Anda di halaman 1dari 15

BERTAUBAT KEPADA ALLAH TA'ALA

‫س ِم ْن‬ ْ ‫اب َقْب َل َأ ْن تَطْلُ َع الش‬


ُ ‫َّم‬
ِ
َ َ‫ َم ْن ت‬: ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
ِ ُ ‫ قَ َال رس‬: ‫ال‬
َ ‫ول اللَّه‬ َُ َ َ‫ ق‬، ‫َأيِب ُهَر ْيَر َة‬ ‫ َع ْن‬ 
‫اب اللَّهُ َعلَْي ِه‬
َ َ‫ ت‬،‫َم ْغرِهِبَا‬

Maksud Hadis: “Sesiapa yang bertaubat (kepada Allah) sebelum naik matahari daripada
sebelah barat (kiamat). Maka Allah akan menerima taubatnya”. [Sahih Muslim 2703,
Musnad Ahmad 7711]

PERAWI HADITH

Abu Hurairah namanya Abd al-Rahman bin Sakhr al-Dusiy al-Yamaniy, dilahirkan 19 tahun

sebelum Hijrah. seorang yang sentiasa bersama Nabi Sallahu alihi wasallam semasa

bermukim dan bermusafir, sehingga beliau menjadi antara sahabat yang banyak

meriwayatkan hadis dari nabi Sallahu alaihi wasallam, gelaran Abu Hurairah r.a adalah

kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu

Hurairah r.a bertemu Rasulullah Sallahu alaihi wasallam dia ditanya apa yang ada dalam

lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas

dia digelar Abu Hurairah r.a oleh Rasulullah Sallahu alaihi wasallam. Semenjak itu dia lebih

suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a

Abu Hurairah r.a memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah Sallahu alaihi

wasallam berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam

malah menghina Nabi. Abu Hurairah r.a lalu bertemu Rasulullah Sallahu alaihi wasallam dan

meminta baginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a menemui

ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia

mengucapkan dua kalimat syahadah.


Apabila pulang dari Perang Khaibar, Rasulullah Sallahu alaihi wasallam memperluaskan

Masjid Nabawi ke arah barat dengan menambah ruang sebanyak tiga tiang lagi. Abu Hurairah

r.a turut terlibat dalam pengubahsuaian ini. Ketika dilihatnya Rasulullah Sallahu alaihi

wasallam turut mengangkat batu, ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu kepadanya.

Rasulullah Rasulullah Sallahu alaihi wasallam menolak seraya bersabda: “Tiada kehidupan

sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat.” Abu Hurairah r.a pernah tersilap menimbang

makanan yang lazat sehinggakan dia dikenakan hukuman dipukul oleh Rasulullah Sallahu

alaihi wasallam. Bagaimanapun Abu Hurairah r.a gembira "Kerana Nabi menjanjikan akan

memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak,"

katanya.

Begitu cintanya kepada Rasulullah Sallahu alaihi wasallam sehingga siapa pun yang

dicintainya, ia ikut mencintainya. Misalnya Rasulullah Sallahu alaihi wasallam, ia suka

mencium Hasan dan Husain, kerana melihat Rasulullah Rasulullah Sallahu alaihi

wasallam mencium kedua cucunya itu.

Di Kota Madinatul Munawwarah dia mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H (676-

678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah r.a meninggalkan sebanyak 5,374 hadis. Hadis

Abu Hurairah r.a yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh

Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang

diriwayatkan Abu Hurairah r.a juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya. Antara

menantunya adalah Said bin Al-Musayyab.

PENGAJARAN HADITH

Menurut bahasa al-Taubah bererti ar-rujuu’ (kembali), sedangkan menurut istilah taubat


adalah pengakuan atas dosa, penyesalan, berhenti, dan tekad untuk tidak mengulanginya
kembali di masa yang akan datang.

Keperluan bertaubat:
1. Setiap manusia pasti tidak lari dari dosa dan berbuat salah. Rasulullah Sallalahu ‘alaihi
wa sallam bersabda:

".‫آد َم َخطَّاءٌ َو َخْيُر اخْلَطَّاِئنْي َ الت ََّّوابُو َن‬


َ ‫ " ُك ُّل بَيِن‬:‫َأن النَّيِب َّ صلى اهلل عليه وسلم قال‬ ٍ ِ‫َع ْن َأن‬
َّ ،‫س‬

“Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan, dan sebaik-baik orang yang
berbuat kesalahan adalah yang ma‫ا‬u bertaubat.” (Hadis Hasan, Riwayat Tirmizi 2499, Ibn
Majah 4251, Darimi 2769).

2. Dosa adalah penghalang antara manusia dan Allah Ta’ala, maka lari dari perkara yang

membuat kita jauh dari-Nya adalah kewajipan.

