tidak terurus, hidung sentiasa berair, air liur meleleh dengan mulut berbau busuk.
Duduk dan baring tidak kira tempat.
……………………… 2. RUMUSAN : Penagih dadah akan menjadi seorang yang pengotor.
Tandatangan Guru

DADAH MEMBAWA MAUT

1. Jelaskan kepada murid-murid :


* Penagih dadah akan mati sebelum ajal. Penagih dadah yang sedang khayal akan
Sudah hilang daya tumpuan fikiran. Tenaga lemah, jalan terhoyong-hayang. Mereka tidak
Belum hiraukan keselamatan diri. Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh tersungkur ke
dalam parit, longkang dan jalan raya. Akibatnya mereka akan luka, cedera-parah
……………………… dan akhirnya membawa maut.
Tandatangan Guru
2. RUMUSAN : Kita juga akan mati tetapi janganlah mati seperti seorang penagih
dadah.

CARA-CARA MENGENAL PENAGIH DADAH

1. Minta murid senaraikan mengenai rupa dan keadaan penagih dadah. Semak
* jawapan murid berdasarkan senarai berikut :
Sudah  Bajunya kotor dan berbau busuk
Belum  Matanya merah dan kuyu
 Air liur meleleh
………………………  Jalan terhoyong-hayang
Tandatangan Guru  Percakapan meleret-leret
 Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi tangga atau kaki lima.
 Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak makan atau tiada
duit tambang bas.
2. RUMUSAN : Penagih dadah tidak boleh mengurus diri

*Sila tandakan () jika sudah dibaca atau () jika belum dibaca.
1
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

MASA DEPAN SEORANG PENAGIH DADAH

1. Jelaskan kepada murid-murid mengenai masa depan penagih dadah seperti


* berikut:
Sudah  Jadi seorang pemalas
Belum  Susah untuk lulus peperiksaan
 Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah
………………………  Dipulaukan oleh masyarakat
Tandatangan Guru  Susah dapat kerja
 Sering dicaci dan dicurigai
 Dibenci dan dihina
 Dibuang kerja atau sekolah
 Tidak dipercayai oleh rakan-rakan
 Masa depan gelap
2. RUMUSAN : Pelajar sekolah yang ditangkap kerana mengguna/mengedar
dadah akan dibuang sekolah dan dijadikan kes polis

NASIB KELUARGA PENAGIH DADAH

1. Jelaskan kepada murid-murid nasib keluarga penagih adalah seperti berikut


* :
Sudah  Hubungan anak yang menagih dengan ibu bapa atau adik-beradik
Belum yang lain akan renggang
 Fikiran dan perasaan anggota keluarga tidak tenteram dan
……………………… terancam
Tandatangan Guru  Keluarganya akan dibenci dan dipulau oleh masyarakat
 Keluarganya jadi huru-hara
 Harta benda keluarga tidak selamat
2. RUMUSAN : Kerana penagih, keluarga yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Siapa yang malu? ”Mereka dan keluarga mereka juga...”

2
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

PENGEDARAN DADAH DI MALAYSIA

1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:


*  Jenis dadah seperti heroin, morfin, candu dan ganja yang digunakan
Sudah oleh penagih diseludup dari luar negara oleh pengedar dadah
Belum  Pokok ganja ada ditanam secara haram di Malaysia dan biasanya
terletak di kawasan pedalaman
………………………  Penagih-penagih yang sudah tidak mampu membeli dadah kerana
Tandatangan Guru harganya terlalu mahal akan membeli pil-pil psikoterapik dan
memakannya secara berlebihan sebagai ganti
 Dadah akan dijual kepada penagih melalui pengedar dadah yang cuba
membuat seberapa banyak keuntungan yang boleh, terutamanya kepada
penagih yang meluap-luap ketagihannya

2. RUMUSAN : Pengedaran dadah di Malaysia masih berleluasa

CARA PENGEDAR DADAH MEMPENGARUHI PELANGGAN BARU YANG


TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR

1. Jelaskan kepada murid-murid cara pengedar dadah mencari pelanggan baru


* seperti berikut :
Sudah 1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang bermasalah di rumah
Belum atau di sekolah
2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping selalu dengan
……………………… pelajar yang dikenal pasti
Tandatangan Guru 3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar tersebut sehingga
dirinya dipercayai dan diterima sebagai sahabat
4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan belanja rokok
semewah-mewahnya
5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba dadah dengan
percuma. Bila pelanggan baru sudah mula seronok barulah dikenakan
bayaran. Selagi pelanggan baru belum ketagih, harga tetap murah. Bila
sudah mula ketagihan, harga dadah melambung
2. RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang mengaut keuntungan
di atas penderitaan orang lain. AWAS! PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK
DAN CEKAP

