Anda di halaman 1dari 6

DARI MEJA CIKGU…

TIPS BELAJAR BIOLOGI

Sejak mula mengajar Biologi banyak komen yang telah cikgu dengar dari anak-
anak pelajar. Majoritinya berpendapat subjek ini agak berat..mungkin kerana terlalu
banyak fakta yang perlu difahami, dikuasai dan diingati.

Apa sahaja pendapat dan alasan yang diberi, yang pentingnya jangan ada yang
menaruh prasangka itu di dalam hati. Apa sahaja yang kita pelajari, sekiranya diberi
tumpuan dan belajar bersistematik tentu sahaja memberikan kesan positif kepada kita.
Sama ada anda minat atau tidak ,itu bukan soalnya. Soalnya sekarang anda perlu
cemerlang!! Itu matlamat anda berada di STAR.

Tidak ada pelajar yang ingin gagal, buakan? Tidak ada juga guru yang ingin lihat
pelajarnya kecundang. Guru-guru akan bantu anda, tetapi anda perlu bantu diri anda
dahulu. Masa mungkin sudah agak suntuk, namum itu bukan alasan untuk terus berdiam
diri, give up. Bangunlah dari mimpi…ingat apa pesan ibu dan ayah. Ingat harapan
mereka kepada anda. Mereka berharap anda berjaya bukan untuk diri mereka tetapi untuk
masa depan anda nanti.

Kalau anda tidak sayangkan ibu dan ayah, tidak mahu berkorban untuk mereka,
buatlah untuk diri anda sendiri. Sudah fitrah manusia..inginkan kebahagiaan, ingin jadi
baik dan ingin berjaya. Rebutlah peluang yang masih ada untuk BERUBAH, belum
terlewat lagi. ITS BETTER LATE THAN NEVER. Apa sahaja masalah yang anda
hadapi anda perlu tenang dan bertindak dengan bijak.

Di sini cikgu ingin kongsikan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk
mempermudah pelajar menguasai ‘content ‘ Biologi. Berikut adalah beberapa cara yang
ingin cikgu kongsikan dengan anda. Walaupun kaedah ini mungkin merupakan perkara
yang tidak asing lagi bagi anda, anggaplah ia sebagai perkongsian ilmu daripada cikgu
untuk anak-anak semua.

Berikut ialah kaedah yang boleh anda aplikasikan dalam pembelajaran Biologi secara
bijak.

1. Peta konsep

Biasanya kita boleh menggunakan kaedah ini apabila kita mahu melihat atau
menghubungkaitkan perkara-perkara yang penting dalam satu topic yang besar.
Seboleh-bolehnya anda gunakan kertas yang besar agar maklumat tersebut lebih jelas dan
tersusun dengan baik. Kalau rajin lagi, gunakan pen warna terutamanya warna merah
kerana warna merah menguatkan memori kita dan kita lebih alert. Rujuklah contoh-
contoh yang diberikan untuk beberapa topik yang cikgu telah pilih

a. Chapter 1/Form 5: Transport


b. Chapter 6/ Form 4: Nutrition
c. Chapter 8/ Form 4:

2. Carta tulang ikan

Kadang-kadang dalam sesuatu topik terdapat beberapa aspek yang penting yang selalu
disoal dalam peperiksaan. Namun adakalanya anak-anak sering ingat-ingat lupa.
Mungkin kerana tidak ada sesuatu kaedah tersusun yang membolehkan anda mengingat
fakta tersebut dengan baik. Maka satu kaedah baru yang cikgu ingin sampaikan kepada
anda ialah carta tulang ikan. Bukan susah sangat nak buat, pastikan carta itu ada kepala
dan tulang tulang ikan, lagi banyak faktanya lagi banyaklah tulangnya. Tuliskan tajuk
utama dalam kepala ikan dan faktor-faktor menyokongnya dalam bahagian tulang tadi.
Senang kan? Lihat contoh yang diberi