3. Dosa pasti membawa kehancuran cepat atau lambat, maka mereka yang berakal sihat

pasti segera menjauh darinya.

4. Allah Ta’ala memerintahkan kita bertaubat.

‫وحا َع َس ٰى َربُّ ُك ْم َأ ْن يُ َكفَِّر َعْن ُك ْم َسيَِّئاتِ ُك ْم َويُ ْد ِخلَ ُك ْم‬ ِ ِ َّ


ً ‫ص‬ ُ َ‫ين َآمنُوا تُوبُوا ِإىَل اللَّه َت ْوبَةً ن‬ َ ‫يَا َأيُّ َها الذ‬
‫ور ُه ْم يَ ْس َع ٰى َبنْي َ َأيْ ِدي ِه ْم‬
ُ ُ‫ين َآمنُوا َم َعهُ ۖ ن‬
ِ َّ ِ ِ ٍ
َ ‫َجنَّات جَتْ ِري م ْن حَتْت َها اَأْلْن َه ُار َي ْو َم اَل خُيْ ِزي اللَّهُ النَّيِب َّ َوالذ‬
‫َّك َعلَ ٰى ُك ِّل َش ْي ٍء قَ ِد ٌير‬ ِ
َ ‫ورنَا َوا ْغف ْر لَنَا ۖ ِإن‬ ِ ِ‫هِن‬
َ ُ‫َوبَِأمْيَا ْم َي ُقولُو َن َربَّنَا َأمْت ْم لَنَا ن‬

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-

benarnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan

memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, pada hari

ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia;

sedang cahaya mereka bercahaya di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka

mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah

kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (At-Tahrim, 66:8)

5. Kerana Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa sallam sentiasa bertaubat padahal beliau seorang


nabi yang ‫ معصوم‬Ma’shum (terpelihara dari dosa). Beliau bersabda,

‫َأَلسَت ْغ ِف ُر‬ ِ ُ ‫ول اللَّ ِه صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم ي ُق‬


ْ ‫ول َواللَّه ِإيِّن‬ َ َ َ َ َْ ُ َ َ ‫ت َر ُس‬ ِ ِ
ُ ‫َع ْن َأيِب ُهَر ْيَر َة َرض َي اهللُ َعْنهُ قَ َال مَس ْع‬
ِ ِ ِ ِ
َ ‫وب ِإلَْيه يِف الَْي ْوم َأ ْكَثَر م ْن َسْبع‬
‫ني َمَّر ًة‬ ُ ُ‫اللَّهَ َوَأت‬

Dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu berkata, “Aku mendengar Rasulullah Sallalahu ‘alaihi

wa sallam bersabda, ‘Demi Allah, sesungguhnya, aku membaca istighfar dan bertaubat

kepada Allah dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.’” (HR. Bukhari)

Dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa beliau beristighfar seratus kali dalam sehari.

َّ ِ َّ َّ َ ‫ول اللَّ ِه‬ َ َ‫َر ِض َي اهللُ َعْنهُ ق‬ ‫َو َع ْن اَأل َغِّر بْ ِن يَسا ٍر الْ ُمَزيِن‬
ُ ‫صلى اللهُ َعلَْيه َو َسل َم يَا َأيُّ َها الن‬
‫َّاس‬ ُ ‫ال َر ُس‬
َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ َ
‫الَْي ْوِم ِإلَْي ِه ِماَئةَ َمَّرة‬ ‫وب يِف‬ ِ
ُ ُ‫تُوبُوا ِإىَل اللَّه فَِإيِّن َأت‬

Al-Aghar bin Yasar Al-Muzani r.a berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda, “Hai manusia,

bertaubatlah kepada Allah dan mintalah ampunan kepada-Nya. Sesungguhnya, aku

bertaubat seratus kali dalam sehari.” (HR. Muslim).

Syarat-syarat Taubat

1. Penyesalan dari dosa kerana Allah Ta’ala.

2. Berhenti melakukannya.

3. Bertekad untuk tidak mengulanginya di masa datang.

4. Bertaubat sebelum nyawa sampai di halkum atau sebelum sakaratul maut, atau sebelum

matahari terbit dari barat (kiamat).


Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan sesama manusia, maka syaratnya bertambah satu,

yakni: membayar hak orang tersebut, atau meminta kerelaannya, atau memperbanyak amal

kebaikan. Ertinya, jika hak itu berupa harta benda, ia hendaklah mengembalikan kepada

pemiliknya. Jika berupa qadzaf (menuduh orang lain berbuat zina), ia mesti menyerahkan

dirinya untuk dijatuhi hukuman atau meminta maaf kepada orang yang berkenaan. Jika

berupa ghibah (mengumpat orang lain), ia harus meminta maaf kepada orang tersebut.

Setiap orang wajib bertaubat dari segala dosa yang pernah diperbuat. Jika ia hanya bertaubat

dari sebahagian dosanya, taubat tersebut diterima, namun ia masih mempunyai tanggungan

dosa yang lain.

