Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN

78000 ALOR GAJAH


MELAKA.

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET

KOD DAN NAMA PROGRAM


/ PROGRAM CODE AND TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO. DAN TAJUK
MODUL /MODULE NO. AND M06 REINFORCEMENT AND CONCRETE WORKS
TITLE
NO. DAN PERNYATAAN
KOMPETENSI /
08 PLACING AND COMPACTING CONCRETE
COMPETENCY NO. AND
STATEMENT

PERFORMANCE STANDARD
OBJEKTIF MODUL /
MODULE OBJECTIVES

PLACE AND COMPACT CONCRETE

NO. KOD / CODE NO. CCT 106/ M06/P/KA(6/8) Muka: 1 Drp:12

TAJUK : MENEMPAT DAN MEMADATKAN KONKRIT


(PLACING AND COMPACTING CONCRETE )

Tujuan
Pelatih yang menamatkan modul ini boleh menempat dan memadatkan konkrit
menggunakan perkakas dan peralatan dengan kaedah yang betul mengikut piawaian
dan standard yang telah ditetapkan
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/8) Muka: 2 Drp:7

PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Dalam kerja konkrit selain dari menjaga nisbah bancuhan bagi mengekalkan kualiti konkrit
dan hasil kerja yang baik,terdapat beberapa proses kerja yang menjadi factor penentu.
Menuang dan memadatkan konkrit merupakan dua proses daripada lima proses kerja
konkrit yang menjadi faktor penentu kepada kualiti struktur konkrit yang dibina. Konkrit
yang ditempatkan dengan prosedur yang betul dan pemadatan konkrit yang dilakukan
dengan seragam dan sempurna sudah pasti memberi kesan kualiti yang terbaik. Kualiti
konkrit yang baik akan menjamin kekuatan struktur konkrit. Bagi lebih jelas dua proses
yang menjadi tajuk utama iaitu menempat dan memadatkan konkrit akan di bincang
secara terperinci

2.0 PROSES DALAM KERJA KONKRIT


Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
i. Membancuh konkrit (Mixing concrete)
ii. Mengangkut Konkrti (Transporting concrete)
iii. Menempat/menuang konkrit (Placing concrete)
iv. Memadat konkrit (Compacting concrete)
v. Pengawitan Konkrit (Curing concrete)

3.0 MENEMPAT/MENUANG KONKRIT


Menempat/menuang konkrit adalah peringkat proses kerja paling penting yang
menentukan hasil kerja kerana pada peringkat ini beberapa prosedur perlu dipatuhi.
Prosedur yang perlu diikut menyatakan;
a) Konkrit hendaklah dituang sebaik sahaja siap dibancuh.
b) Ia perlu dituang berperingkat-peringkat sehinggalah memenuhi kotak acuan. Setiap
peringkat tuangan hendaklah dimampatkan.Kaedah ini adalah perlu kerana ia dapat
membantu memadatkan konkrit secara keseluruhan dari bawah ke atas.
Penuangan yang serentak menyebabkan pemadatan konkrit dibahagian bawahnya
tidak dapat dilakukan. Keadaan ini adalah tidak baik bagi penghasilan struktur
berkualiti.
c) Segala kekotoran seperti abuk kayu pada kerjabentuk hendaklah dibuang sebelum
tuangan konkrit dibuat.
d) Kerjabentuk/kotak acuan perlu dibasahkan terlebih dahulu bagi memastikan
kandungan air dalam bancuhan konkrit tidak diserap oleh kayu yang kering
e) Permukaan dalam kotak acuan hendaklah disapu dengan minyak hitam atau air
sabun atau kapur supaya konkrit tidak melekat pada permukaan tersebut.Minyak
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/8) Muka: 3 Drp:7
hitam hendaklah disapu terlebih dahulu sebelum tetulang diletak di dalam
kerjabentuk. Ia bagi mengelakkan minyak hitam terkena pada besi tetulang. Konkrit
tidak akan melekat pada permukaan besi tetulang yang berminyak. Akibatnya
kekukuhan gabungan antara tetulang dan konkrit terjejas.
f) Jika permukaan konkrit akan dilepa,permukaan dalam kerjabentuk tidak boleh
disapu minyak hitam kerana lapisan lepa tidak akan melekat pada permukaan yang
berminyak.
Selain dari itu terdapat beberapavbkaedah yang perlu diberi perhatian semasa kerja-kerja
penempatan dan penuangan konkrit berdasarkan keadaan kerja-kerja konkrit yang perlu
dilakukan.
i. Kerja konkrit Menegak
Operasi dijelas dalam kertas amali CCCT 105/ M06/KA (6/7/8)
Mix Concrete Proportion & Concrete Placing and Compacting

