Anda di halaman 1dari 5

Gambar - Alatuji Rintangan Elektrod Bumi (Earth Resistance Tester)

Tujuan Ujian Rintangan Elektrok Bumi adalah untuk menguji rintangan elektrod bumi dan bagi
mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang di tanam, serta untuk memastikan elektrod
yang ditanam tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain.
Alatuji yang digunakan ialah Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester). Sebaik-baiknya
alatuji siap di calibrate, sedia dengan sijil calibration yang menunjukkan tarikh sah belum luput.
Periksa bateri alatuji bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pengujian. Pengendalian alatuji
boleh juga merujuk kepada manual yang biasanya ada disertakan.
Kaedah pengujian adalah seperti berikut ;- Sambungkan Terminal 'E' ke elektrod yang hendak diuji (konduktor hijau).
- Sambungkan Terminal 'P' pada pancang voltan (spike potential) (konduktor kuning) dengan
jarak 10 meter daripada elektrod bumi; dan
- Sambungkan Terminal 'C' pada pancang arus (spike current) (konduktor merah) pada jarak 20
meter dari elektrod bumi. Seperti dalam gambarajah di bawah;

Rajah - Mengukur Rintangan Elektrod Bumi.


Ujian diulang-ulang tidak kurang tiga kali, bertujuan untuk mengelakkan bacaan tidak tepat
disebabkan kawasan rintangan bertindih.
Contoh ujian dan pengiraan;a) Bacaan yang pertama direkodkan (Z1).
Contoh: Z1 = 10 ohm
b) Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan (Z2).
Contoh: Z2 = 10 ohm.
c) Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan ketiga (Z3).
Seperti dalam gambarajah di bawah;

Rajah - Spike pontential di alih-alihkan untuk Ujian Rintangan Elektrod Bumi.


Keputusan:
Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai rintangan
elektrod bumi yang diuji.
Z= Z1 + Z2 + Z3
---------------3
10 + 10 + 10
= ---------------- = 10 ohm
3
Kemudian semua keputusan ujian tersebut direkodkan ke dalam borang yang berkenaan.
Sewaktu ujian dijalankan adalah molek jika semua wakil tapak bina ada bersama menyaksikan
ujian tersebut dijalankan. Mereka mungkin wakil pemunya, wakil pemaju, wakil kontraktor utama,
wakil kontraktor dan lain-lain. Mereka juga bertanggungjawab untuk menurunkan tandatangan
pada borang keputusan ujian di ruangan saksi atau sebagainya.

Gambar - Aksesori alat uji yang terdiri daripada spike dan kabel-kabel.

Gambar - Kotak pembumian dialihkan sementara manakala rod sedia untuk diuji.

Gambar - memacakkan spike ke tanah.

Gambar - Terminal 'E' kabel hijau disepitkan ke elektrod yang hendak diuji.

Gambar - Salah satu terminal disambungkan ke pancang.

Gambar - Mengambil bacaan keputusan dari alatuji.


Sekiranya terdapat point yang gagal mendapat bacaan atau keputusan yang dikehendaki, pihak
yang terlibat iaitu kontraktor akan diarahkan untuk mengambil tindakan yang perlu, seperti
menambah rod misalnya.

Anda mungkin juga menyukai