Allah Pasti Menerima Taubat Hamba-Nya

Allah Ta’ala pasti akan menerima taubat seorang hamba selama dirinya mahu datang kepada

Allah Ta’ala dan bertaubat kepada-Nya dengan penuh kesungguhan.

‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬ ِ َّ : ُ‫ي َر ِض ي اهللُ َعْن ه‬ ٍ َ‫ِك ب ِن س ن‬


ِ ‫ان اخْلُ ْد‬ ِ ‫و َعن َأيِب س عِي ٍد س ع ِد ب ِن مال‬
َ ‫َأن نَيِب َّ اللَّه‬ َ ِّ ‫ر‬ َ ْ َ ْ َْ ْ َ ْ َ
‫ض فَ ُد َّل َعلَى‬ ِ ِ ِ ِ
ْ ‫َأعلَ ِم َْأه ِل‬
ِ ‫اَأْلر‬ ْ ‫َأل َع ْن‬ َ ‫ني نَ ْف ًس ا فَ َس‬ َ ‫يم ْن َك ا َن َقْبلَ ُك ْم َر ُج ٌل َقتَ َل ت ْس َعةً َوت ْس ع‬ َ ‫قَ َال َكا َن ف‬
َّ‫بِه ِماَئةً مُث‬
ِ ‫ال اَل َف َقَتلَ ه فَ َك َّمل‬
ُ َ ‫ني َن ْف ًس ا َف َه ْل لَ هُ ِم ْن َت ْوبَ ٍة َف َق‬ ِ ِ ِ
َ ‫ال ِإنَّهُ َقتَ َل ت ْس َعةً َوت ْس ع‬ َ ‫ب فََأتَ اهُ َف َق‬ٍ ‫ر ِاه‬
َ َ
َ ‫س َف َه ْل لَ هُ ِم ْن َت ْوبَ ٍة َف َق‬ ٍ ‫ال ِإنَّهُ َقتَ ل ِماَئةَ َن ْف‬ ‫مِل‬
َ ‫ض فَ ُد َّل َعلَى َر ُج ٍل َع ا ٍ َف َق‬
‫ال‬ َ ْ ‫َأعلَ ِم َْأه ِل‬
ِ ‫اَأْلر‬ ْ ‫َأل َع ْن‬ َ ‫َس‬
‫ِإ هِب‬ ِ ‫ِق ِإىَل َْأر‬ ِ
َ‫اعبُ ْد اللَّه‬ْ َ‫اس ا َي ْعبُ ُدو َن اللَّهَ ف‬ ً َ‫ض َك َذا َو َك َذا فَ َّن َا ُأن‬ ْ ‫ول َبْينَ هُ َو َبنْي َ الت َّْوبَة انْطَل‬ُ ُ‫َن َع ْم َو َم ْن حَي‬
ٍ
‫ت‬ُ ‫ف الطَِّري َق َأتَ اهُ الْ َم ْو‬ َ ‫ص‬ َ َ‫ض َس ْوء فَ انْطَلَ َق َحىَّت ِإ َذا ن‬ ُ ‫ك فَِإن ََّه ا َْأر‬ َ ‫َم َع ُه ْم َواَل َت ْرجِ ْع ِإىَل َْأر ِض‬
‫ت َماَل ِئ َكةُ الرَّمْح َ ِة َج اءَ تَاِئبً ا ُم ْقبِاًل بَِق ْلب ِِه ِإىَل اللَّ ِه‬ ْ َ‫اب َف َقال‬ ِ ‫ت فِ ِيه ماَل ِئ َكةُ الرَّمْح َِة وماَل ِئ َكةُ الْع َذ‬
َ ََ َ ْ ‫ص َم‬ َ َ‫اخت‬
ْ َ‫ف‬
‫ال‬َ ‫آد ِم ٍّي فَ َج َعلُ وهُ َبْيَن ُه ْم َف َق‬ َ ‫ور ِة‬َ ‫ص‬ ُ ‫ك يِف‬ ٌ َ‫اه ْم َمل‬ ُ َ‫ط فََأت‬ ُّ َ‫اب ِإنَّهُ مَلْ َي ْع َم ل َخْي را ق‬
ً ْ
ِ ‫ت ماَل ِئ َك ةُ الْع َذ‬
َ َ ْ َ‫َوقَ ال‬
ِ ‫ِإ‬ ِ
‫ض الَّيِت ََأر َاد‬ ْ ‫اس وهُ َف َو َج ُدوهُ َْأدىَن ِإىَل‬
ِ ‫اَأْلر‬ ُ ‫ض نْي ِ فَ ىَل َأيَّت ِه َم ا َك ا َن َْأدىَن َف ُه َو لَ هُ َف َق‬ َ ‫اَأْلر‬
ْ َ ‫يس وا َم ا َبنْي‬ ُ ‫ق‬
‫ضْتهُ َماَل ِئ َكةُ الرَّمْح َِة‬
َ َ‫َف َقب‬
Dari Abu Said, Saad bin Malik bin Sinan Al-Khudri Radiyallahu ‘anhu  berkata bahawa

