Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

KEMENTERIAN VOKASIONAL
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 6
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012
PROGRAM’S CODE & SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C 06 SINGLE PHASE WIRING TESTING AND
COMPETENCY UNIT NO. COMMISSIONING
AND TITLE
1. IDENTIFY SINGLE PHASE TESTING AND COMMISSIONING
SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
2. PREPARE SINGLE PHASE TESTING AND COMMISSIONG
TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS
NO. DAN PERNYATAAN 3. CARRY OUT SINGLE PHASE INSULATION RESISTANCE
AKTIVITI KERJA / WORK TESTING
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT SINGLE PHASE POLARITY TESTING
STATEMENT 5. CARRY OUT SINGLE PHASE CONTINUITY TESTING
6. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING RESISTANCE
TESTING
7. CARRY OUT TESTING COMMISSIONING
8. PREPARE TESTING AND COMMISSIONING REPORT
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/7)
Drp / of : 09

TAJUK: PENGENALAN UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI (EARTHING


RESISTANCE TEST )
TUJUAN: Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-
pelajar berkaitan tentang pengenalan mengenai definisi Ujian rintangan elektrod
bumi. Helaian penerangan ini juga menerangkan cara-cara menjalankan ujian
rintangan elektrod bumi dan mengendalikan alat uji.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

PENERANGAN / INFORMATION :

Ujian rintangan elektrod bumi dijalankan bagi mengukur galangan elektrod yang ditanam itu
mempunyai nilai rintangan yang rendah dan mengetahui keberkesanan pembumian sesuatu
pemasangan serta menjamin keselamatan pengguna dan peralatan elektrik jika berlaku
kebocoran arus ke bumi. Ianya juga bagi mengetahui kedudukan elektrod yang ditanam itu
bersesuaian dan tidak berada dalam kawasan yang bertindih dengan elektrod lain.

Nilai rintangan elektrod bumi sangatlah mustahak dipastikan supaya tidak melebihi nilai
maksima yang dibenarkan oleh peraturan. Ia sepatutnya diperiksa secara berkala untuk
menjamin keselamatan sesuatu pemasangan elektrik.

Jika nilai galangan elektrod bumi terlalu tinggi, menyebabkan peranti pelindung arus bocor ke
bumi tidak dapat berkendali dengan berkesan semasa berlaku kebocoran arus ke bumi. Ianya
membahayakan pengguna serta peralatan elektrik dan menyebabkan kabel akan menjadi
panas, lama kelamaan boleh menyebabkan kebakaran. Nilai galangan elektrod yang tinggi
hendaklah direndahkan.

Alat penguji yang digunakan ialah Penguji Rintangan Bumi ( Earth Resistance Tester ).

Alat ini juga boleh mengukur voltan elektrod bumi pemasangan tetapi bukan pembumian
penangkap kilat . Voltan sehingga 30 V AC boleh diukur . Voltan ini merupakan voltan aruhan
dari system pemasangan. Voltan elektrod bumi yang tinggi menunjukkan arus bocor ke bumi
yang tinggi, mungkin disebabkan oleh alat elektirk yang rosak atau sistem pembumian itu
sendiri yang rosak.Voltan elektrod bumi yang tinggi adalah merbahaya .

Alat ini mempunyai tiga elektrod ( spike ) dan mengunakan prinsip AC „POTENTIOMETER
BRIDGE‟ . Dua elektrod bumi digunakan sebagai tambahan kepada system pembumian yang
sedang diuji sebagai untuk melengkapkan litar bridge .

Litar AC Bridge menggunakan 500 Hz Transistor Inverter dan synchronous detector.


Perimbangan bridge ditunjukkan oleh galvanometer .
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

6.0 LANGKAH-LANGKAH PENGUJIAN

Sambungkan alat penguji dengan menggunakan kabel bumi pada elektrod bumi sebenar yang
hendak diuji (ditandakan X), dua elektrod tambahan di mana kabel berwarna kuning
disambungkan pada elektrod tambahan 1 (ditandakan Z) dan kabel berwarna merah
disambungkan pada elektrod tambahan 2 (ditandakan Y).

Jarak di antara elektrod sebenar yang diuji dengan elektrod tambahan Z dan Y dengan jarak
yang sesuai (10 – 15 meter).

Periksa bateri alat penguji - Setkan suis pada kedudukan “B”, tekan butang uji. Jarum penunjuk
mestilah pada kedudukan garisan biru. Jika jarum penunjuk melepasi garisan biru ia
menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar bateri yang baru.