a. Poor eating habit

3. Bioprocess

Kaedah ini memang tak asing dengan anda sebab anda dah buat pada tahun lepas. Cuma
cikgu belum berkesempatan untuk menerangkan kaedah ini denga lebih detail.
Bioprocess sesuai digunakan bagi satu proses yang berturutan/in sequence. Dalam biologi
banyak sangat proses-proses yang perlu difahami dan dihafal. Bukan senang nak hafal
ayat-ayat yang berjela-jela, jadi cara mudah ialah menulisnya dalam bentuk proses yang
berturutan. Bioprocess akan memudahkan anda menjawab soalan-soalan berbentuk
‘explain’ atau describe’. Contoh berikut boleh dirujuk

a. Effect hypotonic solution on animal/plant cell

4.Biographic

Namapun dah menggambarkan maknanya. Biographic boleh digunakan apabila anda nak
mengaitkan rajah dengan maklumat penting daripadanya. Kadang-kadang gambar
menerangkan segala-galanya, picture worth a thousand word. Memang benar…namun
bukan semua diagram dalam Biologi penting, anda harus memilihnya…lukislah diagram
yang selalu ditanya dalam exam, study, fahami dan ingatlah apa yang nak disampaikan
melalui gambar itu. Contoh diagram yang selalu ditanya dalam exam antaranya ialah

a. Villus
b. Cell
c. Green House Effect

4. Carta perbandingan

Compare…contrast….differentiate.. Ini antara soalan yang selalu jugak ditanya dalam


exam. Kadang-kadang kita rasa senang nak jawab soalan sebegini tetapi kalau tak ada
fakta tentu kita tak boleh jawab. Kemudian kalau kita compare dan tiba-tiba tersalah fakta
satu daripada dua bahagian yang dibandingkan itu, kita juga tak dapat markah. Cara
mudah ialah dengan membina carta perbandingan. Didalamnya ada similarities dan juga
differences. Tataplah, hafallah..semoga kalau keluar exam nanti boleh jawab dengan hati
terbuka. Rujuk contoh supaya anda boleh buat untuk tajuk-tajuk lain

a. Passive transport vs active transport (SPM 2008)


b. Mitosis vs meiosis
c. Digestive system of ruminant vs rodent

Apa sahaja kaedah yang cikgu perturunkan ini hanya akan memberi kesan kepada pelajar
yang benar-benar mahu berjaya dalam Biologi. Bukan terlewat untuk memulakan sesuatu
perkara yang baik, belum terlewat untuk mengulangkaji Biologi. Yang penting buang
jauh-jauh prasangka yang menyatakan Bio itu susah, dsb. Ingat ,Allah kurniakan manusia
dengan otak dan akal yang hebat. Jangan persiakan kurniaan Tuhan. Bantulah diri anda
kerana itu yang paling penting. Cikgu akan sentiasa membimbing anda sehingga SPM
menjelma. There’s no short cut to success, biarlah kita bersusah-susah dulu dan
bersenang-senang kemudian, tidak ada yang mustahil. Teruskan usaha, . BEST OF
LUCK!!
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH PERAK

TUGASAN SEMASA CUTI : BIOLOGY 2009/2010

Selamat bercuti diucapkan kepada para pelajar yang akan bercuti bermula 21 November ini. Demi
memastikan anak-anak masih dapat meneruskan perjuangan untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM
2010, para pelajar MESTI melengkapkan tugasan Biologi yang diberikan ini. Tugasan mestilah diserahkan
kepada guru subjek pada hari pertama persekolahan sesi 2010.
Tugasan ini dinamakan Ezi BIO 2010 yang merupakan scrap book merangkumi topic-topik Tg 4 yang telah
dipelajari sepanjang tahun ini dan sedikit topik pilihan Tg 5 yang akan dipelajari pada tahun hadapan.
Cara Menyiapkan Ezi BIO adalah dengan beberapa cara. Bagi setiap tajuk-tajuk utama yang disenaraikan
di bawah ini,,anda perlu membuat nota dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami dan diingati.
Pilihlah cara yang paling efisien supaya anda mendapat manfaat daripada tugasan ini. Pelbagaikan skrap
book anda agar ia munjadi rujukan yang paling baik anda pada tahun hadapan. Sila rujuk info di bawah
untuk keterangan lanjut. Selamat Bercuti dan selamat mengulangkaji..SEMOGA KITA BERJAYA
DALAM SPM 2010