Nabi Sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Di kalangan umat sebelum kalian, ada seorang

laki-laki yang telah membunuh 99 orang. (Kerana ingin bertaubat), ia bertanya kepada

seseorang, ‘Di mana orang yang paling banyak ilmunya berada?’ Ia ditunjukkan kepada

seorang pendeta, lalu ia mendatangi pendeta itu. Orang yang mahu bertaubat berkata

(kepada si pendeta), ‘Ia telah membunuh 99 orang. Apakah ia masih memiliki peluang

bertaubat.’ Pendeta itu menjawab, ‘Tidak.’ lalu membunuh si pendeta. Dengan demikian, ia

telah membunuh seratus orang.

Pembunuh itu bertanya kembali tentang orang yang paling banyak ilmunya. Ia ditunjukkan

kepada seorang ulama. (sampainya di tempat ulama itu), orang yang mahu bertaubat

berkata, ‘Ia telah membunuh seratus orang, apakah masih terbuka pintu taubat baginya?’

Ulama itu menjawab, ‘Ya. Tidak ada yang menghalangi Allah untuk menerima taubat.

Berangkatlah ke daerah ini dan ini. Di sana ada kaum yang menyembah Allah. Beribadahlah

bersama mereka. Jangan kembali ke lingkunganmu, kerana lingkunganmu adalah

lingkungan yang buruk (penuh maksiat).’ Laki-laki itu berangkat (memenuhi nasihat ulama

itu). Di tengah perjalanan, ia meninggal dunia. Malaikat rahmat dan malaikat azab

bertengkar (memperebutkannya). Malaikat rahmat berkata, ‘Dia telah datang dalam

keadaan bertaubat. Hatinya tertumpu kepada Allah (kerana itu, dia adalah

bahagian).’ Malaikat azab berkata, ‘Dia belum melakukan kebaikan sedikit pun (kerana itu,

dia bahagianku).’

Kemudian, datanglah seorang malaikat dalam bentuk manusia. Kedua malaikat itu

mengangkatnya untuk menjadi penengah. Dia (malaikat penengah) berkata, ‘Ukurlah jarak

dua tanah itu (tanah yang mengarah ke tempat laki-laki yang akan bertaubat dan tanah yang

akan dituju). Ke manakah dia lebih dekat, maka laki-laki itu miliknya.’


Dua malaikat mengukur tanah tersebut. Setelah itu, diketahui bahawa si pembunuh lebih

dekat dengan tanah yang akan ditujunya. Dengan demikian, malaikat rahmatlah yang berhak

mengambilnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Di dalam riwayat lain disebutkan: “Jarak ke tanah yang akan dituju lebih dekat satu jengkal,

maka ia menjadi golongannya.” Di dalam riwayat lain disebutkan: “Allah memerintahkan

kepada tanah tempat ia melakukan dosa untuk menjauh dan memerintahkan kepada tanah

tempat tujuan untuk mendekat, lalu berfirman, ‘Ukurlah keduanya.’ Mereka mendapati

bahawa tanah tujuan lebih dekat satu jengkal, maka dosa-dosanya diampuni.’”

Mengenai penerimaan taubat, dalam hadits lain disebutkan,

َ َ‫ص لَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬


َّ ‫ لَ ْو‬: ‫ال‬
‫َأن‬ ِ َّ ‫الِك َر ِض ي اهللُ َعْن ُه ْم‬
َ ‫َأن َر ُس ْو َل اهلل‬ َ
ٍ ‫س ب ِن م‬
َ ْ ِ َ‫اس َوَأن‬ ٍ َّ‫َو َع ِن ابْ ِن َعب‬
ِ ِ ِ ٍ ‫آد َم و ِاديً ا ِم ْن َذ َه‬
ُ ‫ب َأ ْن يَ ُك ْو َن لَ هُ َواديَ ان َولَ ْن مَيَْأل فَ اهُ ِإالَّ التَُّراب َو َيُت ْو‬
‫ب اهللُ َعلَى َم ْن‬ َّ ‫َأح‬
َ ‫ب‬ َ َ ‫البْ ِن‬
‫اب ُمَّت َف ٌق َعلَْي ِه‬
َ َ‫ت‬

Ibnu Abbas dan Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhum berkata bahawa Rasulullah Sallalahu

‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya seseorang sudah memiliki satu lembah emas, ia

ingin memiliki dua lembah emas. Tidak ada yang memenuhi mulutnya, kecuali debu.  Dan,

Allah menerima taubat orang yang mahu bertaubat.” (Muttafaq ‘alaih)