Kerja Konkrit Mendatar


 Tuangan dilakukan bagi struktur lantai bawah padu dan lantai atas
 Konkrit perlu dituang terus menerus hingga selesai memenuhi ruang yang
ditetapkan.
 Konkrit perlu diratakan dan tidak dibiarkan berlonggok-longgok hingga melebihi
ketebalan kerjabentuk.
 Tuangan konkrit dilakukan berlapis-lapis dan setiap lapisan dipadatkan. Sewaktu
menuang konkrit untuk lapisan atas,.lapisan dibawahnya hendaklah masih basah

3.1 Persediaan sebelum Menuang Konkrit


 Lantai Bawah Padu
i. Tapak kerja disediakan dengan baik dan bersesuaian.
ii. Tapak tanah hendaklah dipadatkan dengan mesin pemadat atau menggunakan
rammer.
iii. Tapak tanah hendaklah disiram air supaya mendapan mudah berlaku dan membantu
pemadatan tapak
iv. Jika kerja konkrit perlu dilapiskan,permukaan terdahulu perlu bebas dari bahan-
bahan yang boleh melemahkan ikatan konkrit seperti minyak,cat habuk dan
sebagainya.
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/8) Muka: 4 Drp:7

3.2 Kaedah Menuang Konkrit


Penuangan konkrit boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Kaedah Mesin
b) kaedah Insani
Operasi dijelas dalam kertas amali CCCT 105/ M06/KA (6/7/8)
Mix Concrete Proportion & Concrete Placing and Compacting

4.0 PEMADATAN KONKRIT


i. Pemadatan konkrit bertujuan mengeluarkan udara yang terperangkap dalam konkrit.
ii. Kandungan udara boleh menyebabkan :
 Kekuatan dan ketahanlasakan konkrit terjejas
Kandungan udara akan mengurangkan kekuatan konkrit. Bagi setiap 1% udara
yang teperangkap,kekuatan konkrit akan menurun sekitar antara 5% -
7%.Bermakna konkrit mengandungi 5% kandungan udara yang disebabkan
ketidaksempurnaan pemadatan boleh menghilangkan sebanyak 1/3 daripada
kekuatannya.
 Mengurangkan sifat ketelapan konkrit.
Jika konkrit tidak tumpat dan tidak telap,ia akan menjadikan konkrit tidak tahan
air,menyebabkannya tidak mampu terdedah dengan cecair secara
aggresif.Permukaan yang terdedah akan terjejas teruk dengan cuaca. Kelembapan
dan udara akan dapat menyerap sehingga kepada besi tetulang dan boleh
menyebabkan karat.
 Daya pegangan antara konkrit dan besi tetulang lemah.
Kandungan udara menyebabkan pegangan antara konkrit dan tetulang menjadi
lemah. Ikatan yang diperlukan tidak akan tercapai dan anggota tetulang tidak sekuat
sepertimana sepatutnya.

 Terjadi lubang seni dan sarang labah-labah.


Kandungan udara menyebabkan kecacatan pada permukaan contohnya lubang
seni dan sarang labah-labah.

4.1 Kaedah Pemadatan Konkrit


Pemadatan konkrit dilakukan dengan 2 kaedah iaitu cara tangan melalui cucukan dan cara
mesin melalui getaran mesin. Kedua-dua kaedah ini akan dapat membantu membebaskan
udara dalam konkrit dan seterus menghapuskan kesan yang disebabkan oleh kewujudan
udara dalam konkrit.
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/8) Muka: 5 Drp:7

.4.1.1 Menggunakan Tangan


a) Sesuai untuk kerja kecil dan tidak komplek
b) Menggunakan kayu atau rod keluli sebagai pemadat.
c) Mengetuk kotak acuan dengan tukul besi
d) Menggunakan rammer (untuk lantai konkrit)

