Anda di halaman 1dari 9

Kes Pelajar 1.

Nama: Adi (bukan nama sebenar)


Umur: 12 tahun
Jantina: Lelaki
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Kajian Kes : Lari Dari Rumah

KISAH ADI :

Adi merupakan anak bongsu dalam keluarga. Mempunyai 2 orang kakak dan seorang
abang yang telah bekerja. Adi mempunyai perwatakan yang ceria dan suka bercakap.
Keadaan ini sebenarnya menampakkan Adi inginkan belaian kasih sayang dari orang
sekelilingnya iaitu rakan-rakan kelas dan sekolah. Apabila di rumah Adi sering
keseorangan dan kesepian, malah sering kali mersa di buli dan di marahi oleh
keluarganya terutamanya abangnya. Oleh itu, Adi mengambil keputusan nekad dengan
lari dari rumah. Adi telah lari dari rumah sebanyak dua kali. Kes lari yang pertama
berlaku kerana Adi kurang mendapat perhatian dan kasih sayang dari ibu bapanya.
Walaupun mempunyai abang dan kakak, namun mereka tidak tinggal bersama ibu
bapa. Adi yang tidak tenteram ketika berada di rumah kerana sikap ibu yang yang suka
memukul menyebabkan Adi lebih seronok bersama kawan-kawan. Adi juga suka
ponteng sekolah dan mengikut kawannya Subi ke pusat komputer untuk bermain
internet dan game, hal ini tidak di sedari oleh ibu dan bapanya. Keadaan ini
menyebabkan Adi merasa seronok dan kawan-kawan memberikan perhatian
kepadanya. Kes kedua pula berlaku kerana Adi kerap di buli oleh abangnya serta
kakaknya namun apabila memberitahu kepada ibu dan bapa, Adi juga di marahi. Adi
merasa tertekan dan lari dari rumah lagi.
Cadangan mengatasi masalah pelajar lari dari rumah.

1) Peranan Ibu Bapa dan institusi Keluarga

- Keluarga merupakan sumber sokongan emosi kepada ahli keluraga terutamanya


bagi anak-anak yang dalam proses pertumbuhan di peringkat remaja. Ibu bapa
perlu memberikan belaian kasih sayang kepada anak-anak mereka, disamping
itu memberikan pujian dan galakan.
- Sikap terbukaan yang ada pada kedua-dua ibu bapa sentiasa berbincang, sedia
mendengar dan berempati ke atas sesuatu perkara yang mengenai anak-anak
mereka.

2) Peranan Media Massa, Cetak dan Elektronik


- Media massa khususnya media elektronik iaitu televisyen perlulah mengawal
dan menapis sesebuah filem yang hendak ditayangkan atau dipasarkan supaya
untuk memastikan tidak berunsur negatif iaitu keganasan, dan seks. Ini kerana
pelajar akan menghabiskan banyak masa untuk menonton, pelajar atau remaja
yang menonton akan ingin mencuba.
- Program-program yang berunsur keagamaan perlu dipelbagaikan untuk contoh
rancangan yang berunsur agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu, supaya
mereka akan dapat semagat daripada kerohanian, dan seterusnya tidak terjebak
dalam tingkah laku yang negatif.

3) Peranan Pihak Kerajaan dan Swasta


- Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat adalah lebih
dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah sosial. Agensi yang khusus
dan bertanggungjawab adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
Program pemulihan yang dijalankan oleh (JKMM) menerusi Asrama Bahagia
Kuala Lumpur dan juga Sekolah tunas bakti untuk mengatasi masalah-masalah
pelajar, termasuk juga masalah pelajar lari dari rumah.
- Perkhidmatan Kaunseling juga disediakan oleh (JKKM) untuk membantu sesiapa
sahaja yang ingin mendapatkan pertolongan, termasuk yang pelajar lari dari
rumah atau yang berniat lari dari rumah.
- Pihak swasta juga mempunyai peranan untuk mengurangkan masalah sosial
yang seperti pelajar lari dari rumah.
- Program yang dijalankan seperti seminar atau ceramah tentang kepentingan
kekeluargaan, keibubapaan, kepentingan kasih sayang kepada anak-anak, dan
cara pembahagian masa utk pekerjaan dan juga ahli keluarga.
- Perkhidmatan kaunseling yang diberikan secara percuma oleh organisasi NGO
yang demi kebajikan.

4) Peranan Masyarakat
- Masyarakat perlu sedar mengenai masalah sosial yang wujud dan perlu
melibatkan diri untuk memberi pertolongan untuk menangani masalah sosial
supaya masyarakat kita dapat hidup dengan aman, damai dan terus maju
kehadapan, sebab pelajar atau remaja adalah tulang belakang bagi negara kita
pada masa akan datang.
- Ambil berat tentang masalah semasa dan melibatkan diri untuk memberi
pertolongan melalui aktiviti persatuan dan kelab supaya membantu insan untuk
melahirkan pemikiran yang positif.
- Ahli masyarakat juga perlu sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak yang
berkuasa, supaya masalah pelajar lari dari rumah dapat diatasi.
5) Motivasi Diri
- Pelajar perlu berfikiran secara positif untuk berhadapan dengan masalah yang
dihadapi oleh mereka.
- Pelajar perlu mengekalkan dan mempertahankan gaya hidup sosial yang
beradab, pelajar perlu bijak menggunakan pelbagai sumber motivasi seperti
insentif, keperluan asas kejiwaan dan kognitif.
- Pelajar perlu menjalanikan kehidupan dengan beribadah supaya tidak
melakukan tingkah laku yang dilarang dari segi agama dan pandai mendapatkan
pertolongan semasa berhadapan dengan masalah dan bukan mengelak
daripada masalah.
Pendekatan Teori Kaunseling