Allah Ta’ala Menyambut Orang yang Bertaubat


Taubat adalah kewajipan dan keharusan yang mesti dilakukan oleh setiap manusia tanpa

terkecuali, terlebih lagi bagi orang yang banyak berdosa dan bermaksiat. Sebagaimana telah

disebutkan sebelumnya, taubat adalah amalan yang sangat disenangi dan dicintai oleh

Allah Ta’ala,

Sambutan kegembiraan Allah Ta’ala kepada orang-orang yang bertaubat begitu besar,

seperti orang yang mendapatkan barang yang sebelumnya hilang namun secara tiba-tiba

ada dihadapannya. Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa sallam memtamsilkan, memberikan

contoh dalam haditsnya,

َ َ‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َر ِض َي اللَّهُ َعْنهُ ق‬ ِ ِ ِ ِِ ِ َ‫َع ْن َأيِب مَح َْز ِة َأن‬
‫ال‬ َ ‫صا ِري َخاد ُم َر ُس ْول اهلل‬
َ ْ‫س بْ ِن َمالك اَألن‬
ِ ِ ِ ‫ول اللَّ ِه صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم اللَّه َأْفرح بِتوب ِة عب ِد ِه ِمن‬
َ ‫َأحد ُك ْم َس َق َط َعلَى بَع ِريه َوقَ ْد‬
ُ‫َأضلَّه‬ َ ْ َْ َ ْ َ ُ َ ُ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ ‫قَ َال َر ُس‬
‫ ُمَّت َف ٌق َعلَْي ِه‬. ‫ض فُالٍَة‬ ِ ‫ َْأر‬  ‫يِف‬
ِ ‫َأش ُّد َفرحا بَِتوب ِة عب ِد ِه ِح يُتوب ِإلَي ِه ِمن َأح ِد ُكم َكا َن على ر‬
‫احلَتِ ِه‬ ِ
ََ َ ْ َ ْ ْ ُ ْ َ َ ‫ هلل َ ْ ً ْ َ َْ نْي‬: ‫ويف رواية أخرى‬
ْ َ‫س ِمْن َها فََأتَى َش َجَر ًة ف‬
‫اضطَ َج َع يِف ِظلِّ َها َوقَ ْد‬ ِ َ‫ض فُالٍَة فَا ْن َفلَت‬
ِ ‫بِ َْأر‬
َ َ‫ت مْنهُ َو َعلَْي َها طَ َع ُامهُ َو َشَرابُهُ فََأي‬
ْ
ِ ‫ال ِمن ِشد‬ ِ ِ‫نده فَ خِب‬ ِ ‫هِب ِئ‬ ِ
‫َّة الْ َف ْر ِح‬ ْ َ َ‫َأخ َذ طَام َها مُثَّ ق‬ َ ُ َ ‫ك ِإ ْذ ُه َو َا قَا َمةٌ ع‬ َ ‫احلَتِ ِه َفَبْينَ َما ُه َو َك َذل‬
ِ ‫َأيس ِمن ر‬
َْ ََ
‫رواه مسلم‬. ‫َّة الْ َفَر ِح‬ ِ
ِ ‫اللَّه َّم َأنْت عبدي وَأنَا ربُّك َأخطََأ ِمن ِشد‬
ْ ْ َ َ َ َْ َ ُ

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik Al-Ansari Radiyallahu ‘anhu, khadam

Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa sallam, berkata bahawa Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa

sallam bersabda, “Allah lebih gembira terhadap taubat hamba-Nya daripada seseorang di

antara kamu yang mendapatkan kembali untanya yang telah hilang di gurun

Sahara.” (Muttafaq ‘alaih).
Dalam riwayat lain disebutkan: “Allah sangat gembira terhadap hamba-Nya yang mahu

bertaubat. Kegembiraan Allah itu lebih besar daripada kegembiraan seseorang di antara

kamu yang mendapatkan kembali untanya yang sarat dengan perbekalan. Sebelumnya, ia

menaiki untanya di gurun Sahara, lalu unta yang ditungganginya lepas. Padahal, di atas

unta tersebut terdapat makanan dan minuman perbekalannya. Ia sudah putus asa. Kemudian,

ia mendekati sebuah pohon, dan berbaring di bawahnya. Dia sudah yakin bahawa untanya

tidak akan kembali. Pada saat itulah, tiba-tiba unta tersebut berdiri di depannya. Ia

memegang kendalinya. Lalu kerana sangat gembiranya, ia mengucapkan, ‘Ya Allah, Engkau

adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu.’ Ia salah mengucapkannya kerana sangat

gembira.” (HR. Muslim)