4.1.2 Menggunakan Mesin Pengetar


Operasi dijelaskan dalam kertas amali CCCT 105/ M06/KA (6/7/8)
Mix Concrete Proportion & Concrete Placing and Compacting

Mesin yang digunakan dipanggil “Mesin Getar Dalam”


Ia mempunyai motor dan satu selinder keluli yang disambung dengan kabel kepada
motornya. Digerakkan dengan kuasa letrik. Apabila motor dihidupkan,selindernya akan
bergetar. Getaran dari selinder ini membolehkan konkrit dipadatkan dengan berkesan. Cara
menggunakannya adalah dengan memasukkan selinder yang bergetar ke dalam konkrit
pada setiap peringkat penuangan konkrit.Kedudukan selinder hendaklah tegak dan
digerakkan ke arah yang betul. Penggunaan mesin getar lazimnya sesuai untuk kerja
bersekala besar kerana kemampuannya memadatkan konkrit dengan cepat. Operasi mesin
getar yang membolehkan penyebaran konkrit ke bahagian lain berlaku dengan mudah
menghasilkan pemadatan konkrit yang seragam dan seterusnya menghasilkan keputusan
yang memuaskan.
Tempoh masa yang diambil bagi operasi getaran memadatkan konkrit sepenuhnya
bergantung kepada;
a. Kebolehkerjaan konkrit- semakin kurang kebolehkerjaan bancuhan,semakin lama ia
perlu digetarkan.
b. Tenaga yang dibekalkan pada pengetar- pengetar yang lebih besar melakukan kerja
dengan lebih cepat.
c. Kedalaman konkrit.Seksyen yang lebih tebal mengambil masa yang lebih lama.
4.2 Peraturan dan Teknik Memadatkan Konkrit
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/8) Muka: 6 Drp:7
Penggunaan alat getar (poker vibrator) perlu dimenfaat sepenuhnya. Pemadatan
dengan alat getar perlu dilakukan dengan cara yang betul kerana kecuaian boleh
menyebabkan konkrit tidak terpadat sepenuhnya .

Operasi terperinci dijelaskan dalam kertas amali CCCT 105/ M06/KA (6/7/8)
Mix Concrete Proportion & Concrete Placing and Compacting

4.3 Kelebihan jenis alat getar Dalam ialah :


 Alat ini menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi
 tahan lasak
Ia mudah dibawa dan dipindahkan kerana saiz enjinnya kecil Ia mempunyai beberapa
saiz pin getaran yang mudah ditukar untuk menyesuaikan jenis kerja : tembok, rasuk,
tiang, asas dan lain-lain lagi.

4.4. Memadat Kolum Kecil


Operasi terperinci dijelaskan dalam kertas amali CCCT 105/ M06/KA (6/7/8)
Mix Concrete Proportion & Concrete Placing and Compacting

5.0 KEKUATAN KONKRIT.


Kekuatan konkrit amat bergantung kepada reaksi hidrasi .Air memainkan peranan kritikal
terutama kandungan yang digunakan. Kekuatan konkkrit meningkat apabila kurang air
digunakan untuk membancuh konkrit.Reaksi hidrasi konkrit menggunakan jumlah
kandungan ai r tertentu. Konkrit sebenarnya dicampur dengan air yang banyak melebihi
dari apa yangdiperlukan untuk reaksi hidrasi. Yang baikAir tambahan ini di tambah bagi
memberi konkrit kebolehkerjaan secukupnya. Aliram konkkrit diperlukan bagi mengcapai
pengisian dan komposisi kerjabentuk. Air yang tidak digunakan dalam reaksi hidrasi akan
tertinggal dalam liang mikrostruktur. Liang-liang ini menjadikan konkrit lemah disebabkan
berkurangnya pembentukan kekuatan ikatan hidrat kalsium silicate. Ada diantara liang-liang
masih tertinggal tidak kira sebaik mana konkrit dipadatkan.
No. Kod : CCT 106/ M06/P/KA(6/8) Muka: 7 Drp:7
UJI DIRI

Rujukan:

1. Placing and Compacting Concrete


www.scribd.com/doc/8739249/Placing-and-Compacting-Concrete

Anda mungkin juga menyukai