3
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH

1. Ciri-cirinya adalah seperti berikut :


*  Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar
Sudah  Ibu bapa yang selalu bergaduh
Belum  Suka ponteng kelas atau ponteng sekolah
 Nakal
………………………  Merokok
Tandatangan Guru  Suka buang masa
 Suka berfoya-foya
 Suka merancang untuk bersuka-ria
 Berpakaian tidak kemas dan bertampal-tampal
 Beg sekolah juga bertampal-tampal
 Menggunakan perkataan ’Lu’ atau ’Gua’ bila bercakap sesama rakan
 Pelajaran merosot
 Selalu melanggar peraturan sekolah
2. RUMUSAN :Prinsip pengedar dadah : TIADA PENAGIH, TIADA PERNIAGAAN.
BILA TIADA PERNIAGAAN, HIDUP SUSAH. APA PEDULI ORANG
MENDERITA, ASALKAN AKU KAYA

MENGAPA PELAJAR SEKOLAH MENJADI SASARAN PENGEDAR DADAH

1. Jelaskan kepada murid-murid perkara yang berikut :


*  Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah dipengaruhi
Sudah  Golongan remaja suka kepada keseronokan
Belum  Golongan remaja suka mencuba-cuba
 Remaja suka kepada cara hidup bebas
………………………  Daya tahan remaja kepada godaan tidak kuat
Tandatangan Guru  Mudah dapat wang daripada ibu bapa
 Sudah ada tabiat asas kepada menagih iaitu tabiat merokok daripada ahli
keluarga
 Tidak suka kepada perkara-perkara yang membebankan diri atau fikiran
seperti belajar
 Suka kepada kawan-kawan yang menyeronokkan
2. RUMUSAN : Pengedar dadah menganggap bahawa pelajar sekolah yang
bermasalah adalah bakal pelanggan mereka yang setia, walaupun mereka tahu
bahawa menagih dadah banyak keburukannya

4
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

MENGENAL PELAJAR YANG MENGGUNAKAN DADAH

1. Ciri-cirinya adalah seperti berikut :


*  Selalu atau suka ponteng sekolah
Sudah  Pandai berdalih
Belum  Merokok
 Selalu pinjam atau minta wang
………………………  Selalu bercakap bohong
Tandatangan Guru  Pakaian tidak kemas
 Jadi murid yang pendiam atau memilih kawan yang tertentu sahaja
 Menjual barang curi
 Selalu membawa pakaian harian ke sekolah
 Pelajaran semakin merosot
 Enggan bertentang mata bila bercakap engan orang lain
 Memilki wang yang banyak
 Menyorok-nyorokkan barang yang mencurigakan deperti pil, serbuk putih
seperti tepung atau daun kering pokok ganja
2. RUMUSAN :Pelajar yang menggunakan dadah selalu berada dalam keadaan
gelisah, bimbang dan takut walaupun dia cuba menyembunyikan perasaannya. Dia
berperasaan demukian sebab takut ditangkap oleh pihak sekolah. Dia tahu kalau
kena tangkap hukumannya ialah buang sekolah atau jadi kes polis

5
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

APA ITU DADAH

1. Dadah
ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut :
*  Mengganggu keseimbangan kimia dalam tubuh badan manusia
Sudah  Boleh merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
Belum  Mengakibatkan pergantungan fizikal (idak boleh buat kerja atau
lemah badan jika tidak makan dadah)
………………………  Mengakibatkan pergantungan psikologikal (fikiran, peresaan, emosi
Tandatangan Guru dan personaliti yang dikawal oleh dadah)
 Memberi kesan buruk kepada kesihatan (sakit lain seperti AIDS
dsb)
 Emberi kesan buruk kepada fungsi sosial (bersendirian,
menyusahkan orang lain dan sebagainya)
2. RUMUSAN : Dadah diharamkan sebab banyak mendatangkan keburukan

KESAN BURUK GANJA

1. Terangkan apa itu ganja.


* Ganja ialah daunpokok ganja yang dikeringkan.
Sudah Warnanya hijau pucat. Biasanya dibungkus dengan kertas coklat seperti
Belum bentuk rokok. Ganja juga dipanggil dengan nama ’sateh’ atau ’barang’ dan
lain-lain lagi
……………………… 2. Terangkan bahawa ganja membawa kesan-kesan buruk seperi berikut :
Tandatangan Guru  Hilang persepsi masa dan ini menyebabkan penagih jalan terhoyong-
hayang
 Boleh menyebabkan penyakit bronkotis, sakit dada, lelah dan
kanser sebab asap ganja mengandungi THC
(TETRAHYDROCANNABINOL)
 Melemah dan merokkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan,
pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah
 Menyebabkan pengeluaran hormon lelaki merosot. Bilangan sperma
akan kurang dan jadi cacat serta boleh menyebabkan mandul
..........sambung pada waktu ke-3..............