Dalam hadits lain disebutkan,

‫ك اهللُ ُسْب َحانَهُ َوَت َعاىَل‬ ُ ‫ض َح‬ ْ َ‫ ي‬:‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم قَ َال‬ ِ َ ‫أن رس‬
َ ‫ول اهلل‬
ِ
ُ َ َّ ٌ‫َو َع ْن أيِب ُهَر ْيَر َة َرض َي اهللُ َعْنه‬
ِ ِ ِ ‫ِإ‬
‫ب اهللُ َعلَى‬ ُ ‫ مُثَّ َيُت ْو‬،‫ يُ َقات ُل َه َذا يِف َسبِْي ِل اهلل َفُي ْقتَ ُل‬،َ‫اآلخَر يَ ْد ُخالن اجلَنَّة‬
َ ‫َأح َدمُهَا‬َ ‫تل‬ ِ
ُ ‫ىَل َر ُجلَنْي َي ْق‬
. ‫ال َقاتِ ِل َفيُ ْسلِ َم َفيُ ْستَ ْش َه ُد‬
Dan dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu yang berkata bahawa Rasulullah Sallalahu ‘alaihi

wa sallam bersabda: “Allah Ta’ala tertawa kepada dua orang yang seorang membunuh pada

lainnya, kemudian keduanya dapat memasuki syurga. Yang seorang itu berperang fisabilillah

kemudian ia dibunuh, selanjutnya Allah menerima taubat orang yang membunuhnya tadi,

kemudian ia masuk Islam dan selanjutnya dibunuh pula sebagai seorang syahid.” (Muttafaq

‘alaih).
Buah dari Taubat

Dari huraian di atas kita telah mengetahui keuntungan yang dapat kita petik dari amalan

taubat berupa: dihapuskannya dosa-dosa dan mendapatkan ganjaran syurga (At-Tahrim, 66:

8), kecintaan dari Allah Ta’ala (Al-Baqarah, 2: 222), serta digantikannya kejahatan kita

dengan pahala (Al-Furqon, 25: 70).

Selain tiga hal di atas, buah yang dapat kita petik dari amalan taubat adalah mendapatkan

nikmat dari Allah Ta’ala saat di dunia ini. Allah Ta’ala berfirman,

ِ ِ ِ َّ ‫يُْر ِس ِل‬ ‫َّارا‬ ِ ‫َف ُق ْلت‬


َ ‫ َومُيْد ْد ُك ْم بِ َْأم َو ٍال َوبَن‬ ‫الس َماءَ َعلَْي ُك ْم م ْد َر ًارا‬
‫ني َوجَيْ َع ْل‬ ‫ِإ‬
ً ‫اسَت ْغف ُروا َربَّ ُك ْم نَّهُ َكا َن َغف‬ْ ُ
ٍ ‫لَ ُكم جن‬
‫َّات َوجَيْ َع ْل لَ ُك ْم َأْن َه ًارا‬ َ ْ
“…maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya

Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan

lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun

dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh, 71: 10-12)

Ayat di atas menegaskan bahawa bagi umat yang sentiasa bertaubat akan diberikan:

1. Hujan yang membawa berkah.


2. Harta dan anak yang merupakan hiasan dunia.
3. Kebun- kebun yang dapat dinikmati keindahannya.
4. Buah-buahannya serta sungai-sungai yang dapat digunakan untuk mengairi tanaman dan
memberi minum ternak.

Jangan Memandang Ringan Dosa-dosa Kecil!

Sekecil apa pun dosa dan kesalahan kita, segeralah bertaubat dan jangan dipandang ringan.
Kerana sesungguhnya dosa kecil boleh menjadi besar di sisi Allah Ta’ala:

Pertama, jika dilakukan terus menerus.

Dosa besar yang dilakukan hanya sekali, lebih boleh diharapkan pengampunannya dari pada
dosa kecil yang dilakukan terus menerus kerana meremehkannya. Setiap kali seorang hamba
menganggap besar sebuah dosa, nescaya akan kecil di sisi Allah, dan setiap kali ia
menganggap remeh sebuah dosa nescaya akan menjadi besar di sisi-Nya.

Abdullah bin Mas’ud Radiyallahu ‘anhu berkata,

ِ
ٍ ‫اجر يرى ذُنُوبهُ َك ُذب‬ ‫ِ ِإ‬ ُ َ‫ت َجبَ ٍل خَي‬ ِ ِ َّ ‫إ‬
‫اب‬َ َ ََ َ ‫اف َأ ْن َي َق َع َعلَْيه َو َّن الْ َف‬ َ ْ‫ِن الْ ُمْؤ م َن َيَرى ذُنُوبَهُ َكَأنَّهُ قَاع ٌد حَت‬
‫اب بِيَ ِد ِه َف ْو َق َأنِْف ِه‬
ٍ ‫ال َأبو ِشه‬
َ ُ َ َ‫ال بِه َه َك َذا ق‬
ِ َ ‫مَّر علَى َأنِْف ِه َف َق‬
َ َ

“Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti ia duduk di tepi gunung, ia

bimbang gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir, selalu berbuat dosa melihat

dosa-dosanya seperti lalat yang hingap di batang hidungnya, kemudian ia mengusirnya

seperti ini lalu terbang.” Abu Syihab (salah seorang periwayat hadits ini) mengisyaratkan

dengan tangannya di atas hidungnya. (HR. Bukhari No. 5833)

Bilal bin Saad rahimahullah berkata: “Jangan kamu memandang kecilnya dosa, tapi lihatlah

keagungan Zat yang kamu durhakai itu.”