Kaedah 1: Carta tulang ikan

Kadang-kadang dalam sesuatu topik terdapat beberapa aspek yang penting yang selalu disoal dalam
peperiksaan. Namun adakalanya pelajar sering ingat-ingat lupa. Mungkin kerana tidak ada sesuatu kaedah
tersusun yang membolehkan anda mengingat fakta tersebut dengan baik. Maka satu kaedah baru yang
cikgu ingin sampaikan kepada anda ialah carta tulang ikan. Bukan susah sangat nak buat, pastikan carta itu
ada kepala dan tulang tulang ikan, lagi banyak faktanya lagi banyaklah tulangnya. Tuliskan tajuk utama
dalam kepala ikan dan faktor-faktor menyokongnya dalam bahagian tulang tadi. Senang kan? Lihat contoh
yang diberi
a) Poor eating habit

Kaedah 2: Bioprocess

Bioprocess sesuai digunakan bagi satu proses yang berturutan/in sequence. Dalam biologi banyak proses-
proses yang perlu difahami dan dihafal. Bukan senang menghafal ayat-ayat yang berjela-jela, jadi cara
mudah ialah menulisnya dalam bentuk proses yang berturutan. Bioprocess akan memudahkan anda
menjawab soalan-soalan berbentuk ‘explain’ atau describe’. Contoh berikut boleh dirujuk
b. Effect hypotonic solution on animal/plant cell

Kaedah 3: Biographic

Namapun dah menggambarkan maknanya. Biographic boleh digunakan apabila anda nak mengaitkan rajah
dengan maklumat penting daripadanya. Kadang-kadang gambar menerangkan segala-galanya, picture
worth a thousand word. Memang benar…namun bukan semua diagram dalam Biologi penting, anda harus
memilihnya…lukislah diagram yang selalu ditanya dalam exam, study, fahami dan ingatlah apa yang nak
disampaikan melalui gambar itu. Contoh diagram yang selalu ditanya dalam exam antaranya ialah
c. Villus

Kaedah 4: Carta perbandingan

Compare…contrast….differentiate.. Ini antara soalan yang selalu jugak ditanya dalam exam. Kadang-
kadang kita rasa senang nak jawab soalan sebegini tetapi kalau tak ada fakta tentu kita tak boleh jawab.
Kemudian kalau kita compare dan tiba-tiba tersalah fakta satu daripada dua bahagian yang dibandingkan
itu, kita juga tak dapat markah. Cara mudah ialah dengan membina carta perbandingan. Didalamnya ada
similarities dan juga differences. Tataplah, hafallah..semoga kalau keluar exam nanti boleh jawab dengan
hati terbuka. Rujuk contoh supaya anda boleh buat untuk tajuk-tajuk lain

d. Digestive system of ruminant vs rodent


Kaedah 5: Peta konsep

Biasanya kita boleh menggunakan kaedah ini apabila kita mahu melihat atau menghubungkaitkan perkara-
perkara yang penting dalam satu topic yang besar.
Seboleh-bolehnya anda gunakan kertas yang besar agar maklumat tersebut lebih jelas dan tersusun dengan
baik. Kalau rajin lagi, gunakan pen warna terutamanya warna merah kerana warna merah menguatkan
memori kita dan kita lebih alert. Rujuklah contoh-contoh yang diberikan untuk beberapa topik yang cikgu
telah pilih
e. Chapter 1/Form 5: Transport
SENARAI TAJUK EZI BIO 2009/2010

Anda mungkin juga menyukai