Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) merupakan salah satu program melibatkan

murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan di peringkat sekolah, negeri dan

kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman

dadah dan gejala sosial.

Program ini diadakan disekolah bertujuan untuk memberi impak yang lebih dengan

penglibatan murid dalam pelbagai aktiviti sepert pertandingan sajak, pertandingan melukis poster,

kuiz dan mesej PPDa. Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia

mensasarkan tahun 2012 sebagai tahun ‘SEKOLAH BEBAS DADAH’. Matlamat Pendidikan

Pencegahan Dadah adalah untuk mempastikan semua murid memahami akan bahaya dadah, inhalan,

rokok dan AIDS. Justeru itu, dapat membina ketahanan diri yang tinggi bagi menolak dadah. Empat

strategi utama pencegahan awalan ini dilaksanakan melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum,

pembentukan sahsiah serta pengurusan dan kepimpinan.

Oleh itu, Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid perlu berganding bahu dan

berusaha dengan lebih gigih untuk mempastikan tiada murid yang akan terlibat dengan dadah pada

hari ini, esok dan selama-lamanya.


IKRAR ANTI-
DADAH
BAHAWASANYA KAMI

PELAJAR SMK BUNUT SUSU

BERIKRAR

UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA DADAH

PADA SETIAP MASA

DENGAN

 MEMENUHI MASA LAPANG DENGAN KEGIATAN YANG


BERFAEDAH
 MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERGUNA
DAN MANFAAT KEPADA MASYARAKAT
 MENJADI RAKYAT BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN
MENGAMALKAN CARA HIDUP SIHAT DAN CERGAS
 MENYEDIAKAN DIRI UNTUK MENGISI KEPERLUAN WAWASAN
PENDIDIKAN DAN
 MEMBANTU SEGALA USAHA BAGI MEMBEBASKAN NEGARA
MALAYSIA DARIPADA ANCAMAN DADAH

3.0 LAPORAN AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

3.1 PELANCARAN MINGGU PPDa


Tanggal 11 Jun 2012 hingga 15 Jun 2012 merupakan Minggu PPDa peringkat sekolah SMK

Jinjang bagi tahun 2012. Tema Minggu PPDa pada tahun ini ialah ‘1 Malaysia

Membanteras Dadah’. Pelancaran tersebut telah dilakukan oleh Pn. Tian Lee Yuan, PK

HEM. Pada hari pelancaran juga turut diadakan bacaan ikrar oleh wakil pelajar. Tujuan

diadakan minggu PPDa ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya

najis dadah, inhalan, rokok dan AIDS.

Pelbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan murid-murid di antaranya ialah:

 Bacaan Ikrar Antidadah oleh wakil pelajar seramai lima orang.

 Penyampaian Mesej 5 Minit dan kuiz tentang dadah semasa perhimpunan

disampaikan oleh murid. Mesej 5 Minit dijalankan ketika perhimpunan sesi pagi dan

petang.

 Persembahan Drama oleh pelajar Tingkatan 6 Atas dibimbing oleh Pn Banusha A/P

Balasingam

 Persembahan Melukis Poster Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 4.

 Pertandingan Mendeklamasi Sajak

 Ceramah mengenai dadah

 Pameran di Dewan PIBG

3.2 LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TINGKATAN

PERALIHAN, TINGKATAN 1, 2 DAN 4

Pertandingan melukis poster telah di jalankan dari 11 Jun hingga 13 Jun 2012. Guru

Pendidikan Seni Visual memastikan pelajar melukis poster bertemakan ‘1 Malaysia Membanteras
Dadah’. Kelas yang terlibat ialah Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4. Pelajar telah menunjukkan

kesungguhan untuk melukis poster berdasarkan tema yang di beri. Guru Penyelaras Pertandingan

Melukis Poster ialah En. Yusly (Pagi) dan Cik Najibah (Petang). Lukisan Poster yang menang telah

dipamerkan semasa pameran PPDa.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

TINGKATAN PERALIHAN

BIL NAMA TINGKATAN


1.
2.
3.

TINGKATAN SATU

BIL NAMA TINGKATAN


1.
2.
3.

TINGKATAN DUA

BIL NAMA TINGKATAN


1.
2.
3.

TINGKATAN EMPAT

BIL NAMA TINGKATAN


1. WONG SUM YUE 4A10
2. YUP SENG KIT 4A6
3. LOKE CHEN MUN 4A6

3.4 LAPORAN CERAMAH

Aktiviti yang dijalankan pada Minggu PPDa ialah ceramah. Ceramah ini diadakan pada 15

Jun 2012 (Jumaat) jam 7.30 pagi dan sesi petang 2.45 petang bertempat di Tapak Perhimpunan.

Penceramah Jemputan ialah En. Roslan Bin Yahya, merupakan wakil dari Persatuan PENGASIH

Malaysia. Beliau berpengalaman menyampaikan ceramah di sekolah, menyertai konsultan dan sering

mengadakan ceramah untuk Badan-badan Bukan Kerajaan. Tajuk ceramah beliau ialah “Cara
Menangani Dadah dalam Kalangan Murid”. Ceramah disampaikan selama 45 minit ini Berjaya

menarik minat pelajar dimana beliau telah mengemukakan soalan serta memberi hadiah kepada

pelajar yang dapat menjawab dengan pantas dan tepat. Pelajar dapat mengutip banyak maklumat dan

pengetahuan dari ceramah yang telah diadakan.

GAMBAR SEKITAR MINGGU PPDa 2012


PERINGKAT SEKOLAH
Soalan Kuiz PPDa

1. Apa itu OPIAT?

2. Sebahagian dari opiate seperti candu, morfin, heroin dan kokain di perolehi dari?

3. Apakah itu pergantungan terhadap dadah?

4. Rawatan Detofikasi ialah?

5. Rawatan Detofikasi yang diamalkan di pusat-pusat pemulihan dan hospital adalah rawatan?

6. AIDS adalah?

7. AIDS adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus?

8. Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja iaitu?

9. Nikotin adalah sejenis?

10. 2 Langkah untuk berhenti merokok ialah

11. Bagaimana mengelakkan diri daripada terpengaruh dadah?


3.5 KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) ZON SENTUL

TARIKH : 30 Jun 2012 (Sabtu)

TEMPAT : SMK Segambut Jaya

MASA : 7.00 pagi – 2.00 petang

TEMA : “1 Malaysia Membanteras Dadah”

BIL PERTANDINGAN TINGKATAN


PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
 Peserta (Menengah Atas) ialah Lee Can Mei
1. Pn. Wan Noraini
(4A10)

PERTANDINGAN SAJAK
2.  Peserta ialah Nor Farhana (3A1) Pn. Wan Noraini

 Dalam pertandingan yang telah di sertai oleh wakil sekolah, SMK Jinjang tidak berjaya

memperolehi kemenangan. Berusaha lagi untuk tahun lepas.


4.0 PENUTUP

Secara keseluruhan Minggu PPDa Peringkat Sekolah 2012 telah Berjaya dilaksanakan

mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Melalui program ini warga sekolah khususnya murid,

guru, kakitangan pendidik dan ibu bapa dapat diberi pengetahuan, kesedaran agar mereka menjauhi

dadah. Kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak amat diperlukan untuk merealisasikan

“Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”

Anda mungkin juga menyukai