Kedua, jika seseorang melakukan dosa tanpa diketahui orang lain lalu ia menceritakannya

dengan bangga kepada orang lain.

Hal ini berdasarkan hadits dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu berikut ini.

ِ ‫اه ِرين وِإ َّن ِمن الْمج‬ ِ ِ ِ ِ


‫اه ِر ِة‬ َ ُ َ َ َ ْ ‫ ُك ُّل َُّأميِت ْ ُم َع اىًف ِإاَّل الْ ُم َج‬:‫ص لَّى اهللُ َعلَْي ه َو َس لَّ َم َي ُق ْو ُل‬ َ ‫ت َر ُس ْو َل اهلل‬ ُ ‫مَس ْع‬
ِ
‫ت البَا ِر َح ةَ َك َذا َو َك َذا‬ ْ ُ‫الر ُج ُل بِالْلَْي ِل َع َماًل مُثَّ ي‬
ُ ‫ص بِ ُح َوقَ ْد َس َتَر َه اهللُ َفَي ُق ْو ُل يَ ا فُاَل ُن َعم ْل‬ َّ ‫َأ ْن َي ْع َم َل‬
ِ
ُ‫ف َسَتَر اهللُ َعْنه‬ُ ‫صبِ ُح يَكْش‬ ْ ُ‫ات يَ ْسُت ُرهُ َربُّهُ ُوي‬
َ َ‫َوق ْد ب‬

“Aku mendengar Nabi Sallalahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ‘Setiap ummatku akan

mendapatkan ampunan dari Allah Azza wa Jalla kecuali al Mujaahiriin iaitu seperti seorang
laki-laki yang mengerjakan sebuah perbuatan pada malam hari kemudian tiba waktu subuh

dan Allah telah menutup aibnya Lalu laki-laki tersebut mengatakan, ‘Wahai Fulan, aku telah

mengerjakan sebuah perbuatan buruk ini dan itu’. Maka itulah orang yang malamnya Allah

telah menutup aibnya lalu ia membuka aibnya sendiri di waktu subuh (keesokan harinya.)”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Ketiga, jika yang melakukannya seorang alim yang menjadi ikutan.

Kerana apa yang ia lakukan dicontoh oleh orang lain. Ketika ia melakukan dosa, maka ia juga

mendapatkan dosa orang yang mencontohnya.

‫اَأْلج ِر ِمثْ ُل‬ ِ


ْ ‫ال َم ْن َد َع ا ِإىَل ُه ًدى َك ا َن لَهُ م ْن‬ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬ ِ َ ‫َأن رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َّ َ‫ َع ْن َأيِب ُهَر ْي َرة‬ 
‫ض اَل لٍَة َك ا َن َعلَْي ِه ِم ْن اِإْل مْثِ ِمثْ ُل آثَ ِام‬ ِ ِ َ ‫ُأج و ِر من تَبِع ه اَل يْن ُقص َذل‬
َ ‫ُأج و ِره ْم َش ْيًئا َو َم ْن َد َع ا ِإىَل‬ ُ ‫ِك م ْن‬ ُ َ َُ ْ َ ُ
‫ك ِم ْن آثَ ِام ِه ْم َشْيًئا‬ ِ ‫من تَبِعه اَل يْن ُق‬
َ ‫ص َذل‬ُ َ َُ ْ َ

Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa sallam telah

bersabda: “Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala

sebanyak pahala yang diperolehi orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala

mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan

mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi

dosa mereka sedikitpun.” (HR. Muslim No. 4831).

Jangan Menunda-nunda Taubat!
Orang-orang yang menunda taubat ibarat seseorang yang ingin mencabut pohon yang

mengganggu, namun kerana merasa sulit mencabutnya ia menundanya hingga esok atau lusa,

hingga tanpa ia sedari semakin hari akar pohon itu makin menghunjam di tanah, sedangkan ia

semakin tua dan lemah.

Jangan menangguhkan taubat kerana mengharapkan rahmat dan ampunan Allah Ta’ala.

Orang seperti itu ibarat seorang laki-laki yang menghabiskan seluruh hartanya dengan sia-sia

dan meninggalkan keluarganya dalam kefakiran, lalu ia mengharapkan harta karun datang

kepadanya tanpa bekerja. Mungkin harta karun itu ada, tapi orang ini jelas kurang sihat

akalnya. Mengapa kita dapat berfikir logik dalam masalah keduniaan namun tidak demikian

dalam urusan akhirat?

