Anda di halaman 1dari 1

Apakah tips untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme?

Berikut merupakan tips untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme:

1. Arahan mudah dan jelas


o Berikan arahan yang mudah dan jelas.
o Sebut nama anak terlebih dahulu
Contoh: “Ali, duduk sini.” daripada “Boleh tak awak mari dan duduk di sini.”
o Gunakan isyarat (gesture) atau bahasa badan jika perlu.

2. Rutin
o Lakukan aktiviti yang digemari kanak-kanak tersebut secara berulang-ulang. Ini kerana
kanak-kanak autisme gemar melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang.
o Guna jadual bergambar untuk membantu kanak-kanak autisme melakukan rutin secara
visual.

3. Main, main, main!!!

o Kenal pasti dan cipta permainan/situasi yang anak anda paling berminat seperti bola, buih
sabun, muzik, air, pasir, lompat dan lain-lain.
o Semasa bermain bersama anda perlu:
o Berhadapan dengan anak
o Meniru perbuatan, bunyi dan sebutan pertuturan.
o Tunggu dan perhatikan apabila anak cuba hendak berkomunikasi (isyarat badan, bunyi
tidak bermakna, ekspresi muka)
o Respon kepada komunikasi yang cuba disampaikan oleh anak.
o Komen bagi setiap perbuatan yang anak anda sedang lakukan (berikan rangsangan
bahasa)
o Pelbagai intonasi suara untuk menarik minat anak anda

4. Sistem pujian dan ganjaran yang konsisten

o Berikan pujian atau ganjaran yang konsisten jika anak anda membuat perkara yang


positif
o Ganjaran negatif (seperti ‘time-out’) jika anak melakukan perkara yang tidak diingini

5. Zon Selamat di Rumah

o Cipta ruang peribadi di rumah untuk anak boleh berehat dan berasa selamat.

6. Fahami isyarat bukan lisan

o Perhatikan nada suara, ekspresi muka dan pergerakan isyarat yang digunakan mereka
sebagai tanda penat, lapar atau mahukan sesuatu.
o Kenalpasti punca tantrum

Anda mungkin juga menyukai