6
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

KESAN BURUK GANJA (sambungan)

1. Terangkan kesan bruk ganja selanjutnya :


*  Merosakkan pertimbangan, persepsi dan motivasi
Sudah  Menimbulkan sikap tidak peduli dan kurang sihat untuk bergaul dengan
Belum kawan-kawan
 Menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu dan mengurangkan
……………………… telur dalam ovari. Mengurangkan susu badan dan boleh menyebabkan
Tandatangan Guru mecacatan pada janin

2. RUMUSAN : pelajar sekolah biasanya diumpan dengan ganja terlebih dahulu


sebelum dikenalkan kepada dadah yang lebih kuat dan mahal

KESAN BURUK CANDU

1. Jelaskan apa itu candu :


* Candu berasal dari getah bunga popi yang banyak ditanam di kawasan ”TIGA
Sudah SEGI MAUT” di utara Thailand. Getah bunga popi ini diproses (dimasak)
Belum menjadi candu masak.
2. Keburukan candu :
………………………  Boleh menyebabkan mati mengejut
Tandatangan Guru  Menyebabkan khayal dan tidak boleh mengawal pergerakan badan dan
mudah mendapat kemalangan
 Hilang selera makan dan berat badan merosot dengan banyak
 Menjadi sesak nafas
 Mudah diserang penyakit sebab kurang daya ketahanan diri terhadap
penyakit
3. RUMUSAN : Candu juga salah satu daripada jenis dadah yang merbahaya

KESAN BURUK MORFIN

1. Terangkan :
* a) Morfin ialah hasilan yang diproses daripada candu. Terdapat dalam
Sudah bentuk serbuk putih seperti tepung atau cecair atau ketulan hitam.
Belum Kesannya kira-kira lapan kali lebih kuat daripada candu.
b) Kesan buruk mengambil dadah morfin kepada penagih :
……………………… - Selalu menganuk
Tandatangan Guru - Berat badan merosot
- Tidak berupaya mengurus diri
- Mudah diserang penyakit
- Mati mengeju

2. RUMUSAN : Harga morfin juga mahal. Pengedar dadah akan jual kepada
penagih yang tidak berkesan dengan jenis-jenis dadah yang lain. Penagih-
7
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

penagih akan menyebabkan pengedar dadah lebih kaya.


AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

* 1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:


Sudah Undang-undang dadah yang paling keras sekali di dunia
Belum Akta ini bertujuan menyekat atau mengawal kegiatan pengimportan,
pembuatan, penjualan, pemilikan, pengeksportan dan penggunaan segala jenis
……………………… dadah dan campuran dadah
Tandatangan Guru

Hukuman di bawah undang-undang ini :


Seksyen 39B (pengedar)
HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI MANDATORI ( tiada hukuman lain)

Seksyen 39A (penjual)


HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP
2. RUMUSAN : Yng banyak mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain
ialah pengedar dan penjual dadah. Jika anda tahu, laporkan kepada polis
secara senyap-senyap

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

1. Jelaskan kepada murid-murid :


*  Akta ini membolehkan pihak berkuasa menangkap penagih dadah dan
Sudah dihantar ke pusat pemulihan selama 2 tahun
Belum  Di pusat pemulihan penagih dadah diberi pemulihan fizikal,
psikologikal, mental dan rohani
……………………… 2. RUMUSAN : Penagih-penagih yang sudah parah memang sukar untuk
Tandatangan Guru dipulihkan. Mereka akan ulang semula tabiat lama setelah keluar dari pusat
pemulihan. Mereka hanya menanti maut

AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HAK HARTA) 1988

* 1. Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengesan, membeku dan
Sudah merampas harta (aset) pengedar dadah samada di dalam atau di luar negeri,
Belum selain daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas dirinya
2. RUMUSAN : Pengedar dadah tidak patut dibiarkan hidup senang-lenang hasil
……………………… daripada jualan dadah
Tandatangan Guru

8
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

1.  Akta ini membolehkan Menteri Dalam Negeri menahan pengedar-pengedar


* dadah selama 2 tahun tanpa bicara. Seksyen 6(1). Penahanan ini boleh
Sudah dilanjutkan selepas tamat tempoh penahanan yang pertama
Belum  Seksyen 6(3) pula membolehkan Menteri Dalam Negeri mengenakan perintah
sekatan selepas tamat penahanan tanpa bicara
………………………
Tandatangan Guru
2. RUMUSAN : Pengedar dadah yang ditahan tanpa bicara adalah pengedar dadah
yang cukup licin dan sukar untuk dibuktikan kesalahannya. Jika anda dapat
memberikan maklumat, manusia durjana ini akan mati di tali gantung