Nabi Sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم قَ َال ِإ َّن‬ ِ


َ ِّ ‫ َع ْن النَّيِب‬: ُ‫س اَأل ْش َع ِري َرض ي اهللُ َعْن ه‬
ِ ‫وعن َأيِب موسى عب ُد‬
ٍ ‫اهلل بْ ِن َقْي‬ َْ َ ْ ُ ْ َ َ
‫وب ُم ِس يءُ اللَّْي ِل َحىَّت‬ ِ ‫ط ي َده بِالن‬ ِ ِ ِ ُ ‫اللَّه عَّز وج َّل يبس‬
َ ُ‫َّه ا ِر ليَت‬
َ ُ َ ُ ‫َّه ا ِر َو َيْب ُس‬ َ ُ‫ط يَ َدهُ باللَّْي ِل ليَت‬
َ ‫وب ُمس يءُ الن‬ ُ َْ َ َ َ َ
‫س ِم ْن َم ْغرِهِبَا‬
ُ ‫َّم‬
ْ ‫تَطْلُ َع الش‬
 
Dari Abu Musa, Abdullah bin Qais Al-Asy’ari Radiyallahu ‘anhu berkata bahawa

Nabi Sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah membentangkan tangan-Nya

(keampunan) di malam hari agar orang yang berbuat keburukan di siang hari bertaubat, dan

membentangkan tangan-Nya (keampunan) di siang hari agar orang yang berbuat keburukan

di malam hari bertaubat. (Ini akan terus berlaku) hingga matahari terbit dari arah

barat.” (HR. Muslim)
‫س ِم ْن‬ ْ ‫اب َقْب َل َأ ْن تَطْلُ َع الش‬
ُ ‫َّم‬
ِ
َ َ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َم ْن ت‬
ِ ُ ‫ال رس‬
َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ َ‫ ق‬: ‫ال‬ َ َ‫وع ْن َأيِب ُهَر ْيَر َة ق‬
َ
‫اب اللَّهُ َعلَْي ِه‬ َ َ‫م ْغرِهِبَا ت‬ َ

Dari Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallalahu ‘alaihi wa

sallam bersabda, “Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat,

maka Allah akan menerima taubatnya.”  (HR. Muslim)

Berkata Imam al-Nawawi: “Sesungguhnya taubat itu mempunyai sempadan dan masanya,
sepertimana yang disebutkan di dalam hadis yang sahih: Sesungguhnya pintu taubat itu
sentiasa terbuka, dan sentiasa di terima taubat orang yang bertaubat sehinggalah pintu
taubat itu di tutup, apabila naiknya matahari daripada arah barat pada masa itu pintu taubat
telah ditutup, dan tidak di terima taubat orang yang tidak bertaubat sebelum itu.”

ِ َ‫ع ِن اب ِن عمر رضي اهلل عنه عن النيب صلى اهلل عليه وسلم ِإ َّن اهلل ي ْقبل َتوبة‬
.‫العبد َماملَ يُغَْر ِغ ْر‬ َْ ُ َ َ َ ْ َ
Maksud Hadis: “Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya, selama nyawa belum
sampai ke halkum”. [Tirmizi 3537, Ibn Majah 4253, Ahmad 6160, 6408]

Dalil-dalil tersebut menunjukkan masa untuk bertaubat adalah sebelum nyawa sampai ke
halkum berdalilkan firman Allah Ta’ala:

ِ َّ ‫ت التَّوبةُ لِلَّ ِذين يع ِملُو َن‬


ِ ‫ولَيس‬
ُ ‫ال ِإيِّن ُتْب‬
.‫ت اآل َن‬ َ َ‫ت ق‬
ُ ‫َأح َد ُه ُم املَْو‬ َ ‫السـيَِّئات َحىَّت ِإ َذا َح‬
َ ‫ضَر‬ ْ َْ َ ْ َ ْ ََْ

Maksud ayat: “Dan tidaklah Taubat itu di terima Allah dari orang-orang yang mengerjakan
kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah)
ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”. (Surah al-Nisa: 18)

Berakata al-Qurtubiy: Allah menafikan taubat orang yang bertaubat ketika kedatangan maut
sebagaimana firaun yang bertaubat ketika ditengelami aiar dan mati kelemasan maka
taubatnya adalah sia-sia tidak diterima oleh Allah taala, kerana ketika hukum takliaf telah
diangkat oleh Allah taala, pendapat ini merupakan pendapat Ibn Abas , Ibn Zaid dan jumhur
ulama.

USTAZ MOHD ZAKARIA BIN HAMZAH


KULIAH HADITH
MASJID SEBERANG JAYA
19/2/2020

Anda mungkin juga menyukai