- Kaunseling mempunyai pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk


membantu pelajar yang berhadapan dengan masalah lari dari rumah.
- Kesesuaian setiap pendekatan adalah bergantung kepada jenis individu pelajar
dan juga punca yang menyebabkan pelajar itu lari dari rumah.
- Oleh itu, kaunselor perlu membuat penerokaan awal sebelum menentukan jenis
pendekatan yang akan diambil.
- Antara pendekatan yang digunakan adalah Teori Remotif Emosi Terapi (RET),
Teori Remotif Emosi Behaviour Terapi, Teori Terapi Adler (TA), dan Teori
Tingkah-laku,.
- Jenis kaunseling yang digunakan adalah kaunseling individu dan juga terapi
keluarga.
- Terapi kaunseling Individu adalah antara kaunselor dan klien (pelajar). Kaunselor
akan membantu pelajar sedar akan masalahnya dan pelajar akan menceritakan
masalahnya.
- Terapi keluarga pula digunakan bagi mendapatkan kerjasama keluarga dalam
membantu masalah yang dihadapi pelajar tersebut.
LAMPIRAN

Kes Pelajar 2

Nama: Akim (bukan nama sebenar)


Umur: 12 tahun
Jantina: Lelaki
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Kajian Kes : Tekanan Belajar dan Merokok

KISAH AKIM :

Akim adalah salah seorang pelajar pintar dalam sekolahnya. Akim adalah anak kedua
dari tiga adik beradik. Kakak Akim merupakan pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan UPSR iaitu 5A. di sebabkan itu, ibu bapa Akim mahu
Akim mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR seperti kakaknya.
Akim merasa sangat tertekan kerana takut dirinya tidak dapat belajar dengan baik dan
mendapat keputusan cemerlang seperti kakaknya. Oleh kerana ibu bapanya yang
garang Akim jadi takut dan akhirnya Akim meluahkan perasaannya kepada kawan-
kawan yang salah. Akim akhirnya terjebak dalam kegiatan merokok. Akim mula
menghisap rokok adalah kerana pengaruh kawan-kawan yang mengatakan Akim akan
lebih tenang jika menghisap rokok. Akim mula seronok menhisap rokok. Akim ada niat
nak berhenti tapi keliru kerana bapa Akim yang merokok juga menjadikan idola atau
model yang terbaik untuknya. Akim juga sedar apa yang dilakukannya tidak berfaedah
tapi Akim buntu nak hadapi semua ini berseorangan.

Cadangan mengatasi masalah pelajar merokok.

FASA 1: SEJARAH KLIEN

Pengambilan sejarah mengenai masalah yang mereka hadapi dan juga


masalah penggunaan rokok sebelum mereka berjumpa klien.

Catatan mengenai jumlah rokok yang dihisap pada setiap hari dan jangka
masa penggunaan bahan ini hendaklah dibuat setiap kali perawat berjumpa
dengan klien.

FASA 2 : MENDENGAR MASALAH KLIEN


Perawat haruslah memberi peluang terlebih dahulu kepada klien untuk
menjelaskan masalah mereka dengan rokok.

Perawat mendengar dengan teliti masalah tersebut , dan jika perlu ia perlu
dicatatkan dalam buku rekod klien.
FASA 3 : MENGENALPASTI MASALAH
FASA 4 : MENETAPKAN MATLAMAT
FASA 5 : MEMBINCANGKAN CARA ALTERNATIF DAN
MEMILIH
FASA 6 : MENILAI SEMULA CARA ALTERNATIF
FASA 7 : MENGAPLIKASIKAN ALTERNATIF

Modifikasi Tingkah Laku

PENDEKATATINGKAH LAKU

1) Kaedah Pengawalan Diri

Keadaan @ Situasi Perancangan Atasi

Selepas Makan Segera bangkit dari tempat makan dan pergi


berjalan atau cuci pinggan atau segera berus
gigi.
Selepas Minum Kopi Tukar pada minuman lain yang tidak berkafin
seperti koko, air galian dan sebagainya.

Merasa bosan, cemas, ngantuk dan Lakukan sesuatu yang boleh tenangkan fikiran
sebagainya seperti ambil wuduk, baca majalah, lakukan
riadah , lihat album lama dan sbgnya.

2) Mengubah Cara Hidup

Mempastikan seseorang itu melakukan banyak kegiatan sukan dan


bersenam pada masa lapang.

Menggantikan bentuk ketagihan negatif kepada bentuk ketagihan yang


positif.

3) Kaedah Pengurangan Jumlah Rokok

Mencipta satu jadual

Contohnya,

Anda mungkin juga menyukai