DADAH MUSUH UTAMA NEGARA

1. Jelaskan kepada murid-murid perkara berikut :


*  Dadah adalah musuh utama negara
Sudah  Ramai tenaga pekerja tidak dapat digunakan untuk pembangunan kerana
Belum ketagihan dadah
 Negara-negara luar hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia
……………………… menyebabkan ekonomi merosot dan meleset
Tandatangan Guru  Bila pengangguran meningkat, masalah sosial akan meningkat seperti
merompak, mencuri, menyamun,membunuh, melacur dan lain-lain lagi
2. RUMUSAN : Sekarang negara kita aman dan makmur, tetapi jika kegiatan
pengedaran dadah tidak dihapuskan, negara akan jadi huru-hara

BAHAYA MEROKOK

1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:


*
Sudah Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok dan sudah ramai
Belum orang mati kerana merokok
 Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai orang
……………………… yang sanggup menggadaikan nyawa sengan merokok
Tandatangan Guru  Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon
monoksid dan tar
 Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan jantung
menjadi cepat, mengecutkan salur-salur darah dan meninggikan tekanan
darah
 Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan keupayaan
darah membawa oksigen menurun. Bila darah kurang membawa oksigen,
badan akan menjadi letih dan mengantuk
 Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru, usus
atau mulut
2. RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan larangan merokok.
Peraturan sekolah juga tetap melarang pelajar merokok. Pelajar yang melanggar
9
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

peraturan ini akan dibuang sekolah

CARA MENGESAN KEGIATAN MEROKOK DAN MENGGUNAKAN DADAH DI


SEKOLAH
1. Biasanya kegiatan menagih dadah di sekolah dilakukan secara sulit tetapi
* kegiatan ini masih dapat dikesan jika terdapat :
Sudah Alat Suntikan
Belum Straw, sudu, pelepah betik
Mancis Lilin
……………………… Tembakau
Tandatangan Guru Rokok, rokok daun, timah rokok
Sudu
Limau Nipis
Tali
2. RUMUSAN : Barang-barang atau alat tersebut biasanya disorok ditempat sulit.
Cuba buat tinjauan

PERANAN PELAJAR MENGHAPUSKAN KEGIATAN MEROKOK DAN


MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH

1. Peranan pelajar adalah seperti berikut :


*  Pilih seorang murid yang berkelakuan luar biasa dan awasi gerak-gerinya
Sudah sepanjang hari tanpa disedari
Belum  Bantu sekolah menjalankan aktiviti pendidikan pencegahan dadah di
sekolah
………………………  Beri nasihat secara tidak langsung kepada rakan-rakan sebaya supaya
Tandatangan Guru tidak merokok atau mencuba dadah
 Jadikan diri sendiri sebagai murid contoh dalam segala hal
2. RUMUSAN :Kerja mengawas perbuatan merokok dan menggunakan dadah
adalah bahaya. Sebaliknya jika anda menyelamatkan rakan anda daripada
terlibat dengan dadah, bererti anda telah memberi sumbangan yang amat
bermakna

CARA MEMPENGARUHI RAKAN SEBAYA SUPAYA MENJAUHI DIRI DARI


DADAH

1. Cara-caranya adalah seperti berikut :


*  Sampaikan maklumat bahaya dadah kepada rakan sebaya secara tidak
Sudah langsung
Belum  Mengajak rakan sebaya menyertai pelbagai aktiviti kelab, persatuan dan
sukan di sekolah
………………………  Rancang aktiviti berfaedah untuk menghabiskan masa cuti sekolah
Tandatangan Guru  Pujuk rakan sebaya yang bermasalah jumpa kaunselor atau mana-mana
guru yang dipercayai supaya dapat berbincang
2. RUMUSAN : Untuk berjaya dalam usaha ini, anda mestilah bersifat jujur,
ikhlas, mesra, ambil berat dan simpati. Semua sifat-sifat tersebut
menyebabkan rakan sebaya yakin dan percaya kepada anda

10
PROGRAM CUMA 5 MINIT – ANTI DADAH

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENJAUHKAN DIRI DARI DADAH

1. Antara aktivitinya adalah seperti berikut :


*  Libatkan diri dalam permainan tiap-tiap petang supaya badan sentiasa
Sudah sihat
Belum  Adakan perkhemahan atau melancong dalam cuti sekolah
 Penuhkan masa lapang dengan hobi
………………………  Anjurkan perkelahan atau kembara
Tandatangan Guru  Aktiviti riadah yang berfaedah

2. RUMUSAN : Bila masa lapang kita penuhi dengan aktiviti yang berfaedah, sudah
pasti pengaruh dadah dapat anda jauhi

11

Anda mungkin juga menyukai