Periksa voltan pembumian - Setkan suis pada kedudukan “V” dan jarum penunjuk mestilah
menunjukkan nilai voltan kurang dari 10 V (jangan tekan butang uji).
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

Elektrod bumi
Elektrod tambahan
yang diuji

X Z Y
Alat Penguji Bumi

12 meter 12 meter

Rajah jarak elektrod tambahan

Pengukuran () - Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan
bacaan “0”. Ambilkan (catitkan) bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm. Bagi
memastikan bacaan rintangan pertama yang dilakukan adalah tepat atau untuk memastikan tiada
pertindihan rintangan pada X, Y dan Z, ujian peringkat kedua dan ketiga hendaklah dilakukan.

6.1.1 Ujian peringkat kedua

Ubahkan jarak pancang elektrod tambahan Z iaitu 6 meter dari jarak asalnya ke elektrod bumi (X)
dan elektrod tambahan ( Z ) akan menjadi Z 1.

EC P Ubah
asal elektrod
kedudukan
berhampir
Z
X Z denga
an Z Y
bu
elektrod
Alat Penguji 1
mi
Bumi

6 6 12
meter meter meter
Rajah jarak elektrod tambahan Z 1 yang
diubah
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka “0” dan
ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm.

6.1.2 Ujian peringkat ketiga

Ubah jarak pancang Z 1 iaitu 6 meter dari jarak asalnya ( Z ) berhampiran ke elektrod tambahan
Y dan elektrod tambahan ( Z 1 ) akan menjadi Z 2.

Ubah
elektrod
kedudukan
EC P Ztambahan
1
kedudukan
kepada
berhampir
Z2
X Z Z elektrod Z Y
an
Alat Penguji 1 Y
tambahan 2
Bumi

6 6 6 6
meter meter meter meter
Rajah jarak elektrod tambahan Z 2 yang
diubah
Tekan butang uji dan pusingkan pelaras ohm sehingga jangka menunjukkan angka “0” dan
ambilkan bacaan rintangan yang ditunjukkan oleh pelaras ohm.

I. MASALAH PRAKTIKAL

a) Masalah selalunya dihadapi untuk menepatkan elektrod tambahan


terutamanya dikawasan Bandar yang mana ia dikelilingi oleh bangunan dan
permukaan tanah bersimen . Pemasangan ini biasanya mengunakan
kemudahan pembumian pehak pembekal.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

Bacaan ujian peringkat kedua dan ketiga mestilah hampir sama dengan ujian yang
dilakukan pada peringkat pertama. Jika bacaan peringkat kedua dan ketiga terdapat
perbezaan yang besar, ini bermakna berlakunya pertindihan kawasan rintangan. Ujian
semula peringkat kedua dan ketiga perlu dilakukan semula dengan mengubah jarak
elektrod tambahan “ Y “ lebih jauh lagi dari elektrod bumi “ X “.

1. Terminal E : Untuk sambungan kelektrod bumi yang hendak diuji

Terminal P & C: Untuk sambungan ke spike P wayar bewarna kuning dan juga
ke spike C wayar bewarna merah.

2. Sekil dail : 0 hingga 1000 ohm bacaan pada dail hendaklah


bersetentangan dengan Indik ( no.6 ) adalah nilai bacaan
rintangan elektrod bumi apabila litar bridge telah seimbang.

3. Penunjuk : Penunjuk ini adalah satu galvanometer yang menunjukkan tiga


perkara berikut :

 Keadan bateri
 Voltan eletrod yang di uji
 Ke seimbangan litar bridge
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

4. Suis tekan : Butang ini hendaklah ditekan apabila hendak mengetahui


keadaan bateri dan juga pengukur rintangan.

Nota : Ia tidak boleh digunakan bila pengukuran voltan elektrod sedang dibuat.

5. Suis pemilih : Suis ini mempunyai tiga kedudukan iaitu pada tanda ohm
( pengukuran rintangan elektrod ) , V ( pengukuran voltan
elektrod bumi ) dan B ( mengetahui keadaan bateri ).

6. Indek : Satu point dimana bacaan sekil dail yang besetentangan


dengannya adalah merupakan bacaan rintangan elektrod
bumi
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

SOALAN :

1. Apakah tujuan ujian rintangan elektrod bumi dilakukan?


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________

2. Apakah alat uji yang digunakan untuk ujian rintangan elektrod bumi?
________________________________________________________________________
____________________________________________________________
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C06/P(6/8)
Drp / of : 09

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Haji Md. Nasir Haji Abd. Manan (Panduan Pendawaian Elektrik Domestik I.E.E.Edisi 16
BS7671:1992 Pindaan 2, 1997) Ibs buku Sdn. Bhd.
2. Abd. Samad Hanif (Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik Edisi Kedua) Dawama Sdn.
Bhd
3. Joshi. (2008). Residential, Commercial and Industrial Electrical Systems : Protection,
testing and commissioning. Tata McGraw-Hill Education.
4. Keith Harker. (1998). Power System Commissioning And Maintenance Practice. IET
Limited.
5. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhn Malaysia.
6. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
7. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
8. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.

Anda mungkin juga menyukai